BAB 2 UNTUK SELAMANYA

Other Completed 3216

“Jauh kau termenung Zila”

Rita berdiri di sebelah Zila. Bahu temannya ditepuk mesra.

“Jauh ingat suami tersayang ke?”

Zila memandang Rita.Dia tersenyum memandang sahabatnya itu.

“ Rindu suami itu tak salah.Halal Rita.Yang salah bila aku rindu pada yang bukan mahramku.”

Zila kembali memandang ke luar tingkap.Petang itu cuaca mendung,mungkin lebih mendung dari hatinya.

“ Memang tak salah sayangku Zila,tapi rindu kau itu ada jalan
penyelesaiannya. Cuma kau je tak nak terima ubat untuk rindu kau tu”
“ Bercakap memang mudah Rita. Semudah kau cari kapas merah dalam rimbunan kapas putih.Jelas dan nyata.‘

“Ok,berhenti bermadah pujangga dengan aku.Apa masalah kau sebenarnya ni?”
Rita duduk berhadapan dengan Zila. Wajah Zila ditenung dalam.Dia yakin dan pasti,masalah yang sama Zila hadapi. Jalan keluar sudah ada,Cuma Zila lebih suka bermain dengan teka-teki sehingga menjerut dirinya sendiri.
“ Masalah yang sama Rita”

Zila masih memandang ke luar tingkap.Entahlah,kalau boleh dia tidak mahu berbincang dengan Rita tentang masalahnya,dia yakin jawapan Rita tetap sama.
“Ko memang tak nak pandang aku ke Zila.Sampai awan tu aku rasa boleh runtuh kalau ko tenung lama-lama”

Zila tersenyum kecil mendengar kata-kata Rita. Hati temannya mungkin sedikit terguris dengan sikapnya.Perlahan-lahan dia kembali menghadap Rita.

“Kalau lah tenungan aku ni mampu runtuhkan awan tu,aku rasa aku takkan pening nak fikir masalah aku ni.”

“ Masalah tu kalau kau letakkan agama sebagai dasarnya,settle dah masalah kau ni.Tapi sebab agama tu kau tolak ke tepi,pegangan sendiri yang lebih kau pilih. Sampai ke mati pun takkan ada kesudahannya.Perkahwinan itu hubungan ikatan antara suami isteri. Kau tu tanggungan dan tanggungjawab suami. Tapi kau tak beri dia peluang pun untuk buat semua tu. Konon tanggungjawab kau pikul lebih besar dari tanggungjawab suami kau sendiri”

Zila membisu.Dia tahu untuk menidakkan kata-kata Zila,tak mungkin.Itu hakikat yang dia harus telan. Kalau diluahkan dia terkena,ditelan pun dia derita.
“Aku bercakap dengan makhluk yang bernyawa,Zila’ Sekali lagi Rita bersuara bila melihat Zila tetap membisu.

‘ Aku tak ada jawapan tuk kata-kata kau Rita. Kau betul dan aku salah’
‘Ini bukan soal siapa betul siapa salah Zila.Aku cuma bantu untuk tunjuk jalan pada kau,dan pilihan di tangan kau.”

Zila hanya mengangguk.

‘ Ok lah.Aku ada meeting dengan Pengarah. Suggestion aku,ambil cuti.Tenangkan diri dan buat keputusan yang kau rasa terbaik untuk semua pihak.Ataupun pilihan yang paling terbaik,minta pada Allah. Kembali pada dia.In sha allah,dia tak pernah lupa kau Zila.”

Rita berpaling meninggalkan Zila sendirian.Entah kenapa saat itu,dia rasa benar-benar terpukul dengan kata-kata sahabatnya itu.Tanpa disedari,air mata menitis. Sekali lagi,Zila derita dalam bahagia.
_____________________________________________________________________________________
“ Abang tak pernah rasa sayang ni satu bebanan buat abang”

Zila memandang wajah lelaki di hadapannya.Wajah yang dia benar-benar rindu. Empat bulan tidak bertemu,hatinya benar-benar rasa syahdu.

“ Tapi Zila isteri yang tidak taat pada abang,lebih memilih untuk tinggal di samping keluarga dari mengikut abang ke mana sahaja “

“ Tidak taat itu apabila Zila mengingkari kata-kata abang. Ikhlas abang izinkan Zila tinggal bersama keluarga Zila kan. Orang luar mungkin tak memahami.Tapi abang sendiri tak sanggup untuk pisahkan Zila dengan keluarga Zila terutama dengan adik-beradik sayang “

Zaril menarik Zila dalam pelukannya.Dia tahu apa yang bergolak di hati isterinya. Zaril sendiri tahu Zila begini kerana rindukannya.Tapi,hatinya akan lebih remuk jika Zila dia bawa bersama ke Borneo. Cukuplah dua tahun tinggal bersama Zila di Johor,jauh dari keluarga Zila di Kedah membuka matanya tentang rasa kasih Zila pada orang tua nya dan adik-adiknya.
“ Mak abah,jangan tinggal akak. Mak abah”

Zaril terbangun mendengar racauan Zila. Digerak lembut isterinya agar tidak meracau lagi. Zila senyap saat tubuhnya disentuh. Zaril dapat melihat di hujung kelopak mata Zila,ada air yang mengalir.Dikesat air mata itu,hampir setiap malam Zila begini. Hatinya tidak tahan lagi. Jika lebih dari sebulan Zila tidak bertemu keluarganya,Zila pasti begini. Zila tidak akan luah perasaanya,tapi Zila akan meracau setiap malam seperti ini.
“ Abang”

Zaril tersedar dari lamunannya saat Zila memanggilnya.
“ Kenapa sayang ?”

“ Jauh abang termenung.Abang ada masalah ?“

Zaril senyum. Kepalanya digeleng.Zila ditarik rapat ke dadanya. Dipeluk isterinya yang lama tidak berjumpa. Dahi Zila dicium lembut. Hanya Allah saja tau betapa dia mencintai isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience