BAB 10

Other Completed 3216

Setelah menjumpainya akhbar tersebut, Aina beristighfar berkali-kali. Orangnya pun sederhana tetapi Fir yang menjadi teman sibernya, rupanya Ustaz Firdaus yang sering didengari ceramahnya. Yang selalu memberi nasihat dan kata-kata peransang selama ini. Dengan nasihat dan kata-kata itulah Aina menjadikan Ustaz Firdaus sebagai idolanya. Maha suci Allah.

“Kenapa Ustaz Fir tak pernah beritahu selama ni?”

“Perlu ke menceritakan pada semua siapa Fir ini? Fir tetap Fir yang Aina kenal di alam siber. Fir tidak menjual agama. Paling penting Fir tak mahu akan ada sifat formal antara kita jika Aina tahu siapa Fir. Antara Fir dan Aina, hanya ada Dani tapi tidak ada sebutan Ustaz di situ.”

Apakah Aina kesal dengan pilihannya? Tidak sama sekali. Dani tetap pilihan hati.

“Izinkan Aina memilih Dani. Bukan kerana rupa tapi kerana tanggungjawab sesama Islam. Dani perlukan Aina untuk memulakan hijrah. Aina tahu Fir seorang yang tabah sebab cinta Ilahi sudah lama Fir kecapi.”

“Alhamdulillah… Aina membuat keputusan yang sangat terpuji. Semoga pencarian kalian akan berakhir bersama cinta ilahi. Aamiin.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience