BAB 14

Other Completed 3216

Pulang kerumah, malam itu aku sukar melelapkan mata. Mengapa aku digesa beragama? Hakikatnya aku benci dengan kejadianku yang dikatakan berdosa. Homoseksualiti adalah antara larangan Allah yang sangat besar, namun kenapa aku dilahirkan dengan naluri ini. Kenapa sejak kecil aku meminati kaum sejenisku, kenapa aku tidak pernah tertarik dengan kaum berlainan jantina, kenapa nafsuku hanya bertumpu pada kaum sejenisku, kenapa aku dilahirkan lebih gemar berperwatakan lelaki? Katanya Allah itu maha sempurna, namun kenapa dia wujudkan manusia seperti aku? Aku umpama khinzir yang dilahirkan sekadar untuk dibenci dan dijatuhkan hukuman haram! Atas semua sebab itu aku tidak mahu menyembah yang digelar tuhan dan hanya beragama didalam kertas dokumentasi.

“Dalam Quran ada sebut tentang Lesbian?”

Tanya Tasha. Aku mengeleng sebagai jawapan.

“Jadi dalam agama awak, lesbian tak salah? Jadi kenapa gay salah?” Tanya dia lagi, seolah tidak tahu aku tidak gemarkan soalan-soalan itu.

“Gay, ada disebut dalam quran, kaum Luth, yang ditimpakan bencana”. Jawab ku tanpa memandang dia.
“Jadi Lesbian tiada dalam quran? Tuhan awak tahu tentang lesbian?”

Diam, dan aku menggertap bibir. Entah kenapa aku rasa tercabar, entah apa aku rasa mahu mempertahankan, tapi tercabar kerana apa, dan mahu mempertahankan apa? Benarkah Allah tidak menyebut tentang Lesbian?

Mula aku mencari tentang Lesbianisme dalam Islam, di internet, dimajalah, mudah kerana cara kehidupan itu mula menjadi trend, gejala LGBT sedang hangat diperkatakan. Perdebatan, ceramah mula berada dimana-mana, apatah lagi kuasa mahkamah syariah seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah mula dicabar oleh Mahkamah Tinggi Sivil dalam akta perlakuan melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan, hak kebebasan bersuara. Walau ianya adalah isu yang berbeza namun tempias nya mula terasa, para agamawan, politik atau sesiapa sahaja mula sangat pandai tentang penyakit Gender Disorder, lalu golongan yang dikelompokkan didalam satu payung LGBT mula dikecam dan semakin dikatakan laknat Allah.

Semakin aku mengkaji tentang lesbianism, semakin aku mula membaca tentang akidah, hadis dan sunnah. Lesbian adalah perlakuan yang didefinisikan sebagai Musahaqah, dan ianya telah pun dikupas oleh ilmuan Islam dan terdapat didalam kitab Fiqah. Dan juga disebut didalam beberapa hadis. Aku mula mencari susur galur hadis.

“Dari Abu Musa katanya, Rasulullah bersabda, “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka kedua-duanya juga berzina.” (HR Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman)”

Jadi selama ini aku berzina?

Dalam hadith Hudzaifah r.a Nabi bersabda, “Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah SWT) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (daripada mereka) merasa cukup dengan wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan lelaki.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience