BAB 15

Other Completed 3216

Rupanya tiada beza, tiada beza aku dan kaum Luth!

Luluh, nanar, kosong. Itulah perasaan aku. Kosong kerana aku tidak tahu pada apa aku bergantung, luluh dan nanar kerana seolah ada rasa bersalah yang amat sangat pada aku. Wajah Abah dan Ma mula silih berganti diruang wajah aku. Teringat yang abah kerap cuba bertanya tentang aku melalui telefon, dan aku sangat sering mengelakknya. Kenapa aku merasa salah yang amat sangat?
Mula aku membaca dan membaca tentang manusia yang bernama Muhammad. Sirah-sirah yang telah aku tinggalkan. Kenapa manusia ini sanggup berkorban segalanya untuk menyampaikan sesuatu yang dinamakan Islam?

Tasha terkejut sewaktu kali pertama aku seolah menolak untuk bersamanya. Letih, itu saja alasan yang aku berikan.

Terjemahan Quran, aku mencari lagi tentang lesbianism. Dalam pencarian itu, aku seolah-olah sangat terkesan dengan ayat-ayat quran yang sangat banyak menyebut tentang rahmat Allah, tentang nabi Muhammad, tentang amaran-amaran Allah, tentang Hari Pembalasan dan semuanya.

Sehinggalah satu malam, sewaktu Tasha tidur, aku mencapai terjemahan, lalu bersandar disofa ruang tamu. Menyelak helaian demi helaian.

Katakanlah: “Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “Kepunyaan Allah”. Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman “ surat Al-An’am ayat 12;

Ayat ini menyentak seluruh urat nadiku. Mataku berpinar. Jantungku berdegup kencang. Allah! Perasaan apakah ini. Buku terjemahan Quran itu aku hentak-hentakkan dikepala. Tangisan berhamburan. Allahuakbar!! Aku menangis bagaikan anak kecil. Tangis semahunya. Hingga aku tertidur.

Esoknya, adalah antara hari permulaan. Tasha menjerkah dan menangis apabila aku menyatakan aku ingin memutuskan hubungan dengan dia.Lebih berang dia bila aku hanya membisu bila ditanyakan alasan, dia menamparku, menyangka aku punya perempuan lain.
“Kerana tuhan, kerana tuhan saya memutuskan perhubungan ini.”

Dia kelu. Menggertap bibir. Namun seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan dia akur. Dia senyap. Itulah akhirnya dua tahun kami bersama. Malam itu, aku siapkan biliknya dibilik berasingan, dua minggu kemudian, aku menolongnya pindah kerumah sewa. Dia memeluk dan kemudian meminta izin untuk mengucupi aku buat kali terakhir, aku membatu. Pipiku dikucup, tengkuk ku diraih, dia menangis dibahuku. Dan aku sekadar menangis dihati.

Sejak itu, aku sendirian, sendirian mencari cinta Illahi. Mencari erti sebenar pengorbanan demi Allah.

Tiga belas tahun, dan kini Tasha akan memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang ustaz yang kini bergiat aktif sebagai pendakwah terkenal.

Aku? Masih sendiri dan mendoakan kesejahteraan seluruh umat Islam, keluargaku, diriku dan dari jauh walau di manapun aku berada aku akan tetap mendoakan Tasha. Ikthiar, doa dan tawakkal dan terus mencari redhanya. Namun jika ditakdirkan aku hidup sendiri tidak mengapa, di sana Allah pasti menjanjikan sesuatu. Namun aku juga takut, takut kalau-kalau amalanku tidak diterima Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience