Derita Rindu

Romance Completed 90676

"Kau jangan harap boleh senang senang ya"marah datin nora.baru dua hari izwan dan nelly ke Amsterdam.Sungguh aku rindu. Selera ku berkurang, tidurku tidak lena.Mungkin kerana izwan tiada bersama.aku melakukan kerja rumah seperti biasa. datin nora memerhati setiap gerak geri ku.
"timah, biar bibik aja yang lakuin"ujar wanita separuh abad itu. aku menolak.. aku tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.satu rumah aku mengemop.penatnya..hanya Allah yang tahu.aku kebelakang.mengemas ngemas di wet kitchen.
BAAAAMMMMMM, aku terjatuh.. perut aku sakit yang teramat.
"timah.... bibik.. datin... "tempik sastri. kelihatan kelibat bibik dan datin nora dalam kesamaran.aku berada dihospital.sastri menangis disisiku
"sastri kenapa"soalku
"timah udah bangun"sastri mengesat airmatanya. datin nora dan bibik masuk ke bilikku setelah di beritahu oleh sastri bahawa aku sudah sedar.aku memeriksa perut ku. Alhamdulillah baby masih ada dalam keadaan baik.cuma aku sedikit tertekan.
"kau pergi lah dari sini, bawa hidup kau demi bayi kau, aku tidak mahu menjadi punca kau keguguran."ujar datin nora.aku hanya diam
"tapi ini kan anaknya cik izwan?"bicara bibik.
"sebab dia anak khairul lah aku bercakap. secara baik.kau jauhkan diri dari izwan.. besarkan anak kau baik baik. "ujar datin nora. aku hanya mampu menangis.apa yang harus aku lakukan. aku perlukan izwan disisi.joji dan syafiq masuk ke bilikku. joji memelukku erat. disapu air mataku.
"datin saya tak tahu apa rancangan datin, tapi timah mengandungkan anak izwan, izwan perlu bertanggungjwb."marah syafiq
"cucu aku hanya dari nelly, bukan fatimah"lagaknya sombong
"datin ni dah hilang akal ke"marah syafiq lagi.aku menarik baju syafiq agar dihentikan pergaduhan itu.
"saya akan pergi"walaupun berat untukku tapi ini kebaikan untuk semua.bayi aku perlukan ketenangan untuk membesar dengan baik. datin nora keluar dari bilikku bersama bibik dan sastri yang beberapa kali menoleh kearah ku. tangisan mereka yang berbasi amat mengharukan.
"abis kau nak tinggal mana.. dengan keadaan kau macam ni"marah syafiq padaku. aku hanya mampu diam. joji menenangkan syafiq. mereka ke satu sudut dan berbisik entah apa,tidak dapat aku dengari. tapi dari raut wajah syafiq sesuatu yang di dipersetujuinya kerana mimik mukanya yang berkerut kerut.aku...aku perlu memikirkan percaturan seterusnya.perutku ku usap. anak,bantu ibu untuk kuat ya.

Bibik datang dengan bagasiku. aku bersiap untuk discaj.sehelai t shirt izwan dihulurkan bibik. airmatanya menitis.sungguh aku rindu pada pemilik baju ini. aku beredar dari hospital ditemani joji syafiq dan kamal.kami menuju ke rumah arwah nenek joji.aku akan tinggal disitu sehingga melahirkan. aku membelek telefon. akaun instagram izwanku jengah. tiada apa yang baru gambar terakhir gambar aku bersamanya yang diambil beberapa bulan lalu. sungguh aku rindu. aku menanti panggilan darinya.aku merenung diluar jendela kereta. perutku sedikit bergerak. baby didalam mula memberi tindak balas.baby...sabar ya.. nanti ayah ikut kita. insyaAllah.. pujuk hatiku. manik manik jernih menitik satu persatu.
"timah,kau ok ke? "soal joji. aku hanya mengangguk. dia menepuk paha ku seakan memujuk agar aku tidak terus hanyut dalam duka.
"minggu depan aku balik kampung.nanti aku tengok tengokkan kandang kau dengan kebun buah.apa apa aku bagitahu kau"telah syafiq. kampung... hiba ku mulai datang.aku sekali lagi mengangguk
"kau jaga diri kau, jangan fikir kan apa apa, fikir pada diri kau dan anak kau"tegur syafiq
"betul...kau jangan fikir sangat nanti stress anak sedara aku"seloroh joji aku hanya tersenyum. abang, timah pergi ya.. hatiku mula merintih.rumah yang dikelilingi pokok kelapa serta disajikan pemandangan laut yang terbentang luas menenangkan jiwa. bau air laut menghidupkan suasana perkampungan itu. terasa baby mula bergerak aktif.barangkali dia suka.
"mak aih.. besarnya.. timah duduk sorang? jenuh tawaf"candaku.rumah kampung yang mempunyai 4 bilik tidur dan 2 ruang tamu itu mengejutkan ku. berbeza rumah ku dikampung.. kentut di ruang tamu pun boleh dengar sampai ke dapur.
"abis tu, nak duduk dengan siapa?, kamal, kau jangan macam macam ye"marah joji
"canda canda"ujarku sambil merangkul lengan joji.aku masuk ke bilik yang disediakan untukku.rona putih dan hijau menghiasi bilik tersebut. cantik. jendela ku kuak.. pemandangan laut terbentang luas..koridor dihiasi bunga bunga.. cantik.. mereka sedang berkemas. aku mengambil udara di koridor.. bangku berlapik kusyen ku duduk. tenangnya. hilang segala duka untuk sementara. beberapa keping foto ku ambil dan ku upload.masih berharap izwan akan mengjengah ke akaun instagram ku. telefin bimbit ku berdetik

JANGAN SESEKALI CUBA HUBUNGI KHAIRUL.

mesej dari datin nora.kenapa terlalu kejam dia padaku.airmataku mula mengalir. sayang,ibu akan lindungi kamu ya.sihat lah kamu ya.perutku ku usap lembut.
"timah,jom makan"panggil kamal. aku baru selesai solat maghrib,keluar ke dapur.
"amboi sakan korang..mentang mentang pengkalan nelayan dekat"segala mak nenek makanan lauk dibeli mereka.selera ku mula membuak. makan malam kami meriah dengan hilai tawa.syafiq dan kamal tidur di dalam khemah yang di pasang di luar rumah. tisurku makin tidak selesa. telefon ku berdering.Izwan..
"sayang pergi mana,sayang bagitahu abang sayang dekat mana, abang jemput"izwan bersuara. nadanya terlalu risau.
"timah ok, timah sihat, baby pon sihat, abang jangan risau ya nanti kami datang jumpa abang"airmataku mula menitis
"sayang, abang rindu, abang rindu sayang,balik la"sedikit getar nadanya..
"abang buat sementara ni bagi timah rehat ya. timah perlukan ketenangan untuk timah dan baby sihat"kedengaran esak tangis izwan ditalian
"tapi abang rindu sayang"esak nya semakin kedengaran.
"abang nak ada dengan sayang baik susah dan senang, abang nak rasa setiap detik memori sayang dan baby"airmata ku turut laju. aku diam
"sayang,abang nak sayang.. "rayunya.
"sayang, kenapa ni"kedengaran suara nelly di talian. aku diam.
"sibuk la kau"marah izwan.
"sayang balik la, abang rindu, abamg tahu abang salah,maafkan abang"rayunya lagi
"abang takde buat salah dengan timah, timah cuma perlu ketenangan"pujukku
"hei pompuan kau dah hilang akal ke.."belum sempat nelly menghabiskan ayatnya talian di matikan izwan.nafasku ku hela panjang. perasaan ku tidak enak.cemburu..iya aku cemburu.pandanganku lontarkan keluar.kedengaran deruan ombak membelah pantai. kelam.sunyi.

motor yang ditinggalkan joji untukku aku guna untuk menjalani rutin harianku.juga untuk ke klinik,rutin pemeriksaan kesihatan.rata rata yang pergi ke klinik bersama pasangan.aku cuba menelefon izwan tapi taliannya sibuk.namaku dipanggil. aku bangun. telefon berdering. izwan tapi kali ini dia bervideo call.
"sayang dekat klinik ke,abang nak join juga"senyumnya.izwan khusyuk mendengar penerangan doktor.ketika pemeriksaan ultra sound izwan ketawa kegembiraan memdengar dengupan jantung bayi serta melihat tumbesaran bayi yang Alhamdulillah sihat. izwan teruja.
"sayang, jaga diri ya, ada apa apa beritahu abang segera ya"ujarnya.talian dimatikan.aku berjalan sekitar kampung menghirup udara segar. aku ke pelantar ikan, tekak terasa mahu makan ikan bakar. sedang aku memilih ikan terasa ada sepasang mata memerhati.aku mempercepatkan langkahku dan aku pulang. kamal di laman rumah.
"kamal,bila sampai"soalku.kamal turun dari keretanya.
"dah sejam sampai. hari ni timah ada appointment kan,"soalnya
"ya, ni baru balik dari klinik"aku melabuhkan punggungku ke anak tangga.
"la kamal tak sempat lah"tawar nadanya. aku mengangguk dan senyum
"sorry kamal lambat "
"eh tak apa, timah boleh pergi sendiri "aku tidak mahu dia resah. ikan dibakul motor di capai kamal. kunci rumah bertukar tangan.kamal membantuku membakar ikan. kami makan tengahari di pelantar di bawah pohon mempelam di sebelah rumah.sebuah mpv hitam berada di tepi jalan berhampiran rumahku. kerap kali kereta itu kelihatan berlegar di kawasan rumah. aku mula risau.
"kamal balik dulu ya.. minggu depan kamal datang dengan joji kita shopping barang baby"ujarnya.aku mengangguk dan tersenyum. kamal.. andainya dia hadir terlebih dahulu sebelum izwan mungkin peluang untuknya ada.. tapi semuanya percaturan Allah..harap kau bertemu dengan insan yang dapat menjaga kau kamal. dan orang itu bukan aku.izwan tidak menelefonku. sibuk agaknya. mentari mula merebahkan cahayanya. suasana senja yang suram menggamit kenangan bersama ibu dan abah. aku rindu akan dua insan ini.ibu abah timah kandungkan cucu abah dan ibu...aku cuba menahan airmata dari mengalir tapi gagal. lagi sekali kereta itu berhenti di tepi jalan. tapi kali ini jendela nya diturunkan. seorang lelaki yang tidak aku kenali.siapa dia.. aku mengunci semua pintu dan tingkap. jantung aku berdebar. nombor izwan aku dail tapi tidak dapat disambungkan.jantungku berdegup laju.berdebar.risau teramat. aku terangi luar rumah ku seterang mungkin.mpv itu masih di situ. telefon ku berdering.izwan.video call ku jawab
"sayang.. rindu.. "izwan memakai hoodie kepunyaanku yang ku yang kutinggalkan sehelai untuknya. bantal kesayangan ku juga dipeluknya.
"abang dekat mana ni"soalku.
"kondo, malas nak balik..nelly dengan mummy dik membebel"ujarnya.
"abang, abang ok ke"izwan kelihatan tidak seperti biasa.wajahnya kemerahan. sakitkah dia.
"abang ok.. abang rindu timah..rindu sangat"dia mula menangis. aku cuak. apa harus aku buat.
"abang,abang sabar ya nanti timah balik jumpa abang"pujukku
"timah nak balik? atau sekadar nak sedap hati abang"nadanya kasar.. bahasanya turut kasar.
"abang.. "aku kaget
"timah memang tak nak abang dah kan, timah dah jumpa bahagia kat luar sana sebab tu timah boleh tinggal abang sendiri"amuknya
"abang dah buat macam macam untuk tarik hati timah.. abah buang ego abang untuk timah.. tapi timah.. "marahnya lagi
"abang...timah"ayat ku belum habis.. izwan seperti hilang akal
"kau...kau nak aku buat apa lagi untuk aku tunjuk yang aku betul betul sayang kau... kau nak suruh aku melutut kat kaki kau ke.. "Allah... kenapa ni.. apa yang terjadi sebenarnya.
"babe.. kenapa ni"suara seorang perempuan, bukan nelly. perempuan itu merangkul leher izwan dari belakang.aku pasti itu bukan nelly. mereka berkucupan di hadapanku
"abang... nelly mana.. siapa dia"aku mula melenting. tapi soalan aku tidak dihiraukan.
"abang!! "tempikku apabila melihat izwan memangku perempuan itu dan baringkan dia diatas katil
"abang.. apa abang buat ni"aku mula menangis. baju perempuan itu izwan buka satu persatu dan akhirnya mereka berdua tiada lapik walaupun sehelai kain. talian aku matikan. aku meraung semahunya. kenapa.. abang kenapa...

mataku bengkak kerana tangis semalaman. fikiranku kusut.aku harus pulang bertemu izwan. terangkan semuanya. semua harus jelas. aku mengemas pakaianku. aku menelefon grab. hari ini kelibat mpv itu tidak kelihatan.aku tiba di terminal bas. tiket terawal aku beli. aku nekad.. apa nak jadi itu kemudia.. yang penting izwan. dalam perjalanan fikiranku melayang. hanya izwan.. terfikir akan dia.ke mana aku harus pergi.. pejabat, rumah agam atau kondo... aku tidak tahu ke mana harus melangkah. nombor izwan aku dail.
"abang, timah dah balik abang dekat mana"aku mula bicara
"sorry izwan mandi, nanti i suruh dia call you balik ok"suara perempuan, bukan nelly.
"sorry, awak siapa ya, izwan masih di kondo ke"soalku
"i...yana.. ha ah kami di kondo izwan"aku matikan talian serta merta. aku menuju ke kondo. langka ku laju. terasa lambat pula lift. tanganku kuramas ramas.jantung ku laju.lift terbuka.. langkahku laju.. kalut.
"how dare you"terdengar suara nelly didalam.
"so you nak i buat apa, dari awal lagi i dah cakap jangan you nak expect apa apa dari i"marah izwan
"so,ini lah cara you nak berontak, i bukan timah yang you boleh bodohkan"tempik nelly
"abis you nak i buat apa, ceraikan you.. ok listen..nelly.. aku... "
"abang..!!! "tempikku di muka pintu. mereka tergamam. tanganku terlalu ringan sehingga penamparku melekat dipipinya.
"orang yang patut abang ceraikan ialah timah.. bukan nelly"ujarku beserta tangis.geram
"kau.. yana.. yang bercakap dengan aku tadikan"soalku.perempuan itu mungkin sebayaku.dia mengangguk. cuak dan terkebil kebil.
"saya rasa awak tak perlu berada disini, sila keluar, ini hal kami bertiga rumah tangga kami, so..please leave us"pintaku
"baby..nanti i call you"ujar izwan.. pipi gadis itu dikucup sebelum dia melangkah keluar
"khairul izwan bin zaini.. apa awak buat"bicaraku.izwan diam. nelly merebahkan diri di atas sofa. aku berdiri dihadapan izwan. wajah izwan aku tenung. izwan mengalihkan pandangannya keluar jendela
"khairul izwan, i'm asking you.. bentakku
"apa...."izwan dengan tidak bersalah menyoalku semula.
"you.. itu budak lagi..if kalau nak sekalipun jangan la cari hingusan''perli nelly. aku terkejut akan bicaranya.
"nelly.. awak tak rasa salah ke apa yang cakap tu"soalku
"timah, kau memang bodohkan, sebelum dia kawin dengan kau.. kau rasa aku je ke izwan tidur..one night stand dia ramai.. if i pergi oversea you rasa dia boleh tahan nafsu dia.. apatah lagi kalau dia yang pergi oversea"nelly senyum sinis.Ya Allah.. aku berada di dunia mana sekarang
"abis kenapa awak masih nak tunggu dia kalau dia seteruk itu.. kenapa awak masih nak jadi isteri dia kalau dia sejahat itu"soalku.aku juga ada hak untuk bertanya. izwan suamiku
"sebab dia langgar perjanjian kami"ujar nelly. aku menoleh kearah izwan. tapi izwan diam seribu bicara
"kami berjanji.. yang kami tak kisah dengan apa yang kami nak buat..jangan kawin.. if nak kawin kami kena kawin berdua.. why sebab semua tahu kami bertunang.. kami.. parents yang jodohkan.i ada reputasi i as model.. izwan dia famous as ceo muda..kami kena jaga itu"Allah..laju tutur nelly... tanpa segan.. aku pula malu
"you pun apa kurangnya.. semua jantan you sapu.. dekat paris.. berapa ramai yang you belai tiap malam.. dalam malaysia pon...iqbal bukan you tak pernah layankan.. nafsu you pun boleh tahan"kali ini izwan berbunyi. tubuhku menggigil.seram dengan kenyataan ini. kepala ku berpinar.aku berpaut pada kerusi di meja makan. izwan cuba membantu.. tapi tangannya aku tepis.
"abis kenapa awak nak juga kawin izwan"soalku
"sebab kau.. "kasar nadanya. aku duduk di kerusi.aku sudah tidak mampu berdiri.
"sebab izwan kawin dengan kau dan kau ubah dia jadi someone yang aku dah tak kenal.."marahnya
"kenapa"soalku
"aku tercabar dengan kau.. dia baru kenal kau tak sampai sebulan.. dah buat kau isteri, dia boleh dengar kata kata kau.. dan aku nampak jelas dia sayang kau sedangkan dengan aku dia tak macam tu"nadanya. sedikit kecewa
"i dah pernah ajak you stop kan semua ni.. dan i nak halalkan you.. tapu you lebih memilih karier dan life you"marah izwan
"sebab i tak nampak ikhlas you"nelly mula menyinga
"you nak i stop semua termasuk karier i.. you tahu kan modelling dunia i"tempik nelly
"sebab tu i dah give up dengan our relationship cuma i tak tahu macam mana nak ending.. kalau tak sebab mummy dah lama i tinggalkan you"balas izwan. aku hanya mendengar.rumit..teramat rumit
"so, you kawin dengan budak kampung ni"perli nelly. eh aku pula.. dah sendiri salah..
"i kawin dengan timah sebab i jatuh hati dengan dia at first side...tingkah dia... kelakuan dia.. adab dia serta pemikiran dia buat i tertarik, i memang tak salah pilih dia untuk jadikan isteri"aku terbangga sekejap.eh fokus timah fokus
"sebab you kawin dia la i rasa tercabar.. you dah langgar perjanjian"ujar nelly.
"sekarang ni..timah tak nak dengar previous punya story.. timah nak tahu.. encik khairul izwan.. apa yang awk dah buat.. "aku mula bicara. izwan terdiam
"timah tak sangka abang tanpa malu berzina depa timah.. if nellt timah tak kisah sebab dia halal bagi abang.. tapi ini.. "aku tidak dapat menghabiskan ayat.hiba menerpa.. aku mula menangis.izwan hanya dia.
"kalau abang nak ceraikan isteri abang.. ceraikan timah.. timah dah tak boleh masuk dalam dunia abang"pintaku.tampak di hujung mataku nelly tersenyum sinis.
"kenapa.. timah boleh berseronok dengan kamal"tuduhnya
"maksud abang.. kenapa libatkan kamal dalam hal kita"nafi ku.telefonnya dia ambil. beberapa keping foto aku dan kamal di tunjuk.gambar dikampung joji
"berat tuduhan abang ni, fitnah semua ni"aku cuba pertahankan diri
"you kata tak salah memperisterikan timah.. sekarang dia pun curang dengan you"nelly tertawa sindir
"nelly..awak tak tahu baik awak diam.. nantu jadi fitnah.. dan abang timah tak tahu macam mana nak jelaskan, terpulang untuk abang nak fikir macam mana"aku kecewa. kerana fitnah yang tidak berasas dia boleh berubah laku. bermakna dia masih belum mengenaliku sebagai isterinya sepenuhnya.aku diam
"habis tu, timah pergi mana, kenapa timah tak bagitahu abang..kenapa semua benda yang sepatutnya abang yang buatkan untuk timah..tapi kamal yang buatkan... siapa abang pada timah"marah izwan. aku sedikit tersentak mendengar tempikannya
"kenapa timah pergi jauh dari abang sebab timah nak abang pulihkan hubungan abang dengan nelly.. kenapa kamal pikul tanggungjawab yang sepatutnya abang pikul sebab dia ikhlas membantu timah tak rasa yang abang sudah bersedia untuk jadi seorang ayah.. sedangkan timah pun abang masig belum pertahankan depan mummy.. inikan pula baby ni..."ku luahkan segalanya.
"tengoklah semalam... hanya gambar fitnah ni abang terus nak percaya. tanpa siasat kebenarannya.. abang boleh berubah laku.. buat maksiat depan timah.. "aku lega. yang terbuku hampir terluah
"izwan izwan... you rasa you hebat sangat ke"perli nelly. izwan diam. dia meraup wajahnya.telefon ku berdering. syafiq
"apa.. bila... ok aku balik sekarang"ujarku.talian dimatikan. ternakan ku di racun.. hampir 60% mati. aku bergegas untuk pulang. tangan ku dicapai izwan
"abang ikut"ujarnya
"tak payah.. saya boleh urus sendiri..awak urus hal awak"tanganku ku rentap. jalan ku baru beberapa langkah terpaksa aku hentikan.. perutku sakit. mengeras. sakit...
"sayang"izwan mendapatkan ku. aku gagah untuk melangkah. aku tidak mahu mengharap belas darinya. dia aku tinggal dibelakang.

"semalam ok lagi,pagi tadi aku tengok dah bergelimpang."ujar syafiq
"kita buat report polis dulu la.. biar polis siasat"ujarku.kami ke balai polis untuk membuat aduan.kepala ku benar benar penat berfikir.satu persatu ujian menimpa.syafiq menghantarku pulang memandangkan hari semakin gelap.kereta izwan di laman. lampu di beranda siap terpasang.izwan didalam agaknya. pintu rumah ku kuak... izwan tiada.. aku masuk ke bilik juga tiada. kemana dia.usai solat maghrib aku masak makan malam. aku menunggu izwan. azab isya berkumandang.. izwan masih juga belum pulang. aku menelefonnya tapi tidak dapat. telefonnya tutup.aku bersolat isya dahulu.
"Assalamualaikum "sesorang memberi salam.pintu rumah aku buka.
"abang... kenapa ni"izwan pulang bersama tok penghulu
"dia accident tadi, dekat ladang timah"ujar tok penghulu. izwan berbalut di lengan kaki dan bertampal dikepala. aku memapahnya masuk.
"macam mana boleh accident, accident dengan apa"soalku
"motor timah.. abang nak elak kereta.. brek tak makan.. tergolek la apa lagi"ceritanya.aku memerhatikan lukanya.
"sayang.. abang minta maaf ya.. abang tahu abang salah.. "aku diam.lukanya ku belek. izwan merenungku.
"sekarang bukan masa untuk kita bincangkan hal ni, abang minta ampun dengan Allah dulu.. timah..tak nak cakap lagi pasal ni.. bagi ketenangan pada timah"pintaku.izwan diam.aku tidur dalam bilik ibu. izwan tidak menghalang.
"hello nelly, esok datang ambil izwan dekat kampung timah"pintaku.aku mahu selesaikan masalah ladang dahulu baru aku dapat fikirkan hal hal yang lain. serabut...
"kenapa kau datang.. mana kau tahu aku ada dekat sini"tempik izwan apa bila kelibat nelly menjengah di muka pintu.
"timah yang jemput dia datang.. abang balik dengan nelly dulu.. nanti dah settle urusan dekat sini timah balik jumpa abang"pujukku.izwan membantah tapi aku memaksanya untuk pergi. izwan akur.aku melihat kereta nelly keluar dari laman rumah ku.walaupun berat hati ku tapi aku terpaksa.bukan kerana aku tidak mahu menjaganya ketika sakit tapi aku ada urusan yang lebih penting untuk aku selesai kan. telefon ku berdering
"apa.. "jantung ku seolah direntap. kamal dipukul.kini di icu.aku mengigil.kenapa.siapa pukul. kepala ku pening.aku pitam.

Share this novel

wanafiqah04 hanna
2022-03-26 05:24:52 

bila nak update lagi ya author? Tak sudah-sudah datin buat perangai

Esjasz Malek
2022-03-25 22:23:18 

sape yg jahat sgt tu? ishh.. penasaran sungguh ni..

Hawani Hashim66
2022-03-25 20:56:06 

jahat dan busuk hatinya datin....


NovelPlus Premium

The best ads free experience