Setiap minggu aku pulang ke kondo.dan sepanjang ketiadaan ku dia pulang kerumah. Diajarnya solat dan mengaji. Dan sudah ada sedikit perkembangan positif.Minggu ini seperti biasa dia mengambilku dikampus.Kami keluar membeli barang dapur.Telefonnya berdering.
"Hello mummy"aku diam.
"Wan ada kat luar,beli grocery.kejap lagi abang sampai, ok ok"taliannya dimatikan"disorong troli dari satu lorong ke satu lorong.Dah cukup barang yang dibeli kami ke kaunter bayaran.
"Mummy suruh kita kerumah dia,mummy buat party"ujarnya
"tak apalah abang pergi, timah duduk rumah"balasku
"takpa timah boleh tolong maid masak."pujuknya. hati aku berdebar.keretanya memasuki kawasan rumah agam yang tersergam indah. berapa orang tinggal ni.besarnya.aku membawa barang masuk. Seorang wanita dalam lingkungan 40an keluar dari dalam.cantik dan bergaya.skirt hitam pendek paras betis dan blaus berompol hijau itu tampak cantik melekap dibadannya.
"Mummy,ni fatimah,yang selalu nelly cerita tu"oh mak dia.. mak mertua aku... aku tertelan air liur. pahit.salam ku disambut acuh tak acuh.. bagaimanakah peribadinya.aku membawa barang kedapur. didapur ada dua orang pembantu rumah warga indonesia.
"maaf barang ni saya nak letak mana"tanyaku.dapur dia pon sebesar rumah aku. seram.
"apa yang boleh saya bantu bik"soalku
"eh nggak papa, bibik sama sastri aja"ujar wanita tua itu.
"saya siti fatimah, panggil timah aja"ujarku
"timah, temannya tuan izwan ya"soalnya
"ha.. aaa.. ermmm"aku nak jawab apa
"dia maid yang khairul upah untuk kondo dia,minggu ni dia kerja jadi dia tolong bibik dengan sastri"ujar wanita itu
"ya ya datin, ini mahu digoreng atau digril datin"soalnya.lagi sekali aku menelan air liur.. datin kau.. masak aku..
"grill lah, malam nanti timah tolong grill kan boleh.. "soalnya
"boleh boleh"jawabku.izwan yang berdiri sebelah ibunya mencubit cubit pahaku. aku mendongak. mulutku terkumat kamit memarahinya. izwan tersenyum.geram sungguh aku. nanti kantoi macam mana... aku menyibukkan diri di dapur.
"timah cekap ya"ujar sastri anak gadis kukira sebaya ku.
"oh timah dah biasa buat kerja dapur.. timah jaga arwah mak sakit,semua kerja timah buat" jawabku
"anak itik ni pandai semua sastri, menoreh getah pon pandai, bukan takat toreh getah, toreh hati orang pon boleh... "sampuk izwan dari mana datangnya
"apa cik izwan,toreh hati orang, doktor kah"sastri bertanya.
"bukan doktor tapi toreh hati orang supaya bila dijahit nanti tak boleh lupa"dia yang duduk di sebelahku dengan senggeggam kacang di campak satu persatu kemulutnya.kecik beso kecik beso je aku tengok dia.sastri masih bingung.
"maknanya jatuh cinta"sampuk bibi
"pandai bibik.satri kalau nak cari boyfriend minta tolong dia, nanti dia ajar macam mana nak toreh hati bagi cinta. dia pakar ni"usiknya lagi.aku yang sedang mengupas kentang tak perasan kentang aku cacat tak bulat.. geram punya pasal
"iya... nanti boleh la ajar sastri ya timah"ujar sastri
"ha... "aku blur.
"timah udah punya pacar"soal bibik
"ada, dikampung"jawabku.ditatapku sambil menatapku
"mesti hensem kan, timah cantik"ujar sastri... hah ini lah masanya.izwan berganjak dekat dengan ku. disenyum senyum kambing. minta di puji ya.
"tak de lah, kerja buruh kampung je.. toreh getah juga. botak, "mataku menatapnya.dia kecewa bercampur geram.
"kurus, hitam sebab main panas.muka berlopak banyak."ujarku.
"duh takkan kot,canda aja timah"sastri mahu kepastian
"biar buruk, janji baik, sayang timah yang penting sayang timah dan sayang abah timah"izwan tersenyum.
"dari hensem tapi perangai macam lanun." terus ditarik mukanya.
"makanya kalau mahu pilih calon suami, jangan pilih rupa, pilih hatinya, imannya"ujar bibik
"ya betul bik"kemenangan di pihak aku.aku tertawa. tika tawaku sedang asyik.. dicampak kacang kedalam mulut ku...dia bangun. aku terkejut. aku keluarkan semula. izwan berpatah balik mendapatkan ku.dia panik, dibawaku kesinki. dikorek kacang yang ada dalam mulutku. aku muntah kan semua. bibik dengan sastri terkejut dengan kekalutan izwan. aku cuci mulutku. air masak dihulur.
"ubat bawa tak,ada dalam beg"tanyanya.risau sangat dia
"kejap abang amik"dia lari kekereta dan balik semula dengan ubatku di tangan.
"sorry sorry abang lupa."dipelukku. kepala ku di cium. bibik dan sastri terkejut. aku menolaknya.
"bibik sastri,kami bukan macam korang fikirkan. aku cuba menerangkan.Izwan menarik bibik dan sastri ke belakang di intai intai agar tiada sesiapa dengar. ditunjuk kad perakuan nikah.bibik dan sastri terkejut
"ya, bibik,timah isteri cik izwan"
"alhamdulillah,bibik gembira skali, tapi kenapa dirahsiakan "soalnya
"bibik tahu mummy macam mana, dia sayang sangat nelly, dia mahu sangat saya kawin dengan nelly"bibik dan sastri mengangguk. kami minta mereka merahsiakan. lega. nasib baik Allah permudahkan urusan.
Tetamu semakin ramai.hidangan sudah siap dihidang. aku masuk untuk bersolat maghrib.aku terserempak dengan izwan
"abang dah solat, maghrib dah nak habis"soalku
"belum, abang cari timah,nak solat sama sama"jawabnya.
"hah ok ok"ditarik tangan ku naik kebiliknya. kami solat berjemaah.terima kasih YA ALLAH kerana kau dah makbulkan doaku. aku cepat cepat mengemas sejadah.
"nah pakai ni"beg yang berisi baju diberikan padaku.t shirt polo lengan panjang diberikan kepadaku.
"pergi mandi dulu, belemuih sangat"suruh nya. aku mandi dan bersiap. baju biru dan palazo kelabu ku pakai menutupi tubuhku. tudung biru bercorak ku sarung dikepala. mataku tertangkap beberapa buku yang berada di rak. asas solat, keberkatan dalam rumah tangga, syurga itu mahal dan beberapa lagi buku agama.aku percaya dia membacanya kerana ada penanda dan buku sedikit konyol.aku tersenyum.
"abang timah turun dulu ya"ujarku.aku membuka pintu.aku terintai takut takut ada mata yang memandang. selamat cepat... Aku ke laman.aku menyibukkan diri. Izwan turun ke laman. sedondon kami.
"sayang"nelly..dicium pipi izwan. aku mengalihkan pandangan.aku menyibukkan diri. ku lihat izwan berkali kali melepaskan rangkulan nelly.
"bibik nggak suka sama nelly"ujarnya
"kenapa,dia baik "ujarku
"siapa bilang baik, dilayan kami seperti hamba, sombong, bibik ngak suka"aku seakan tidak percaya
"iya sombong kali dia, ngak macam puan fatimah"ujar sastri
"eh jangan panggil saya puan, kita sama saja"pesanku.jariku diletakkan dibibir tanda rahsia.tangan ku tak berhenti mengrill seafood dan ayam. izwan menghampiri ku.
"sayang dah makan"tanyanya.
"belum"jawabku.tangan ku ditarik kebelakang rumah.kami berdua didapur. makan bersama.
"korang buat apa dekat sini"dato zaini menjengah kami.
"dato, kami makan"jawabku
"makanlah daddy, nak"seloroh izwan
"makan lah, izwan.. jangan nak buat hal"ujar dato zaini. seleraku hilang.risau mula bersarang.
"makan la"ajaknya.aku menggelengkan kepala.
"makan kalau tak .."diugut ciuman. gila.. aku makan juga walaupun mulutku terasa tawar.aku duduk didapur. membasuh pinggan.dunia izwan memang dan teramat ketara bezanya
"puan, eh timah dah makan?"soal bibik. aku mengangguk..
"bibik, bibikkkkkkk"nelly..aku terkejut baru kudengar dia tempik begitu.bibik kalut kalut mengelap tangan.langsung kedepan.
"bibik buat apa, tak dengar ke saya panggil"marahnya.kenapa berbeza dia ketika denganku.
"hai.. maid baru ke"sapa pula mamat ni
"partime maid"ujarku.sastri yang dari luar masuk meletakkan pinggan untuk dicuci
"owh, nama apa"soalnya.sibuk je nak tahu nama aku.
"anak itik"izwan datang dari depan. dibuka peti ais dan dicapai botol berisi air dibuka dan ditogoknya. matanya melirik kearahku.
"nama apa"soal mamat tu lagi
"aku kata anak itik anak itik la"jawab izwan
"aku tak tanya kau, aku tanya dia."marah mamat tu
"aku hired dia, so suka aku la nak tolong jawab bagi pihak dia ke apa"tempelak izwan
"awak,awak nama apa"tudung ku ditarik
"kau dah lebih, masuk sana"marahnya
"ah sibuk, awak"tudung ku ditarik lagi. izwan seakan berang.
"timah, siti fatimah"jawabku.tangan yang diangkat izwan tidak jadi dihayunnya. diturunkan tangannya
"umur berapa"soalnya lagi
"18"aku mula rasa tidak selesa. tangannya menguis nguis bahuku
"ada nombor telefon, nak boleh"bahuku dikuis kuis
"dah kau berambus... dari tanya nama je sampai no telefon."marah izwan
"yang kau sibuk kenapa, awek kau ke, tunang kau, wife kau"raut wajah izwan sedikit berubah
"awak dengar tak..saya nak nombor awak"mintanya.
"aku ada nombor dia"ujar nelly.
"ok cun, nanti kau bagi ok"dia berlalu pergi. pipi nelly diciumnya. aku terkejut. sosialnya.
"sayang jom"panggil nelly. aku meneruskan kerja ku,membasuh pinggan mangkuk yang dibawa sastri.mata izwan masih melirik ke arahku.tidakku endahkan
"nak kemana"soalnya
"club jom, malam ni ladies night"jawabnya.
"i letih la, nak rehat."alasannya.
"ala jom la, i dah gian ni. "nelly pergi memeluk izwan. pelukkan nelly cuba dirungkainya. matanya tak berhenti menatapku
"jom la sayang"bibir izwan dikucupnya.tiba pinggan tergelincir jatuh dan pecah
"maaf maaf"cepat cepat aku kutip,tapi kaki ku terpijak, serihan seramik itu.kaki ku luka. izwan mahu membantu tetapi mamat tadi lebih cepat bertindak. didukungku ke ruang tamu. kakiku berdarah. izwan datang..
"sayang,sorry"bisiknya.kaca dikaki ku dibuang
"tepi tepi, biar aku buat"ditolak izwan ke tepi. izwan hanya mampu melihat. dia risau.
"kenapa ni"soal datin nora. dato zaini juga ada.
"terkena pinggan pecah"ujar izwan
"macam mana boleh pecah"nadanya sedikit tinggi
"maaf datin saya cuai"aku minta maaf
"buat kerja tu elok la sikit"ujarnya.
"mummy pinggan je pon, ni kaki dia berdarah. "ujar mamat tu, maksudnya dia dan izwan adik beradik.
"dalam tak luka dia iqbal"owh iqbal..
"dalam juga"jawabnya.
"hah dalam, kena jahit tak. "aku mula takut. mahu menangis. aku memandang izwan. dia datang dekat dan berdiri disebelahku
"kena, agak agak 12 jahit ni, dalam, nampak tulang. teruk ni."aku mula menangis.izwan memegang kaki ku. dibelek nya.
"ah bohong la kau"disapu iodin dan dibalut
"aku saja je melawak,nangis..comel.. "ujar iqbal
"iqbal kalau tak menyakat tak sah"ujar dato zaini.
"jom saya hantar awak balik, dah lewat ni"ujar izwan
"sayang janji nak keluar"rengek nelly.aku duduk kembali.
"i nak hantar timah"ujar izwan
"tak pe aku hantar"iqbal menawarkan diri.
"ok cun thank you iqbal"tangan izwan ditarik.dia hilang bersama nelly.
"maaf datin, dato, saya dah menyusahkan"pintaku
"eh tak apa, kami yang patut minta maaf sebab dah cederakan timah"balasnya.aku masuk kedalam kereta iqbal. kereta itu bergerak keluar dari laman rumahnya. jam dah pukul 12.30mlm,sempat ke masuk hostel.. boleh ke masuk hostel ni.. risau ku...
"timah, tolong dail sekejap nombor ni. saya tengah drive tak boleh guna fon, "pintanya
"mana telefon"soalku
"dalam poket seluar.,tolong amikkan.poket kanan"uishhh gila, nak aku amik tepon dia pula.. kang di ingat aku raba dia.. mati aku.
"tak palah pakai telefon saya, nombor"ku tekan nombor yang disebut.. tiba nombor telefon ku tertera di skrin radio.
"ok dapat dah nombor awak"apo aku ditipu.. hampeh toi. sampai dihostel aku tidak dibenarkan masuk kerana sudah lewat. jam sudah hampir 2 pagi.lagipun kad pelajar aku dalam kereta izwan.beg aku dengannya.otakku ligat memusing memikirkan tempat untuk aku tidur.aku sehelai sepinggang.. hanya telefon ditangan.iqbal suruh aku masuk kekereta. dan kami beredar dari kawasan hostel.aku tak tahu kemana nak pergi.nombor izwan aku dail tapi tidak diangkat. kereta itu parkir di sebuah hotel.iqbal masuk kedalam.telefon ku berdering.
"jom la, masuk cepat,"iqbal, talian dimatikan. dia nak jual aku ke, dia nak benda tak elok ke.. otak aku mula ligat merapu.aku terjingkit jingkit.
"awak,kita nak buat apa dekat sini"aku harus tahu
"tido la"jawabnya.mati aku.. aku menelefon izwan... abangggg.... aku hampir menangis. lif terbuka. kami masuk kedalam. tangan ku menggigil menaip mesej dan ku hantar kepada izwan.
"awak nombor bilik berapa"soalku
"2011"ujarnya.aku memberikan nombor bilik dan nama hotel kepada izwan. mesej aku dibaca.telefon iqbal berdering.. dia menjawab
"bilik depan sana, ni kunci, tahu kan nak guna, letak kat sini bila hijau baru buka timbol"ajarnya.
"hah ok ok"aku mengiyakan saja
"saya pergi dulu ya, apa apa call saya"dia berlari anak. dilambai berkali kali. aku lega. selamat... pintu bilik ku buka.. lega.. aku berbaring atas katil.aku tertidur. pintu bilikku dibuka. aku terjaga. aku bingkas bangun.
"sayang"izwan memelukku lalu memeriksa badanku. baju tadi seluar tadi. mataku scan pakaiannya. otak aku ligat mengumpul data. aku cium badannya.bau asap rokok. tiada bau arak.. mulutnya juga ku bau. dah macam anjing pengesan dah aku. ok tiada bau arak
"abang tak minum la,abang dah janjikan"katanya.
"janji dengan manusia kita boleh ingkari tapi janji kita dengan Yang Esa... berani ke"soalku.dia menggeleng.
"macam mana pinggan boleh pecah"dia menatap mataku.
"licin, sabun"tipuku
"bohong"uih dia ada six sense ke
"la betul la"aku menolak badannya yang maju ke depan
"adui"itu je modal
"sorry sorry"kaki ku diribanya.
"abang, timah nak mandi, tolong"aku minta didukung. didukung aku kebilik air. dia mandikan aku agar luka ku tidak terkena air.. disarungkan bathrobe ke badanku. dan diletakkan atas katil.
diurus diriku sebaik mungkin. bila lagi nak jadi puterikan, time sakit la. berbunga hati. dia mandi kedengaran baju kami dibasuhnya. disidai dalam toilet. rajin. dia keluar dan duduk di katil bersamaku. keropok ditepi katil aku ambil.baru hendak ku suap kemulut. keropok itu dirampas. dibaca ramuan.
"contains soy"ujarnya.di buang kedalam tong sampah. dia menjeling. aku tersenyum
"iqbal tu sapa"aku mula menyiasat
"adik abang, hanif iqbal nama dia umur 22,belajar lagi, medical"aku tanya sepatah panjang pula jawapan dia.
"owh.. hensem"dia menoleh seolah harimau mahu menerkam.
"abang lagi hensem"lengannya aku rangkul kemas. kepalaku ku sandar pada lengannya.
"mesti terkejut tengok perangai nelly kan, nelly dia racist dan kasta.. dengan timah dia ok sebab timah orang melayu then dia tahu abang ada beli tanah dengan timah, so dia ok la.. dengan bibik sebab dorang foreigner dan maid mummy, sebab tu dia macam tu"ceritnya
"tapi dorang tetap manusia. kenapa nak pilih kasih, pelik la... kenapa nak kena layan orang macam tu, double standard, even dia poverty skali pon, kita takde hak nak pandang rendah pada orang lain, apatah hina, sebab kita semua sama saja di mata Allah. kita dijadikan dari segumpal tanah yang sama. kaya dan cantik di dunia bukan jaminan syurga, pengakhiran kita dimata Allah bukan apa yang kita ada didunia tapi apa amalan yang kita bawa bersama.,kalau banyak amal jariah alhamdulillah tapi kalau ermmmm, Nauzubillah "nah kena ceramah dah. izwan menepuk tangan. lalu tangan ku disalamnya.
"baru abang tahu bakat terpendam sayang, abang setuju kata kata sayang. betul lah orang kata orang perempuan tak pernah salah, tapi nelly salah"tawanya.aku hempuk badanya dengan bantal.
"itu bezanya sayang dengan dia.sebab tu abang nak sayang ada dengan abang"ujarnya
"ye lah tu, itu pon dah bertahun tahun bertunang"perliku
"sebab tak jumpa sayang,kalau jumpa sayang dulu tak jadi macam ni"balasnya
"kalau jumpa sayang dulu kenapa"aku menguji
"kalau jumpa sayang dulu, tak tengok dah nelly."senangnya jawab
"abang tak boleh cakap macam tu, sapa pun yang abang jumpa dulu baik atau buruk,tugas abang untuk jaga dan didik dia, bukan amik kesempetan atas jahil dia. kenapa Allah jadikan rasul dan nabi dari kaum lelaki, kenapa tak perempuan.. sebab perempuan ada 99nafsu,1akal,lelaki 1nafsu 99 akal bermaksu lebih rasional dari perempuan. dan lelaki ni dijadikan sebagai pelindung. faham"ujarku
"faham faham"dia mendengar dengan khusyuk.
"jadi, abang tak sepatutnya test macam tu.. ni ok, yang ni tak ok, so tak nak buang, kita manusia tiada yang sempurna. ada pro and contra. contoh macam kita.. abang hantu galah, timah penguin. kan beza tu"aku tertawa. leherku dirangkul dan diluku.
"tapi betul abang timah cakap, wanita bukan alat cubaan, abang dah rosakkan dia, abang kena baiki dia. kesian mak dia bawak 9 bulan merata dalam perut tu, keluar dah besar, kaum adam senang nak amik madu je. tak boleh.."izwan terdiam.dia menunduk. aku cuba menatap wajahnya
"abang malu dengan timah, abang rasa abang tak layak untuk timah"sesalnya
"apasal lak tak layak, kita bukan amik test kemasukkan unit beruniform layak ke tak layak. ini bumi Allah, hak Allah, kita milik Allah, hanya Allah yang boleh tentukan, kita manusia berubah kearah yang lebih baik, kalau abang rasa abang tak baik, berubahlah kepada arah yang lebih baik, timah tak perlukan kesempurnaan, tapi timah nak kita sama sama corak rumahtangga kita yang cantik dimata Allah.itu je.. tapi bagi timah abang layak sesangat untuk timah"ujarku
"kenapa"soalnya
"sebab abang atm bergerak, timah mata duitan"aku tertawa besar. aku dipeluk kemas. kami bertumbuk.
"adoi"kaki aku sakit.
"sorry, dah tido"baju yang disidai dalam toilet diletakkan ditingkap, agar cepat kering. dia kembali kekatil.aku terlena diribaannya.
"awak siti fatimahkan"eh sapa pula mamat ni
"saya kamal,mescom"jawabnya
"ya.. ada. apa ya.. "aku tak tanya pun kau siapa.
"boleh berkenalan"alahai bala apa pula dah
"sorry saya tak available"aku teruskan jalan.ramai lagi awek dalam ni.. aku juga yang kau nak.joji mana joji.. janji pukul berapa ni dah pukul berapa. aku tunggu joji di astaka.nombor joji aku dail tapi tidak berjawab.
"air.. "sebotol minute maid dihulurkan. kamal.
"eh tak pe saya dah ada"aku mencari cari kelibat joji.
"awak jangan salah faham, saya hanya nak berkawan,"ujarnya
"ye saya tahu dan saya pun tak fikir lain dari tu, tapi maaf saya kata saya tak available.dalam ni ramai lagi budak perempuan yang cantik cantik awak boleh berkawan"ujarku
"tapi saya nak kawan dengan awak"ujarnya lagi
"sayang"penyelamat aku dah sampai. aku tarik tangan joji dan berlalu pergi.joji termangu.
"hei korang ni lah...aku bengang sungguh.. korang kemas sekarang.. "marah joji.. sofi dan thalia mengemas barang meraka yang bertaburan. mataku tertancap pada berita dilaptop...nelly mabuk di club bersama tunang..
"sofi boleh timah baca berita ni kejap"pintaku.
"boleh"aku menarik tangan joji. ku tunjuk berita tersebut.aku dan joji berpandangan.tengok tarikh dua hari lepas...baru lagi..
"sofi ni memang tunang dia ke"soalku.
"ye.. i kenal lah.. khairul izwan dato zaini, ceo arca holdings..nelly tu cousin kitaorag. "aku tertelan air liur.. izwan kata dia ke penang. tapi ni club deka KL.aku dan joji berfikiran.takkan dia minum balik.
"kau tanya dia elok elok.. "ujar joji
"tapi kau kena lebih berhati hati dengan dua ekor ni sebab dia cousin nelly."ada benarnya kata joji.
"timah,ada orang cari kau kat bawah"siapa pula cari aku...ku sarung hoodie dan tudung lalu aku turun.alahai budak ni lagi..
"ada apa kamal nak jumpa saya."soalku
"jom pergi makan, "ujarnya
"saya dah makan"tolakku
"jom la"tangan aku ditarik. aku merentap tangan ku dan aku mengikuti kamal dari belakang.kami berjalan ke gerai berhampiran. kami pesan makanan dan berbual.diceritakan sedikit sebanyak tentang dirinya.aku mula berasa selesa. sebuah kereta berhenti berhampiran kami. Iqbal.. bala lain pula datang
"awak kenapa tak jawab call saya"soalnya.kamal memerhati.iqbal tanpa segan silu duduk disebelah ku.
"saya sibuk"alasan ku
"awak,ni siapa"tanya kamal
"timah,kenapa tak bagitahu saya nak keluar"izwan...hah sudah...
"cik izwan"kamal melongo
"ni kamal, kami satu campus, ni cik izwan,boss saya ni adik dia"aku meleraikan kekusutan
"kau..aku sampai dulu.. kat mana timah ada kat situ kau ada.. "ujar iqbal.izwan duduk dibangku kosong.
"aku dengan dia memang ada janji, kan anak itik"aku tidak mengendahkan pertanyaannya.
"timah ada buat part time ke"soal kamal.
"ha ah... maid, sabtu ahad saja"balasku.mee goreng ku suap ke mulut.
"yang cik izwan dengan cik iqbal ni buat apa kat sini"soal ku
"nak ajak keluar"serentak mereka.
"sorry dah petang kejap lagi ada studygrup"tipu ku.
"ala kejap je"rayu izwan.
"sorry"aku dan kamal berlalu pergi. aku bercerita kisah ku pada kamal, tapi antara aku dan izwan masih kurahsiakan. suami seorang, tapi kawan kena ramai hahahaha. telefonku dihujani mesej dan panggilan dari izwan dan iqbal. arghhhh... serabut.
"woi telefon tu"bisik joji. aku menunjukkan pemanggil. joji menepuk dahinya. iqbal dan izwan saling berlawan.
izwan menanti diparkir. aku cuak.setahuku aku dah bagitahu aku tak balik kondo hari ni, lagi pun bulan ini last kami tinggal di hostel. kami perlu mencari rumah sewa.
"timah"nelly keluar dari kereta. apa dia buat dekat sini.nelly berlari memelukku.kenapa minggu ni saja bala bertimpa timpa.
"nelly buat kat sini"aku berbasi basi
"owh, cousin i study dekat sini, tak tahu pula you study dekat sini"ujarnya
"owh, sapa cousin nelly"aku sahaja bertanya
"thalia and sofi, dorang budak journalism"terangnya
"ok lah timah nak pergi cafe.. "alasan ku. aku berlalu. izwan hanya memandangku. syafiq menungguku di astaka.kami berjanji untuk mencari kerja partime memandangkan kami tinggal diluar hostel.joji menyertai kami last minit.
"timah kau jadi nak sewa aku.. "soal joji..
"ya lah.. kalau tak aku nak duduk mana"apa punya soalan la.
"kejap lagi kita tengok rumah"ajak joji.aku hanya mengiyakan saja. berpusing kami mencari kerja. akhirnya ketemu kerja untuk kami. kedai serbaneka 24jam.. agak menarik. perjalanan hidup ku masih diperingkat awal.izwan menemani nelly ke new york, ada fashion show katanya.walaupun aku cemburu tapi aku harus terima bahawa aku berkongsi kasih. aku hanya mampu berfikiran positif..itu saja jaminan untukku bahagia. aku berkemas untuk pindah.atirah yang juga housemate ku turut berpindah hari ini,dibantu teman lelakinya. aku..aku... pindah rumah sendirian. tanpa suami. ah persetankan semua perasaan. yang aku tahu aku nak balik kampung.. aku rindu abah. semalam aku telefon abah, suaranya agak tidak bermaya.sakitkah abah.. aku risau. barangku ku kemas. beberapa perabot perlu ku cari. aku,joji dan syafiq berjalan mencari kelenngkapan rumah.legaku syafiq juga menyewa ditaman yang sama cuba berselang beberapa lorong.
"kamal"panggil ku.
"timah, beli barang ke"soalnya.
"ha ah, sorang je ke"soalku
"ha ah"diajaknya dia menyertai kami. puas kami mengelilingi bandaraya.. kami pulang dihantar kamal.aku mula mengemas. telefon berdering.
"timah, abah masuk hospital"airmata ku berderai semahunya. aku beritahu joji dan syafiq.aku pulang ke kampung malam itu juga. abahhhh,timah balik.. sabar ya. perjalananku penuh dengan deraian airmata. izwan aku hubungi tapi tidak dapat. aku terus ke hospital mendapatkan abah.
"ayah cik mengidap kanser hati tahap 4"ujar doktor. luluh hatikuaku perlukan suami disisi untuk menenangkan ku tapi.. aku mohon cuti panjang semata mata untuk abah. aku buntu.tiada keluar bagiku. abah kelihatan lesu dikatil. sesekali kedengaran batuknya.jangkaanku izwan sudah pulang ke malaysia.telefonku tidak berjawab. mungkin nanti dia akan menelefon ku. fikirku positf. aku setiap hari berulang dari rumah ke hospital. malam ku di hospital.. pagi ku pulang dan tengaharinya aku ke hospital lagi. badanku semakin susut. seleraku menghilang. adakalanya aku terlena dalam perjalanan ke hospital. pernah aku terlepas hentian hospital kerana tertidur dalam bas. terpaksa aku naik bas yang akan bergerak kemudiannya. kedengaran orang memberi salam dilaman. kamal, joji dan syafiq. mereka memutuskan untuk bersama ku ketika cuti semester. aku lega. sekurang kurangnya aku ada masa untuk rehat dan tidak kelam kabut. izwan masih tidak dapat aku hubungi. lagi dua minggu genap setahun kami berkahwin. seperti apa perkahwinan kami. setiap kali aku melalui tapak projeknya.. aku cuba memerhati andai ada kelibatnya.. tapi hampa.
"timah abah nak balik"ujar abah. aku berbincang dengan doktor akan prosedur. abah dibenarkan pulang. kamal mengambil kami dihospital.
abah hanya mampu menelan bubur dan susu sahaja. badan abah yang dulunya tegap kini tinggal tulang.di hidung abah saluran paip.abah semakin lesu. kubelikan kerusi roda agar dapat memudahkan urusannya. kamal setiap minggu menjenguk abah.aku terhutang budi yang teramat kepadanya. check up abah juga dibawanya. izwan... menantunya tidak kelihatan. kereta mewah masuk diperkarangan. bukam kereta izwan. pintu dibuka. Dato zaini...aku telat. penyakar yang ku pegang ku sandarkan ke pokok.
"assalamualaikum "salamnya. aku menyantuninya naik. ku bawa abah ke ruang tamu
"ada apa dato datang rumah saya, ada apa apa urusan? "soal abah.. lemah
"saya nak jumpa besan saya"ujarnya.aku tergamam.
"hari fatimah datang ke rumah daddy, daddy dah tahu fatimah isteri izwan, cuma daddy rahsiakan kerana mummy. "ujarnya.
"maaf dato,perkahwinan mereka adalah berpunca dari saya"ujar abah
"eh,tak,saya suka fatimah, dia menantu yang saya cari, sebab fatimah lah izwan banyak berubah, dari kehidupan liarnya kini dia sudah mengenal tikar sejadah. "ujarnya
"alhamdulillah, tapi fatimah masih ada kekurangannya."ujar abah
"kekurangan fatimah dilindungi oleh hati dia yang suci"puji dato zaini. kembang kempis hidungku.
"macam mana dato tahu tentang pernikahan kami"soalku
"jangan panggil dato tapi daddy"ujarnya.aku tersenyum
"daddy dapat tahu lepas perbincangan projek perumahan tu, izwan selalu kesini, tapi kedatangannya tiada kena mengena dengan projek. andai kata projek sedang naik baru betul tapi tanah baru nak ditarah. lagi satu kebun milik timah dia bantah untuk dibangunkan. abah minta pembantu abah siasat"ujarnya.wahhh kuasa duit.. apa pon boleh dapat
"daddy ada terserempak timah dan izwan di mall, daddy ikut sampai kondo.daddy cuba tanya pejabat agama status korang, dalam rekod kalian sudah bernikah.daddy bersyukur sangat.. daddy risau akan hidup ala baratnya."menitis airmatanya
"dari cerita pembantu daddy, timah orangnya begini begini..daddy berasa lega kerana izwan membuat pilihan tepat"ujarnya lagi
"cuma daddy minta maaf sebab dah menyusahkan timah.sepatutnya tugas daddy untuk didik izwan tapi daddy gagal. daddy gagal didik dia menjadi manusia. "dikesat airmatanya.
"tapi daddy tahu izwan sayang timah. cuma masalah sekarang mummy dan nelly. nelly tu biarlah izwan uruskan,daddy cuma tidak tahu macam mana nak bagitahu pasal timah."ujarnya.
"takpa daddy kita uruskan satu persatu, biar Allah tentukan..timah redha dan terima seadanya qada dan qadar timah"ujarku.dipelawa untuk abah menerima rawatan di hospital terkemuka di kuala lumpur tapi di tolak abah. sebelum pulang dihulurkan beberapa keping wang bernot rm100 kepadaku untuk perbelanjaan aku dan abah. Alhamdulillah.. aku sedikit lega ayah mertuaku mengetahui akan kehadiranku didalam keluarganya..hari ini genap usiaku 19 tahun. HAPPY BIRTHDAY TIMAH..tiada ucapan dari suami. ku buat pulut kuning dan dihantar ke masjid.
"selamat hari jadi anak abah"dihulurkan sampul berwarna coklat. kubuka. geran tanah milik abah ditukarkan keatas namaku. aku menangis. kata abah dia tidak perlukan harta dunia.. cukup dengan apa yang ada.. cuma dia mahuku membantu nya mewakafkan sebahagian hartanya kepada yang memerlukan. seperti yang dilakukan sebelum ini. aku tidak dapat menahan airmata. seutas gelang emas juga disarungkan ke lengan ku.Izwan... suamiku.. masih tiada khabar berita. esok genap setahun kami berkahwin, lupa kah dia. hari lahir ku, ulang tahun kami hanya beza sehari... sedih menapak sedikit. kamal, joji dan syafiq mengucapkan selamat kepadaku tapi tiada dari suamiku.
"timah petang ni bawa abah kepantai.. abah nak amik angin laut.. lama dah terperuk. kamal dan joji yang datang bertandang cuti hari minggu menemaniku.
"ok, nanti timah minta tolong kamal bawakan sebab abah tak boleh naik moto"ujarku.petang itu aku membawa abah ke pantai.aku duduk berdua.. melihat gelagat anak anak berlari.
"timah, abah minta maaf abah dah banyak susahkan timah. abah pernah abaikan timah"ujar abah..abah kelihatan tersangat lemah, tutur katanya pun agak tenggelam dek deruan ombak.
"timah yang patut minta maaf dengan abah sebab timah bukan anak yang baik. timah pernah biadap dengan abah. "airmataku mula menitis. tangan ku dipegang abah erat. kepalanya disandarkan kebahuku. sesekali kedengaran batuknya.
"timah anak yang baik,abah bertuah dapat anak macam timah.abah minta maaf ya. timah maafkan abah ya.abah taknak simpan rasa bersalah selamanya"ujarnya lagi. makin lemah suaranya. tangannya sedikit sejuk. dada abah berombak sejuk angin. kuselimut agar terasa hangat
"timah maafkan abah. timah maafkan abah,timah sayang abah"airmataku makin laju
"abah pon sayangkan timah, terima kasih maafkan abah,timah jaga diri ya kalau abah dah takde nanti ya"ujarnya lagi
"ya,"jawabku pendek. aku kehabisan kata. dada abah berombak laju. aku mahu mengangkatnya tapi dihalang. Kepalanya disandarkan semula kebahuku,tangannya merangkul erat.terdengar nafasnya agak sukar. aku harus bersedia dengan apa kemungkinan. ku ajar abah syahadah. selsesai abah mengucap syahadah.. rangkulannya terungkai.. abah longlai.. abah pergi tinggalkan aku selamanya. abah... airmataku mengalir tanpa henti.pengebumian abah lancar. aku masih hanyut dengan perasaan. terasa seperti abah berada bersama. tapi hakikatnya aku kini yatim piatu. izwan tak dapat kuhubungi. berkali kali aku mesejnya tapi tidak berbalas. abah pergi dihari ulang tahun perkahwinan kami.. tapi suamiku usahkan pulang ketika pengebumian tapi ucapan sempena setahun pun tiada.syafiq yang sedang melihat berita terkini di telefonnya melongo
"kau kenapa"soal joji. aku tidak berminat.. aku baru kehilangan abah dan suami ku tidak dapat di kesan ketika aku memerlukan dia disisi.
"Allahu"ujar joji. aku menoleh. joji menyorok telefon itu dariku.
"oii, nelly nak kawin.. akhirnya.. aku minat nelly ni tapi dah nak kawin"ujar kamal. Allahurabbi... kurampas telefon kamal, satu persatu perkataan dalam berita dibaca ku. joji memelukku. dipujukku. airmata usah dikata.. hatiku bagai direntap. inikah jaminan yang dijanjikan padaku.. jaminan derita. aku mahu meraung semahunya tapi aku sudah kehabisan tenaga kerana jiwaku sudah hilang dengan perkhabaran berita itu. persiapan perkahwinan sudah 60% siap. apa lagi harus aku katakan. hadiah harijadi dan ulangtahun yang paling menyakitkan.
Share this novel