Mencari bahagia

Romance Completed 90676

izwan berlari mendapatkan ku setelah aku keluar dari kereta joji.dipelukku seeratnya.aku tidak membalas
"sayang dah balik.. abang rindu"ujarnya
"kita harus berbincang"ujarku kasar
"timah... "tegur joji melihat kelakuanku.aku menarik tangan joji.izwan melepaskan pelukkannya.aku duduk di sofa,diapit joji dan izwan. datin nora juga ada. dato zaini menghirup teh yang dihidangkan bibik. iqbal membelek telefonnya.
"cerita dari a sampai z...apa yang jadi"pintaku.izwan terkumat kamit.
"sebab kau bantah cakap aku, tengok apa dah jadi,anak aku yang tak bersalah kena tuduh"marah datin nora
"apasal salah timah plak.. anak datin tu yang tak pandai jaga bini.. datin tak pandai jaga menantu"marah joji. aku menepuk paha joji. terdengar gelak dari mulut iqbal dan dato zaini.
"memang dia punca.. dah berlaki menggatal dengan jantan lain"marah datin nora
"abis izwan tak menyundal dengan betina lain"marah joji lagi
"sebab bini dia tak pandai jaga maruah.. "tempik datin nora
"sudaahhhhh..."tempik ku.
"timah datang nak settle semua ni bukan nak gaduh.. khairul izwan cerita cepat"marahku.aku merenung tepat ke matanya.
"memang abang ada jumpa kamal, abang bagi amaran pada dia jauhi sayang"jawabnya sedikit gugup
"abis tu abang tumbuk dia"bentakku
"tak abang tak pukul dia, abang memang marah bila dia suruh abang ceraikan sayang.. "jawabnya.
"masih isteri orang dah ada jantan lain"herdik datin nora
"diam nora, biar mereka selesaikan urusan mereka"tegur dato zaini
"dia suruh abang ceraikan sayang.. abang marah tapi abang tak pukul dia. sumpah"izwan bersumpah
"tapi abang upah orang untuk pukul kamal"soalku
"tak.. abang tak buat semua tu.. memang abang jahat tapi bukan samseng"nadanya sedikit berubah.
"habis kalau bukan abang.. siapa,abang yang ugut nak pukul dia kan... abang je yang berdendam dengan dia"marahku
"abang akui abang cemburu dengan kamal, abang marah bila dia suruh abang ceraikan timah tapi abang bukan sampai tahap nak memukul orang... "jelasnya. joji menarik tanganku. aku duduk
"aku rasa bukan dia buat la"bisik joji.
"aku pun tapi...entah la... aku konfius"bisikku
"aku percaya bukan dia.. ada orang amik kesempatan atas apa yang jadi"bisik joji lagi. aku diam.. berfikir ligat. izwan yang aku kenal bukan begitu.. tapi izwan juga boleh berubah dalam masa sesaat. weiiiii apa cerita semua ni.
"biar polis buat kerja diaorang.. kalau abang tak salah akan tahu siapa pelakunya nanti"bicara iqbal.kami diam.
"kenapa timah keluar dari rumah"soal dato zaini.aku diam. mahu ku berikan alasan apa
"datin yang suruh timah keluar dari rumah ni masa timah di tahan diwad"joji pecah lubang
"masa izwan honeymoon dengan nelly timah admit wad kerana darah rendah, datin suruh timah jauhi izwan"bicara joji lagi. aku hanya diam.celoteh joji makin laju.datin nora tidak senang duduk.
"mummy.. sampai hati mummy.. mummy cerita dekat wan timah yang nak keluar sebab tak tahan ...tapi mummy halau dia rupanya.. gambar dia dengan kamal mummy yang hantar kan"marah kamal.
"mummy buat untuk kebaikan khairul... timah bukan perempuan yang seperti khairul fikirkan"balas datin nora.
"so perempuan macam mana yang baik dimata mummy.. macam nelly... you know how she is mummy"balas izwan
"i know.. but she's change...mummy nampak effort dia untuk berubah"alasan datin nora
"change.. mummy.. are you blind"perli iqbal
"gambar ni mummy yang hantarkan"tempik izwan
"no, mummy tak tahu...bukan mummy"nafinya
"ada orang selalu ikut timah...pantau pergerakan timah.. "ujarku. dato zaini, joji iqbal dan izwan terpana
"kenapa kau tak bagitahu aku"soal joji..
"timah taknak joji risau.. "alasanku
"mummy... "marah izwan. datin nora diam.
"you are too much nora"marah dato zaini. datin nora diam.

malam menjengah. aku mengambil angin malam. secawan kopi menemaniku di laman.
"jauh termenung"dato zaini menegurku
"daddy"aku tersenyum
"boleh daddy duduk"soalnya.aku mempersilakan.
"nyaman cuaca malam ni"dia memulakan bicara. aku senyum. mesti tentang izwan. aku cuba menduga
"maaf kalau daddy menyampuk dalam urusan rumahtangga timah dan wan"aku dah agak. aku diam
"tapi daddy tahu yang izwan tak bersalah"ujarnya
"sebab dia anak daddy"teka ku
"bukan, sebab izwan memang dari kecil dia bukan jenis bergaduh dan bertumbuk.. dengan iqbal pun dia mengalah.. pernah dulu masa dia tingkatan lima.. kasut bola kesayangan dia kena toreh.. dia mengamuk tapi tidak sampai memukul..mengamuk dia dirumah"ceritanya
"itu kasut daddy.. lagipun zaman sekolah... ini lain"aku cuba mengenal perihal izwan yang aku belum ketahui
"begitu juga dengan timah.. malam dia bertemu kamal, dia balik mengamuk didalam bilik.. daddy jumpa dia.. dia menangis..bagi dia..dia seorang suami yang gagal... dia cerita pasal apa yang kamal katakan.. dia juga pernah terlintas untuk lepaskan timah tapi daddy halang sebab daddy tahu dia sayangkan timah dan timah juga sayangkan dia.. cuma izwan masih belum cukup matang untuk menjadi suami.. iman dia juga masih belum kuat.. dia bergantung sepenuhnya pada timah untuk ubah hidup dia"ceritanya lagi. aku diam.. otakku ligat berfikir.
"kalau dia sayang timah kenapa dia tak tanya timah dulu tentang gambar tu.. kenapa perlu berzina"ujarku
"sebab dia kecewa.. sepatutnya dia ada dengan timah tapi tempat dia diganti kamal.. ikhlas kamal buat dia cemburu.. mana dengan mummy yang punca pisahkan kalian.. dengan nelly waktu tu desak untuk campur tangan dalam urusan kalian.. dia serabut...memang silap dia berzina.. daddy tak nafikan.. "ayat itu tergantung.
dato zaini menghela nafas panjang.
"dia jadi macam tu sebab salah daddy dan mummy tak didik dia dengan baik"penyesalan diakhir kata. aku tunduk bisu.
"tapi bukan tiket untuk dia berzina.. "balasku
perlahan.
"ya daddy tahu.. sebab dia tidak dididik dengan baik dia jadi macam tu"akuinya.aku diam. tiada kata yang dapat aku ungkap.berdiam adalah yang terbaik.aku tidur di bilik tamu. sengaja aku minta diasingkan tempat tidur. aku perlu ruang dan masa untuk berfikir. kata kata dato zaini terngiang ngiang ditelingaku.malam ku berlalu dengan seribu pertanyaan.

"selamat pagi sayang.. jom kita pegi dating.. lama dah tak dating"ajak izwan.
"timah ada urusan.. polis baru call kata ada jumpa bukti dekat ladang"aku mengemas pakaian.
"abang ikut"pintanya
"tak payah timah boleh balik dengan joji"ujarku
"sayang.. please... abang ikut..."rayunya
"abang timah nak abang amik peluang ni fikir dalam dalam hala tuju hubungan kita... timah dah cukup cukup sakit untuk tanggung semua ni"aku menatap wajahnya. izwan berdiri diam.
"maksud sayang"soalnya.nadanya bergetar
"boleh ke abang jadi suami yang terbaik untuk timah.. boleh ke abang jadi imam untuk timah.. boleh ke abang jaga timah.. siapa timah pada abang.. abang fikir semua tu"genggamannya aku lepaskan perlahan.
"sayang... jangan buat abang macam ni... abang janji apa pun jadi abang takkan tinggalkan sayang"rayunya.
"kalau abang betul sayang timah kenapa abang terfikir nak lepaskan timah.. dan kenapa harus berzina untuk sakitkan hati timah..maknanya hari yang kita jumpa dekat kondo tu tak salah kalau minta abang lepaskan timah"balasku
"abang tak berniat nak lepaskan sayang.. abang cuma rasa kecewa dengan diri abang.. abang jadi suami yang gagal untuk timah"katanya.dia merayu semahunya
"kalau macam tu.. teruskan lah niat abang... "tempelakku
"maksud sayang"dia kelihatan bodoh
"ceraikan timah"aku memandang wajahnya polos
"sayang... "airmatanya mengalir. dia terduduk diatas katil... mukanya ditekup ke perutku.dia menangis.. dia menidakkan kata kataku.
"timah dah letih abang... timah cuma nak hidup bahagia macam orang lain.. timah nak rasa di lindungi.. nak rasa di hargai itu saja... "ujarku
"timah tak sayang abang?"soalnya.. tangisannya teresak
"bukan timah tak sayang..timah sayang abang.. cuma timah tak dapat rasakan semua tu semenjak kita balik tinggal di sini"separuh nafasku ku habiskan.tangisan izwan masih panjang.
"joji dah sampai timah pergi dulu"aku melepaskan pelukkannya. aku berjalan keluar.kereta yang dipandu joji meluncur keluar. aku nampak kelibat izwan dicermin sisi.dia berdiri di muka pintu.

bekas racun ditemui di sekitar kawasan ladang. cop jari juga di kenal pasti.apa yang pasti bukan dari penduduk kampung.begitu juga dengan brek motorku di potong seseorang. mungkin ada kaitan dengan sabotaj ladang ternakku.siapa yang berdendam denganku.setahu aku yang tidak seteru dengan ku ucop dan keluarga makcik shamsiah... tapi orang luar.. siapa....huishhhh serabut
"selain dari keluarga tiri kau siapa lagi yang kau musuhkan"soal joji
"yang aku tahu datin dengan nelly ajelah..tapi tak mungkin"ujarku
"nelly aku tak pasti.. tapi datin... "teka joji.
"kau jangan nanti jatuh fitnah"balasku.aku juga curiga.. tapi aku tidak mahu memfitnah.malam ku dihabiskan berbual dengan tok penghulu yang datang bertandang.dah lama aku tidak menoreh.. pagi ini aku ke kebun..penoreh yang aku upah ku berikan rehat bergaji.satu persatu pokok ku toreh. projek perumahan yang dikendalikan izwan sudah separuh siap.aku juga tertanya kenapa kebun getah ku tidak digondolkannya. kenapa masih dibiar untuk ditoreh.pemandangan mentari pagi yang telah lama tidak aku tatap.. cukup aku rindui. teh panas yang aku bekal kan dari rumah kuhirup perlahan. joji datang ke mencari ku.
"timah aku balik dulu... esok aku ada interviu"ujar joji.
"kat mana"soalku
"dekat arca"aku kaget.syarikat dato zaini.
"yeayyyy... harap harap dapat"doaku.
"kau jaga diri, apa apa call aku, kau pun fikir kan juga tentang kau dengan izwan,dia ada silap kau pun ada silap... jangan berdendam.. selesai secara baik.. "nasihat joji
"ya."balasku pendek
"aku cakap macam ni sebab aku sayang kau.. "ujarnya lagi. dipeluk aku erat. si tomboy yang keras di luar tapi nalurinya terlalu lembut. kereta di pandunya hilang dari pandangan. selesai menoreh.. aku ke ladang.ternakan ku sedikit kurang akibat diracun.pandangan ku ku lempar ke padang yang luas terbentang.aku cuba mencari penyelesaian untuk masalah ku.izwan..nama yang tidak dapat aku padam dalam fikiran. mungkin benar kata joji.. aku juga punya silap.hampir seminggu aku di kampung. panggilan izwan aku tidak endahkan. mesejnya tidak ku balas.hari ini aku tidak menoreh. aku ke gerai mak limah.sendiri.port kami kini di isi oleh kumpulan remaja lain.aku memerhatikan gelagat mereka.seandainya aku tidak berkahwin dengan izwan, tentu aku bebas melakukan apa saja.dalam perjalanan pulang motor ku dihimpit sebuah kereta yang tidak aku kenali.aku terjatuh.. seorang pemuda keluar dari kereta dan menerkup hidungku.. aku pengsan.aku berada di sebuah bilik seumpama hotel.pakaian ku juga ditukar. seksi. aku meraba mencari telefonku. tiada. aku cuba membuka pintu tapi dikunci dari luar. aku menangis.lama ku tunggu.akhirnya pintu dibuka.seorang lelaki masuk dengan seorang pondan. ditangannya ada sebuah beg make up dan bungkusan makanan.dihulur bungkusan itu padaku.
"kau makan dulu, lepas tu aku make up kan kau"ujar pondan itu.
"kau jangan macam macam ya... kalau kau nak selamat kau dengar cakap ruby"ujar lelaki itu.aku diam. badan ku mula mengigil.bungkusan itu aku buka mulutku ku paksa untuk telan kerana lelaki itu nemerhatikan ku.
"jat,bagi aku settle dia.. "ujar ruby.
"ok kau jaga dia, jangan sampai terlepas,kalau tidak masak kau"amarannya
"yelah"seloroh ruby.lelaki itu meninggalkan aku dengan ruby.dia membuka beg make up nya.
"makan,nanti kau tak sempat nak makan pula"tegurnya.aku terus memaksa nasi itu masuk ke tekak ku. airmata ku menitis
"apa masalah kau dengan borhan"soal ruby
"borhan, siapa"soalku kembali
"orang yang suruh kami siapkan kau sebelum kami hantar kau ke thailand."aku terkejut
"sekarang saya dekat mana? "soalku
"sempadan thai"ujar ruby
"tapi kenapa saya nak di bawa ke thailand"soalku lagi. ruby tampak seperti insan yang ada budi bicara.
"untuk lacurkan kau"airmataku makin laju
"tapi kenapa, saya tak kenal borhan,siapa dia, kenapa dia nak lacurkan saya, saya ada suami"airmataku makin laju
"suami... borhan bukan suami kau ke"soalnya
"bukan, suami saya izwan"akui ku
"izwan.. apa masalah kau dengan izwan sampai dia nak lacurkan kau"soalnya.apa izwan nak lacurkan aku. abang... sampai hati abang.... tangisku membengkak.
"suami kau khairul izwan anak dato zaini"soalnya ingin kepastian.aku mengangguk.lelaki tadi masuk semula.ruby bangun
"jai, dia isteri izwan anak dato zaini... kau biar betul.. kau kata dia gundik borhan"ujar ruby
"ah diam lah kau... aku tahu aku buat kerja aku... cepat siapkan dia. nanti terlepas kapal terbang. dia keluar semula.aku menangis. ruby mendapatkan ku.dipelukku dan dia cuba memujukku
"bukan isteri izwan nelly ke"soalnya
"saya isteri pertama dia"balasku
"aku nak cakap pon tak tahu nyah... complicated sangat dunia ni.aku nak tolong pon tak boleh.. bila kau dah dibawa ke sini kau memang takkan kembali.. identiti kau pon dah berubah"terangnya.tangannya laju mengenakan make up di wajah ku.
"takkan izwan sanggup nak lacurkan saya"soalku.pertanyaanku tiada balasan

Share this novel

Pena biru
2022-03-27 18:59:19 

sabar sabar

Nur Azlina
2022-03-27 18:55:31 

ni mesti angkara datin....dato Izwan cepat selamat timah


NovelPlus Premium

The best ads free experience