SITI FATIMAH BINTI BORHAN,namaku di panggil. selembar sampul surat bertukar tangan.urusan pendaftaran berjalan lancar. Akhirnya.. ibu.. abah.. timah dah sampai kampus. hatiku berbisik.
"sayang, jaga diri ya, apa apa call"pesannya.
"insyaAllah"tangannya aku salam. dahiku mahu dikucupnya tapi sempat aku elak.
"timah pergi dulu"aku masuk hostel.suasana baru.kawan baru. syafiq tak tahu lagi aku ada kat sini.. esok lah bagitahu dia.barang barangku aku susun rapi. siap kemas. airmata aku mengalir. teringat apa yang terjadi dikondo itu. wallpaper telefonku kutatap. khairul izwan,apakah kesudahan kisah kita.Aku terlelap
GEDEBUKK...aku terjaga
"sorry sorry tak sengaja"roomate aku.
"saya siti fatimah, panggil timah"ujarku
"aku joji"tegurnya.
"tinggal katil ni je, yang 2 lagi tu dah ada orang"ujarku.dia diam.aku lagi la diam. disusun barangnya kedalam almari.aku hanya memerhati.
"kau course apa"dia bersuara
"akaun, awak"aku memanjangkan bicara
"art"jawabnya
"mesti awak pandai lukis kan, nanti boleh la lukiskan untuk saya"candaku.ada senyum.. ok ok.
"hello.. i thalia, course journalisme"
"hai....i sofi jounalisme juga. kami sepupu"aku senyum. kami bersuai kenal.. boleh masuk kepala.. aku tak ralat sangat.telefonku berdetik.
ENCIK SUAMI>SAYANG MACAM MANA OK
mesej itu ku biarkan tanpa balasan. berdetik lagi
ENCIK SUAMI >SAYANG DAH MAKAN
aku abaikan lagi. kali ini ia berdering. ku biarkan ia berdering..akhirnya ia diam dengan sendirinya. aku tutup lampu tidur... SELAMAT MALAM TIMAH.aku kekelas seperti biasa. hari hari yang ku jalani disini membuatkan aku perlahan lahan melupakan peristiwa itu. Izwan sudah hampir sebulan tidak menghubungiku. biarlah dia dengan dunianya.
"timah"alahai baru aku nak melepak llibrary.
"apo"soalku.
"jom lepak"ajaknya
"aku nak pegi librabry, nanti nanti la kita lepak"alasanku
"wei bukannya pegi luar kampus dalam dalam ni je."syafiq cuba memujuk. akhirnya aku membontotinya. berbekalkan beberapa bungkus keropok kami lepak dibawah pokok. aku mengambil gambar bahu ku dan syafiq.,lalu aku upload dalam akaun sosialku.
DATING...RINDU...
"kau gile nanti laki tengok abis"ujar syafiq.
"biar la dia tengok"aku malas nak fikir banyak. dunia baru bagiku sedikit banyak mengajarku erti kehidupan. jangan terlalu mengharap.percaya diri sendiri.
"timah"joji menghampiri kami
"kau pegi mana aku tunggu kat library dah kematu bontot."ujarnya
"maaf wak, saya nak pergi tadi tapi ni hah"aku menunding jari kearah syafiq.
"sorry aku curi dia"buku ditangan joji hinggap dibahunya.joji pengkid yang paling comel pernah aku jumpa. walaupun agak mengganas tetapi aku selesa. telefonku berdering
"sayang dengan siapa"Keras nadanya
"dengan siapa, dengan kawan la"jawabku
"dalam IG tu siapa"marah nampak.rasa lah apa yang aku rasa
"syafiq"ujarku
"oo... tak rindu abang ke"talian terus aku matikan.study study... kami menghabiskan masa bertiga. tawaf satu kampus.Bilik...Ya Allah...macam tongkang pecah. joji bental bentak..di campak semua sampah yang bertaburan dilantai dan meja kedalam tong sampah.
"dua ekor ni kan, tunggu dorang.. tunggu"marah joji. aku diam. bersepah.
"woi, korang berdua ni harap je muka cantik tapi pengotor"marah joji. aku cuba menenangkan
"u apa hal tempik tempik kami. kami buat kami kemas la"jawab thalia
"ye lah kau kemas, aku dengan timah yang kemas"joji membara.
"korang ingat korang je ke duduk dalam bilik ni, kami bukan balaci kau"joji makin membara
"sorry ok, lain kali kami kemas"balas sofi
"dah dah, tak nak gaduh"jom joji pegi makan.pintu bilikku di ketuk
"timah,syafiq cari kau"kami janji nak dinner sama.aku dan joji turun mendapatkan syafiq.
"kau dah tempah tiket bas"soal syafiq. aku mengangguk.
"kau tak balik dengan izwan"soalnya
"kau jangan mention nama dalam ni"wow sejak belajar ni english aku ada improvement hahaha
"dia sibuk aku taknak kacau"aku sedang mengelak dari berjumpa dengan izwan.
"joji ikut aku balik"ujarku..syafiq diam.. apa yang bermain difikirannya aku pun tidak tahu.izwan,hilang bagai kabus pagi... ada kala hujan dimalam hari. muncullah kabus menemani fajar hingga dini hari. aku sudah biasa.aku hanya isteri diatas sekeping kertas yang tiada bermaksud apa apa. kadang kala bebasnya aku, aku lupa bahawa ada insan yang menjadi jaminan syurga untukku.KHAIRUL IZWAN ..masih adakah sinar bahagia untuk kita.
KAMPUNGG...rindunya.. ahh tenangnya. 4 bulan aku meninggalkan kampung.. ada sedikit perubahan.tanah orang kampuang yang di beli izwan sudah nampak tanda tanda projek akan berjalan. aku masuk ke kebun getah. aku rindu semua.bila projek perumahan itu berjalan, kebun ini hanya menjadi kenangan. aku menangis di tengah tengah kebun.rasa bersalah ku pada ibu dan atok kerana gagal mempertahankan kebun ini.
"kat sini kau, puas aku dengan joji cari"tempik syafiq. aku mengesat airmata. joji dan syafiq menghampiriku.
"kau buat apa kat sini"soal joji.
"ini kebun arwah atok saya, ibu jual tu projek tu la"jari telunjukku ku halakan ke tanah yang semakin gondol.kami mandi sungai berhampiran kebun.airnya masih jernih. sejuknya menyegarkan badan. aku lupa akan derita ku.
"korang dari mana,basah kuyup ni"soal abah yang berada di pelantar.
"mandi sungai kat kebun"aku dan joji berlari anak ke belakang. air perigi membasahi tubuh kami. aku goreng pisang yang diberi pakcik kudin.pisang dari kebun atok yang kini diusahanya.seteko kopi dan sepiring pisang goreng aku bawa ke bawah pelantar. abah dan joji berbual mengenai sejarah rumah ini. jiwa orang seni ni payah.setiap ukiran di rumahku mempunyai cerita.joji mengamati hasil kerja orang dulu
"halus hasil seni dia, cantik"ujar joji.
"orang dulu dulu buat guna tangan, ketuk pahat ngam ngam,sekarang banyak mesin dua hari pon boleh siap"jelas ayahku.abah kerap batuk akhir akhir ini. kalau malam lagi teruk. sehingga terganggu tidurnya.
"abah ikut keluar 40hari tu?"tanyaku.abah ada menyatakan hasrat untuk mengikuti jemaah tabligh.
"ha ah, seronok, sembang dengan kawan kawan. masak sama sama..."aku semakin senang melihat keadaan abah sekarang. berbeza dari dulu. kalau ibu ada ibu mesti suka.hasil sewa kebun dan rumah di separuh dihabiskan untuk berwakaf.ONCE ALLAH SAID HE WILL THEN IT WILL HAPPEN, PEOPLE CHANGE WHEN ALLAH INDEED., tu english aku makin mantap hahaha.
"izwan ada balik 2 minggu lepas, katanya projek dah nak mula. dia tido dua malam"cerita abah
"selalu ke dia balik abah"cuba ku korek
"lepas timah masuk asrama, dua minggu sekali dia balik, tido dua malam,dia jenguk abah, timah suruh katanya. "ujar abah
"dia tido sini ke"aku korek lagi
"ye lah kalau tak tido sini dia nak tido mana, timah pon jangan la suruh dia balik kerap sangat kesian dia. selalu datang, beli barang dapur banyak banyak kadang sampai penuh peti ais. abah sorang bukan makan sangat"ujar abah lagi
"abah keluar 40 hari dia balik"aku makin ingin tahu
"ada, dia duduk sorang dia la"abah ketawa. ish izwan...apa yang bermain dalam kepala kau sebenarnya. apa yang kau fikir sebenarnya. bila pula aku suruh dia balik.
"izwan tu sapa"soal joji. aku dengan abah terdiam. kad perakuan nikah aku ku tunjuk pda joji.
"kau dah kawin"joji terkejut
"janji awak rahsiakan boleh."pinta ku. joji masih terkejut.di kelebek kad nikah ku
"gatai no, galok..."bisik joji..kami tertawa.pagi itu aku pergi menoreh,orang diupah untuk menoreh tidak sihat. aku menggantikannya.hilang gian nak pegang pisau toreh. seperti biasa pukul 5 aku mulai gerak.satu persatu pokok aku toreh. matahari makin meninggi.nasi goreng dan kopi yang aku bekal dari rumah sudah habis. tinggal sebaris lagi.aku bersandar pada pokok getah.. melepaskan lelah..
"sayang"izwan.aku bangun.izwan memelukku erat. aku kaget.
"abang rindu sayang. kenapa menoreh ni, kesian cinta hati abang. berlemuih selut. "disapu selut di badanku.. dilap selut di pipiku dengan tuala yang aku sangkut di leher. wajahnya kutatap. sungguh aku rindu, ingin kupeluk dia semahunya tapi ada tembok antara aku dengan dia. hatiku... dia yang berkacamata hitam menghalang mataku dari menatap matanya. dia terbongkok bongkok membersihkan badanku
"abang buat apa dekat sini."soalku
"datang nak jumpa sayang la, rindu.. "aku dipeluk lagi.
"bila sampai"soalku
"baru sampai.. rindunya dekat anak itik abang ni"kepalaku di sandarkan didadanya. YA ALLAH.. rindunya.
"sayang"suara nelly dari belakang. aku melepaskan pelukkannya. izwan berdehem.
"sayang... you buat apa dekat sini.. "nelly berstiletto berhati hati melangkah.
"i jumpa ni.. anak itik ni"bahuku pegang. aku menoleh kearahnya. nampak matanya gusar.
"fatimah"jerit nelly. dia mahu memelukku tapi kutahan. aku tunjuk bajuku yang kotor.
"timah buat apa dekat sini"soalnya
"oh ni kebun arwah atok timah, orang yang kami upah tak sihat so, alang alang timah ada ni timah menoreh la. "jawabku
"oh ni kampung timah ke"dia seakan teruja
"ha ah"jawabku.izwan gelisah. kakinya dikuis kuis rumput hijau dihujung kasutnya.
"boleh la timah bawa kami pusing kampung, ni first time datang kampung.seronok.."
"boleh boleh"balasku.
"balik berapa hari"soal izwan. suaranya agak bergetar.
"dah 4 hari, rabu ni balik kampus semula"ujarku
"balik la awal sikit nelly rindu masakan timah"rayunya.
"cik nelly nak makan apa,timah masakkan, jemput la ke rumah"aku cuba memerangkap
"hah ok cun"aku dengan nelly berjalan keluar meninggalkan izwan dibelakang. bakul bekalku dibawanya.mereka mengikutiku dari belakang.moto aku parkir dibawah rumah
"cantiknya rumah, nyamannya"ujar nelly.
bakul yang aku bawa bertukar tangan. abah,joji dan syafiq baru tiba. aku mendapatkan abah
"abah depan cik tu abah jangan bahasakan diri abah bila bercakap dengan izwam. bahasakan pakcik. dan dia cik izwan. "abah memandangku pelik
"eh kenapa pula"soal abah
"nanti timah ceritakan.. abah tolong ya.. tolong timah"rayu ku.abah mengangguk
"korang jangan buka mulut pasal aku dengan izwan laki bini, kalau cik nelly tahu masak aku.. tolong ya"rayu ku. kami berjalan mendapatkan nelly dan izwan
"cik izwan, bila sampai"abah berbasi basi.. mantap lakonan abah.. tangan izwan disalam
"baru sampai"ujarnya agak gugup
"ni.. "belum sempat abah habiskan ayat
"saya nelly pakcik, tunang izwan"nelly tersenyum. dia menghulur salam dan disambut oleh abah. abah berpaling padaku. aku hanya mengangguk.
"kau biar betul"soal joji. syafiq juga terkejut.
"ha ah.. tunang dia"jelasku
"habis kau"soal syafiq
"isteri tapi isteri sekadar nama"balasku.
"uish, asal yang complicated sangat korang ni"ujar joji
"ish awak ni pelan sikit nanti dia dengar"tegur ku. aku syafiq dan joji naik keatas untuk mula memasak. sesekali aku jeling ke bawah melihat mereka. abah asyik bercerita dan nelly sesekali mengangguk dan adakala tertawa.izwan hanya terdiam.
"kau makan dekat sini ya"aku mengajak syafiq untuk makan tengahari dirumah ku. aku memanggil mereka naik untuk makan.
"wah... sedapnya. thanks timah masakkan untuk nelly"aku hanya tersenyum. semua kerusi sudah pemilik yang tinggal hanya sebelah izwan.nak taknak terpaksa aku duduk. aku ceduk nasi didalam pinggannya.
"timah tak makan"soal nelly
"owh takpe nelly makan kejap lagi. masih kenyang makan bekal menoreh tadi"alasanku
"dia memang makan lambat kadang orang dah tidur dia baru nak makan"ujar abah mereka tertawa
"betul"izwan tersasul. aku tergamam.yang lain muka cuak
"apa maksud you betul"soal nelly
"cik nelly ingat tak masa dekat rumah cik izwan cik nelly terkejut tengok timah dekat dapur makan megi"pancingku.izwan meneguk air
"ha ah, terkejut saya pakcik dalam gelap dia makan megi"mereka tertawa
"cik nelly dengan cik izwan duduk sekali ke"joji beri soalan cepu maut.
"eh tak,rumah tu rumah rehat family, so timah tumpang kat situ sebelum masuk kampus. cik nelly temankan nelly takut apa apa jadi dekat timah."tipu ku. dia suamiku, apa pun perbuatan dia, aib dia tetap aku kena jaga. kerana aku isterinya. tanganku sedikit gigil. jari izwan menggenggam tangan ku. ku biarkan saja kerana saat ini aku perlukan kekuatan.mereka mahu pulang.
"nanti singgah lagi ya, makan nasi dekat sini"santun abah. ketika izwan bersalam dengan abah
"wan balik bila"bisik abah
"pagi esok"balasnya
"abah nak jumpa wan.. kita bercakap dari hati kehati"bahu izwan ditepuk. izwan menoleh memandangku. aku hanya diam. aku mengemas pinggan didapur. joji dan syafiq berada di beranda dapur. menyiapkan lukisan grafik.abah duduk di meja makan
"abah nak kopi"soalku.abah mengangguk. aku bancuh dan ku hidangkan.
"timah duduk, ada perkara abah nak tanya"suara garau abah membuatkan tubuhku bergetar takut. syafiq dan joji memasang telinga dari luar
"cerita dekat abah dari A sampai Z"aku menelan airliur.
"nelly memang tunang izwan, dorang dah bertunang 2 tahun.."ceritaku. abah, syafiq dan joji tersentak mendengar ceritaku.
"ooo betul la dorang duduk serumah"soal joji
"dorang tak duduk serumah, rumah tu rumah izwan, dia balik duduk situ kadang kadang je.. dia duduk lagi dengan family dia"tegasku
"kira rumah maksiat la"perli syafiq
"apa kau ni cakap macam tu"marahku
"betul la apa syafiq cakap, nelly hanya pergi ke situ dengan izwan,so dorang berdua, nak buat apa lagi"marah joji.
"awak,jangan fikir macam tu"aku cuba menafikan walaupon itulah kenyataannya
"kenapa kau nak back up dia.. kau tak de rasa sedih ke dia buat kau macam ni"marah joji lagi. abah hanya diam.aku seolah berada didalam mahkamah yang diadili oleh abah dan peguamcara syafiq dan joji. aku seorang tanpa peguam bela..
"kau jangan jadi bodoh timah, kau berhak bersuara untuk hak kau"marah syafiq
"hak apa aku ada, hak apa, aku rampas izwan dari dia. walaupon perkahwinan kami ini sah tapi aku,siapa mertua aku pon tak kenal, nelly.. nelly pilihan ibunya. aku.. aku.. hanya kita kita je tahu.. aku hanya isteri atas kertas. "ujarku sehabis kata airmataku bercucuran.
"tapi bukan bermakna dia boleh teruskan hubungan dia macam tu, buat maksiat macam tu"tempik syafiq
"syafiq yang kau kata tu suami aku, suami aku yang sah.. baik buruk dia..dia suami aku..sampai mati dia pegang kunci syurga aku.. kau ingat tu"tempik ku. ini kali pertama kami bergaduh besar dan teruk begini.
"dah la korang kita bincang elok elok jangan gaduh macam ni tak selesaikan masalah"ujar joji
"ni semua salah abah.. kalau abah tak tamak, tak gilakan geran tu semua ni tak jadi. "abah menangis.
"maafkan abah timah, sebab abah timah menderita. "airmata penyesalan mengalir. aku memeluk abah.
"abah.. ini ujian untuk timah,segala didikan ibu dan abah beri, inilah masanya untuk timah guna"pujukku.syafiq dan joji hilang entah kemana. mungkin dia perlukan ruang untuk bertenang. begitu juga aku. izwan sampai. aku dan joji di dapur. abah datang
"timah izwan sampai"aku mencapai teko untuk membancuh teh.tangan abah memegang bahuku
"timah abah nak tanya timah, jawab abah jujur"mata abah tepat kemataku
"apa dia abah"aku sedikit ketar
"timah gembira dengan perkahwinan ni, timah bahagia"soal abah.hatiku sayu
"bohong timah kata timah tak gembira dan bahagia, masa izwan disini itu lah bahagia timah sebab itu suami timah, tapi sekarang bahagia dan gembira timah sudah berkongsi. "
"timah sayang dia"soal abah lagi
"tipu kalau timah kata timah tak sayang setelah apa yang timah berikan. jujur timah kata timah sayang izwan"airmata aku mula mengalir
"timah masih mahukan perkahwinan ni"soalan abah buat aku tersentap
"maksud abah"aku mula risau
"timah rasa timah boleh teruskan perkahwinan ni"soal abah
"abah timah sayang abang izwan, timah beri peluang dekat dia untuk berubah, timah tak nak hilang dia"aku menangis teresak esak
"umur timah baru 18 masih jauh perjalanan"sayu mata abah. ini kali pertama aku lihat abah betul betul risau akan aku
"apa pun perjalanan hidup timah, takdir tima,timah terima, timah redha.cuma timah taknak jadi punca sesuatu yang buruk berlaku, timah harap abah faham. perasaan timah,timah tak boleh tipu"abah memelukku erat. airmataku abah kesat.
"dah bancuh air, lepas tu pergi depan ya"pinta abah.joji jiga ada diruang tamu.
"abah nak wan ceritakan semuanya dekat abah"soal abah. izwan mula berbicara. mukanya sesal tampak dari raut wajahnya.
"wan sayang timah"soal abah
"wan sayang timah, wan ikhlas sayang dia, wan ikhlas nikahi timah, wan memang nak dia jadi isteri wan"jawabnya
"wan cakap ni sebab depan abah tau nak tutup silap wan"duga abah
"abah wan tahu wan silap, tapi wan tak tipu, wan cakap benar"airmatanya mula menitis.
"wan, kalau wan memang tak boleh terima timah, tak sayang timah, abah nak wan lepaskan dia secara baik malam ni, abah taknak wan seksa hidup dia. perjanjian wan dengan arwah ibu kita selesaikan ikut perjanjian"ujar abah.. aku terkejut. manik manij jernih mula berderai. izwan yang duduk dia atas kerusi turun dan melutut didepan abah.tangisannya mula kuat.
"abah, wan minta maaf,wan salah tapi wan minta abah tolong jangan paksa wan ceraikan timah, wan sayangkan timah, beri wan peluang dan masa untuk wan selesaikan semua ni.. "rayunya..kelakuannya seperti orang gila.. disujud dikaki abah.
"abah sayangkan timah lebih dari nyawa abah, abah nak dia hidup dengan orang yang betul.. sebab timah berhak dapat bahagia dia"ujar abah
"abah tolong jangan suruh wan ceraikan timah, jangan pisah kan kami, wan sayang timah, wan janji akan sayang dan jaga timah dengan baik.. wan akan dan nak berubah, hanya timah yang boleh ubah wan"rayunya.abah kulihat kesat airmatanya.
"keputusan bukan ditangan abah.. tapi keputusan milik timah..dia yang tentukan kehidupan dia. izwan memegang pahaku kemas. ditekup mukanya kepahaku. dimeraung semahu nya.
"sayang maafkan abang, sayang beri abang peluang, sayang tolong jangan tinggal abang.. sayang tolong maafkan abang."Mukanya yang putih gebu kini kemerahan kerana tangisan.
"abang sayang timah"tangan aku digenggam erat.ditekup mukanya kepahaku. aku diam.
"timah buat lah keputusan. timah fikir sebaiknya, dengar suara hati timah,timah yang akan tentukan kehidupan timah"ujar abah.
"abah.. "suaraku bergetar
"timah tahu abah sayang timah,timah pun sayang abah, tapi timah juga sayang abang"ujar ku. tangisan izwan masih ada cuma sudah kurang. dia memandangku.tangan abah aku pegang.
"timah tahu abah nak yang terbaik untuk timah, tapi abah,timah juga tak boleh hilang abang, timah sayang abang,memang yang berlaku satu kesalahan besar dari sisi agama, tapi tak salahkan kalau kita beri peluang untuk abang, abah juga kata maksiat kalau nak bendung bukan dengan memulaukan,menghukum dan menghakimi tapi dibantu dan selamatkan."aku mengatur bicara agar tiada hati yang terguris.. hatiku.. biarlah aku saja.
"kalau kita tinggalkan abang macam tu, macam mana kita nak ubah dia, ada sebab kenapa Allah hadirkan kita dalam hidup abang, kenapa Allah pilih timah untuk jadi isteri abang, sebab Allah nak kita selamatkan dan bantu dia. apa yang akan jadi kemudian hari biarlah Allah tentukan, aturan Allah tak pernah salah"tangan abah aku usap lembut. abah menepuk tangan ku
"walaupun umur timah18 tahun, tapi timah sudah cukup matang, abah bangga dengan timah, abah ikut saja keputusan timah, abah tahu timah boleh jadi isteri yang baik, dan izwan juga memang sayang kan timah"ujar abah
"cuma abah harap kalian selesaikan masalah ni dengan baik, izwan berubah la,jadi suami yang baik untuk timah, dan timah bantu izwan.. jadi isteri yang menenangkan dia bukan yang menyusahkan dia"ujar abah.
"baik abah, wan janji, abah doakan wan ya,doakan kami ya"tangan abah diciumnya, dipeluk abah erat. dia melutut depanku. airmataku dikesatnya. pahaku dicium,pipiku dikucup begitu juga dahiku.aku lap airmatanya. aku peluk izwan erat.
"amboi, terus romantik ya,masuk bilik sana, ingat ada yang single kat sini.. kan abah"seloroh joji. kami tertawa.izwan mahu pulang. aku hantar dia kekeretanya. tangannya aku salam..
DEBUSHHHH
"syafiq"tempikku.kolar baju izwan dicekaknya
"kau,kalau tak tahu nak hargai perempuan terpulang tapi jangan mainkan timah"marahnya.tangannya aku rentap.bibir izwan berdarah. joji yang berada dia beranda turun membantu menenangkan mereka. abah juga.aku tarik tangan syafiq
"syafiq,"kedua pipinya aku pegang
"aku tahu kau sayang aku, aku hargai itu, tapi ini hal rumah tangga aku, biar aku uruskan ya"ujarku lembut
"tapi dia.. "syafiq tidak dapat habis kan ayat.
"kesilapan dia tu antara dia dengan Allah kita hanya boleh selamatkan dia dari terjerumus lagi jauh,aku ada kau, kau boleh bantu aku kan, kau sahabat aku dunia akhirat"pujukku
"kenapa kau cepat lembut hati sangat"katanya
"sebab tu Allah gandingkan kita berdua. aku lembut kau keras,aku cerdik kau bodo"canda ku. dia tersenyum dan ada tawa.
"ingat apa apa bagitahu aku"ujarnya.
"eh kau nak pegi mana"aku menarik kolar bajunya
"nak balik la"ujarnya.
"kau takde rasa bersalah tumbuk suami aku"tegurku
"padan la, buat hal lagi, dia ingat kau takde bodyguard ke"ujarnya.telinga aku tarik. dia mengaduh
"aku minta maaf, "salam dihulur. izwan sambut salamnya
"aku bagi amaran kalau kau buat hal kau berdepan dengan aku. "seloroh syafiq. bahunya aku tepuk. kami berlawan bertumbuk.
"ok lah aku balik dulu.. jumpa esok.. kat kedai mak limah, naik moto cepat sikit. kalau tak cam siput korang ni."ujarnya.
"ok"ujarku.bahuku dirangkul syafiq, dan kami beriringan ke motonya. beberapa langkah kami, tangan syafiq ditepis. izwan.
"suami dia ada dekat sini ye."izwan memelukku.
"eleh cemburu, baru kawin nak jeles, kami di dari kecik kot berak sekali mandi sekali, "aku menekup mulut syafiq, izwan mendongakkan kepalaku dan menatap geram.
"ok sayang,baby balik dulu ya"canda syafiq. enjin motornya dihidupkan. izwan berdiri dihadapanku mengahalang aku dari melambaikan tangan kepada syafiq. aku terjengah jengah mahu meihat syafiq. berkali kali moto nya dihidupkan tapi tidak boleh
"dah kenapa moto kau, nak aku tumbuk"marah izwan..
PRENGGGGG..... moto itu hidup.
"takut la tu kena tumbuk"seloroh izwan.
"hahaha... sayang baby balik dulu"canda syafiq
"ni suami dia ada"tempik izwan. joji dan abah turut tertawa melihat gelagat izwan. abah dan joji naik keatas.aku tak berhenti berdekah. izwan menatap geram.
"sorry sorry.. "ujarku.
"pergh sepeking london dah sekarang, kalau tidak, maaf maaf kan timah, sekarang sorry, pergghhh"usiknya.
"nak timah cuci luka tak"soalku keras. ditolak ku kedalam. aku keluar dengan ubat gamat. izwan berada ditangga. aku sapu minyak gamat dibibirnya. bibirnya aku cium. dibalas olesan bibirku. kami berciuman asyik ditangga. terdengar suara batuk abah. aku berdehem.lalu kututup kemas tudung ubat gamat. aku bangun.
"abang balik lah dah lewat ni"ujarku.izwan memelukku. dahiku dikucup berkali kali.
"terima kasih sayang"ujarnya lembut.aku rangkul. pinggannya.
"untuk"soal ku
"bagi peluang kedua untuk abang, abang janji takkan sia siakan peluang yang timah dan abah beri"ujarnya
"kita sama sama selesaikan ya.. timah akan bantu abang, timah akan sokong abang"aku memberi kata kata semangat
"terima kasih sayang. abang sayang timah"pipiku dikucup lama. pelukkanya dirangkul kemas
"timah pon sayang abang. "dadanya yang bidang itu ku kucup
abang balik dulu, esok nak pergi warung mak limah pukul berapa"soalnya
"pukul 9.kalau lewat nanti roti habis pula"jawabku
"ok, bye i love you sayang"dilambai dari dalam kereta
"i love you"ujarku.izwan menggedik didalam kereta
"adoiii... aishhhh aisshhh.. "dia tertawa. kereta itu keluar dari laman dan mula menghilang.
Gerai mak limah ramai pelanggan. port kami sudah tentunya ada. kami bersembang tak ingat dunia.
"wei.. tu"ujar joji. nelly turun dari kereta izwan.,menuju kearah kami. skirt pendek dan tshrit hitam ketat menampakkan bentuk tubuhnya mencuri tumpuan lelaki. izwan duduk disebelahku. tanganku diletakkan keatas ribanya.
"cantiklah kampung timah, nelly suka"pujinya
"terima kasih puji, tapi kampung kami memang cantik"seloroh syafiq. kami tertawa.
"sayang nanti rumah tu siap i nak sebiji, i nak duduk sini, cantik"aku tersedak. izwan sua air untukku. ditepuk belakang ku. syafiq dan joji cuak dengan aksi spontan izwan.nelly seperti tidak mengendahkan. dia sibuk berselfie.
"pukul berapa cik izwan bertolak? "soal ku. tanganku digenggam erat.
"pukul 10@11 macam tu lah"jawabnya.tanganku ditepuk tepuk dipahanya
"abah suruh singgah, nak bagi buah"izwan menggangguk. selesai makan kami merempit pulang. aku dan syafiq berlumba. joji yang dibelakang ku hnya tertawa. izwan yang de entahlahh.. tapi ini dunia aku budak kampung.. 2 guni buah abah kutip dan kait untuk diberikan pada menantunya.izwan kebelakang membasuh tangan.dia naik kedapur. telingaku ditarik.
"laju bawa moto,elok la tu"marahnya
"alah jalan bukan ada kereta pon"telingaku dipilas lagi.
"sakit"tangannya aku tepuk.aku mengambil bekal nasi yang aku siapkan dari subuh tadi. lauk kegemaran izwan,petai udang tempoyak dan sambal ikan tongkol ku bekalkan.
"ni ada nasi timah masak subuh tadi. makan lah tengah jalan nanti"bekas tiga tingkat itu bertukar tangan.nelly kelihatan teruja.
"makanan abang,abang tunggu dekat kl ya.".bisiknya.aku tersedak air liur. aku lari duduk dipelantar bersama syafiq dan joji. aku hanya memerhati izwan dan nelly beredar. sedih hatiku usah ditanya.ini keputusanku. aku harus hadap. tawakkal dan redha. ALLAH sentiasa ada.hari berganti hari.aku berkemas, esok sudah mahu pulang ke kampus.
"esok bas pukul berapa"soal abah.. pukul 10.30 abah, sampai sana tengahari, takde lah gelap sangat."jawabku.
"sampai sana, jaga kelakuan, ingat awak isteri orang, ada suami"pesan abah
"joji, kalau timah buat perangai bagitahu abah"pesan abah
"baik abah"joji akur
"kalau joji buat perangai"soalku..bagitahu abah juga. abah piat piat dia"seloroh abah. joji anak yatim piatu, kematian ibu ketika usianya 5tahun dan ayahnya meninggal ketika dia berusia 14 tahun. dia yang dibesarkan oleh neneknya dan neneknya baru setahun menghadap Ilahi.
"sayang, esok naik bas pukul berapa"soal izwan ditalian
"bas10.30"ujarku
"ok nanti abang amik dekat terminal"ujarnya
"eh takpe timah balik dengan syafiq dan joji"alasanku
"jangan nak mengada, tunggu abang amik kat terminal"marahnya.ku mengiyakan sahaja.perjalanan selama tiga jam setengah itu berhenti di terminal.kami mengeluarkan beg.pinggangku dirangkul
"sayang"kepalaku dicium.tangan izwan kusalamdan kucium.
"eh mana jodoh ni, sesat lagi jodoh aku"canda joji sambil membelek belek dibalik bas. kami tertawa. telefon syafiq berbunyi
"hah tengok jodoh aku telefon, hello mak, dah sampai dah, laki timah pon ada, hah ok "talian dimatikan
"tengok jodoh aku risau sungguh"topi yang dipakai syafiq diketuk joji. kami masuk kedalam kereta.izwan memandu kereta membawa kami ke sebuah restoran.
"kita makan dulu pastu baru aku hantar korang ok"ujarnya.menu yang diberi... aku tertelan air liur.. harga tak payah kata..nak sebut pon bersembur air liur. izwan melihat aku melongo untuk memilih,diterangnya satu persatu.
"abang order je lah"ujarku.selesai makan kami berjalan sekitar mencari barang keperluan hostel. alat tulis dan buku rujukan ku borong.
"abang duit"pinta ku.beri beg duitnya kepadaku.
"sayang bayar sekali dengan dorang"ujar izwan dia membelek buku dirak
"korang nk pape lagi tak, atm bergerak ada"seloroh ku.
"tak baik la kau, "syafiq menegur.
"wei sekalu sekala,bukan selalu. "ujarku
"aku cukup, kau"syafiq menyoal joji
"aku cukup"jawab joji.aku membuka beg duit izwan. gambar ku yang kami ambil di pantai ada didalamnya.juga kad perakuan nikah kami.aku tersenyum.aku mengeluarkan cash lalu memberi kepada cashier. kami keluar dari kedai buku. tiba dada ku terasa hangat. kulihat tangan ku berbintik bintik.. juga muka ku. dada ku semakin sempit.
"abang"panggilku.aku buka mata aku dihospital. izwan, syafiq dan joji juga ada.
"sayang,"tanganku dipegang izwan
"kenapa tak bagitahu ada alahan soya dengan kacang"ujarnya
"dah abang tak tanya"ujarku.
"takyah risau sangat hidup lagi tu"syafiq memerli.
"doktor kata boleh balikkan lepas habis drip jangan risau, masih boleh bermanja"seloroh joji. bantal kepalaku aku balik ke arah mereka.lambat la abis drip ni, aku nak terkencing ni.
"kenapa"soalnya.
"timah nak terkoncing"izwan memimpinku ke tandas. dia masuk sekali.
"eh abang buat apa"aku terkejut
"nak tolong la"selambanya.aku dah nak terkencing ni
"ish. keluar"zip seluar ku dibuka dan dturunkan sedikit begitu juga seluar dalam ku. disuruh aku duduk. sudah selesai dipakaikan semula.tudungku dibaikinya.
"la kenapa merah, panas ke, "dia tersenyum.aku keluar dari bilik air.. izwan memimpin ku. ramai mata yang memandang
"isteri dia, suami isteri, baru kawin 9 bulan manis lagi"usik joji untuk menghilangkan syak. sampai di hostel, kami turun. barang dikeluarkan satu persatu.
"timah balik rumah hari ni, esok abang hantar"pintanya
"esok kelas pagi, ni barang nak letak mana"alasanku
"eh takpe aku tolong... aku bawak naik. takat ini sikit je"ujar joji. hampeh punya kawan aku nak elak takut kalau kalau nelly datang, mati aku.
"tak baik ingkar cakap suami"usik syafiq.
"kami naik dulu ya, abis la kau timah, singa mengaum jap lagi"usik joji. bengong la kau joji. aku dah menggelabah. sepanjang perjalanan tangan ku di lirik lirik... lagu ghost dari justin bieber yang bermain dicorong radio meniti dibibirnya. lancar. dibawanya aku melihat suasana KL yang dilimpahi cahaya lampu yang berwarna warni.kami ke sunway piramid.dibeli beberapa helai baju. dibeli juga kasut untuk ku kekampus.
"abang timah pergi surau sekejap, nak solat isyak"dia menungguku di luar surau. selesai aku keluar.. dia tiada disitu.nombornya aku dail. disuruh aku tunggu disurau.dia datang dan kami membeli barang basah. kali ini di telitinya satu persatu ramuan. takut takut ada kekacang dan soya.
"abang ada alergic apa apa"soalku.
"ada, timah, abang tengok timah nak peluk peluk nak gomoi gomoi. "bisiknya. botol sos ditanganku kutolak badannya kebelakang.Pertama kali aku menonton watang. aku teruja menonton movie diskrin yang besar. pop corn ditangan ku kusuap satu persatu. dulu ya aku seperti katak bawah tempurung, tapi sekarang aku ibarat tupai baru keluar hutan.kami pulang kekondo.
"abang macam mana kalau nelly datang"soalku risau
"dia takkan datang sendiri, kan abang terang haritu, lagipun dia ada dekat kelantan, shooting iklan. kalau dia datang pon kali ni abang tak nak sorok dah abang nak terus terang dengan dia"ujarnya
"abang berani ke"ujiku
"abang dah janji dengan abahkan, abang nak tinggalkan semuanya. abang nak timah je"pipiku di kucup. pintu rumah dibuka.. jantung ku berdegup laju. berdebar. barang ku letak di dapur. beg baju izwan masukkan kedalam bilikku.aku susun barang kedalam peti ais. ku buka kabinet atas untuk ambil bekas tapi tidak tercapai. apa punya tinggi la.. buat jelah rendah rendah untuk orang ketot macam aku ni. aku mengambil bangku belum sempat bangku ku capai, izwan berdiri depan ku dan mencapai bekas.aku gugup. diangkat ku diletakkan diatas meja. rambutku dibelai.. kami berkucupan. didukung aku kebilik.
"abang,timah tak mandi lagi,busuk bau daging"tanganku ku letakkan di hidungnya.
"jom mandi"didorong ku ke bilik air.pertama kali aku mandi dengan lelaki.. malu oii... aku mencari baju dialmariku. aku ditarik,aku terbaring dikatil... habisss... aku hanyut dan tersasar.jam berbunyi, 5.00pagi.aku bangun mandi dan solat subuh.aku kejut izwan, ditolaknya.berkali kali kucuba tapi gagal
"abang kata nak berubah"ujarku.matanya terbuka. dibalut tubuhnya dengan tuala yang kuberi.
"abang tahu mandi hadas?"soalku
"mandi apa tu"aku tertelan airliur. banyak benda nak kena ajar
"mandi wajib selepas bersama."terangku. dia menggelengkan kepala. kuajar satu persatu. selesai dia berbaju ku suruh dia mengambil wudhuk untuk solat subuh. satu persatu ku ajar. wudhuk, niat solat sampailah bacaan dalam solat. sabar timah sabar... kau boleh.. kau sayangkan rumahtangga kau kan.
"Apa potong macam ni, bukan nak buat kari, nak letak dalam mee"marahku.dia yang volunteer nak tolong tapi melambatkan.dia makan berselera.ku bekal kan untuknya bawak ke pejabat. dan sedikit untukku..
"abang tak malu ke bawak bekal"soalku
"apa nak malu, lagipun sayang masak sedap."pujinya
"dah jom, lambat dah ni"dia yang berkemeja biru lembut bertali leher hitam belang merah dan slack hitam menampakkan sisi berbeza, ceo muda.company bapak dia boleh la umur 25 jadi ceo. bisik hatiku.sebelum aku turun kereta aku salam tangannya dan ku cium
"nah"dihulur sebuah kotak.aku buka
"g shock"jeritku..badannya ku goncang berkali kali
"mana abang tahu timah suka jam ni"soalku.
"abang tengok dalam laci bilik, ada satukan"ujarnya.
"terima kasih abang"pipinya kucium. bibirnya kukucup, diangkatku keribaannya.kami berkucupan. ah dah lewat. ku baiki tudung dan turun, berlari ke kelas
Share this novel