Sedikit demi sedikit bukti yang mengaitkan nelly dalam kes aku.aku menanti dengan setia. hanya satu harapanku.. aku ingin bertemu izwan.aku mula dan teramat rindu padanya.Tuhan aku isteri yang berdosa.Masihkah ada sinar untuk kami.
"timah.. jom makan... aku lapar"ajak joji.
"ye.."aku bangun dari sofa dan menuju ke meja makan
"weh... aku tengok bodyguard kau boleh tahan juga ye"seloroh joji.
"ish joji ni... ke situ pula... tapi yang mana"aku mengusik..
"canda canda... syafiq nak letak mana"joji tersasul.cepat cepat dia mengalih pandangan
"hah joji dengan syafiq... sejak bila ni"seronok ku.. tak kusangka si tomboy ni berjaya membuka hati si syafiq yang tak berapa nak cerdik tu.
"dah dekat setahun dah"balas joji
"wah tak bagitahu ye.. pandai korang sembunyi ye... "aku mengusik lagi.. muka joji kemerahan.
"tak sangka timah... papepon timah tumpang gembira"joji aku peluk erat.patut la telefonnya tidak lekang dari tangan. amboi nooo
"puan fatimah, tadi balai call minta puan hadir ke balai untuk bantu siasatan"ujar lelaki itu.
"ok.. kejap ya saya salin pakaian"aku bersiap siap. joji menemaniku. setiba di balai, aku bertemu dengan kamal.sudah lama kami tidak berjumpa.kamal tampak kurus.aku menegurnya seperti biasa tapi agak janggal.. kali terakhir kami bertemu hari aku bertanyakan tentang kejadian pukul itu dan berakhir dengan sedikit selisih faham
"timah sihat"soalnya.aku mengangguk.kami diam.lama aku disoal.aku hanya bercerita tentang apa yang aku tahu.selesai disoal siasat aku dan joji menuju ke kereta
"timah,kamal minta maaf pasal hari tu, kamal tahu kamal salah.. kamal lancang"ujarnya
"benda lepas kamal, timah dah tak nak ingat.. syukur pelaku dia bukan izwan."balasku
"tapi kamal betul betul bersalah... "wajahnya berubah
"timah dah lupakan..timah harap kamal pun sama"kami beredar. semasa kereta ku keluar dari perkarangan balai, kereta kami berselisih dengan kereta izwan yang dipandu oleh iqbal.izwan yang duduk di hadapan dapat aku lihat wajahnya tepat.rambutnya sedikit panjang.. berjambang. lain benar dia.aku cuba memanggil tapi di halang joji.
"joji.. izwan.. "aku menangis
"sabar.. sikit je lagi.. bila semua dah settle kau jumpa dia ya"ujar joji. aku diam. permata jernih pecah satu persatu.
"timah,joji dapat kerja dekat arca"tempik joji. alhamdulillah.aku tumpang gembira.
"bila start"soalku
"minggu depan"balasnya
"ala.. timah tinggal sorang la kalau macam ni"sedihku
"sabtu ahad aku datang la.. bukan jauh pon.. dua jam setengah je"ujar joji.aku menangguk.
"tolong tengokkan izwan ya"pintaku..
"baik sayang"balas joji manja. kami tertawa.malam terakhir joji bersamaku kami buat bbq.. aku minta syafiq dan kamal datang.aku gembira. sekurang kurangnya aku tidak terlalu memikirkan tentang apa yang terjadi. cuma alangkah seronok andai izwan dapat bersama. joji berkemas.
"joji... "rengekku. tubuh gadis itu aku peluk dari belakang.
"ye..."dia melayan karenahku
"nanti datang sini tau.. "pintaku
"amboi macam kau nak kena kurung selamanya dekat sini"perlinya
"bukan.. maksud timah sementara kes dalam siasatan la.. kalau dah settle tak perlu berkurung dah kan"balasku
"ye lah... ada lagi.. "soalnya.aku menggeleng
"ok.. nanti aku tengok tengokkan izwan.. pape aku update"selorohnya.
"thank you thank you"pipinya aku cium berkali kali. pagi menjengah. joji akan pergi. aku memerhati keretanya meluncur pergi. aku mula bosan. telefonku ku belek. akaun instagram izwan ku jengah.tiada apa apa yang baru. gambarnya ku tatap satu persatu. rindu.
"laki kau tak masuk kerja dah dua minggu oiii"ujar joji ditalian.
"ada jumpa dato"soalku
"ayah dia ada la"ujarnya
"kau tanya tengok kenapa"pintaku
"yelah.. "balasnya lalu talian dimatikan.sihatkah dia... macam mana dia. hatiku risau.
"encik... saya nak balik kampung boleh"soalku
"sebentar saya telefon datin"lelaki itu berbual di talian.aku dibenarkan pulang ke kampung. aku gembira.sepanjang perjalanan aku hanya tersenyum melihat pemandangan yang indah. girang dihati terluah.setiba di kampung. laman rumah bersih. makcik asiah tolong bersihkan barangkali.pintu rumah pusaka aku kuak.susun atur rumah tidak berganjak walaupun seinci. rindunya. ke pulangan ku kali ini hanya memantau perjalanan operasi kebun dan ladang. aku tidak di benarkan untuk bekerja.
"lama tak balik"soal makcik asiah.
"sibuk makcik"selorohku.kopi dan cucur kodok aku hidangkan.
"terima kasih makcik tolong tengok tengokkan rumah ni"ujarku
"eh bukan makcik..."aku hairan. kalau bukan makcik asiah siapa yang kemas rumah ni.gumam hatiku
"izwan baru balik ke kolumpo semalam. dekat dua minggu dia dekat sini."ujar makcik asiah.patut la dia tak pergi kerja.
"timah... apapun yang berlaku antara kamu dengan dia. bincang elok elok.. dia pun turut terkesan dengan kehilangan anak kamu.. makcik tengok dia tak terurus... makin surut badan"aku diam. abang... sabar ya.. bila tembelangnya pecah kita akan bertemu.aku mengambil peluang ini untuk mengelilingi kampung. indahnya ku rasa. lembu dan kambing ku makin membiak. getah.. Alhamdulillah..kebun buah juga.motor yang di beli izwan aku tunggang. aku ke pantai. rindu saat aku dengan arwah abah. aku rindu dia.
"timah.. laki kau masuk kerja hari ni.. tapi staff kata dia dah tak macam dulu.. dia lebih suka marah marah "ujar joji ditalian
"iya... pasal dia jadi macam tu"soalku
"mana aku tahu.. laki kau.. tadi nelly datang ofis dengan dia"cerita joji lagi
"so.. "aku ingin tahu
"dia show off la.. meluat aku... "herdik joji. aku tertawa
"hah dia suruh aku bagitahu kau.. dia suruh kau balik... dia nak jumpa kau"ujar joji
"tapi... aku nak balik macam mana.. yang dua orang tu tak bagi balik punya"ingatku.kami mengatur jalan. akhirnya kata sepakat ditemetrai. syafiq pulang bersama joji. kami berlagak seperti tiada apa.gerak geriku diperhatikan dari jauh.
"kami nak ke pasar tani.."ujarku. seperti yang dirancang kami menyusup pulang ke kuala lumpur setelah berjaya mengaburi mata mereka. kami lepas dengan bantuan kamal. abang tunggu timah.. timah akan sampai kejap lagi. kereta kamal memasuki perkarangan rumah agam. kereta nelly ada.. begitu juga izwan.
"assalamualaikum..."aku memberi salam
"timah"tempik bibik yang berlari mendapatkan ku. dato zaini dan datin yang berada diruang tamu bangun. terkejut melihat ku
"bibik sihat"wanita itu aku peluk erat
"sihat"ujarnya.aku melangkah masuk. dato dan datin aku salam. kelibat izwan tidak kelihatan. begitu juga nelly.
"timahhh"tempik iqbal dari tingkat atas.aku melambai. anak teruna itu menuruni anak tangga dengan terkocoh kocoh.
"rindu timah...rindu nak makan masakan timah"ujarnya
"jemput duduk"pinta dato zaini. aku,joji,syafiq dan kamal melabuhkan punggung ke sofa
"daddy sihat"soalku.
"alhamdulillah..sihat... timah ke mana.. kenapa tak pulang"soal dato zaini lembut. mataku ku lirik ke arah datin nora.. datin nora menggelengkan kepala tanda minta semuanya dirahsiakan
"timah amik masa untuk perbaiki diri"ujarku
"perbaiki diri sampai abaikan tanggungjawab kau sebagai isteri"tempelak izwan
"abang.. abang sihat.. timah rindu abang"aku cuba memeluknya tapi pelukanku ditepis. nelly yang berada disebelah izwan tersenyum sinis.
"izwan... kenapa dengan kamu ni"tegur dato zaini
"abang..kurusnya abang... abang... "
"apa kau peduli.. dah habis seronok di luar.. dah habis jantan kau layan.. baru kau nak balik jumpa aku.. ke ada isi yang perlu aku tanggung"marahnya
"abang.. "tempikku
"khairul izwan"marah dato zaini serentak dengan ku.
"sampai hati abang tuduh timah macam tu"aku mula menangis
"cik izwan... cik izwan tahu tak apa yang berlaku pada timah"nada joji sedikit tinggi.tangan joji aku pegang agar dia tidak bercerita. nelly ada.
"korang sahih back up kawan korang... "perlinya
"cik izwan.. cik izwan minta saya bawa timah jumpa cik izwan untuk dimaki ke.. "marah joji
"izwan.. selesaikan cara baik"pinta kamal
"selesai cara baik... maksud kau"marah izwan pada kamal
"kau minta timah datang... kami bawa.. tapi kalau semta mata untuk dihina... baik kami bawa dia pulang"ujar kamal
"kau nak bawa dia balik ya.. ok aku bagi.. siti fatimah binti adnan aku ceraikan kau dengan talak satu"kata kata izwan buat aku terduduk.
"khairul izwan"tempik dato zaini
"sekarang kau dah bebas.. kau boleh amik dia kalau kau nak"perkataan yang diluahkan amat menyakitkan. izwan berlalu pergi.. tangan nelly ditariknya. keretanya meluncur keluar.. laju. joji ku peluk erat. datin nora memelukku turut mengalirkan airmata. semua tergamam.
dua tahun berlalu.aku kini bergelar peladang yang berjaya.joji masih bekerja di arca holdings. dato zaini ada mengajakku untuk kembali bekerja dengannya.tapi aku tolak.nelly telah jatuhi hukuman penjara atas perbuatannya padaku.mereka bercerai setelah semua bukti lengkap dan cukup untuk mendakwa nelly dan borhan di kumpul.izwan..aku tidak tahu keadaannya. menurut joji izwan berada diluar negara bagi menguruskan anak syarikat yang baru disana.akaun instagram nya tiada apa yang baru. hanya gambarnya ditepi pantai diwaktu senja. itu gambar yang diambil seminggu leps kami bercerai.gambarku turut dipadam dari akaunnya.dah move on barangkali.projek perumahannya telah siap. rumah itu telah didiami. joji dan syafiq sudah bertunang. aku... kamal.. ermmmmm...
"jom mandi sungai"ajakku.kami berempat ke sungai di kebun getah. sudah lama kami tidak ke sungai.kami kaget.sungai sudah berubah sedikit. ada sedikit pembaharuan tetapi masih tidak menjejaskan ekosistem.sekarang sungai iti sudah menjadi tumpuan pelancong.air masih jernih.. sejuk.. segar.. kehidupan aku kembali seperti dulu walaupun aku kini bergelar janda.
"korang takde plan untuk ke next level ke"soal syafiq.
"sapa.. "soalku
"kau dan kamal la.. "balas joji.aku dan kamal berpandangan. kami hanya tersenyum. sekeping kad disua kamal. kad itu bertukar tangan.
"biar betul"syafiq dan joji melongo.
"betullah.. apa tipu pula"ujarku.sekeping kad lagi disua
"ini untuk dato dan izwan"ujar kamal.kad itu diambil joji.
"InsyaAllah aku akan sampaikan"ujar joji.
aku agak sibuk. majlis tinggal sebulan saja lagi.hantaran...dewan.. pelamin.. semua hendak diatur.
"kau ada mana"soal joji ditalian.
"dekat dewan.. tengah tengok pemasangan deco. kenapa"soalku
"datang ofis"pinta joji. talian terus di matikan.dah kenapa perempuan ni. aku memandu ke arca holdings. joji menantiku di pintu lobi. dia agak terkocoh kocoh. langkahku laju.
"kau beri kad ni kad dia.. "kad jemputan yang diamanahkan kamal bertukar tangan
"la kau bagi la"ujarku.
"kau pegi bagi.. "badan ku di dorong. aku berdiri didepan pintu biliknya. aku menarik nafas panjang.pintunya ku ketuk.
"masuk"suaranya.aku tolak pintu biliknya. aku gugup. wajahnya yang di simbah oleh cahaya mentari tampak kacak.jantungku berdegup kencang
"salam cik izwan"ujarku.dia mendongak. jantungku berdegup kencang. hensemnya.aku berdiri dihadapannya. mata kami bertentangan.dia kembali melihat dokumen di mejanya. susun atur pejabatnya masih sama. mejaku juga ada disitu.
"ada apa"soalnya
"saya datang nak bagi ni"kad jemputan aku letakkan diatas meja.izwan menjeling kad itu.kami diam.
"saya balik dulu"aku berpaling. aku perasan gambarku berada diatas mejanya. aku tersenyum. pintunya ku tolak
"tahniah"ujarnya.aku menoleh. dia madih meneliti dokumen. aku melangkah keluar. apakah masih ada sinar untuk kami.apakah aku harus mencuba atau harus melupakan.
Share this novel
cerita akan bersambung lagi ke tak
hi