"timah..."suara makcik asiah kedengaran di tepi telinga. aku dihospital. aku meraba perutku. masih buncit. aku cuba mengingat kembali kejadian sebelumnya.kamal..ya kamal.. kini di icu.kenapa,siapa pukul..beribu soalan bermain difikiran.
"makcik syafiq mana"soalku
"syafiq balik kolumpo dah, katanya nak jenguk kawan dia kena pukul, siapa tu... kamal.. hah kamal"aku bangun aku cabut wayar di tangan ku
"eh timah nak kemana"soal makcik asiah
"nak balik kolumpo, nak tengok kamal"gesaku.tapi aku dihalang. beberapa orang doktor dan jururawat datang ke katil ku.
"puan fatimah.. maaf kami ada khabaran duka"ujar doktor muda itu. aku menanti khabaran dengan debaran.
"jantung bayi puan fatimah sudah berhenti berdegup akibat kekurangan oksigen..."baris kata doktor itu aku amati satu persatu. baby... anak aku dah takde.. anak aku.. baby... aku meraung semahunya..makcik asiah dan beberapa jururawat cuba menenangkan aku.Ya Allah ujian Mu kali ini sungguh berat.aku menangis semahunya..
"kami akan masukkan ubat untuk bagi puan bersalin normal lah.. kalau masih tak boleh kita terpaksa operate.. "aku hanya diam... lemah.. baby... baby...nurse datang untuk memasukkan ubat agar membolehkan aku bersalin.sejam kemudian perut ku sakit.. mengeras.. sudah tiba masanya agaknya. aku dimasukkan ke bilik bersalin. akhirnya wajah yang selama ini aku tunggu sudah dapat aku lihat. bayi lelaki itu diberi kepadaku sebelum diambil untuk dimandi dan dikapankan.wajahnya putih bersih. bibir merah. mirip izwan. tapi kaku dipelukanku. airmata ku menitis.
"puan kami perlukan suami puan untuk uruskan bayi"ujar nurse tersebut
"maaf suami saya tiada disini sekarang..boleh wakilkan"nurse itu mengangguk.aku menelefon tok penghulu untuk menguruskan jenazah anakku.aku di benarkan pulang bersama jenazah.sepanjang perjalanan aku mendukung jenazah. kering airmata. tok penghulu dan makcik asiah juga diam.izwan di pelantar di bawah pohon ciku.
"pakcik telefon izwan, dia berhak tahu apa yang jadi dengan anak dia"bicara tok penghulu aku diamkan saja.izwan yang masih berbalut kaki dan tangannya mendapatkan aku. dipinta untuk pangku jenazah.aku berikan. aku melangkah naik kerumah sambil dipimpin makcik asiah.izwan naik bersama anak kami. dia teresak esak. di peluk cium jenazah berkali kali.dato zaini yang datang dari dapur aku salam.dia memelukku dan memujukku agar bersabar.
jenazah selamat dikembumikan.aku diam membisu. dato zaini masuk kebilik
"timah ikut daddy balik ya, berpantang dekat sana,bibik ada boleh tolong jagakan"pujuk dato zaini.
"tak pe lah daddy,timah pantang di sini je, makcik asiah ada tengok tengokkan timah"bantahku.dato zaini diam. diperati bilikku. dia menelefon seseorang.
"nanti iqbal hantar bibik datang sini.. biar bibik jaga timah"ujarnya
"tapi daddy"
"takde tapi tapi..timah kena dengar cakap daddy kali ni.. timah amanah buat daddy.. biarlah izwan abaikan timah tapi tidak daddy. "aku menangis.izwan masuk ke bilikku. diduduk disebelahku..dia mengesat airmata ku.tangan ku digenggam.
"sabar ya..abang tahu timah kuat"pujuknya
"kuat...ya sebab aku kuat la anak aku pergi.. sebab kau.. kau ayah yang tak layak di panggil ayah.. "tempik ku.. aku hilang kewarasan. izwan aku tendang... bantal dan segala barangan aku baling kepadanya.dati zaini menyuruh izwan keluar dahulu. makcik asiah memujuk ku. dipelukku erat. aku menangis semahunya.. izwan masih menemaniku.aku tidak menghiraukan setiap kata katanya. langkahku perlahan. beberapa kali ditegur makcik asiah kerana kasar langkah ku. nasi yang di sua kemulutku kucampak.. izwan sabar. tapi bagi ku dia punca semuanya.
"timah..bibik datang ni"bibik memelukku beserta tangis. aku turut menangis.badan wanita separuh abad ku peluk erat.
"cik izwan, datin suruh pulang"pesan bibik.
"saya taknak, saya nak duduk sini jaga timah"ujarnya
"kau balik..aku taknak tengok muka kau.. balik.. berambus.."tempikku.bibik menyuruh izwan keluar. dipelukku erat.tangisku makin membesar.baju baby aku peluk..aku cium semua barang yang telah aku beli.Ya Allah rindunya.
hari ini genap 30 hari aku berpantang.. izwan tiada.. kamal masih belum ada khabar berita..ladang dan kemalangan izwan polis mengesyaki perbuatan khianat.baby...baby... aku tidak dapat menahan sebak.
"timah jangan nangis terus.. tak bagus untuk ibu ibu dalam pantang.berdoa saja agar timah ketemu di syurga"pujuk bibik. aku diam. pandangan ku lempar ke luar jendela.langit mendung.. seakan mahu hujan..mendung dihatiku bila bila masa saja akan lebat hujannya.kedengaran tangisan bayi.aku mencari di mana suara itu.
"timah sabar timah jangan di ikut perasaan timah.. baby sudah tidak ada timah"Allah...aku tersedar. kerap bunyi itu hadir.aku semakin tidak ketahuan. bibik sentiasa dengan ku.tok penghulu dan makcik asiah kerap menziarahiku.dia suruh aku kerap menunaikan solat sunat.. dan aku mengaji hampir setiap petang di temani bibik dan makcik asiah.suara itu semakin kurang. keadaan ku semakin baik dari sebelum ini.. tidak terurus. joji dan syafiq setiap minggu datang.. kamal masih diam.. tiada berita.
"assalamualaikum"suara lelaki di laman.. kamal. aku bergegas ke lambung.iqbal.
"iqbal, jemput naik.. bila sampai ni.. bila balik"ku cuba menutup kecewa.
"dah 2 bulan dah pon.. dah grad dah pun.. timah tu je yang tak nak balik rumah"aku tahu dia juga kecewa
"timah minta maaf... timah tak jaga anak sedara iqbal baik baik"aku rasa bersalah.
"eh tak apa.. InsyaAllah nanti ada lagi kan"selorohnya.bibik datang dengan membawa air.
"bibik taknak balik ke"canda izwan
"bibik suka di sini"balas bibik.aku menghilang. fikiran ku melayang memikirkan tentang keadaan kamal, ladang dan rumah tanggaku yang entah tidak tahu ke mana hala tuju.ku lepaskan hela panjang.nombor kamal aku dail
"assalamualaikum"kamal menjawab
"kamal.. kamal sihat"aku gugup
"alhamdulillah..maaf kamal tak ada masa timah susah"ujarnya
"timah faham,kamal ok?"eh apa punya soalan la aku ni
"kamal ok.. dah sihat.. dah boleh jalan,makan pun lalu.. cuma rindu timah"aku diam. kamal juga
"timah dah abis pantangkan.. "soalnya.
"ha ah dah 3 minggu habis."aku diam..
"timah kuat ya.. jangan fikirkan sangat.ujian Allah tanda Allah sayang"ujarnya.aku diam. sedikit semangat untukku.ada benar kata kamal.iqbal bersama bibik di laman. mengutip buah yang luruh.jiwa ku seakan kosong. kes ladang masih dalam siasatan. fikiran ku ligat memikirkan siapa punya angkara dan apa puncanya.
"bibik tahu, abang izwan kena siasat baru ni"cerita iqbal. aku curi curi dengar
"kenapa"soal bibik
"katanya dia upah orang untuk pukul kamal, kawan timah"ceritanya lagi.
"apa izwan yang puncanya"jeritku dari dalam bilik.. bibik dan iqbal bingkas berlari mendapatkan ku
"masih dalam siasatan, belum tahu betul atau tidak.. "terang iqbal.aku mengemas pakaian. ku ajak iqbal pulang ke kuala lumpur. aku mesti cari tahu kebenarannya.
"joji, timah balik kL.. kita jumpa disana ya"ujar ku ditalian
"kenapa pula balik kL.. "soal joji
"pasal kamal"ujarku
"kenapa dengan dia.. "tanyanya lagi
"nanti timah cerita"talian aku matikan. dalam hatiku aku berdoa agar pelaku itu bukan izwan.. tidak mungkin dia.. atas alasan apa dia mahu memukul kamal.kami berhenti di rnr.. aku menunaikan solat maghrib dan makan sedikit kerana aku mula pening..perut ku belum diisi dari pagi. kami tiba di rumah agam. hanya kereta dati zaini kelihatan.. kereta nelly dan datin nora tiada. aku masuk dan terus menuju ke bilik izwan. kelibatnya tidak kelihatan.
"daddy..abang mana"soalku setelah kelibat lelaki itu yang pertama aku lihat di dalam rumah.
"dia dibalai.. mummy tengah settle,kalau tiada apa apa masalah.. dia boleh keluar hari ni"ujarnya.seperti tiada perasaan. akhbar dibeleknya satu persatu.
"nelly"soalku
"dia ada fashion show di dubai"aku terkejut. dalam keadaan begini masih lagi mementingkan kerjaya.
"timah jangan risau... kalau betul izwan tak lakukan dia tak apa apa.. tapi andai betul dia buat biar dia bertanggungjawab"akhbar di belek lagi. aku duduk disofa.. hati aku tidak keruan.. aku tidak boleh duduk diam.
"joji amik timah dekat rumah agam"pintaku.talian dimatikan
"timah nak pergi mana"soal iqbal
"timah nak jumpa kamal..timah nak tahu cerita dari dia"ujarku
"timah... sabar ya, timah baru je habis pantang"pujuk iqbal lagi
"betul kata iqbal tu, tunggu dulu berita dari mummy.. "pujuk dato zaini
"tak boleh.. timah tak senang duduk.. timah harus tahu cerita dari kamal kemudian baru dari abang"aku mengambil beg kanvas ku dan ku keluar menunggu joji.
"izwan ada datang jumpa kamal hari tu, dia bagi amaran supaya jauhi timah"ujar kamal. aku joji dan dia berbual di tasik.. agar aku lebih tenang
"kamal kata kalau kamal masih jumpa timah apa yang dia nak buat.. dia kata tunggu dan lihat"ijar kamal lagi.
"kenapa pula dia nak bagi amaran"soalku
"sebab kau isteri dia"ujar joji.
"dia tahukan kami kawan"aku masih belum puas
"pehal kau bingai sangat, kau isteri dia mestilah dia cemburu, kau pun kamal aku dah pesan kalu nak jumpa timah tunggu aku jangan pandai pandai pergi sendiri.. dia isteri orang"marah joji
"tapi kami tak buat apa apa pon"aku masih tidak mahu mengalah
"iya.. tapi boleh jadi fitnah.. faham tak.. kalau aku pun marah"ujar joji. aku dan kamal diam.. ada betulnya juga kata joji
"mungkin sebab kamal suruh dia ceraikan timah"bicara kamal membuat aku melongo.joji meraup mukanya geram
"memang patut pun kau kena pukul"marah joji
"kamal, urusan timah dengan izwan biar timah uruskan.. timah serah semua pada Allah.. kalau jodoh kami panjang buat macam mana pun kami tetap bersama tapi kalau kata kita memang ditakdirkan berjodoh.. kita akan berjodoh juga"nada ku sedikit tinggi
"timah tahu izwan takkan pukul orang tanpa sebab"apa pun salah izwan, dia suami aku.. aku harus pertahankan dia. aku tahu dia tidak bersalah
"memang dia tak pukul tapi dia upah orang untuk pukul"marah kamal
"apa"aku hairan...izwan... samseng???
"tak mungkin.. "aku bangun dan mencapai beg ku..
"joji hantar timah balik... timah harus bersemuka dengan izwan"tangan joji aku tarik
"sabar timah sabar... kau baru habis pantang... "joji mengingatkanku... tapi amarah ku lagi membara dan kebenaran lebih penting dari kesihatan ku.kamal ku tinggalkan termangu. tak mungkin izwan sebegitu... izwan yang aku kenal bukan samseng.. abang apa yang abang dah buat ni.. aku menangis
Share this novel