Seperti biasa, aku perlu bangun untuk mulakan kerjaya baru ku sebagai maid dirumah mertua sendiri. seperti biasa pukul 5.00 pagi aku bangun.kalau di kampung dah menoreh dah ni.. eemm.. rindu kampung... rindu kawan 4 kaki..usai solat subuh aku siapkan sarapan. aku siapkan juga bekal untuk izwan. harap boleh bantu dia pulihkan memori dia.Mee goreng dan kopi susu aku siapkan. Allahu hensem pula suami aku.. terperasan sendiri.
"selamat pagi cik izwan"ujar ku.ku tuang kopi. dia hanya memerhati
"morning sayang,how are you today"sapa datin nora.izwan hanya di. aku menuangkan air teh untuk wanita itu.
"morning mummy"sapa iqbal yang mahu ke kelas.dato zaini turut berada di meja itu. aku hanya berdiri di belakang memerhati. pernah dato mengajak ku makan sekali.bila aku duduk datin mengamuk semenjak itu aku mengasingkan diri.. makan sama sastri dan bibik lagi seronok. boleh gelak gelak.
"timah esok boleh masuk office ya. staff HR resign."ujar dato zaini
"no way, sapa nak buat kerja semua ni"ujar datin membuka bicara.
"bibik and sastri kan ada"ujar dato zaini
"kalau ada 3 orang cepat la sikit siap"ujarnya
"eh tak palah dato, saya kerja dirumah je.. lagipun saya bukan tahu sangat kerja HR, study hari tu pon amik acc"balasku tak nak mengeruhkan keadaan.
"see, dia sendiri taknak, so dia kerja kat rumah"ujar datin
"no i need staff.. so timah esok masuk office ya"suruhnya
"tapi dato saya takde baju nak pakai"terangku
"takpe petang ni iqbal bawa timah beli baju"adui...kenapa tak sampai planning aku..
"good idea, so timah esok masuk kerja"suruh dato zaini lagi.izwan dari tadi terdiam. aku mengambil bekal lalu membontoti dia dari belakang. iqbal berganding dengan ku.
"timah, petang ni kita keluar ya, beli baju,tunggu kat rumah ya"iqbal melambai dan aku membalas lambaiannya. bekal yang ku siapkan bertukar tangan.enjin keretanya di hidupkan.. lalu meninggalkan rumah agam itu.
"kau,apa yang cakap dekat dato sampai dato berani lawan cakap aku"kepala ku ditunjal tunjal.
"saya tak de cerita apa apa pun datin"balasku.
"kau jangan melampau ya, aku nak kau simpan dalam kepala kau, sampai aku mati aku takkan terima kau sebagai menantu."ujar datin nora.aku menuju kedapur. aku seakan putus harap.telefon ku berdering.
"tengahari ni hantar bekal makan aku"izwan memtikan talian.aku menyiapkan menu tengahari dan disiapkan bekalnya. kedengaran suara nelly diruang tamu.
"bila balik"soal datin nora mesra
"semalam, nelly ada buah tangan untuk aunty"ujar nelly manja.
"nell,i want show you something"datin nora ke dapur bersama nelly.
"aunty,dia buat apa dekat sini"tempik nelly terkejut melihat kelibatku
"khairul bawa dia balik, now she's my maid"bongkak datin nora
"tapi nanti lagi senang dia nak ganggu izwan"risau nelly.
khairul tak mungkin dan tak akan ingat siapa dia ni"ujar datin nora. hina sangatkah aku hingga di jauhkan dari suami sendiri.
"cik nelly jangan risau saya tahu tempat saya, saya tahu asal saya"ujarku.airmatakau ku tahan dari mengalir agar tidak kelihatan lemah dihadapan manusia ini. bekal izwan kupegang
"itu bekal siapa"soal datin nora
"cik izwan call suruh hantarkan makan"jujurku
"bagi nelly biar dia hantarkan, kau tak payah nak sibuk"bekal izwan diberikan kepada nelly.aku hanya berdiam. apa hak aku untuk bersuara.aku kedapur semula.entah kenapa hati ku bergolak. adakah aku cemburu.. ya aku cemburu akan nelly.. dia bebas mengauli izwan walaupon dia hanyalah berstatus tunang. sedangkan aku, isteri yang sah masih terkapai mencari mencari memori untuk aku gapai bahagia.iqbal membawaku ke mall untuk membeli pakaian.aku kurang selesa dengan kelakuannya. suka memelukku tanpa segan. aku ralat. dia memegang tanganku dan membawaku ke sebuah butik.aku melihat pakaian yang tergantung. harganya.. alamakkk.
"sayang.. cantik kan"nelly dan izwan turut berada didalam butik itu.aku hanya melirik. iqbal memberi beberapa helai baju untuk aku cuba. izwan yang berada berada berhampiran dengan fitting room menggeleng perlahan tanda tidak setuju dan menggangguk perlahan tanda setuju agar tidak terlalu nampak reaksinya...baju aku tersangkut zip. aku mencari iqbal untuk minta tolong panggilkan salesgirl tapi iqbal tidak kelihatan.. yang ada berhampiran hanya izwan.nelly sedang melihat baju yang dipamerkan
"cik izwan"panggil ku berbisik.dia menoleh.aku melambai. dia menghampiri.. tangannya aku tarik masuk ke dalam fitting room.
"tolong,zip sangkut"ujar ku. aku membelakanginya.
"kenapa kau tak hantar bekal tadi"soalnya
"datin suruh nelly yang hantar."jawabku
"lain kali dengar cakap aku.. kalau aku suruh kau maknanya kau lah"ujarnya.aku mengangguk.
"cik izwan tolong keluar saya nak salin baju"ujarku
"kalau aku taknak.."dia maju selangkah demi selangkah.aku melekat didinding.
"saya nak salin baju.. takkan saya nak keluar berbogel"ujar ku.. baju yang aku cuba dilepaskan.. dan disarungkan baju yang aku pakai tadi. aku membiarkan saja tingkahnya memandangkan dia halal buatku.
"kenapa kau keluar dengan iqbal.." soalnya
"dah dia ajak, saya keluarlah.. kenapa tak boleh"ujarku
"aku tak suka, aku yang bawa kau kemari jadi aku yang berhak tentukan apa yang boleh.. apa yang tidak"matanya merenung tepat ke mataku. sebab kau suami aku.. suami aku yang sah..kau memang berhak.. rintih hatiku...pakaianku sudah tersarung semuanya.aku membuka pintu fitting room..sebaik aku melangkah keluar.. nelly menarikku dan menolakku hingga terjatuh
"perempuan tak tahu malu, kau buat apa dekat izwan.. kau cuba goda dia, korang buat apa dekat dalam tu hah"dia seakan hilang kewarasan.handbag ditangannya dihempuk hempuk badan ku.izwan yang keluar dari fitting room langsung tidak beralih.. malah tidak dihiraukanku.dibiarkan aku dimalukan di depan khalayak ramai.
"nell.. sudah"tempik iqbal
"timah...sorry iqbal jawab call tadi.. sakit?"keningnya sedikit berkedut.
"jom balik"pintaku.iqbal membayar pakaianku. dan memapahku pulang.sepanjang perjalanan aku hanya terdiam.sakit badan ku tidak terasa.. yang paling sakit adalah hatiku..iqbal menepuk bahuku sekadar memujuk.
"aunty you know what, timah cuba goda izwan dalam fitting room"rengek nelly.
"khairul.. apa yang berlaku sebenarnya.. dia buat apa dekat khairul"ujar datin nora.
"dia just minta tolong zip baju dia tak boleh buka"jawabnya.datin nora menyinga sebaik saja nampak kelibatku.
"kau perempuan perampas.. memang tak tahu malu"tudungku ditarik cengkamannya terasa hingga kekulit.dibiarkan aku terjelepok ke lantai.aku cuba menahan airmata ku.
"apa kau nak dari izwan, bukan ke aku suruh kau jauhkan diri dari izwan.. bukan ke...aku suruh jangan ganggu hubungan dorang."kepala ku di tunjal tunjal.aku diperlakukan seolah aku pesalah jenayah..badan ku dikeronyok dihadapan izwan. dia hanya diam.
"mummy...nel... stop it,apa korang ni"iqbal yang datang dari luar membantuku.
"kau boleh tengok saja"marah iqbal pada izwan
"tengok iqbal pon kau nak kebas"marah datin nora.penamparnya hinggap dipipiku perit.badan ku dikeronyok lagi.. iqbal cuba menghalang. izwan bangun dan cuba pergi..
"enough"tempik dato zaini dari muka pintu... dia melangkah dengan amarah
"yang korang kerjakan tu isteri sah izwan.. dia nak bersama suami dia apa salahnya.. nelly kamu tiada hak nak marah sebab kamu hanya tunang...masih belum halal untuk kamu gauli. "marah dato zaini
"isteri"iqbal terkejut, izwan juga.
"fatimah isteri kamu yang sah khairul izwan"dato menunjukkan kad nikah kami.diambil kad itu dan ditatap. dia diam
"mummy yang mahu merahsiakan perkahwinan kamu hanya kerana ingin bermenantukan nelly."bicara dato zaini
"apa salahnya saya mahu bermenantukan nelly.. she's a perfect and right person for khairul"ujar datin nora dengan bongkak.
"tak salah yang salahnya awak menidakkan hak fatimah sebagai isteri izwan."tempelak dato zaini
"this is nonsense"nafi izwan. kad yang ada ditangannya dicampak kelantai
"tak mungkin wan kawin dengan perempuan macam ni.."katanya.
"perempuan macam mana maksud cik izwan"soalku berani.. airmataku mengalir.
"jalang, kau perempuan jalang yang pernah aku kenal"
PANGG dato zaini melepaskan amarahnya dilepaskanmya
"dia isteri khairul yang sah.. kenapa dihina dia macam tu..jangan melampau khairul izwan"marah dato zaini yang terlalu memendam meledak umpama gunung berapi. izwan terdiam. aku masih terkaku,lega sedikit hatiku kerana ada pembelaan walaupun bukan dari suamiku
"mummy ada jalan penyelesaian.. "diambilnya kertas diatas meja lalu diberikan padaku.Ya Allah..borang permohonan cerai.. aku tergamam
"sain borang tu"suruh datin nora.
"nora, you jangan melampau ya,you jangan nak keruhkan keadaan"ujar dato zaini
"i bukan nak keruhkan keadaan tapi i nak memudahkan kerja.. since khairul dah taknak kan fatimah better dorang bercerai then nelly boleh kawin dengan khairul tanpa perlu bermadu"ada lirik senyuman dibibirnya.
"nora you dah kena sampuk syaitan apa ni"lalu aku terus menandantangi borang itu. dan borang itu ku letakkan diatas meja
"terima kasih fatimah"ujar datin nora
"fatimah apa timah buat ni, timah kan dah janji dengan daddy nak jaga izwan."ingatnya
"maaf dato saya terpaksa mungkir.. saya rasa ini yang terbaik.. nelly boleh jaga cik izwan dengan baik.. bukan saya dan saya tak layak dan tak mampu nak teruskan"ujarku bersama linangan air mata
"aku tak tahu apa yang terjadi antara kau dan aku sebenarnya.. tapi andai kau benar isteri aku yang sah.. aku takkan ceraikan kau.. aku nak kau rasa apa yang aku rasa.. rasa sakit bila kau mainkan perasaan aku"kertas putih itu dikoyak. izwan meninggal kan kami menuju ke biliknya.
"khairul"tempik datin nora
"sayangggg"jerit nelly dalam tangisan.aku berjalan menuju ke dapur dengan tiba tiba langkah ku dihalang aku terjatuh dan kepala ku terhantuk pada bucu meja.aku rasakan ada sesuatu mengalir di dahiku.. merah.. pandangan ku kabur dan gelap..
"anak itik bangun..jangan buat abang risau, please sayang.. "ada suara berbisik..tangan ku terasa hangat.perlahan ku buka mata.izwan.tanganku di pegangnya.ingatannya sudah pulih?
"abang"panggilku perlahan.tangan ku dilepaskan
"kau memang tak boleh jalan elok elok ke macam mana? nak aku ajar kau berjalan kah."tempelaknya.aku mimpi ke tadi.aku dipanggil sayang.. aku membungkam. hanya mimpi barangkali.
"saya tak sengaja cik izwan, kaki saya tergelincuh"tipu ku.
"kau rehat esok tak payah kerja"ujarnya.aku hanya diam.izwan keluar dari kamarku.
"morning dato"
"morning, hari ni saya nak perkenalkan HR asistant yang baru, siti fatimah"ujar dato zaini.izwan merenungku tajam seolah mahu menerkam ku.aku dibawa ke pejabatku san diterangkan akan tugasku. ahh lega.. ada privacy aku sendiri.belum sempat aku meraikan kegembiraan..telefon dihadapanku berdering
"masuk bilik aku sekarang"tempik izwan.bergegar gegendang telingaku dirasakan. aku mengemas dan pergi mendapatkan izwan.. apa la yang dia nak.. ermmm.. getus hatiku
"seronok"marahnya
"seronok"balasku
"memang spesis bantah cakap orang ke"marahnya lagi
"tak.. saya mendengar kata.. dan baik orangnya."aku berseloroh
"kan aku kata tak payah datang kerja"kali ini wajahnya seperti singa kelaparan
"dah saya tak sakit buat apa duduk rumah, dato suruh saya masuk kerja saya masuk la, boleh cuci mata"candaku..tapi tidak dapat meredakan marah dihatinya. ditolak aku jatuh kekerusi,kerusi itu dipegang kemas, badannya dibongkokkan dan wajah ku direnung tajam.tangannta menekan tampalan luka di dahiku. aku mengerang.
"sihat macam ni.. kau boleh tak dengar cakap aku ke... susah sangat nak dengar cakap aku"marahnya
"kalau tak tekan tak sakit tapi dah cik izwan tekan sakit la.. "marahku.aku bangun dan keluar dari biliknya. izwan hanya melirik.
Seperti biasa aku bangun awal siapkan makan pagi sebelum ke pejabat.aku membawa bekal nasi goreng yang ku goreng pagi tadi.aku kepejabat menaiki pengangkutan awam.
"morning cik fatimah"ujar pekerja dibawah seliaanku
"jangan panggil saya cik panggil saya timah je"aku lebih suka pergaulan tanpa pangkat..lagi pun aku juga pekerja biasa.aku meneruskan tugas ku. aku ke hulu aku kehilir. pintu pejabat ku dibuka. sings sedang menanti
"kenapa kau datang Kerja tak tunggu aku"soalny dingin
"saja,lagipun saya taknak staff salah faham"alasanku.walhal aku sedang menjauhi. aku harus terima bahawa satu hari nanti sama ada aku berkongsi kasih atau aku ditinggalkan
"apasal pula staff nak salah faham"soalnya
"sebab cik izwan tunang nelly, saya dengan cik izwan pekerja saja. saya taknak ada timbul cerita bukan bukan. "ujarku.aku duduk dikerusi ku. dia perlahan lahan menghampiri ku.lalu bekal ku di capai
"bekal aku mana, kenapa tak siapkan"marahnya
"saya ingat cik izwan taknak"jawabku.
"ada aku kata taknak ke"soalnya.aku hanya menggeleng.meja ku ditepuk.aku terperanjat
"kalau aku tak cakap apa apa maksudnya aku nak bekal faham"aku hanya menggangguk. izwan keluar bersama bekal ku.aku nak makan apa dah la aku lapar ni.aku turun aku menuju ke kedai serbaneka. aku membeli roti.lalu aku ke kaunter.
"timah"kamal...ibarat mati hidup semula.sudah lama aku tidak bertemu kamal.mana tidaknya aku terperuk dalam gua dato zaini.. mana nak jumpa dunia luar.kami bercerita keadaan semasa kami.sedang kami asyik bersembang telefon ku berbunyi
"kau ke mana, dekat ofis takde"tempiknya
"saya beli roti dah bekal saya cik izwan amik."selorohku
"balik cepat"terus talian di matikan
"kalau hari hari pekak timah, kamal timah pergi dulu ya.. jumpa tengahari ni ya"aku kalut pulang ke pejabat.aku ke pantry untuk nembancuh kopi.izwan sebelah ku. aku membuka sachet kopi segara. tapi pantas dirampas dari tangan ku. aku hanya melihat.. dan aku mengambil lagi.. masih juga dirampasnya.. aku ambil lagi paket kopi segera tapi masih dirampasnya.. kemudian dia membuang semua paket kopi segera itu kedalam tong sampah. aku kaget.
"cik izwan dah kenapa, takkan dekat sini pon saya tak boleh minum."marahku
"membazir"marah ku lagi
"kau minum milo biar cepat besar sikit"ujarnya.aku membancuh milo dan keluar dari pantry.izwan membontotiku.
"mulai hari ni jangan beli kopi segera atau apa apa makanan dan minuman segera yang berasaskan kekacang dan soya, kalau ada yang nak makan atau minum dari sumber tu tolong simpan sendiri, jangan letak dipantry.. sebab saya taknak ada orang mati sebab alah pada kekacang dan soya."ujarnya.pelik..mana dia tahu aku alah kekacang dan soya. aku kembali semula ke pantry.. sachet tadi aku lihat bahan ramuannya.. mengandungi hazelnut.. aku menepuk dahi.. nyaris.. tapi... ingatan dia dah pulih kah. kalau dah pulih kenapa dia layan aku macam ni.aku meneruskan tugasku.lunch time.. aku ke kedai serbaneka.kamal sudah habis kerja. kami makan di kedai berhampiran. izwan datang entah dari mana duduk disebelahku tanpa segan. kacamata hitamnya dibuka.
"apa cik izwan buat kat sini"soalku
"lunch lah"selorohnya.kamal hanya memerhati tingkah izwan.makanan sampai aku mahu menyuapkan mee yang ku pesan ke dalam mulutku tetapi dihalang oleh izwan dan kamal.aku kaget.
"kenapa"soalku.
"tu kacang"tunjuk kamal.nacam mana boleh aku tak perasan
"cik izwan kenapa pula"ujiku
"kau tak siapkan bekal aku jadi aku makan ini"lalu disuapkan mee itu ke mulutnya.aku tetgamam dengan tindakannya. dia tidak makan tomato.. apa apa saja masakan yang diletakkan tomato tidak dimakannya.tapi kali ini dia makan dan beberapa suap disuapkan ke mulutnya. dari riaknya nampak dia terpaksa. aku mengambil pinggan tersebut
"cik izwan tak makan tomato.. jadi jangan paksa diri"dia mengelap mulutnya. ditelan paksa saki baki yang ada didalam mulutnya.
"kau order lain makanan kau tapi baca bagi jelas"perlinya.dia bangun dan lari ke tandas. sahih muntah... tapi kenapa dia paksa dirinya. arghhhhh serabut...
Share this novel
Izwan ni dah kenapa buat2 hilang ingatan ke....