"tq kamal"aku turun dari keretanya.dah banyak hari aku ke pejabat dengan kamal, aku malas nak bertembung dengan singa jadian
"nanti lunch sekali ya, kamal pick up"ujarnya
"okkk.... aduiiii aduiiii"telinga aku di tarik.
"kau ada masalah ke kalau datang dengan aku"izwan mencelah. bila pula dia datang.. aku keluar rumah dia tak bangun lagi.. cepat benar dia kejar masa.
"kau tunggu apa lagi.. jalan la"marahnya pada kamal. tangan aku dipegangnya dan ditariknya. banyak mata memandang.makin aku cuba melepaskan.. makin erat genggaman tangannya. ikutkan hati nak jadi kura kura kura.. masuk kepala dalam leher baju tapi nanti ada yang tertonggeng.sampai depan pintu bilik pejabatku aku berikannya bekal yang telah aku siapkan. ku takut nanti meroyan pula singa jadian.
"bekal kau mana"soalnya
"ni"ku tunjuk bekal ku yang kecil molek kepadanya
"cukup ke banyak ni"soalnya lagi. apa yang dia sibuk sangat pasal bekal aku pun tak tahu
"cukup la buat alas perut, lunch kejap lagi saya makan lain, saya ada date dengan kamal tau, soronoknya"aku memancingnya. dia diam dan berlalu pergi. aishhh..tak boleh jadi ni.aku perlu tahu kebenarannya..aku melakukan tugasanku seperti biasa.telefon pejabatku berdering.
"masuk bilik aku sekarang" tempiknya.aku dengan pantas pergi ke biliknya.
"ada apa cik izwan"ujarku
"aku nak kopi"..apa... kopi... kenapa aku.. kenapa tak minta dengan setiausaha dia atau tea lady? selesai itu aku kembali ke bilik ku..telefon ku berdering lagi.
"masuk bilik aku sekarang"tempiknya..aku berlari mendapatkannya.
"tolong copy buat 20set"diserahkannya kertas draf kepada ku. kenapa aku... kenapa tak setiausaha dia. gerammya.
"cik izwan nak apa apa lagi..kalau takde saya nak settle kerja saya"ujarku.menahan marah.
"takde apa.. boleh keluar"ujarnya.aku keluar dengan geram
"timah, boleh tolong badrul tak"badrul,pekerja disitu minta bantuan ku.kami berbincang tentang masalahnya.
MASUK BILIK AKU SEKARANG
mesej dari izwan. aku tidak mengendahkannya. aku terus ke bilikku dengan badrul.telefon ku tidak berhenti berdering. bertalu talu panggilan dari izwan. aku tidak mengendahkan. lunch time. aku berkemas kemas dengan cepat. kamal sudah menanti.aku berselisih dengan nelly. lega.. aku boleh lari.
"cik nelly.. "pekerja menyapanya. aku tidak mengendahkannya. yang aku tahu perut aku lapar.sampai di pintu utama aku terus berlari ke kereta kamal. telefon ku masih berdering. singa jadian dah naik angin.. puas hati aku.
"sapa call tu, kenapa tak jawab"soal kamal
"izwan,"aku tutup terus telefonku
"Kenapa tak jawab"soal kamal lagi
"malas la, sibuk je dia, tahu tak dia buli timah"aku mengadu pada kamal.. kamal mendengar dengan penuh asyik.sampai di tempat yang kami ingin tuju..syafiq,joji...aku teriak kegembiraan.rindunya aku pada mereka. pelbagai kisah kami kongsi bersama..
"joji nanti info tau,timah tolong.. seronok dapat kerja sekali"joji memberitahu bahawa dia ada isi jawatan kosong yang telah di iklankan oleh syarikat dato zaini.aku harap rezeki berpihak kepadanya. tidak lah aku keseorangan. alamak dah lewat. kamal menghantarku pulang ke pejabat. sampai sahaja kami..kelibat nelly dan izwan kelihatan. nelly merangkul manja lengan izwan. mereka tampak bahagia.aku...aku... ermmmm.... masih jauh untuk ku gapai. atau bahagiaku bukan bersama dia.
"timah ok"soal kamal yang melihat kelakuan izwan dan nelly
"ok, timah masuk kerja dulu ya.. "aku bergegas ke pejabat.aku sudah lewat. punch kad aku hilang... pergi mana.. sapa ambil.
"cik fatimah,cik izwan nak jumpa"aishhh aku tengah cari punch kad hilang dia panggil tak menyempat..adoiiii mana punch kad.. kepala ku ligat memikirkan tentang punch kad.dia ni buang tebiat ke yang tutup semua blind curtain dia ni.. tak pernah dia tutup curtain.ah lantak la..pintunya aku ketuk. nelly masih ada di pejabatnya. aku berdiri dihadapan mejanya
"ada apa cik izwan cari saya"punch kad ku dicampak. dia yang rembat.. hantu betul singa jadian ni.nelly bangun dari tempat duduknya dan berdiri lalu memeluk izwan dari belakang. rambut izwan dibelai belai. meluat oiii
"suka hati kau nak masuk rehat pukul berapa.. kau ingat ni company kau"tempelaknya.nelly hanya tertawa.
"maaf cik izwan"hanya itu yang aku mampu. cepat lah cakap apa yang kau nak sebenarnya.makin lama aku dekat sini makin meluat pula aku.tangan nelly merayap ke dada izwan yang bidang.
"ada apa lagi cik izwan..saya nak masuk office.. banyak lagi kerja saya nak buat"ujarku
"kenapa, kau tak suka...atau kau cemburu."bibir nelly di kucup izwan. baju kurung ku kuramas geram. bukan kerana cemburu tapi aku meluat..semakin mengada ngada
"saya banyak kerja lagi cik izwan, kalau takde apa apa saya keluar dulu"aku berpaling
"sapa suruh kau keluar.. "tempiknya. di berdiri di kerusinya
"habis cik izwan panggil saya untuk apa.. untuk tengok cik izwan bermesra mesra dengan cik nelly"ujarku..nada ku juga sedikit tinggi
"kau cemburu"nelly menghampiri ku
"cemburu?? aku??sorry you talk with wrong person"ujarku.
"habis kalau kau tak cemburu kenapa kau cepat cepat nak pergi"provok nelly
"sebab aku tak nak bersubahat dengan maksiat kalian.. dosa aku sudah tak tertanggung nak tanggung dosa subahat pula memang tak la,"sinis ku
"kurang ajar kau kan"nelly cuba menamparku tapi kali ini aku sempat menahan
"macam ni lah cik nelly, kalau cik nelly memang dah kemaruk sangat dekat singa jadian tiga suku ni, cik nelly amik la saya tak kisah.lagipun saya tak suka amik bekas orang,"ujarku. baru sikit keluar belum abis lagi
"biadap kau..sayanggg"rengek nelly.
"kau makin melampau.. jangan sebab daddy aku sayang kau,kau nak naik tocang ya"lenganku dicengkam, sakit. aku cuba melepaskan tapi cengkamannya makin kuat.
"you balik dulu, malam nanti kita jumpa, i ada benda nak settle dengan betina ni"ujarnya.cengkamannya makin kuat. nelly sebelum keluar di tunjal kepala ku
"padan muka you, bye sayang"dia melirik manja.sebaik saya nelly keluar dari pejabatnya.. ditarik lenganku. cengkamannya tidak dilepaskan.wajah kami saling bertatapan.. jarak antara kami hanya beberapa inci. dahi ku berkerut menahan sakit
"sakit? "marahnya
"sakit la"aku hampir menangis sakitnya cengkaman itu seperti kulit ku tersiat. perit
"ini baru sikit, sakit hati aku lagi teruk dari ini"ujarnya lagi
"sakit hati kenapa pula, saya buat apa pada cik izwan"tengkingku.cengkamannya dilepaskan
"hati aku sakit sebab kau"ujarnya marah
"apa saya buat, apa salah saya,"aku cuba berteka teki.pipiku dicengkam.
"sakit la"aku melepaskan cengkamannya.tapi dia lebih pantas mencium ku.aku meronta.. bagiku itu bukan lagi ciuman yang aku rindu tapi menjijikkan.
"kenapa, bukan kah kau tunggu aku untuk memuaskan kau"tempelaknya.aku yang tiba tiba berang menampar pipinya dengan kuat.air mataku berlinangan.
"walaupun saya bergantung tak bertali tapi saya masih ada maruah, kalau dah cik izwan tak boleh anggap saya sebagai isteri jangan anggap saya murahan.. otak cik izwan ni kena overhaul baru bersih"aku mula menangis. lenganku ku gosok
"kalau begini perjalanan rumahtangga kita, abang... tolong lepaskan timah itu saja timah minta."leherku di cekik.
"berani kau minta aku lepaskan kau"aku sukar bernafas
"abis abang nak simpan timah buat apa kalau abang dapat bahagia dengan nelly, tidak pun abang cekik la timah sampai timah mati"tengkingku.nafasku semakin sukar. cengkamannya semakin kuat. izwan umpama singa yang tercabar kerana kuasa. bengis.tangannya ku tepuk. nafasku semakin kasar.tersekat sekat.cengkamannya dilepaskan. aku terbatuk batuk.. air mataku mengalir laju. izwan seperti kerasukan, habis mejanya di kucar kacirnya.
"cik izwan berhak cari bahagia.. begitu juga timah.. mungkin jodoh kita sampai sini.. "ujarku
"diam.. kau diam timah.. "tempiknya
"sampai bila cik izwan nak layan saya macam ni.. saya perlukan suami disisi bukan musuh. saya mahu dilindungi bukan di perlaku hina macam ni..paling sakit pelaku tu suami saya yang sah"tempikku.dia makin tidak terkawal.
"khairul izwan,what's wrong with you"tempik dato zaini di depan pintu pejabat izwan. izwan menangis.
"tak malu ke,ni office, semua staff tengok.selesaikan secara elok and stop tantarum, kamu bukan budak kecil lagi khairul izwan"ujar dato zaini. pintu ditutup semula. aku melangkah keluar dengan deraian air mata. izwan kutinggalkan dengan tangisan.aku melepaskan geram didalam bilik ku.aku menangis semahunya.apa yang harus aku lakukan.hidup ku umpama gantung tak bertali.
"dato, saya nak pindah"ujarku ketika mereka sedang makan malam.
"kenapa nak pindah"soal dato zaini
"saya rasa kurang manis saya tinggal dekat sini"balas ku.
"bagus lah, tenang sikit hati aku"ujar datin nora.
"nora, you jangan menyampuk"ujar dato zaini
"kenapa kurang manis, timah kan menantu daddy"ujar dato zaini lagi
"timah cuma nak.."belum sempat aku habis bicaraku
"kau nak bebas kat luar.. senang nak ikut jantan kesana sini"tempelaknya.
"bukan macam tu.. "lagi sekali kata kata kata ku dipotong.
"ah kau macam macam lah.. "dia cuba memprovokku.
"khairul izwan, diam ini antara daddy dengan timah, macam ni lah timah, daddy tak akan benarkan timah pindah keluar seorang diri melainkan pindah bersama izwan"aku tergamam
"apa ni you.. kenapa nak kena pindah dengan khairul"datin nora menegah
"if izwan tak nak pindah,timah yang kena pindah naik ke bilik izwan"aku tertelan air liur
"eh tak apa tak apa...saya ok di bawah"alasan ku.
"kenapa kau jijik ke sebilik dengan aku"bicaranya agak kasar
"bukan, saya rasa biarlah saya dibawah, saya taknak amik apa yang akan jadi hak cik nelly"balasku
"termasuk aku"soalnya
"ya"jawabku.dia bangun dari tempat kerusinya dan menarikku ke naik ke biliknya.aku sedikit menggigil.dia agak kasar kali ini.dihempas pintu biliknya. aku berlagak seperti biasa sedangkan badanku menggigil. aku memerhati susun atur biliknya.sama seoerti dulu.
"teruk sangat ke bilik aku.. tak kemas? " soalnya. aku hanya menggelengkan kepala.
"habis tu kau nak pindah?nak menyundal"fitnahnya
"cik izwan jangan main tuduh"aku mula menyinga
"habis tu kenapa kau nak pindah,kenapa tak nak tidur dalam bilik aku"marahnya.
"sebab bilik ni nanti cik izwan nak guna dengan cik nelly... "aku cuba nengawal keresahanku.izwan memandangku seperti singa kelaparan.
"abis kau...siapa aku bagi kau"nadanya yang tinggi memeranjatkan aku.
"cik izwan suami saya di masa lalu dan sekarang cik izwan majikan saya"ujarku.
"majikan.."dia tersenyum sinis. badan ku ditolak ke katil. aku cuba untuk bangun tapi gagal.. badannya menghimpit ku. aku meronta minta dilepaskan.
"aku tunjuk kau apa beza aku dengan majikan lain dan samanya aku sebagai majikan dan suami"setiap inci tubuhku diratah aku menangis dan meronta.bukan seperti ini yang aku mahukan.izwan terlena di sisiku tanpa seurat benang.aku mandi.. aku menangis.. kenapa perlu melayan aku sebegini.selesai aku mandi, izwan duduk dihujung katil dibaluti kain tuala. aku tidak mengendahkannya.aku memakai baju dan mahu turun ke bilikku
"nak ke mana?"soalnya
"saya nak turun,nak masuk bilik saya, saya dah bagi serviskan, tak pe tak perlu bayar anggap saja cik izwan dah beli hidup saya"kesalku.aku seolah pelacur tanpa bayaran. setitis demi setitis manik manik jernih pecah dipipiku
"maafkan abang sayang, abang tak bermaksud macam tu"matanya sayu. ikhlaskah dia.
"tak payah la berabang sayang hanya untuk menipu perasaan saya, cik izwan"tegasku.genggaman tangannya aku rentap
"sayang,abang minta maaf sebab layan sayang macam tu, abang minta maaf"rayunya.penamparku hinggap ke pipinya
"kau layan aku macam sundal.. tiba kau kata kau sayang aku, ingatan kau ni dah pulih atau hilang selamanya"aku membara
"abang dah ingat semuanya, abang dah ingat waktu abang melawat tapak projek dikampung.. abang ingat semuanya"nadanya sedikit kesal
"abis kenapa kau layan aku macam sampah, kau buat aku terkontang kanting sorang diri. kau sepatutnya bela aku tapi kau dera hati dan perasaan aku"tangisku kering
"sebab abang taknak kehilangan sayang, abang takut, abang malu bila tahu sayang menderita selama abang tiada"tangisnya semakin kuat.
"kau takut kehilangan aku, tapi tindakan kau sebenarnya membuatkan kau akan kehilangan aku selamanya izwan, tingkah kau yang buat hati aku mati rasa"luah ku
"abang fikir bila abang buat begitu timah akan marah dan lupakan abang tapi abang silap abang yang tak dapat lupa dan lepaskan timah"dia cuba memeluk tapi aku mengelak dan aku terus turun ke bilikku dengan amarah.pagi ini aku keluar seperti biasa.aku menaiki bas,kerana kamal bekerja pagi.ramai orang hari ini. kami berasak asak. aku terhuyung hayang kerana bas kadang kala berhenti mengejut dan kadang kala terlanggar bonggol di jalan.ada tangan memeluk pinggang ku dari jatuh.izwan.bila pula dia bangun dan sejak bila pula dia suka naik bas.aku bergegas berjalan ke pejabat.izwan memanggilku. aku makin laju. cepat cepat aku punch kad dan masuk kepejabat. ahhh lega.. tiba pintu bilik ku di kuak
"kenapa tinggal abang"marahnya
"maaf cik izwan,saya tak faham dan saya tak nak faham, saya sibuk tolong keluar"suruh ku tanpa memandang wajahnya.dia keluar dari bilikku.telefon berdering.
"abang nak kopi"telefon langsung aku hempas. namun ia berdering lagi.. masih izwan.. aku meletakkan telefon tanpa sempat dia berkata apa apa.. berkali kali dia menelefon aku tetap sahaja tidak mengendahkan
SAYANG.. MAAF.. MAAFKAN ABANG
telefon bimbitku dihujani mesej kemaafan. aku juga tidak menngendahkannya.dia masuk ke bilikku aku tengah bermesyuarat dengan pekerja. dia keluar semula. pendek kata dia tiada masa dan ruang untuk mendekati ku.
"kamal, syafiq dengan joji jadi datang tak"soalku.kami makan tengahari bersama.aku memberitahu mereka bahawa ingatan izwan telah pulih.mereka juga geram dengan tindakan izwan melayan ku
"laki kau tu bodoh ke apa"marah joji
"ish awak ni, apa pun dia masih suami saya sah"ujarku.kamal diam.dalam perjalanan pulang juga dia diam.
"diam je"selorohku
"andai kata timah tak bahagia dengan izwan, cari lah bahagia timah.jangan menyeksa diri"kata katanya membuatkan aku tersentuh
"maksud kamal"ujiku
"kamal sedia untuk merawat luka dihati timah, kamal sedia menggantikan duka dihati timah"aku tergamam.kami diam sepanjang perjalanan
"timah kenapa lunch tak tunggu abang"ujarnya
"maaf saya ada temujanji dengan kawan"balas ku acuh tak acuh
"dengan kamal"nadanya sedikit tinggi.aku mengangguk
"abang tak suka timah keluar dengan dia"marahnya
"maaf cik izwan, itu hal peribadi saya, hak saya,cik izwan tak perlu tahu"bicaraku.dia keluar dan menghempas pintu bilikku.lega.kami pulang bersama menaiki bas. izwan berdiri disebelahku. dirangkul pinggangku agar tidak berlaga dengan penumpang lain. mukaku mengadap dadanya yang bidang. aku berpeluh.. panas
"sayang"suara nelly. aku terus masuk ke bilik tanpa menghiraukan mereka,tapi sempat aku melirik melihat nelly mencium pipi izwan. itu sayang aku.. macam tu.. bull shit. aku menukar pakaian dan ke dapur untuk masak.
"anak itik"iqbal memanggil
"eh cik iqbal lama tak balik"soalku
"apa pula cik...panggil iqbal la.. akak ni"dah move on dia..hahaha
"cuti.."jawabnya
"lama mana cuti"soalku lagi
"2 bulan, rindu masakan kak timah"usiknya.iqbal membantu ku didapur.
"rajin kau"izwan datang ke dapur.
"saja nak tolong sayang aku tak boleh"candanya.izwan yang minum air tersedak.
"anak itik bawakkan aku oren kejap lagi"dia berlalu dengan segelas air ditangannya. aku memotong oren dan menghantarkannya ke ruang tamu. datin nora, nelly dan dato zaini turut berada disitu.
"mummy kad jemputan dah siap"sekotak kad jemputan di letak dia atas meja.dah nak kawin dorang ya. perasaanku sungguh tidak enak. aku benci rasa ini.izwan dan dato zaini hanya diam
"cantik"puji datin nora
"anak itik, meh sini kita sembang"iqbal memanggilku untuk duduk di kolam dan bersembang dengannya.
"eh takpa cik iqbal saya ada banyak kerja lagi"alasanku.tangan ku ditarik. izwan melirik kearahku. cemburu.kami bersembang bergelak tawa. aku tahu izwan sedang memerhati. rasakan.
"kad dah siap, catering dah tempah, dewan dah tempah tinggal nak fitting baju"ujar nelly
"esok kita fitting baju"ujar izwan.dia ingat aku nak heran. aku lagi menggedik dengan iqbal adalah.
"izwan dah fikir masak masak ke"soal dato zaini mencelah perbualan mereka. semua terdiam
"apa maksud you dato zaini"datin nora menyoal
"izwan dah fikir masak masak?"soalannya lagi. aku tidak mengendahkan pandangan itu.
"kenapa wan nak kena fikir,memang izwan sayang nelly, dia satu satunya bakal isteri dan ibu kepada anak wan"ujarnya.kakiku kejang.
kedebusssss aku jatuh kedalam kolam. basah kuyup. bajuku yang berwarna putih menampakkan sebahagian badanku. dia bingkas bangun dan menanggalkan bajunya lalu disarungkan kepadaku.. tapi aku menolak.. aku mengambil tuala pemberian iqbal dan berlalu pergi.tampak senyum di wajah dato zaini. selesai aku mandi dan bersolat maghrib aku ke dapur menghidang makanan. seperti biasa aku menunggu di hujung meja. kepala ku ligat memikirkan masalah dipejabat.
"esok korang pergi fitting pukul berapa, sebab mummy nak ajak pergi cari barang majlis sikit. "soal datin nora
"pukul 10 mummy"ujar nelly
"fikir masak masak khairul izwan sebelum terlambat"ujar dato zaini lalu bangun setelah selesai makan.datin nora dan nelly melirik tajam kearah dato zaini.iqbal juga bangun tidak selesa berada didalam kelompok itu. izwan hanya diam.aku mengemas meja dan mengambil nasi untukku makan.iqbal datang menemaniku
"lewat makan kak"tegurnya
"bagi settle kerja dulu baru makan, kalau tak tak senang"selorohku.iqbal juga mengambil nasi
"lapar tadi makan tak puas, meluat dengan dorang"ujarnya.kami makan berdua didapur. dalam gelap kerana semua lampu ku tutup hanya lampu dapur dan samar samar cahaya lampu luar aku lihat ada kelibat manusia. badan ku mula menggigil.. bayangan kejadian malam itu bermain dimataku. terasa badanku kaku.. suaraku seakan tersekat.teringat akan cengkaman tangan dan sosok tubuh mereka yang cuba memperkosa ku.dadaku berombak.. nafasku tersekat sekat..
"kak, kak timah"iqbal memanggilku. aku tidak mampu untuk bergerak. izwan berlari mendapatkan aku. dipeluknya aku dan automatik aku memeluknya dan menangis sekuatnya.
"sayang...abang ni.. abang datang nak teman sayang makan, maaf abang tak buka lampu taknak bagi mumny terjaga"kata katanya tidak kudengari hanya tangisanku memecah sunyi. badan ku menggigil.ketakutan.izwan memujukku.rangkulannya ku peluk erat. sungguh aku takut.
"bang kau dah ingat semua"bisik iqbal. izwan membuat isyarat supaya diam. iqbal terduduk terkejut. izwan menghantarku kebilik. aku terlena dalam dakapannya.aku terjaga.. jam 5 pagi. izwan ku kejut agar tiada siapa nampak dia keluar dari bilikku.
"cik izwan bangun"dia membalik balik kan badannya
"dah pukul berapa"soalnya
"lima.. cepat nanti datin bangun"suruhku
"biarlah dia nampak"jawabnya selamba.
"bangun solat subuh.. "tempik ku. dia merengek. aku tidak mengendahkannya.
"tunggu abang nak solat sama"dia bingkas bangun. kami berjemaah. aku siapkan sarapan ditemani izwan. diminta sarapan yang berbeza untuk bekalnya. banyak pula soalnya. kami kepejabat menaiki bas.di pejabat songehnya menjadi jadi.
"sayang abang lapar"panggilannya tidak ku hiraukan.dia masuk ke bilik pejabatku dengan bekal ditangan.diminta aku suap
"maaf cik izwan saya banyak kerja"alasanku.dia mencuka. bibirnya dijuih sedikit. merajuk. aku tidak menghiraukan reaksinya.
"siti fatimah.... abang laparrrrr.... nak makannnnn"tempiknya.semua pekerja melihat ke bilik ku. suaranya kedengaran sampai luar.
"ishh diam"mulutnya kutekup. ditarik aku keribaannya. banyak mata memandang. blind curtain ditutupnya rapat.
"abang nak makan,lapar"rengeknya.
"ni pejabat tau, jangan nak buat hal"marahku.salted egg spaghetti di suap kemulutnya. satu persatu.perangainya seperti keanak anakan.selesai makan diminum air bekalku.di cium dahi ku dan dia berlalu pergi.
"dia isteri saya"ujarnya usai keluar dari bilikku. kecoh sebentar. confirm jadi isu hangat.izwan keluar dengan nelly untuk fitting baju.aku..aku melilau dengan kamal. kami meronda di mall. aku mencari barang keperluanku.
"anak itik"iqbal..
"cik iqbal buat apa dekat sini"aku menyoalnya.
"saja cuci mata, nak join boleh"pintanya.kami berjaln sekitar mall.barang yang dibeli.kami makan bersama. aku mengambil beberapa keping gambar untuk di upload kedalam media sosial.telefon ku berdering.. izwan. aku tidak menghiraukan panggilannya.kacau aje lah dia ni.
BALIK PEJABAT SEKARANG
Ini kena balik kalau tidak singa jadian tu mengamuk pula.iqbal menghantarku pulang. ditemannya aku dipejabat. pintu ku di ketuk
"fatimah cik izwan nak jumpa"ujar teman sepejabatku.aku dan iqbal ke bilik izwan.
"hello bro"iqbal memula bicara
"kau buat apa dekat sini"soalnya dingin
"saja teman sayang aku, rindu"seloroh iqbal diikuti tawa kecil
"sayang pegi mana"soalnya
"maaf cik izwan,hal peribadi saya itu hak saya"tempelak ku
"i'm your husband siti fatimah"marahnya
"husband atas kertas.. "sinis ku
"kenapa biadap sangat ni"marah izwan lagi
"saya tak biadap saya cuma bercakap benda yang betul"iqbal yang memerhati kami meleraikan pergaduhan kami
"weeeeiii.. sabar, tenang, kita selesaikan cara baik"pinta iqbal
"iqbal, timah rasa dah habis cara dah.. timah dah penat tau..timah nak cari bahagia timah"rayuku
"sayang tak bahagia ke dengan abang selama ni"soal izwan
"kalau dulu ya.. sekarang sorry, dengan apa yang cik izwan buat.. maaf terlalu perit untuk saya ingat. "balas ku.ku luahkan yang terpendam
"kau pon satu, cuba sekali kau bersuara bagi pihak akak, kau kan...boleh diam bini kau kena herdik.. kena sumpah seranah"tegur iqbal
"kau tak duduk tempat aku, mana kau tahu.. "alasan izwan
"memang aku tak duduk tempat kau tapi kau takkan tak boleh fikir tentang bini kau.. senang cerita kau lepaskan je timah bro, jangan kau seksa dia. ramai lagi lelaki yang boleh jaga dia,lebih baik dari kau"ada rasional juga si iqbal ni walaupun dalam biolnya
"aku takkan lepas timah walau apa pun jadi"ah..serabut aku. aku keluar dari bilik izwan. masih kedengaran pertengkaran adik beradik itu. dalam office aku termenung. memikirkan tentang hala tuju hidup ku.aku pulang sendiri, izwan pulang bersama nelly yang datang menjemputnya sebentar tadi.aku tidak pulang terus ke rumah tapi ku melencong ke tempat lain.aku ke taman tasik. tenangnya melihat air yang beralun ditiup angin. airmata ku menitis. aku rindu ibu dan abah. sumber kekuatan ku sudah tiada.izwan menelefonku berkali kali tidak ku hiraukan.mesej nya juga tidak ku balas.aku mahu menangis sepuas puasnya.hari hampir malam.hatiku mengatakan agar aku tidak pulang ke rumah agam itu.tapi kemana harus aku pergi. aku pulang semula ke pejabat. semua pekerja sudah pulang.aku menyiapkan kerjaku.aku sendiri di pejabat.sunyi sepi...dah pukul 9 malam.. cepat masa berlalu.ku kemas meja. aku berbaring di sofa milikku.telefon pejabatku berdering. aku cuak.. sapa yang call.. jantungku berdegup kencang.ganggang ku angkat
"turun sekarang kalau tak abang naik."aku tidak mengendahkan kata katanya.ku kunci pintu bilik ku. curtain kutarik tertutup.tidak beberapa lama pintuku di ketuk.. kedengaran suara izwan memanggil.aduhai ketenangan aku hanya sementara.
"nak apa... tahu lah ni harta cik izwan, tapi jangan lah nak membazir."ujarku. dia memelukku erat
"pergi mana, abang risau.. "ada getaran pada nadanya.
"saya ada banyak kerja yang belum saya siapkan"alasanku
"sayang please jangan macam ni, bagi abang peluang terakhir. abang akan selesaikan semuanya. "pintanya
"nak selesai apanya... cik izwan dah nak kawin pon dengan cik nelly."ujarku. tangan ku ditarik.
"kita nak kemana"soalku.laju dia berjalan.badan ku terhuyung hayang.keretanya dipandu laju. dia diam seribu bahasa.keretanya masuk ke laman rumah agam. nelly,datin nora dan dato zaini berada di laman. tangan ku ditarik.
"kemana kau, sampai khairul nak kena pick up"soal datin nora.
"sayang, come.. tengok foto pre wedding kita."izwan diam. tangan ku di genggam erat.
"khairul are you dumb.. "soal datin nora sedikit marah
"hei perempuan apa kau dah buat dengan anak aku hah"marah datin nora
"mummy dia ada nama.. nama dia siti fatimah"ujar izwan
"so, what do you expect from me to her"sinis datin nora
"she's my wife,please show some respect"ujar izwan marah
"sayang you dah kenapa, dah kena rasuk hantu ke"nelly berbunyi
"nelly im so sorry, i tak boleh mak teruskan wedding kita, cause i love my wife."ujar izwan. aku memandang wajahnya.
"khairul izwan.. kamu dah gila ke nak batalkan wedding.. "tengking datin nora. nelly yang menangis dipeluk datin nora.aku terkejut mendengar kata kata izwan
"yes, wan nak batalkan,, wan sayang timah, wan tak boleh kehilangan dia"izwan menoleh kearahku. terukir senyuman dibibirnya.
"this is nonsense..are insane.. or ingatan khairul belum pulihkan. "datin nora tidak mahu mengalah.
"no mummy, ingatan wan dah lama pulih sebelum wan lawat tapak projek lagi.. tapi wan cuma berlakon sebab wan nak buat timah sengsara kerana tiada masa wan perlukan dia.. tapi bila wan dapat tahu cerita sebenar wan jadi malu dengan timah, dia dah banyak berkorban untuk wan"bahuku di peluk.
"that's my boy"ujar dato zaini tersenyum
"no mummy tak setuju"bantah datin nora
"you, sampai hati you, mana i nak letak muka i. bila you cancelled our wedding. i sayang u"rengek nelly
"sorry babe, i love my wife and i tak nak lukakan hati insan yang i sayang"ujar izwan. kami melangkah untuk pergi
"khairul izwan,dont you ever dare cancelled this wedding, i beg you"ugut datin nora.
"kalau wan cancelled kan mummy nak buat apa.. nak kurung wan, nak pukul wan"soal izwan
"khairul tahu mummykan..mummy boleh buat perkara yang di luar jangkauan"ugutnya lagi
"ok baik kalau macam tu, kita proceed."tanganku mengeletar
"but mummy and you nelly jangan expect apa apa dari wan"ujarnya dan membawaku pergi. iqbal yang berada disitu menepuk tangan. nelly masih teresak dengan tangisan yang berbaki.
Share this novel
camtu la baru suami sejati.. bwk Timah lari balik kg.. usahakn ladang tu