Lagi dua hari izwan akan bernikah dengan nelly.aku turut terkena tempiasnya kerana ke mana saja izwan pergi aku ada bahkan reheaseal pun aku ada. perasaanku.. berkecamuk.. aku tidak suka berkongsi tapi dari awal aku sudah berkongsi.. cemburu..masakan tidak..tapi hati aku kosong.. tatapan persandingan mereka hambar.dengan apa yang berlaku pada ku, perbuatan izwan,datin nora dan nelly membuatkan jiwa aku mati untuk semuanya tapi dalam pada itu aku juga sayang akan suamiku.aku mahu pergi jauh dihari pernikahan mereka tapi apakan daya izwan mahu aku bersamanya. apa saja yang dibuat untuk majlis mereka mesti selesai dia mencari aku.datin nora dan nelly makin bertambah benci.aku tidak suka keadaan ini.hari ini ada reheaseal untuk majlis persandingan.. izwan meminta aku menunggu dihujung pentas. aku ikutkan saja. sepatutnya akan ada adengan pertukaran cincin tapi diajak aku menemaninya tidur letih katanya. aku serba salah.izwan tidur diribaan ku.
"cik izwan,datin panggil"janggal bagi ku untuk memanggilnya dengan panggilan abang kerana kehidupan kami kini berbeza. izwan bangun mendapatkan datin nora dan nelly.
"anak itik"panggil iqbal lalu dilabuhkan punggungnya di kerusi sebelahku.
"jom balik, bosan la, kita pegi main game jom"ajak iqbal
"tak boleh nanti cik izwan bising"ujarku
"kenapa timah lurus bendul sangat"ujarnya
"lurus bendul"soalku
"cuba sekali timah pertahankan hak timah, jangan bagi si izwan tu kawin dengan nelly.iqbal rasa dia mesti takkan kawin punya"ujar iqbal
"izwan kata sebab takut datin apa apakan timah"balasku.iqbal diam seolah memikirkan sesuatu.
"tapi itu bukan alasannya"nafinya
"lagipun timah nak dorang bertanggung jawab dengan apa yang dorang buat, hidup dalam maksiat"nadaku sedikit getar.
"dah nelly tu pon gatal"tempelaknya
"ok. macam ni, kalu kata abang izwan tak kawin dengan nelly sedangkan dorang hidup dah jauh tersimpang.izwan memang beruntung dapat pucuk muda tapi nelly, ada ke lelaki yang boleh terima life dia, ada... iqbal mau"soalku
"tak nak la.. dah seronok seronok dengan orang lain bekas kita amik"sinisnya
"hah itu maksud timah, sepatutnya dorang bertanggungjawab dengan perbuatan dorang, tapi andai kata jodoh tak panjang itu lain cerita.. status nelly berubah jadi janda daripada gadis tebuk tupai.. betul tak?"aku menguji. iqbal hanya mengangguk.kebarangkalian hidup ini untuk lari dari hinaan manusia,apatah lagi dengan kisah silam yang hitam agak tipis untuk hidup tenang.lumrah kehidupan.. sebaik manusia andai terkucir sedikit kejahatan.. maka hilang semua kebaikan yamg setinggi langit.. disebut kejahatan sebesar zarah hingga mati. iqbal hanya mendengar hujah ku.
"timah nak tanya apa yang datin dah buat sampai izwan kata datin bukan kaleng kaleng"iqbal menunduk.
"daddy pernah berkahwin satu lagi dengan janda anak 1,bila mummy dapat tahu mummy mengamuk,diserang perempuan tu.. apatah lagi diviralkan dalam media sosial."diraut wajahnya kesal
"lepas tu"aku ingin tahu
"perempuan tu meninggal, sebab depression..malu dengan aib yang mummy sebarkan"nadanya perlahan
"abis tu anak dia"soalku
"daddy hantar ke canada, tinggal bersama adik daddy. dia amik buat anak angkat."seram sejuk aku dengar.datin nora bukan lawan aku.
"sayanggggg... jom balik, penattt"rengek izwan.dia berdiri dihadapan ku dan memelukku.
"nak termuntah aihhh.. semut banyak"iqbal bangun dari kerusinya
"jom game"ajaknya.
"jom"izwan mencapai beg tanganku lalu di galas. tanganku di pegang erat.bingitnya tempat ni.aku tidak selesa.aku hanya memerhati mereka sedang asyik bermain.lepas satu satu permainan di cuba mereka. sedikit sebanyak aku terhibur dengan telatah mereka.
"sayang... sini.. "dibawa aku ke kedai cenderamata. banyak nya anak itik.. comel.. syurga buatku.
"timah suka?"soal iqbal
"Suka... anak itik comel tau"ujarku.aku mengambil beberapa ekor anak itik lalu di bawa ke kaunter.izwan mengeluarkan dompetnya. ada fotoku disitu juga ada kad perakuan nikah kami. aku tersenyum sendiri.kami pulang hampir senja. nelly di ruang tamu. izwan tidak mengendahkannya.aku masuk ke bilikku mandi dan tergesa gesa ke dapur.makan malam masih belum siap.selesai aku hidangkan makan malam..aku masuk kebilik untuk solat maghrib,izwan menantiku di atas sejadah, di ajak jemaah bersama. izwan tidak mahu menyertai makan malam. puas aku paksa tapi tetap juga dia tidak mahu. dia menantiku dibilikku sementara aku menunggu yang lain habis makan.
"timah, suami kamu mana tak makan? "soal dato zaini.
"dia letih katanya"alasanku.
"takpe daddy nelly panggilkan"dia bangun dari kerusinya
"eh takpe biar saya panggilkan sebab dia ada dalam bilik saya"ujarku berlalu.. dapat ku dengar bentakan kakinya. sorry ya.. bilik aku is my privacy.
"cik izwan, dato panggil makan"ujarku
"taknak..abang nak makan dengan sayang"ujarnya yang masih ralit dengan game ditangan
"jangan macam ni nanti nelly datang panggil macam mana"jeratku
"biar la.. abang nak makan dengan sayang"ujarnya lagi
"abang sayang,jom makan, timah suapkan nak"pujuk ku.habis sahaja ayatku telefonnya dicampak ke katil.. dia turun dari katil dan mengheretku ke meja makan. di tunjuk lauk yang dia mahu. aku menyuapkan sesudu sesudu seperti yang aku janjikan.dia mengadapku yang duduk disebelahnya.kelakuannya seperti anak anak kecil yang merajuk.
"sayang jom keluar malam ni"ajak nelly.izwan hanya menggeleng.jarinya menguis nguis pahaku.
"geli la"bisikku
"biarlah... cepat nak lagi"mulutnya di nganga menunggu nasi masuk ke mulut.
"pergilah khairul, kesian nelly.. nanti dah kahwin dia dah tak boleh nak bersosial dah.. pergilah teman dia"paksa datin nora.
"kawin ke tak kawin ke sosial tetap sosial"perli iqbal. izwan dan dato zaini tersenyum.
"iqbal watch out your mouth"marah nelly.
"sayang jom la, malam ni last kita pergi. dorang tunggu kita dekat sana nak celebrate our wedding"pujuk nelly
"pergi lah.. "bisikku kepada izwan
"dia nak pergi club.. nanti kalau jadi apa apa macam mana"bisik izwan
"timah percaya abang"bisik ku lagi
"tapi sayang.. "aku mengerdipkan mata memaksanya pergi
"daddy rasa suasana rumah sekarang dah berubah, ada bau bau manis.. bahang bahang bahagia"usik dato zaini.
"kan.. iqbal pon rasa macam tu, tak lama lagi dapat la iqbal peluk anak sedara"mereka tertawa tapi tidak datin nora dan nelly.selesai makan malam izwan mengikut kemana saja aku pergi.. dibantu aku membasuh pinggan.di lapnya meja sementara aku menyapu sampah.nelly dan datin nora memerhati dengan perasaan yang membara aku rasa kerana renungan matanya seperti kanta pembesar yang boleh menembusi urat urat ku.nelly menanti izwan dengan penih risau. risau akan berkemungkinan izwan berubah fikiran.izwan turun dari biliknya dan memelukku dihadapan nelly dan datin nora.dahiku dikucupnya
"abang pergi kejap je.. nant abang balik"ujarnya.mereka berlalu pergi. aku masuk ke bilik tapi tudungku direntap oleh datin nora.
"datin.. "tempikku yang hampir tersadung ke belakang. penamparnya melekat perit di pipi ku.
"kau makin besar kepala ya"marah datin
"apa salah saya datin"aku harus tahu kenapa aku dilayan begini
"mentang mentang khairul dah pulih ingatannya.. kau makin besar kepala. "marahnya
"maaf datin saya tak faham"soalku lagi
"tak faham atau buat buat tak faham"soalnya.aku diam.
"aku nak lepas izwan nikah kau keluar dari rumah ni dan berhenti kerja"paksanya.
"tapi datin.. "belum sempat aku habiskan ayat
"or kau tahu nasib kau.. dan kau mungkin takkan jumpa izwan sampai bila bila. tudungku di lepaskan kasar.
"anak itik"suara iqbal dari atas kedengaran.
"mummy.. timah.. mummy buat apa dekat timah"diperiksa badanku takut takut ada luka
"datin cuma tegur saya sebab lambat masak dinner"alasanku
"bibik dengan sastri kan ada,kenapa merap timah"marah iqbal. datin nora berlalu.
"ada apa iqbal cari timah"soalku
"jom ikut iqbal"ajaknya
"pergi mana"soalku lagi
"izwan telefon suruh iqbal amik dia dekat club"hah...apa pula masalah kali ni..
"takkan pakai macam ni"ujarku
"hah salin salin tapi jangan pakai baju kurung pula. "aku yang mengenakan high neck shirt warna hitam,jeans hitam dan turban hitam.. macam men in black dah aku.
"nah pakai ni"di sarungkan topi kekepala ku.
Oh ni club.. bingitnya.. gelap.. macam mana dorang boleh datang tempat macam ni. berhimpit himpit.bau asap rokok dan arak menusuk hidungku.aku memegang baju iqbal takut akan ketinggalan.
"wei.. kau pehal"tempik iqbal. suara terpaksa dikuatkan kerana bunyi music yang bingit
"aku pening..dorang rembat tequila bagi aku."ujar izwan yang seperti lalok
"banyak mana kau telan"soal iqbal
"3shot"jawab izwan
"nelly mana"izwan menjuihkan bibir menunjuk kearah nelly yang sedang asyik menari bersama lelaki lain. iqbal menepuk bahu izwan dan menunjuk kearah aku yang berdiri dibelakangnya. air mineral yang ada di atas meja aku simbah kemuka izwan. nelly perasan akan tindakan ku. dia cuba menghalang.tidak semena mena penamparku hinggap ke pipi nelly dan aku menarik tangan izwan. iqbal mengikut kami. dalam perjalanan pulang iqbal tidak berhenti memohon maaf. aku hanya diam dan memandang ke luar tingkap.sampai dirumah aku membawa izwan kebiliknya.aku mandikan dia dan lalu aku gulung dia didalam selimut agar tidak bergerak.aku turun ke bilikku.pintuku ku kunci dari dalam agar izwan tidak boleh menceroboh masuk.fikiran ku ligat memikirkan tentang apa yang dikatakan datin nora.ke mana harus aku pergi. balik kampung.. izwan tetap akan jumpa aku.selain dari kampung hanya kondo izwan tempat yanh aku sebati.otak ki ligat berfikir sehingga aku ketiduran.
"timah, kenapa muka nampak pucat, ngak sihat ya"tanya sastri.dahiku di sentuh. panas.
"ampun panas bangat"ujarnya
"takpe demam sikit je ni, kejap lagi baik la"ujarku.aku bersiap untuk ke pejabat.hampir seminggu aku bekerja separuh masa hanya kerana izwan.. kerjaku menjadi bukit bukau..badanku terasa hangat walaupun aircond telah aku sejukkan semaksima mungkin.aku meminta bantuan kamal untuk membawa ku ke klinik.
"kamal dah sampai, "ujar kamal ditalian
"ok timah turun"langkah ku terhuyung hayang.mata ku berpinar. kelam.
"dia isteri aku"terdengar suara izwan menempik.perlahan mataku kubuka. kolar baju izwan dicekak kamal
"kau jantan dayus, kau sakitkan dia tiba kau nakkan dia semula"marah kamal.
"kamaalll.. panggilku perlahan.mereka berpaling. izwan mendapatkanku.dia cuba membantu ku bangun.. aku mengelak. kamal membantuku untuk bangun.
"suruh dia balik, esok majlis.. jangan ada dekat sini. timah tak suka"pintaku pada kamal. kamal hanya menoleh ke arah ikhwan.
"sayang.. "panggil izwan lembut. aku menoleh melihat kamal.kamal membaiki bantal ku. izwan berlalu keluar dari bilik wadku.aku menangis.bukan maksudku untuk menjauh.. aku juga mahu dia disisi tapi dek kerana masa dan perintah datin, demi izwan aku terpaksa menjauh.
"timah... kenapa ni"kamal mula risau.aku hanya mengeleng. doktor datang untuk memeriksa ku.katanya aku kurang rehat.darah ku berada paras rendah.manaknan tidaknya. aku juga kalut dengan persiapan pernikahan mereka.sedangkan pernikahanku tidak semeriah ini.aku di benarkan pulang esoknya kerana demam ku semakin kebah.aku lega. sekurang kurangnya aku masih sempat nenyaksikan izwan naik pelamin walaupon bukan denganku.
Dewan yang bertatarias konsep moden kotemporari itu kelihatan cantik.ramai tetamu yang hadir. aku... aku hanya berdiri di tepi bersama bibik dan sastri.aku diperkenalkan sebagai pembantu rumah bukan menantu oleh datin nora.jadi tiada tempat untuk aku di bahagian tetamu mahupun ahli keluarga.izwan yang memakai tuksedo putih tampak kacak ditambah dengan cahaya lampu yang menyuluh.nelly yang mengenakan gaun bell cut rona kelabu putih tampak anggun. mereka tampak sepadan.aku hanya memerhati mereka berjalan diatas pentas. wajah izwan muram. aku cuba berdiri menghampiri pentas dan meminta izwan mengukir senyuman. dia perasan akan isyaratku lalu tersenyum memandangku. aku mengundur kebelakang kembali.sesi memotong izwan kelihatan tercari cari... dia mencariku barangkali.aku menghampiri pentas lagi.. tapi kali ini kelibatku tidak disenangi nelly dan datin nora.
"kau buat apa dekat sini.kab aku suruh kau jauhkan diri dari izwan"marahnya
"maaf datin saya nampak cik izwan macam tercari cari saya"ujarku
"kau jangan nak perasan ya,kau ke sana"tolaknya.aku mengundur kebelakang. izwan datang kepada ku untuk mengajakku bersama makan beradab tapi aku tolak dengan baik.. di
hulur sepotong kek. disuap kan kek itu ke mulut ku.kemudian dia kembali ke pentas. acara masih belum selesai.dadaku panas.. leherku gatal gatal.. muka dan tangan ku mula kemerahan.. kacang...
"timah, timah kenapa"sastri mula risau melihat keadaanku.
"timah alah kacang"ujarku.sastri berlari mendapatkan izwan
"sayang kenapa"di kelebek tangan dan muka ku.. "kek"ujarnya.dia mengangkatku lalu dibawa ku kehospital. dia meninggalkan majlis dengan kekecohan.apa bala menanti lepas ni
"next time kena hati hati ya, perhatikan betul ramuan.. takut nanti andai terjadi lagi alahan boleh beri kesan pada bayi"ujar doktor
"bayi? "soal izwan. aku tergamam
"ya puan fatimah mengandung, 3 minggu"ujar doktor.aku tergamam,terkejut akan berita itu.izwan memeluk dan menciumku. airmata gembira mengalir dipipinya.fikiranku mula berkecamuk.kami pulang ke rumah.semua ada termasuk nelly.
"khairul, kenapa buat macam tu"marah datin nora. nelly yang berada di sebelahnya menangis.izwan hanya diam. dipimpin ku berjalan.
PANGGGG, terasa perit dipipiku.nelly menamparku
"puas hati kau kan malu kan aku"marahnya
"maaf saya tak sengaja"ujarku
"nel, you jangan melampau ya, dia sakit, takkan i nak biarkan dia"marah izwan
"tapi itu majlis kita"marah nelly masih tersisa
"but she's my wife"ujar izwan
"so i am,i also your wife khairul izwan"tengkingnya
"but she's pregnant, she's my priority"tengking izwan.
"apa timah pregnant?"soal dato zaini
"ya daddy, tiga minggu"ujar izwan gembira. senyuman terukir dibibirnya. aku dipeluk erat
"Alhamdulillah"serentak iqbal dan dato zaini.pada datin nora mungkin bayi ini satu masalah baginya.. dan pada nelly bayi ini halangan buatnya.aku mulai risau.izwan membawaku kebilik.
"sayang rehat ya... kejap lagi abang datang"ujarnya.aku berbaring dan terus terlena.izwan tidak balik ke hotel dimana bilik pengatin mereka sepatutnya beradu. malah dia bersama ku menemaniku.selesai solat maghrib aku ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam.izwan tidak membenarkan tapi aku tetap berkeras. izwan mengikutiku.nelly turun dari bilik izwan.
"sayang"panggilnya
"sayang biar abang bawa"ujar izwan yang melihatku mengangkat mangkuk nasi. mangkuk itu bertukar tangan. nelly memerhati dengan marah. mereka duduk dimeja.nelly duduk disebelah izwan. aku..seperti biasa berdiri di hujung meja.
"sayang sini.. duduk sini. "ditepuk kerusi yang kosong disebelahnya. nelly dan datin memandangku
"timah mari makan sekali.. jangan tahan perut kesian baby"ujar dato zaini
"ntah kesia. anak sedara iqbal lapar"usik izwan
"takpe saya makan dekat dapur"jawabku.izwan menyedok lauk kedalam pinggan dan mengajakku ke dapur.kami makan bersama. iqbal juga menyertai kami. bibik dan sastri juga. tapi mungkin kerana aku mengandung.. seleraku berkurang.izwan mengajakku keluar untuk mencari apa yang aku ingin makan. tapi ternyata hanya sia sia.. kami pulang dengan tangan kosong..
"sekarang kamu rasa lah, daddy dah rasa dah..pelik pelik orang mengandung ni"ujar dato zaini.
"wan risau dia tak makan apa pun, hanya kek tadi, tapi kek tu pula.."sedihnya. aku pening.. kepala ku pusing.aku baring diribaannya. ah tenangnya. izwan memicit micit kepala ku. aku terlena.
Aku bersiap untuk ke pejabat.izwan juga. tapi kali ini kami pergi menaiki kereta.
"sayang i nak ikut. "nelly mahu ke pejabat.
"untuk apa"soal izwan
"i nak teman you la"ujar nelly
"ah tak payah, i pergi kerja bukan nak pergi main"marah izwan
" boleh la, i bosan"pujuknya
"pejabat tempat kerja bukan tempat untuk bercanda, tiada urusan tak perlu"ujar dato zaini. kasut yang disarung nelly di tanggal semula. kami menaiki kereta lalu keluar dari laman rumah agam itu.
"cik izwan.. berhenti.."ujarku.. aku melihat seorang pakcik menjual roti kukus.sungguh mengiurkan. izwan keluar dan membeli 3 buku roti kerana kami tidak membawa bekal hari ini. aku tiada selera hendak makan.tapi roti kukus menawan kalbu hahaha.dalam perjalanan aku habiskan sebuku roti. izwan memandang dengan muka hairan. selalunya aku tidak seperti itu.sampai di pejabat aku ke bilik ku.tidak lama aku loya dan mual. aku berulang ke tandas. dan kelakuan ku sampai ke telinga izwan.dia mendapatkan ku yang tenaga hanya tinggal separuh.
"sayang ok tak ni.. kalau tak ok balik ya"pujuknya
"takpe, banyak kerja lagi ni, dah hujung bulan kan.. nak rekod punch kad lagi"ujarku.
"habis ni muntah muntah"risaunya.dibawa aku kebiliknya. ah selesanya... rasa tenang dan nyaman. padahal bilik yang sama tapi kenapa bilik ini terlalu asyik bagiku.
"baby nak kepit dengan papa dia la tu"usik dato zaini yang melawat ku di bilik izwan. di suruh pekerja membantu mengalih barang dan meja ku ke bilik izwan. mungkin ada benarnya kerana aku selesa menjalankan tugas ku tanpa rasa mual dan loya. aihhh macam macam ya mengandung ni.
"sayangggg"suara nelly menjengah di pintu.
"kenapa kau ada kat sini.. bilik kau mana"marah nelly
"daddy suruh alih, dia alah dengan bilik dia"ujar izwan sedang membuat kerja
"ah mengada la kau,balik sana"suruhnya
"you tak pernah mengandungkan, you diam.. timah akan duduk dekat sini"ujar izwan
"abang nak roti"pinta ku manja. biar bertambah geram si nelly.. hahaha. izwan menyuapkan roti ke mulutku. nelly yang duduk di sofa hanya memerhati.geram
"you ap hal datang ofis"soal izwan. tangannya masih menyuap roti kepada ku
a"i nak ajak you lunch"ujar nelly
"sorry i busy, i pesan delivery ja"alasan izwan
"you dah pesan ke, kalau belum i pesan kan untuk you,you nak makan apa? "soalnya. dimembuka telefonnya.
"dah order"tipu izwan
"abis i"rengeknya.izwan hanya mengangkat bahu.kerja kami selesai
"sayang laparrr"rengek izwan
"abang pergi makan dengan nelly ya"bisikku.nelly masih di situ.ke tiduran
"tak nak nak makan dengan sayang"pujuknya
"timah dah kenyang"alasanku.sebenarnya aku kasihan akan nelly yang menanti hingga tertidur. sungguh pun dia begitu.. di juga punya hati. perasaannya juga perlu dijaga. nelly dan izwan keluar untuk makan tengahari. aku hanya memesan delivery. semua menu kelihatan sedap. dan Semua yang ku tempah habis aku makan.Ya Allah bela hantu raya ke aku ni. izwan pulang dari lunch terkejut melihat bekas makanan ku lalu dia tertawa
"tak lama lagi jadi belon" usiknya
"ishhh... kalau jadi belon..cik izwan tak sayang timah dah ke"soalku.
"tentu la sayang.. walaupun dahi ni dah berkerut seribu,walaupon pipi ni dah berkedut.. abang tetap sayang."dia memelukku. aku terharu. kata kata itu terlalu indah untukku gapai.izwan sentiasa denganku.dirumah,di pejabat dia sentiasa denganku. dilayanku bak puteri. tapi aku kasihan akan nelly yang di abaikan izwan.usah katakan keluar bersama,tidur pun belum pernah semenjak mereka berkahwin. aku serba salah. perutku membesar sedikit. pergerakan ku terbatas.cepat mengah dan letih.
"sayang kalau tak larat rehat dulu"ujar izwan. aku bangun dari meja ku lalu aku berbaring di sofa. majalah dia atas meja aku capai.
"abang amsterdam sekarang ni musim salji ke"soalku
"ya, kenapa"soalnya kembali
"seronok tak abang main salji, abang pergi oversea dengan nelly dulu pernah main salji"soalku lagi
"pernah, seronok la juga,sayang nak main salji ke"aku menggeleng
"kita honeymoon nak.. pergi amsterdam"
"betul ke abang.. yeayyyy... nak nak"aku teruja. izwan melihat tarikh yang sesuai dan usia kandungan ku ketika itu.
"dah siap tempah tiket.. jumaat depan kita pergi"ukar izwan.
"yeayyyy seronoknya.. terima kasih abang"aku menepuk tangan. izwan bangun dan berdiri didepanku
"terima kasih je ke"soalnya.aku berdiri diatas sofa,lehernya ku rangkul kedua pipinya ku cium.ku peluk izwan erat.kami membeli pakaian yang sesuai dengan cuaca disana.aku perlu pakaian yang tebal kerana keadaanku yang membuyung.. tidak mahu ambil risiko.
"banyak shopping.. barang baby ke"soal iqbal
"tak,kami nak ke Amsterdam minggu depan.. honeymoon."seloroh izwan
"pergi lah sebelum perut lebih besar. bawa timah jalan jalan, rehat minda, dah banyak tekanan yang dia terima. masanya untuk dia berehat. baby pon sihat"ujar dato zaini
"nelly nak ikut"bicara nelly
"you dah selalu oversea, kali ni i nak bawa timah"ujar izwan.
"apa salahnya nelly ikut, khairul pun bukan luang masa dengan nelly pon, korang honeymoon pun belum lagi"pintas datin nora
"tapi mummy, wan nak bawa timah, kami dah lama kawin, sekarang dia dah mengandung, kami belum honeymoon lagi"bantah izwan
"khairul izwan, nelly pun isteri you, lagi pun mummy tak rasa timah tak setuju, timah ok kan kalau nelly ikut"datin nora memandangku.aku hanya mengangguk.
"see, i told you"datin nora merebahkan punggungnya ke atas sofa. dato zaini hanya mengeleng.nelly seronok.
"esok kita shopping baju ya sayang"pinta nelly
"i nak buat pasport timah, you pergi sendiri or ajak mummy"izwan memegang tanganku dan membawaku ke bilik
"kenapa sayang setuju"soalnya
"kesian dia, biarlah dia ikut, kalau kata timah tak larat, nelly ada teman abang"aku membuat muka comel. hidungku ditarik izwan. pasport dah siap,baju dah packing, rekod perubatan dah lengkap.sebentar lagi naik kapal terbang. seronoknya.bagasi kami di isi dalam bonet kereta.kami dihantar oleh pemandu dato zaini.iqbal tiada.,sudah pulang ke kampusnya dan dato zaini ada urusan di kanada.kami tiba di airport sambil di temani datin nora.masa untuk check in.
"mana pasport timah"soal izwan
"tadi abang pegangkan"soalku
"tak de"izwan risau. begitu juga aku.rekod perubatan ku juga tiada. bagasi kami diselongkar izwan. tapi tiada.pegawai menanti urusan kami menegur kami beberapa kali.
"sayang cepat la,nanti terlepas flight"usul nelly. aku putus harapan.
"tak pa la abang abang pergi dengan nelly ya"ujar ku
"tak pa,kita balik ya.. kita cari di rumah, lain kali kita pergi ya"dia cuba memujuk
"you takkan nak cancel"rungut nelly.
"khairul pergi dengan nelly, timah ikut mummy balik, jangan risau mummy akan jaga timah"ujar datin nora. hati ku berasa tidak sedap. seperti akan terjadi sesuatu.izwan berdiam. tangan ku di pegang kemas
"tak pe abang pergi ya. timah balik.. lain kali kita pergi berdua. "pujukku. tangannya aku lepaskan. aku berjalan pergi bersama bagasi ku di ikuti datin nora. izwan masih kaku. berat hatinya untuk pergi barangkali. begitu juga aku.
Share this novel
more chapter please....
moga Timah mendapat kebahagiaan....
next please..