Pokok semakin galak berbuah.Dah lama aku tak bersihkan kebun.Petang ni mari kita kemas sebelum intan balik.Pisang yang hampir masak aku ambil sebelum dimakan monyet.
"menjadi buah kau kali ni"cik shamsiah menjengah kebun
"ha ah,boleh la kongsi dengan ramai orang"aku hanya berbasi basi.aku memang tak selesa bila bertemu wanita ini.bukan kerana dia ibu tiriku tapi dengan apa yang dia buat pada ibu ku..aku memang tak boleh terima
"kata kau nak sambung belajar"
"ha ah,tengah tunggu abang izwan uruskan"balas ku
"hah elok la tu,nanti boleh la pian tolong jaga kebun ni"
"eh dah kenapa nak jaga kebun ni pula"soalku
"pian bukannya ada kerja,boleh la dia tolong tengok tengokkan"ujar wanita itu tanpa malu
"suruh la dia cari kerja,umur dah nak masuk 30 tapi masih merayau macam budak baru habis spm"tegasku
"apa kata kau minta tolong izwan carikan kerja untuk pian di kolumpo tu"ish ish spesis muka tembok
"taknak lah timah,nak carikan kerja apa,apa pengalaman dia ada"tegasku lagi
"diakan ada syarikat beso,takkan tak boleh selit kerja kat pejabat tu"pintanya.amboi.makin beso pemintaan
"makcik buat lawak apa senja senja ni"wanita itu tampak sedikit marah
"apa kerja yang dia boleh buat kat pejabat,komputer pon tak reti buka,toksah kata komputer,skolah pon monteng,spm tak amik,kerja yang sesuai yang dia buat sekarang ni lah,mengabiskan beras"aku tertawa besar.
"pandai makcik buat lawak petang petang macam ni,terhibur pulok"perliku
"kau tu pon nasib atok kau tu orang berada,kalau tak kau tu pon belum tahu juga nasib,kalau mak kau tak jual kau kat izwan tu kau pon belum tentu lagi"marahnya
"dah kenapa atok orang kaya,bukan makcik tumpang senang juga.tu yang isi perut makcik anak beranak tu bukan dari hasil rumah sewa atok,tak pelah makcik..timah balik dulu ye...dah senja,terima kasih kerana menghiburkan timah hari ni"aku berlalu meninggalkan makcik shamsiah.
"pak kudin,dah boleh amik pisang,timah dah letak kat pondok"lelaki separuh abad itu membawa becanya masuk untuk mengambil pisang.
"pak kudin,tolong tengok sama,takut ada kera nak curi buah"perli ku,pak kudin tertawa dia tahu apa yang aku maksudkan.siang melabuhka. tirainya.ibu menonton tv.aku menanti panggilan dari seseorang.hampir dua minggu dia tidak menelefon ku.apatah lagi mesej.sibuk barang kali.
"timah "suara abah memecah sunyi.aku bangun berdiri.aku tahu mesti cik shamsiah mengadu pada abah.
PANGGGGG penampar abah mendarat di pipi.
"kau makin biadap ya sejak kawin dengan izwan tu ya"
"Ya Allah abang ni,kalau balik sini asyik nak mengamuk baik tak payah balik"marah ibu
"macam mana kau didik anak kau,biadap dengan orang tua,shamsiah balik menangis kata timah malukan dia depan orang "aku di fitnah dan abah terima bulat bulat
"hah,malukan apa,ada timah bogelkan dia ke,abah balik bagitahu dia itu sikit je,bucu je,jangan cabar,silap hari bulan tak keluar rumah timah buat"marah ku.
"kau biadap ye"abah mahu memukul ku tapi ditahan ibu.
"dalam kata takde duit,boleh pula kau beli barang kemas bagai,moto baru,perabot baru,amboi serba serbi baru..tapi duit takde."perli abah
"untuk abah memang tak de tapi untuk ibu sentiasa ada"provok ku.abah pulang dengan amarah.aku lega.dada ibu berombak,turun naik laju.aku cuak.aku menelefon ambulans.ibu dibawa ke hospital.aku menelefon izwan.tapi tidak berjawab.
"maaf ibu puan tidak dapat diselamatkan."Allah,separuh dari cahaya hidupku direntap.kaki aku tidak kuat untuk menapak.Tok penghulu membantu aku menguruskan jenazah arwah ibu.jenazah ibu selamat dikebumikan.aku termangu di jendela bilik ibu.ibu timah rindu ibu.makcik asiah menenangkan ku.tudungku basah dek airmata.
"sayang maaf abang lambat balik"izwan...lelaki itu ku peluk erat.tetamu beransur pulang.aku nampak kelibat abah.apakah jin merasukku aku meluru keluar.baju abah aku tarik sekuatnya.abah aku dorong sehingga jatuh.kolar baju melayu abah kucekak
"puas hati abah,puas,ibu dah takde,semua salah abah,abah bukan manusia tapi binatang.."tempik ku.aku makin hilang kawalan
"abah,jangan balik sini lagi,timah tak nak tengok muka abah"izwan dan tok penghulu menarik aku dari bertindak lebih agresif.izwan memelukku erat.aku sedikit tenang.pelukkan izwan ku lepaskkan.tapi maaf aku masih menyinga..
"eh pompuan"cik shamsiah pula sasaranku.wanita yang bertubuh gempal itu terbaring diatas sofa.
"sebab kau ibu merana 8 tahun tahu tak,8tahun dia makan hati 8tahun aib dia kau jaja 8tahun jantan tu abai kan dia kerana kau,kau memang sial"tudung wanita itu aku tarik,baju wanita itu aku robek seperti mana robek hati aku selama 8 tahun melihat derita ibu.izwan memegang aku erat.kaki aku menendang wanita itu.
"korang berambus berambussssss"tempik ku.aku memang hilang kewarasan.makcik asiah menangis melihat keadaan aku.kusut masai.bilik ibu aku masuk.melepaskan pandangan mata keluar jendela.ibu....ibu....raung ku.aku terlena di katil ibu.aku menoreh seperti biasa..izwan masih tidur.hari ini aku tidak membawa bekal.hanya sebotol mineral.mentari terbit lagi.tapi tak seindah biasa.langit mendung seolah mengerti duka dihati.
"sayang"izwan datang dengan bungkusan makanan ditangan.
"jom makan sayang"aku menggeleng.selera ku hilang.roti canai yang dibeli izwan dikoyak kecil.disua ke mulutku.aku menolak perlahan.sungguh aku tiada selera.
"makan sikit sayang"
"taknak"balas ku malas..tiada cahaya dicelah pohon,awan mendung memenuhi alam.roti canai menempel dibibirku.aku menoleh kearah izwan
"makanlah,lenguh dah tangan abang ni"rungutnya manja.roti canai itu kugigit bersama jarinya.izwan mengaduh"rimau ke,makan jari abang"dia kutenung garang.
"wohoooo,garangnya..takut kite"candanya.aku tetap statik.tidak berganjak.disuanya lagi roti canai kemulut ku.aku hanya makan.3minggu tak call,tak mesej,aku call waktu ibu di hospital pon tak jawab..aku mahukan penjelasan.tapi patutkah aku minta penjelasan darinya.dia sudah bertunang.aku merampas tunangan orang.ibu...timah perlu ibu....airmataku mengalir lagi.
"sayang..sabar ya"bahuku di peluk.kerjaku tidak habis.tidak sampai separuh kebun kutoreh hari ini.gerimis mula turun.izwan mengikuti ku dari belakang.risau barangkali.aku terus ke bilik ibu.aku dengar izwan berbual di telefon.
"i ada dekat kampung,urus hal tanah,nanti habis kerja i balik ya"suara izwan mesra.kebahagiaan dia sana bukan disini bersamaku.begnya aku galas,tangannya aku tarik.aku dorong tubuhnya kedalam kereta bersama begnya.
"abang balik lah,timah nak bersendirian."dia cuba membuka pintu tapi ditahan ku.
"sayang jangan macam ni"rayunya
"bahagia kau disana bukan disini.pergilah pulang sana,gembiralah bersama bahagia kau"fikiran aku berkecamuk.aku mahu sendiri.
"sayang"aku naik kerumah..dikunci semua pintu dan tingkap.aku duduk dalam kegelapan.tingkap dan pintu diketuk izwan.tak ku endahkan.telefonku berdering
ENCIK SUAMI..ku tutup.tempat untuk aku bergantung harap sudah tiada.sumber kekuatan ku sudah pergi dan takkan kembali.
pintu dan tingkap ku dibuka.tok penghulu dan makcik asiah masuk kedalam rumah ku.terpaksa disuruh anaknya mengopak pintu belakang rumah ku.
"timah,tak elok macam ni.jangan diturutkan sangat perasaan.dah tiga hari berkurung.izwan risau"ujar makcik asiah
"izwan telefon tok suruh tengok kan timah.katanya call timah tak dapat."ujar tok penghulu
"nak minum air ni,selawat,baca alfatihah lepas ti bismillah,air yassin,orang masjid buat ujar makcik asiah."air itu ku minum semahunya.dahaga benar rasanya.makcil asiah memandikan ku.di urut badan ku.Allah...rindu ku pada ibu kembali,airmata ku mengalir lagi.bahu ku ditepuk tepuk.
"ibu pon tak suka tengok timah macam ni,kalu ibu ada mesti dia marah,timah kena kuat,kuat demi ibu,timah kuatkan"ujar makcik asiah.aku kena kuat,aku kuat.detik hatiku.rutin ku berubah sedikit.bilik ibu jarang aku masuk.aku dah jarang masak.aku peroleh kekuatan sedikit demi sedikit.sudah dua minggu ibu pergi.aku redha dan terima bahawa ibu adalah pinjaman.aku makin mendekatkan diri ke masjid.rohani aku harus kuat.izwan..nama itu sentiasa dalam ingatan.bahagiakah dia...
"aku nak kan hak aku"bentak abah
"abah,kubur mak masih merah lagi,abah dah sibuk pasal harta.mana kewarasan abah"marahku.
"kau senanglah cakap,kau goyang kaki duit masuk.aku aku"ujarnya
"timah kerja abah,hari hari menoreh...bukan duduk rumah saja"marahku lagi
ENCIK SUAMI
"Sayang sabar ya kejap lagi abang sampai."
"susah sangat,kau pegi duduk dengan suami kau,mari aku sewakan rumah ni"ujar abah
"abah kan,manusia bertopengkan syaitan,bertuhankan harta."tempelakku.
"kau peduli apa"ujar abah.izwan sampai bersama peguamnya.
"abah"disalam lelaki itu
"baru sampai"soal abah
"ya..abah duduk dulu,kita bincang pasal pembahagian harta seperti abah nak"ujar izwan
"saya telah diminta untuk mewakilkan pembacaan wasiat bagi pihak Allahyarhamah puan khadijah."abah mula menyinga apa bila wasiat selesai dibaca.
"aku dapat rumah tu lima biji dengan tanah sekangkang kera dekat hujung tu,kurang ajar kau jah,dah mati pon menyusahkan aku."daun pintu ditumbuk abah.
"abah,nah ini untuk abah.ibu pesan suruh beri kat abah bila dia dah takde nanti"buku bank milik abah dihulur.abah membuka buku bank itu.alangkah terkejutnya abah..amaun RM258,984 terpampang didalam buku itu
"itu duit yang ibu simpan untuk abah,hasil dijual barang kemas ibu,sewa kebun hujung kampung sebelum abah jual kebun tu,hasil getah yang ibu dan timah toreh hari hari dan duit hasil jualan kedai runcit ibu yang ibu jual pada toke liew,itu semua abah punya,cukup lah kata ibu tak berguna.8 tahun abah abaikan ibu tak pernah ibu tarik satu sen pun duit hasil titik peluh dia yang diberikan pada abah,satu sen pon di tidak menidakkan hak abah."airmata aku mula bercucuran.abah terdiam dan terduduk.airmata abah juga laju mengalir.aku lega segalanya selesai.rumah teramat sunyi.tiada ibu,kosong.
"berapa hari abang balik kali ni"soalku.izwan yang sedang menikmati masakanku tidak mengendahkan soalan ku.aku diam.selesai makan dia duduk dimenemani ku menghabiskan nasi.seleraku masih tawar.
"abang balik seminggu"ujarnya.aku hanya mengangguk.
"sayang berhenti menoreh ya,kita upah orang buat"cadangnya.aku hanya terdiam
"abang risau sayang sorang sorang"kau dapat rasakan kerisauan dihatinya.
"kalau timah tak pergi menoreh,timah nak buat apa,takkan timah nak duduk rumah saja"soalku lembut
"timah duduk saja rumah,bulan bulan abang masukkan duit"balasnya.
"dengan apa yang terjadi pada ibu,timah rasa timah perlu berdikari"kenapa aku cakap macam tu,iblis mana pula yang sampuk ni
"kenapa cakap macam tu"suara izwan sedikit getar
"abang akan kawin dengan nelly,timah taknak jadi orang ketiga"nasi didalam pinggan aku kuis kuis perlahan.izwan tersentak.berita tentangnya dengan model terkenal NELLY ARIANA tersebar luas.3 minggu dia tidak menghubungi ku,dia sibuk dengan urusan jerja serta berulang alik dari KL ke PARIS menemani nelly yang ada pertunjukkan fesyen.izwan sebelum datang kesini untuk pembacaan wasiat,dia ke bali bercuti dengan nelly.sepertimana kehidupannya disana aku tidak tahu.
"sayang.."izwan bangun dan duduk dihadapan ku.kerusiku dipusing sedikit.wajaku ditatapnya.aku merasakan satu perasaan yang sukar untuk aku ungkap.
"sayang,antara abang dengan nelly itu urusan abang.abang akan selesaikan nanti.tapi jujur abang kata,abang sayang kan sayang sepenuh hati abang.abang tak sanggup kehilangan sayang kalau boleh abang nak tinggal kat sini dengan sayang."ujarnya.kepalanya diletakkan diribaanku.
"abang takkan sekali kali tinggalkan sayang."ujarnya.aku hanya diam.apa yang harus aku suarakan.izwan membawaku membeli barangan dapur.dibawa juga aku berjalan jalan.aku minta dibawa aku kepantai.aku mahu melepaskan segala beban disitu.senja melabuh tirai.pancaran cahaya oren menerangi alam.
"ibu,timah rindu ibu.."aku menjerit sekuat hati...aku lepaskan semunya.lega.hari berganti malam.ada pertunjukkan api.aku sedikit teruja.kali pertama aku melihat orang bermain dengan api.izwan tetap dengan telefonnya.sesekali dia tersenyum.aku biarkan dia dengan dunianya.aku isteri sekadar nama.abah di beranda rumah.
"timah sihat?"aku terkejut.sepanjang usia aku 18tahun,ini kali pertama abah bertanya khabar..
"sihat,kopi abah"kopi yang kuhidangkan di dalam cawan khas yang dibeli ibu untuk abah.
"cawan ni ibu tempah khas untuk abah,dah sepuluh tahun ibu guna cawan ni tiap kali hidang kopi untuk abah"menyesalkah atau sekadar lakonan menyembunyikan hasrat.
"abah nak tido sini malam ni boleh"aku terkejut.
"eh apa pula tak boleh"ujar izwan.aku rasa terlalu jauh dengannya.mungkin kerana aku telah lama diabaikan abah.aku hidup berdua dengan ibu.aku terlalu berdikari.atau aku berdendam.arghhhh...abah.sungguh berat untuk aku santuni.aku kebilik menunaikan solat dan mengaji.jiwaku sedikit tenang.izwan dan abah menonton bola.malam aku berakhir dengan sendiri.
4.50pagi.izwan lena disebelahku.pelukkannya aku lepas perlahan lahan.aku kebilik ibu.abah terbaring dikatil ibu.baju yang kali terakhir dipakai ibu didakapnya.ada sedikit simpati dihati.sarapan ku siapkan.aku tidak menoreh hari ini.kebun itu aku sewakan kepada orang kampung.aku ke kebun.pokok berbuah lebat.
"ini kalau goreng sedap ni"sukun yang dah masak aku kait.sukun goreng kegemaran abah.aku tersenyum.
"dah kawin dengan orang bandar masih lagi buat kerja macam ni ke."ucop datang ke pondok yang aku berehat.aku bangun.terlalu rapat dia denganku.aku tidak selesa
"dah kebun aku,aku la yang buat..kalau bukan aku sapa nak buat..kau"perli aku
"aku ok je..untuk kau apa pon aku sanggup"balasnya.aku meninggal kan dia dipondok.aku bersihkan pokok pokok pisangku.daun mati aku koyakkan dan aku himpun untuk dibakar.
"meh aku tolong kau"ucop mengambil daun pisang dari tangan ku.aku menolak.tangannya aku tepis
"tak payah aku boleh buat sendiri"marahku
"takpe meh la aku buat"dia semakin liar.tubuh aku dipeluknya.dia cuba memciumku.kami bergelut.aku meronta.hampir menangis
"kau leklek je,jangan nak kasar,makin kau kasar aku lagi geram"bisiknya.aku meronta.makin kemas pelukannya.aku sukar untuk bernafas.YA ALLAH bantu aku.dalam fikiranku hanya ibu...mata aku hampir kelam..aku sudah tidak punya kekuatan untuk melawan.
"sayang,sayang"izwan..aku bangun..baju ku terkoyak,tudungku juga tercabut.apa jadi..ucop berlumuran darah dipegang abah.aku menangis sekuatnya.
"wan bawa lah dia balik ke KL,abah risau dia sorang sorang dekat sini."ujar abah.
"nanti wan pujuk dia"ujarnya.derapan kakinya kedengaran.pintu bilikku dikuak.aku pura pura tidur.izwan berbaring disebelahku tangannya melingkari pinggangku.aku terkejut lalu terjatuh ke lantai..trauma akan kejadian pagi tadi masih belum hilang.aku mengigil.
"sayang."izwan menghulurkan tangan lalu ditarik aku perlahan.dipelukku erat.bahu ku ditepuk perlahan.aku terlena.aku hanya dirumah.tidak mahu kemana mana.
"assalamualaikum"suara seorang lelaki dilaman.aku yang berada sedang memberi ayam dan itik makan,berjalan ke laman.seorang lelaki yang amat aku kenali
"syafiq.."tempik ku.syafiq anak tok penghulu,satu satunya kawan karib aku di kampung ini.
"wei bila kau balik"hilang semua dukaku
"semalam"ujarnya.izwan yang berada di ruang tamu mengintai ditingkap.
"siapa tu,laki kau ke"soalnya
"ha ah"aku tersipu sipu
"alah malu apo...camne kawin,seronok tak"usiknya
"ubah topik ubah topik"aku malu.izwan dan abah turun ke laman.mereka bersalaman
"bila kau balik syafiq"soal abah
"semalam"jawabnya
"pak nan sihat"soalnya
"sihat orang tua la syafiq oii"izwan hanya diam.aku bawakan teh o panas dan sukun goreng yang masih panas
"weh lama tak minum teh kau,sukun...kau macam tau tau je aku balik"tawanya.izwan mengubah kedudukannya.dari sebelah abah dia diduduk dibelakangku.rapat.
"kau belajar dekat mana"soalku
"uitm shah alam"jawabnya
"oo..mesti bestkan,aku..ermmm"
"insyaAllah ada lah rezeki kau nanti"ujarnya.
"ermmm"keluh ku.
"weh maaf aku tak balik waktu ibu kau meninggal"ujarnya
"takpe,aku ok..kan aku dapat jumpa kau hari ni,seronoknya aku"aku menggoyangkan badan kerana gembira
"dorang ni macam belangkas dulu,mandi sungai,panjat pokok..kemana berdua..sekelas pula tu"abah membuka kenangan silam
"hari ni baru abah dapat anak abah balik,kalau tak muka itik lagi cantik"ujar abah.kami tertawa.jari izwan menekan nekan ibu jariku.tidak ku hiraukan.kami rancak bercerita.bergelak tawa.
"weh kau ingat tak yang kita tergolek kat tepi kedai mak limah"cerita syafiq
"kau la,nak ngorat anak dia tapi takut kena jerkah nak lari tertonggeng tergolek dalam parit,bodo betul"aku tertawa besar.pinggangku di cubit.aku tidak mengendahkannya
"abah balik dulu ya.dah lama abah kat sini,nanti abah datang lagi,wan balik bila"soal abah
"lusa abah"ujarnya
"insyaAllah abah datang"abah berlalu pergi
"banyak buah kau weh"syafiq teruja
"tu lah,kat kebun pun menjadi jadi"jelasku.syafiq bangun.diperhati satu persatu pokok.aku bangun.tangan aku dipegang.mata kami bertatapan.
"apa"soalku.
"abang cemburu"jawabnya.raut muka yang menagih simpati itu comel.pipinya aku cubit
"kami kawan je"tangannya aku lepaskan.aku pergi mendapatkan syafiq.izwan memerhati dari jauh.aku dan syafiq berbual mengungkit kisah silam.bertepuk,tampar,luku kepala itu sudah biasa bagi kami.syafiq pulang,izwan tiada dilaman.aku kemas piring dan cawan.aku membasuh disinki.tudungku ditarik dari belakang.aku menoleh.izwan berdiri dibelakang ku.aku mencuci lagi.pinggang aku dirangkul.tiba bayangan kejadian itu terlintas.aku mahu menjerit
"sayang,sayang,abang ni"dibisik di telingaku.
"tenang,tenang...nafas pelan pelan."badan ku menggigil.bayangan itu datang lagi.izwan memelukku lembut.
"tenang sayang,tenang,abang ni,"tangan ku dipegang lembut.perlahan dia letakkan kepalanya dibahu ku.diambil pinggan dan dibasuh bersama.dadaku tadi sempit kembali tenang.aku melipat baju.drama samarinda ditonton ku.izwan berbaring disofa.membelek telefonnya.
"sayang ikut abang balik KL"pintanya.
"tak apa timah duduk di kampung saja"jawabku
"tapi abang risau,timah sorang sorang"ujarnya memujuk
"insyaAlla timah ok,lagipun timah kat KL tu tak tahu nak buat apa.kalau dekat kampung ni boleh la timah ke kebun..pusing pusing kampung"jawabku
"ke kebun,lepas jadi macam tu ada hati lagi nak ke kebun,abang dah bincang dengan abah..nak sewakan kebun tu"aku tersentak
"kenapa abang tak bincang dengan timah dulu."geramku.
"sebab abang risau timah.ke kebun sorang sorang,kalau jadi apa apa macam mana"
"kebun getah abang sewakan,kebun buah tu pon abang nak sewakan,abis timah nak buat apa kat sini"aku hampir menangis.baju ditanganku aku ramas ramas.
"timah layan abang"bisiknya.leherku di kucup.meremang bulu roma aku.aku menoleh.aku merenung tajam.
"dah 3 bulan kawin..."ujarnya.
"jangan melalut boleh tak,timah cakap benda betul"dia ni memain pula.aku nak buat apa kat kampung kalau semua disewakan
"pokok kat bawah tu tak cukup ke timah nak berkawan,ayam itik tu,tak cukup geng lagi ke"dia berseloroh
"ishhh...adoii"tak faham betul aku
"abang je yang tak cukup layanan dan kasih sayang"bibirnya dijuih sedikit.aku menepuk mukanya dengan baju.leherku di rangkulnya.ditertawa.dia kembali membelek telefonnya.
Rutin pagiku tidak seperti sebelumnya.tidak lagi menoreh,tidak lagi ke kebun.hanya kutip sewa.aku sedikit bosan.aku kutip buah manggis yang berguguran jatuh.
"oi makcik"suara syafiq nyaring.
"amboi cantekk"aku mengejarnya dengan penyakar,syafiq lari menyelamatkan diri.riuh kami dilaman.
"weh penat aku"syafiq berhenti.
"ada apa kau cari aku pepagi buta ni"soal ku
"jom pegi kedai mak limah,makan roti canai"ajaknya.
"sekarang ke"soalku
"hah la..pukul 9,30 sempat lagi ni"pujuknya
"jalan kaki ke naik moto"soalku.
"apa barang naik moto,jalan la"
"jap aku ajak izwan"
"hah ok ok"syafiq yang termengah mengah,baring di pelantar.aku naik keatas mendapatkan izwan.dah bangun ke belum dia.dalam bilik takde,dekat dapur takde,ruang tamu takde.mana pegi pula dah..aku masuk semula kedalam bilik.pintu bilik aku ditutup aku dipeluk dari belakang.aku mahu menjerit tapi mulutku ditekup.badanku dipusing.aku menggigil.mula menangis.
"hei sayang,sayang"izwan cuak.badan aku bergegar
"sayang abang ni,maafff,sayang.."izwan memelukku erat.tangisan ku teresak esak
"maaf,abang gurau saja"pujuknya.
"syafiq ajak makan roti canai"dalam esakan aku berkata.izwan duduk dibucu katil.ditarik aku keribaannya
"apa,abang tak dengar"soalnya
"syafiq ajak kita makan roti canai"suara ku terketar ketar.
"nak makan roti canai macam ni"airmataku dihapus oleh jarinya lembut.
"dah taknak nangis.."aku dipeluk erat.tangisan ku mereda.jarinya mengesat airmataku,dibaiki tudungku.dia mengukir senyuman.manis.matanya menatapku
"abang minta maaf ya"pintanya
"jangan buat lagi"amaranku.
"ok,senyum sikit"ujarnya.pipiku dioles lembut.perlahan mukanya menghampiri.tangannya melingkar pinggangku.bibirnya terasa lembut.kucupannya...aku semakin teruja..aku biarkan.kami bercumbuan
"timah,cepat la,nanti roti habis"tempik syafiq di laman.kami terkejut.
"kejap,izwan tengah bersiap"tipu ku.mukaku merah..pipi terasa hangat..
"sayang hutang abang tau"pipi ku dikucup lembut.kami beriringan bertiga ke kedai mak limah.warung kayu tepi jalan berlatar belakangkan kebun kelapa sawit.port kami meja dalm kebun sawit.
"kau amik jurusan apa,"soal izwan
"aku amik business"jawab syafiq
"oo..ok la"senang dapat kerja.perbualan mereka tamat disitu.roti canai sampai.kami berbual.meja paling bising meja kami.semua mata memerhati.abah sampai dirumah,izwan sedang mengisi barangnya di bonet.buah dari kebun juga aku bekalkan.kami terpisah lagi.
"sampai nanti abang call ya"pinta ku
"ya"airmataku membasahi dada.kepalaku di usap lembut.kedengaran keluhan berat dilepaskan.
mpv itu hilang didalam gelap malam.
"abah,lapar,timah masak tak malam ni"tanya abah
"ada,abah nak makan.timah panaskan lauk"abah mengangguk.aku teman abah makan.abah nampak sedikit kurus.ada masalahkah.
"abah bersyukur ibu kawinkan timah dengan izwan,andai kata timah kawin dengan ucop entah apa jadi"suara abah bergetar
"maafkan abah timah,abah dah banyak buat salah pada timah dan ibu"airmata abah mengalir.
"abah,semuanya dah lepas,ibu pon dah maafkan abah,hari hari ibu bagitahu timah yang dia dah maafkan abah,sebab dia nak pergi dengan tenang,dan ibu taknak abah rasa bersalah,ibu pon pesan suruh timah jaga abah,jangan berdendam dengan abah"lagi laju deraian airmata abah.nasi berkuahkan airmata.
"abah minta maaf timah abah minta maaf"abah merayu.aku kaget,lelaki yang bengis sebelum ini menangis seperti bayi lapar susu.
"timah dah maafkan abah,ibu pon."ujarku.
"eh timah,abah kau mana,dah dua minggu tak balik,barang dapur semua dah habis"cik shamsiah meroyan di laman.ada juga aku cakar dia dengan penyakar ni nanti.penyakar di tangan ku di pegang kemas.
"abah keluar,tak tahu dia pergi mana"jawabku
"apa yang dah kau hasut abah kau sampai dia taknak balik rumah"tengkingnya"sedap nya mulut..laju je fitnah dia
"timah...hasut abah..makcik ni kena sampuk di syaiton ke..itu abah timah,timah anak dia tanggungjawab dia..dan ini rumah dia..apa salahnya"ujarku
"ye lah,ni dah dekat 2 minggu tak balik"tengkingnya lagi.
"manalah imah tahu,serabut kot dok sana,nak kena bela biawak hidup"ujarku laju.
"kurang ajar kau kan"marahnya
"memang timah kurang ajar tapi dengan makcik je,orang lain ok je,dengan makcik ni jadi singa pon timah boleh,sebab orang macam makcik ni tak boleh buat baik,parasit dunia"tempik ku.
"wah sakan kau timah,tak baik cakap macam tu dengan orang tua,kesian,dah la tua,tengok...nak jalan pon tak larat dah,esok lusa mati..hah susah"syafiq datang membantuku
"korang siap..tunggu"wanita itu berlalu pergi
"la kami tak lari pon,apa dia...tak dengar"seloroh syafiq.kami tertawa.
"jom lepak kat tali air..lama dah tak lepak,esok aku dah nak balik"ajak syafiq
"hello abang"nombor izwan aku dail,dan kali ini panggilanku dijawab
"ye sayang,ada apa."jawabnya lembut
"abang rindu sayang"belum sempat aku menjawab dia dah bagi kata manis
"timah pon"rayuku
"timah nak lepak dekat tali air dengan syafiq..boleh?"pintaku
"petang dah ni,"katanya lembut
"ha ah,kami nak tengok matahari terbenam,boleh"aku berharap
"ok,hati hati tau.."
"ya..assalamualaikum"
"sayang,abang rindu,muah.."talian di matikan.aku tersenyum
"amboi..seronok aku tengok kau sekarang..aku pon nak kawin jugak lah.."seloroh syafiq.kami berjalan ke tali air..macam macam cerita kami kongsi.
"meh aku buka akaun media sosial kau"ujar syafiq.tangannya laju menaip..tekan itu tekan ini..sesekali kedengaran gambar diambil.aku memerhati.jauh ketinggalan aku ni.
"siap"telefon aku bertukar tangan.
"ini fac,ini instagram"diterangkan satu persatu..nak cari orang ikut sini..dunia semakin canggih aku masih dibawak tempurung.aki mencuba mengambil gambar dan di upload ke akaun sosial.ok aku dah pandai.berkeping foto aku upload..semakin menarik dunia.abah duduk di beranda.rokok daun digulungnya.aku bawakan secawan kopi.
"abah"panggilku.gambar abah aku upload
KEKASIH DUNIA AKHIRAT.aku lirik satu persatu gambarku.gambar aku dengan syafiq petang tadi mendapat "like" yang banyak.aku makin teruja
"abah,petang tadi makcik shamsiah datang rumah,marah marah,kenapa abah tak balik sana"aku mula bicara.abah tenang.sehelai lagi daun rokok digulungnya
"makcik kau tu dah melampau"ujar abah
"apa masalah abah dengan dia,settlekan dengan baik"aku cuba menasihatkan abah
"abah bersalah dengan ibu,sebab fitnah,abah jadi buta"ibu difitnah punya hubungan dengan bekas suami cik shamsiah.ketika itu pakcik rahim mengambil upah menoreh di kebun getah milik tok penghulu bersebelahan kebun atok.adakala ibu mem bawa bekal lebih ibu kongsi.dari situ dikatakan ibu bomohkan pakcik rahim.dek kerana fitnah,kesihatan sedikit merosot.ibu pengsan di kebun,pakcik rahim hantar ibu kehospital.fitnah lagi bermaharajalela.abah ketika itu percaya bahawa ibu punca makcik shamsiah bercerai,menikahi wanita itu.walhal kerana harta ibu yang diuruskan ayah,wanita itu mahukan,tersebar fitnah.
"makcik shamsiah minta abah ambil duit sewa kebun getah dan kebun buah.duit sewa bahagian timah juga dia yang pergi minta.abah malu dengan timah.duit yang arwah ibu tinggal untuk abah digunakan untuk beli moto baru untuk pian.itu yang paling abah tak boleh terima"sesal ayah.aku menjadi geram.
"abistu abah nak buat apa"soalku.abah diam
"abang,abang,"tempik makcik shamsiah
"ada apa kau datang sini"soal abah tegas abah
"siah yang patut tanya abang buat apa kat sini,abang rindu kan arwah janda abang ke"
"aku tak pernah ceraikan jah,jadi ini rumah aku,suka hati akulah"abah sedikit marah
"nak meratapi situa yang mati tu"makcik shamsiah sudah melampau
"makcik kalau nak biadap sila balik"marahku.,
"kau balik sekarang"suruh abah
"siah taknak balik selagi abang tak balik,duit apa pon abang tak tinggal nak makan pon takde,duit abang habiskan untuk budak sial ni"marahnya menjadi jadi
"kau jangan tambah marah aku siah aku kata balik"tempik abah.laman kami sudah dipenuhi orang yang cuba menenangkan abah dan isterinya
"kalau siah taknak balik kenapa"provoknya
"aku kata balik"suruh abah
"aku kata taknak,tak dengar ke"tengking cik shamsiah.
"shamsiah bt bidin aku ceraikan kau dengan talak satu."abah berlalu masuk kebilik ibu.aku terjelepok kelantai.terkejut.makcik shamsiah meraung semahunya.Ya Allah dugaan apakah ini.
Abah seperti biasa..seperti tiada apa yang berlaku.cuma aku nampak abah lebih tenang,ceria tidak sebengis dulu.sudah mahu bergaul dengan orang masjid,setiap hari pusara ibu diziarah abah.badan abah juga tampak berisi.izwan dah sebulan tidak hubungi aku..kali terakhir kami berbicara,petang aku minta izin untuk ke tali air.kemudian diam sehingga hari ini.syafiq sahaja yang selalu menghubungiku.selesai solat zohor.aku tertidur..aku terasa hangat,tangan ku meraba untuk membuka kipas dimeja sisi.tapi seseorang disebelahku.mataku buka perlahan.Izwan.aku didalam pelukkannya.aku memeluk tubuh sasa itu.rindu.
"sayang,"bisiknya dengan mata terpejam
"bila sampai"soalku,
"tadi,abang sampai sayang tidur"ujarnya mamai
"owh"
"sayang.."tangannya memeluk leherku dan membelai rambut ku.matanya masih terpejam
"sayang seksi,abang tak tahan"aku bingkas bangun dan duduk dibibir katil.Ya Allah aku berkemban.segera aku capai tuala menutupi dadaku.tanganku ditarik aku terbaring dikatil.izwan berada diatasku.jarinya bersilang dengan jemariku.aku menggigil.
"abang.."suaraku bergetar.bibirnya menjalar dileherku.
"abang tolong,jangan"aku mahu menangis,badanku menggigil.kejadian dalam kebun terbayang.bibir izwan mula menjalar ke dadaku,tangannya mahu membuka kain batikku
"abangg"tempikku.aku menangis.izwan memelukku.
"sorry,sorry,"bajunya aku genggam kemas.kami membawa abah kepantai,ada pertandingan wau.abah juga turut serta.wau yang berterbangan di awan pelbagai corak dan warna tampak cantik.
"pandai buka akaun sosial"soal izwan
"syafiq tolong"jawabku.
"oo.."dialihkan pandangan ke laut luas.
"gambar dengan dia je banyak,dengan abang takde pon"rajuknya.
KETAPPPPKETAPPPPPP
"ok siap"gambarnya kusimpan digaleri.dia tersenyum.hati aku tertanya selama sebulan kemanakah dia.sihat kah dia..tidak rindukah dia padaku.1001satu persoalan.tapi aku tidak berhak untuk menanyakan itu.
KETAPPP
gambar ku diambil
"cantik"ujarnya.aku mahu melihatnya.tiba ada panggilan masuk SAYANG aku berundur sedikit.sedarlah timah kau berkongsi..dan dia bukan hak engkau.engkau hanya isteri atas kertas.lama dia ditalian.aku membantu abah mengemas peralatannya.hari semakin gelap.
sampul putih disua izwan kepada ku.aku membuka sampul itu.panggilan universiti.aku menjerit kegembiraan
"abah timah dapat masuk u"ujarku.abah menadah tangan bersyukur bersama airmata syukur.
"akhirnya,dapat juga,alhamdulillah."ujar abah
"bila pergi"soal abah
"minggu depan lapor diri"aku sedikit sedih memikirkan abah.
"wan balik nak ambil timah bawa balik KL"ujar izwan
"tapi abah macam mana"aku mula rasa sedih mahu meninggalkan abah.
"abah macam ni lah,duduk rumah lah"abah berseloroh.
"abahhh"rengekku
"takpe,timah pergi ya..abah tahulah jaga diri abah"kepalaku ku letak diribaan abah.terasa hangat dan tenang.pagi ini aku ke pusara ibu.aku mahu berkongsi berita gembira.
"ibu,timah dapat sambung belajar,satu u dengan syafiq ibu,tak risau sangat sebab dia ada"pusara ibu aku rapikan.kami memerhati abah dari dalam kereta.pusara ibu dia sapu sapu oleh tangan abah.sesekali melihat abah mengesat airmata,sesekali abah tersenyum.apa yang dibicarakan pon aku tak tahu.
"nanti kita boleh manja selalu,eeeii seronoknya"seloroh izwan.tudung ku dipintal pintal..
"ish ish ,kuning biru coklat semua ada dalam otak"izwan tertawa.abah menghampiri.
"abah nk ke pekan sekejap.boleh"pinta abah
"boleh boleh"izwan memandu mpv nya.tangannya tidak berhenti menggenggam tanganku.kami menunggu abah didalam kereta.izwan bersandar pada bahuku.dimain tudung ku.kelakuan nya tak ubah seperti anak kecil.dah la disuapkan kentang goreng,air pun kena sua.
"nanti dekat kampus jangan nak menggatal ya,ingat,sayang isteri orang."pesannya.
"ye,ingat..tapi menggatal sikit je la"usikku.paha ku dicubit izwan
"buat kalau berani,abang cium sayang depan orang"amarannya
"buat lah kalau berani"provok ku.bibirku dikucup.
"jangan kata abang tak berani ye.."dia tertawa.aku memerhati hati sekeliling takut takut ada yang pandang.selesai urusan abah kami belikan abah baju dan suplement kesihatan.
izwan menarik narik tudungku.adakalanya lengannya diletakkan dibahuku,kadang kami lawan bertumbuk.dah semestinya aku yang kalah sebab aku ketot.189vs152.akulah mangsa.sementara abah memilih pakaiannya kami bergurau dahulu.
"dah ke,rapat anak pakcik ye. suka tengok.baik adik beradik"apa adik beradik.aku mendongak memandang izwan.mata ku dijengkil.
"adik beradik..."bisikku.izwan ketawa.selesai membayar,kami berjalan keluar..izwan menarikku dan berpatah balik ke kaunter.
"sorry ye pembetulan,bukan adik beradik tapi suami isteri,itu ayah mertua saya,kami nikah dah 5 bulan"ditunjukkan cincin kawin kami.gadis itu tergamam.kami tertawa berdua.barang untuk aku bawa ke kampus sudah cukup..mungkin ada tambahan akan aku beli disana.
"Jaga diri ditempat orang,jangan lupa solat,ini untuk timah"beg kertas bertukar tangan.
"abah pon jaga diri.abah tahukan nombor timah dengan izwan"abah aku peluk seeratnya.
"jaga timah untuk abah ya"pesan abah pada izwan.
"tok lan,cik asiah tolong tengokkan abah ya."pesan ku.aku masuk ke dalam perut kereta dengan linangan air mata.rumah semakin hilang dari pandangan.kali pertama aku berpisah jauh dengan abah.kali pertama aku menjejakkan kai ke tempat orang.usia 18 tahun,umur yang mencabar..segalanya bermula.perjalanan kami lancar.akhirnya kami sampai ke kondo izwan.pintu dibuka.aku tergamam melihat tatarias rumahnya.aku ke balcony.Ya Allah..tingginya.aku menjenguk ke bawah..orang aku lihat sebesar batang mancis.aku ditarik dari belakang.
"kalau jatuh macam mana"tempik izwan.kali pertama aku lihat wajah itu.dadanya turun naik turun naik..aku mengundur kebelakang lagi.sedikit demi sedikit.aku terlanggar pagar balcony tangan aku ditarik cepat
"SITI FATIMAH!"tempiknya
"jangan memain boleh tak.bahaya.tolong tolong jangan buat lagi.kepala ku diletakkan didadanya.degup jantungnya terdengar jelas.kencang.badannya sedikit bergetar.aku cuba mencapai bibirnya.tapi tak sampai.aku terginjat ginjat.ah payah..aku kedapur..semuanya berbeza dengan rumahku.peti ais..Mak aih besarnya.
"nak masak kena tekan ni,namanya hob,untuk sedut semua bau dan asap.ini microve untuk panaskan makanan atau nyahbeku barang beku,ini oven..satu persatu di terangnya.ini bilik cuci baju.ini tandas tetamu.bilik ni kosong,"kami berjalan lagi
"ini pon kosong,ini bilik abang".aku jenguk biliknya.kemas.dalam setiap bilik ada bilik air.banyak nya bilik air..jenuh bayar air.
"timah guna bilik ni boleh."soalku.
"kenapa nak guna bilik asing"soalnya
"nelly mesti pernah datang sini kan,tu"ada beberapa helai baju perempuan didalam almarinya.dan disana sini gambarnya dengan nelly.dari ruang tamu hingga ke biliknya.aku jauh lagi kalau nak dibandingkan nelly.izwan diam
"tak apa,lagi pun timah tak lam duduk sini,kan timah duduk hostel.nanti pelan pelan timah cari rumah"ujar ku.
"sapa suruh cari rumah."soalnya.
"abis tu timah nak duduk mana"soalku
"sini dengan abang"senangnya dia cakap,siapapon tak tahu kami nikah,tiba si nelly datang mati aku.
"ish..nanti nelly datang naya"ujarku
"nelly kalau dia nak datang dia akan datang dengan abang,dia takkan datang sorang"ujarnya.
"ha ok la ok la...timah masuk tidur dulu ya."aku mengemaskan barang.ku buka beg pemberian abah,sepasang telekung,senaskah alquran,seutas tasbih dan selembar sejadah.abah...tiba rinduku menerpa.apa yang banyak sangat butang ni..mana air..arghhhhhhh....
"sayang kenapa"aku yang berkemban tuala melompat keluar bilik air.
"panasnya air"izwan tertawa.diajar cara guna.
"keluar la"suruh ku
"nak mandi sama"kepalanya aku ketuk berkali kali.pintu bilik air aku kunci.izwan disofa menonton filem.lapar.nak masak apa.maggi je..boleh la dari takde.
"abang nak maggi"soalku
"hah boleh juga.makan itu dulu ya esok kita beli barang dapur.abang nak makan nasi lemak."senang hidup order je
" ok"dua mangkuk maggi siap..satu pengalaman yang baru bagi aku.dikampung bising bunyi cengkerik...tapi disini sunyi,kadang kala bunyi kereta lalu lalang itupon sayup sayup.kalau dikampung,tak pecah telingan bukan kampung la.aku tersenyum sendiri.selesai mengemas aku masuk kebilik
"abang timah tidur dulu ya..letih"ujarku.ku susun semula wallet ku yang ku beli semalam.kad perakuan nikah.28 julai..aku amik telefon.birthday izwan hari ni.alamak macam mana aku boleh tak perasan.
SELAMAT HARI JADI ENCIK SUAMI YANG KE 25
cukup lah hantar mesej.jom tido...pintu bilik ku dibuka.izwan meluru ke katil ku.dicium pipi dan dahiku berkali kali..dipeluk dan digoncang badanku.
"terima kasih,abang ingat sayang lupa"bicaranya
"memang pon tapi tengok kad nikah baru tahu..hihi sorry."bantal pelukku dibaling kepadaku.dia bangun dan keluar.aku tertawa.aduh tak boleh tidur.aku berpusing pusing.kekiri kekanan..mencari point untuk aku lena.aku padam semua lampu tapi tidak boleh juga.bantal ku kutepuk berkali kali..masih berjaga.jam sudah pukul 1.30 pagi.izwan masuk kebilik ku bersama laptopnya dan satu apatah....
"tengok movie nak,abang tahu sayang tak boleh tidurkan."tuptaptuptap siap.didinding ku ada gambar yang sama dengan laptopnya.
"ini kita panggil projecktor"beritahunya.oo..baru aku tahu.timah kau memang bodoh.jariku dimain mainnya.adegan ranjang.aku menekup muka dengan bantal.
"dah habis dah"ujarnya.wajahnya tepat kemuka ku.jarinya membelai rambutku lembut.aku menelan airliur.
"abang nak hadiah harijadi "ujarnya lembut.jarinya merayap lembu keleherku
"esok kita pegi beli ya"aku terketar
"abang nak sekarang"ujarnya
"mana ada kedai buka memalam ni"jawabku.dia tersenyum.dimaafkan la tu.sedikit lega.dagu ku di pegang.bibirku dikucup
"sayang ada,abang sayang"aku menelan airliur.
"hah...ermmm...aaaa...."aku nak cakap apa
"boleh?"soalnya
"hah...aaa...ermmmm,...aaa"aku nak cakap apa.leher aku dicium lembut.
"boleh tak"rayunya lagi
"esok esok,timah beli"alasanku.jarinya masuk kedalam baju,merayap disitu
"abang nak sekarang"tap tali baju dalam aku terbuka.
"hah...ermmm....aaaa"bibir aku ditangkap.tubuhku dikunci kemas.akhirnya aku tewas.izwan disebelahku.aku tengok jam,alamak pukul 9.30...subuhh....baju mana baju aku.
"sayang..."ditarik semula aku kedalam dakapannya.
"abang bangun,dah 9.30"ujarku
"biarlah,teman abang tidur..."
"baju timah mana"soalku
"tu"ditunjukkan baju ku yang bertaburan dilantai
"abang bangun,kata nak pergi market,jomm"aku menolaknya tergolek kebawah.tangan ku ditarik masuk kebilik air.
Orang bandar memang beli barang dekat pasaraya.baru aku tahu.
"sayang"
"emm"jawabku pendek.aku sedang membaca pelekat bahan ramuan dan memeriksa tarikh luput.aku perlu baca kerana aku alah pada soya
"terima kasih tau"bisiknya
"hah"
"hadiah semalam,terbaikk"bisiknya.aku diam.muka aku merah.di tertawa besar.sedang kami membelek barang dapur
"sayang"aku menoleh,nelly.aku diam.aku ganjak ke depan sedikit.cantik orangnya.nak dibandingkan aku yang kampung.izwan memandang ku
"you beli barang dapur ke"soal nelly
"ha ah"dia telat
"mana troli you"soal nelly.aku menoleh..
"cik izwan ada apa apa lagi tak nak beli"aku menolak troli kearah nya.tenang timah tenang.
"who is she"soal nelly.izwan meraup mukanya resah
"saya partime maid,hari ni katanya cik izwan nak buat party sempena hari jadi dia,so kami beli barang untuk masak"senyum ku.
"oo...you yang selalu kemas kondo tu kan"ujar nelly.dari caranya dia seorang yang baik dan tidak sombong
"ya,saya lah tu"izwan makin resah.aku senyum agar dia tidak menampakkan keresahannya
"saya nelly"salam dihulur
"saya fatimah"aku menyambut salamnya
"malam ni cik nelly datang kan"pelawa ku
"off course,i baru nak buat suprise tapi tak surprise dah"tawa nelly
"saya ke kaunter ya"aku berjalan dihadapan.airmataku bertakung..jangan jatuh jangan jatuh.sampai di parkir,mereka berpelukan,sungguh mesra.aku menyimpan barang kedalam bonet.aku berdiri diluar kereta menunggu mereka.nelly masuk duduk didepan.izwan semakin resah.aku duduk dibelakang melihat luar tingkap.tidak sanggup melihat aksi mereka.bercumbu tanpa kira tempat.berpelukan.hati ku menangis.aku membimbit semua plastik barang. izwan mahu membantu
"eh takpa cik izwan, saya boleh bawakan"ujarku
"izwan dia memang macam ni, baik hati"ujar nelly
aku tersenyum. mereka berjalan dihadapan ku, pinggang nelly dipeluk. aku teruskan berjalan. cepat cepat aku simpan semua barang kedalam peti ais.mereka berada didalam bilik.fikiran ku mula bercelaru. aku lari masuk bilik. aku mandi, aku menangis sepuas puasnya. aku menunaikan dhuha.dan aku mula memasak. t shirt lengan panjang, dan seluar trek. oouiii tudung, kalau tak kantoi. aku ke dapur.nelly keluar dari bilik denga baju tali halus pendek yang menampakkan pusat. dan seluar pendek yang hanya menutup bahagian punggungnya. aku menarik nafas dalam dalam. nelly duduk disofa.sejurus itu izwan kedapur, mengambil air. tangan ku dipegang.
"ya cik izwan, ada apa yang boleh saya bantu."tatapan matanya tidak kubalas.aku menyibukkan diri didapur. izwan yang duduk disofa merenungku.nelly bersandar padanya sesekali meraba paha izwan. pintu dapur ku tutup.aku mahu ketenangan memasak.makan tengahari aku hidangkan.
"fatimah jemput la makan sekali"ajak izwan
"eh tak pe timah, makan kejap lagi, timah nak solat dulu"aku masuk ke bilik, solat zohor. aku keluar. dapur aku kemaskan. nelly dan izwan tiada. aku duduk didapur makan.
"sayang"izwan.aku bangun
"ya cik izwan, boleh saya tolong"aku segera membasuh tangan.
"sayang, please jangan bagi abang susah hati, tolong balas mesej abang. "rayu nya.
"sayang"nelly memanggil izwan.
"tak pe lah kalau macam tu, terima kasih cik izwan"ujar ku. aku mengambil pingganku,nasi yang belum sempat aku habis kan aku buang.
"what's going on"soal nelly
"malam ni kan kita nak buat party, so i suruh dia stay dalam bilik je tak payah keluar la.. nanti bukan you tak tahu budak budak tu.. "tipu izwan
"ermm, betul, kalau fatimah keluar nanti diaorang buli fatimah, so stay silent dekat dalam bilik ya. by the way, masakan fatimah sedap"pujinya.aku senyum paksa.aku mengemas rumah.bili izwan aku masuk. ku kutip baju kotor. aku buang sampah.. didalam tong sampah...kondom berisi mani..semalam benda yang sama izwan pakai ketika bersamaku. aku hampir pengsan. terlalu jauh hidup suamiku. aku menangis semahunya. disini bukan syurga tetapi ibarat neraka dunia.
pukul 8.00 malam, rumah mereka di penuhi tetamu sebaya mereka. pakaian...ketat dan singkat..Ya Allah arak.. aku menggigil.nelly dan rakannya yang lain meneguk wain. izwan aku masih belum nampak. mataku seperti hendak keluar. izwan memin air kencing setan.mereka agak mabuk, aku memberanikan diri membuka pintu, mereka menari nari, izwan dan nelly berpelukan bercumbuan,izwan memandangku, aku menggigil.izwan meraup mukanya, Ya Allah inikah kehidupan suamiku.jam 12 party mereka tamat, semuanya tetamu pulang. aku keluar dari bilik mahu mengemas,suara nelly mengerang asyik dari bilik izwan. aku pekakkan telinga. selesai berkemas aku mahu masuk kebilik. pintu bilik izwan dibuka. nelly terbaring dalam keadaan bogel diatas katil izwan.
"saya dah siap ruang tamu cik izwan"aki menggigil ketakutan.
"sayang"izwan memegang bahuku
"saya masuk dulu ya cik izwan"pintu bilik ku ditahan.izwan menyelit masuk.lengan nya luka terkena tombol pintu.
"arghh.. sayang"ditunjuk lengannya. aku mengambil peti kecemasan.ku cuci luka dan aku tampal plaster.
"sayang, please, jangan macam ni, jangan takutkan abang"
"cik izwan, saya rasa cik izwan dah tak ada apa apa urusan disini, sila keluar"ujarku.airmataku bercucuran. ku kesat kasar.
"sayang biar abang explain"
"cik izwan tak perlu jelaskan apa apa... saya dah nampak semuanya,tak apa saya tak akan pertikaikan apa yang terjadi"
"sayang abang tahu abang salah, tapi tolong jangan benci abang.. bagi abang sedikit masa, abang akan settle semua ni then kita hidup bahagia berdua."rayunya
"tak perlu, saya ok, saya tak nak dengar apa apa penjelasan"tolakku
"sayang, please.... percayakan abang please"rayunya
"percayakan abang, apa yang abang nak timah percayakan abang, percaya yang kita akan bahagia bersama atau abang nak timah percaya yang timah akan sendiri juga akhirnya....tapi sekarang ni yang memang timah percaya dengan apa yang timah nampak depan mata"ujarku panjang. bagai bom mortar meletup.
"sekarang timah percaya ini kehidupan abang, dan apa yang berlaku antara kita hanya dongeng, yang timah percaya sekarang yang timah berkongsi kasih dengan nelly, berkongsi semuanya yang sepatutnya jadi hak timah sahaja sebagai isteri abang yang sah, dan timah percaya sebenarnya timah ni isteri sekadar nama. tiada apa yang boleh timah banggakan dengan gelaran isteri."aku terduduk dikatil. aku menangis semahunya.izwan melutut didepan ku.
"maafkan abang sayang, abang tahu abang salah, tapi antara kita bukan dongeng. abang sayang timah sangat sangat. cuma abang perlu masa untuk selesaikan semua ni."pintanya
"ambil la berapa banyak masa abang nak ambil, tapi apa yang berlaku dalam bilik tu, maaf, timah memang tak boleh terima."ujar ku.
"tolong keluar cik izwan"ujarku.
"sayang "dipelukku erat. aku meronta. di rebahkan badan ku kekatil. di cumbu setiap inci tubuh ku.
PANGGG
penampar ku melekat dipipi izwan. dia bangun.
"sebab ni saja kah abang kawin dengan timah, sebab tubuh timah, kalau macam tu....ku buka satu persatu baju ku sehingga tanpa seurat benang. aku dekatkan tubuh ku dengan dia.
"buat lah apa yang nak buat"tangannya kuambil ku letakkan didada ku.tangannya ku letak dipinggulku.
"kenapa diam, buat la.. abang tahu apa timah rasa, timah tak ubah seperti pelacur dalam hidup abang"badanku dirangkul di dukungku. bibirku dicium semahunya. diletakkan aku dibibir katil dan dibalut badan ku dengan selimut.
"maafkan abang"izwan bangun dan keluar dari bilikku. aku menangis.
Share this novel
patut la izwan xcemburu ngan syafiq....bezina jak ...sian sian Timah...