"aku kata tak payah"suara garau abah mengejutkan ku.
"timah nak sambung belajar abah"memang impian aku untuk menyambungkan pelajaran ke universiti tapi dibantah abah.airmata aku mengalir ke pipi
"kau belajar tinggi tinggi pon nanti ceruk dapur juga kau pergi"ujar abah lagi
"apa salahnya kalau dia belajar bang"ibu yang berada dipembaringan menyebelahi ku.ibuku mengidap batuk kering dan kesihatannya semakin merosot.ibu tidak dapat keluar menoreh,dan ada beberapa aktiviti dan urusan harian ibu terbatas.
"kalau dia pergi belajar sapa nak urus rumah,urus kau"ujar abah lagi.aku hanya mampu diam.diusia 18tahun aku masih tidak kuat untuk mempertahahnkan hak dan keinginan ku.hatiku berbelah bagi antar ibu dan impian
"pasal Jah abang tak payah la risau,Jah boleh jaga diri Jah,abang balik la rumah Shimah."mak cik hashimah madu ibuku.hampir 8tahun ibu ku bermadu.abah menidakkan hak ibu sepanjang tempoh itu.nafkah apatah lagi.tapi tidak pernah ibu mengungkit.kehidupan ibu terlalu perit.
"aku taknak kau mati sorang diri dalam rumah"kasar kata kata itu.aku mendengar esakan tangisan ibu.abah turun dari beranda pondok usang kami lalu menghidupkan enjin motonya.aku mendapatkan ibu yang masih dalam tangisan
"timah,ibu nak timah sambung belajar."ibu menghulurkan buku bank yang diselit dalam tilam.
"ini untuk timah,ibu simpan untuk timah"aku serba salah.aku tidak sanggup meninggalkan ibu dalam keadaan begini.
"ibu"aku memeluk ibu seeratnya.tubuh ibu yang dulunya agak berisi kini kurasakan hanya tulang.
Seperti biasa aku menggantikan tugas ibu menoreh getah.4.30pagi,aku bersiap siap untuk menoreh.sarapan untuk ibu juga sudah aku sediakan dibawah tudung saji.Air telaga yang sejuk dingin kujirus membasahi badan.terasa segar.selesai solat subuh aku mengatur langkah bercahayakan lampu suluh yang ku ikat dikepala.satu persatu pokok ditorehku dengan harapan hasilnya berlebih dari semalam.kebun getah seluas 2 ekar milik ibu kutoreh satu persatu.matahari makin menampakkan cahayanya.kopi yang aku bekalkan dari rumah ku teguk perlahan.masih kah ada sinar gembira buatku.aku juga punya impian seperti yang lain.cahaya matahari yang menyinar dicelahan pohon getah menyuluh mataku.nasi goreng hanya separuh bekas dapat aku habiskan.
"SELAMAT HARI JADI FATIMAH"ujarku.hari lahirku yang ke18,aku dikebun getah menoreh.apapun kehidupan harus diteruskan.hanya ini punca rezeki aku dan ibu.abah,semenjak bernikah dengan makcik shamsiah,langsung tidak dipedulikan kami.apatah lagi sekampit beras langsung tidak dibelinya
"timah baru balik ya"ujar ibu yang berada di bendul pintu..
"ha ah bu"moto c70 usang itu ku parkir dibawah rumah.ibu menemaniku mengemas di laman
"ibu nak turun?"ibu yang menuruni anak tangga dengan terketar ketar.tangan ibu ku pimpim,ibu duduk dipelantar dibawah pokok ciku.ibu melihat putik putik ciku yang makin lebat.di jenguk juga pohon buahnya yang lain.inu tersenyum
"makin menjadi ye buah tahun ni"ujar ibu.
"ha ah ibu,harap tahun ni dapat la dihantar ke surau dan masjid ya."ujarku.setiap tahun dari arwah atok lagi buah buah di keliling rumah mahupun kebunnya tidak pernah di jual tapi disedekahkan pada orang kampung.cuma 2tahun kebelakangan ini buah banyak di makan tupai dan kelawar.asap daun yang ku bakar memenuhi ruang udara laman.ibu terbatuk batuk.dipakai pelitup mukanya.
"ibu"butir butir jernih yang bersarang dimataku pecah mengalir kepipi.resah hatiku usah dikata.
"assalaamualaikum"suara tok penghulu memecah sepi.penyakar kusandarkan di pokok nangka.
"waalaikummusalam,tok lan"jawab ku.kami kepelantar dimana ibu duduk.
"ada apa bang lan"soal ibu.
"ni jah aku datang ada berita nak aku bincangkan"ujar tok penghulu.aku duduk dibelakang ibu memasang telinga
"ada orang dari kolumpo nu nak beli tanah beberapa penduduk kampung kita nak bangunkan buat perumahan.termasuklah tanah kebun getah kau tu"ujarnya
"abis orang kampung setuju ke"tanya ibu
"yang lain semua setuju sebab dorang beli dengan harga tinggi,"ujar penghulu lagi
"tanah tu jah pindahkan atas nama timah,lagipon itu je harta yang kami ada untuk teruskan hidup bang lan"ujar ibu perlahan
"kalau dijual kami nak makan apa"soal ibu
"dengar kata timah dapat sambung belajar"soal tok penghulu.
"ha ah"jawabku
"boleh la buat tampung pengajian timah,pasal kau jah aku boleh minta bantuan dari masjid"tok penghulu cuba membantu.aku tidak mahu masuk campur urusan orang tua.walaupun tanah kebun getah itu milik aku tapi ibu lebih berhak.
"aku bukan apa,aku cuma nak bantu kau ubah nasib kau,lagipon duit tu kau boleh ubat penyakit kau"pujuk tok penghulu lagi
"sakit jah ni mati je ubatnya abang lan"ujar ibu.pandangannya dia alih.sayu matanya.ibu...hatiku merintih
"bang lan ada bagitahu abang nan pasal ni"ibu risau
"buat apa aku nak tanya dia bukan tanah dia"ujar tok penghulu
"nantilah jah bincang dengan timah"balas ibu.
"tak palah kalau macam tu,nanti aku datang lain untuk tahu keputusan kau,aku balik dulu lah"tok penghulu berlalu pergi.ibu diam.aku tidak mahu menyoal apa apa.malam menjelang.rumahku dilimpahi cahaya lampu kalimangtan menerangi setiap sudut rumah.aku duduk diberanda.mentol kuning yang menerangi laman bergoyang sesekali ditiup angin sepoi sepoi.tenang.bunyi cengkerik menghidupkan sunyi malam.
"timah"panggil ibu lembut.aku bangun dan menutup pintu lalu ke bilik ibu.
"ya ibu"aku melabuhkan punggung di sisi ibu yang terbaring.cahaya bulan yang menyuluh wajah ibu melalui jendela kayu yang terbuka itu menampakkan raut wajah ibu yang menyimpan duka
"apa pendapat timah"soal ibu
"pendapat apa"aku berbasi basi
"pasal tanah tu"ujar ibu
"tanah tu hak ibu,ibu yang patut tentukan bukan timah"
"ibu beri tanah tu untuk timah,kebun buah dan tanah rumah ni juga untuk timah"ujar ibu
"timah tak nak apa apa,timah nak jaga ibu itu saja"ujarku.dadaku sebak.airmata yang bertakung aku tahan.
"kalau kata dijual tanah tu,mak nak makan apa"jawabku
"tapi timahkan nak belajar lagi,pasal ibu timah tak perlu risau,tok penghulu kata nak tolong"ujar ibu
"sampai bila kita nak berharap pada orang,pasal belajar tu timah boleh usahakan.kalau ada rezeki timah adalah.tapi ibu,ibu satu satunya dalam hidup timah.timah ada ibu je..ibu nak hidup dengan ibu sampai bila bila"benteng airmataku tidak terbendung lagi,empangan pecah lalu mencurah kepipi.ibu aku peluk seeratnya.
Berita akan tanah dibeli oleh orang dari ibu kota itu sampai ke pengetahuan abah.aku dan ibu mula risau.abah bukanlah seorang yang pandang enteng akan duit.kalau boleh dibolotnya mahu diambil semua.kerana itu ibu tukarkan semua tanah peninggalan arwah atok keatasku.cukuplah duit rumah sewa arwah atuk di kampung seberang itu dikawal abah.
"Jah oh Jah.."tempik abah.suara abah kedengaran hingga ke dapur.aku yang tengah memasak berlari mendapatkan abah
"ibu tidur,baru lepas makan ubat"ujarku.badan ku ditolak abah.abah meluru masuk kebilik ibu.almari ibu di selongkarnya.habis bersepah.aku berlari menutup api dapur dan kembali mendapatkan ibu.
"mana kau letak geran kebun getah tu"tempik abah.ibu sedikit tersentak.aku memeluk ibu
"apa abah ni,marah marah"ujarku.nadaku sedikit tinggi
"kau diam timah,nanti dengan kau kau aku tangan"marah abah
"abang nak buat apa dengan geran tu"soal ibu
"nak buat apa lagi,nak jual lah,kau tahu kan tanah tu orang bandar tu nak beli"marah abah lagi
"jah tak nak jual,rumah ni makan hasil getah tu"balas ibu geram
"ah aku tak kira,aku nak jual juga tanah tu,nanti aku bagi la kau sikit"ujar abah
"jah kata jah taknak,"pipi ibu ditampar abah
"abaah" tempik ku.abah berjalan keluar dengan amarah.kedengaran bunyi motor abah berlalu pergi.ibu menangis menahan perit.aku mengutip baju baju ibu yang bertaburan.kenapa kegembiraan sukar untuk aku.rutin ku menoreh masih aku teruskan selagi ibu tidak menjual tanah itu.hampir semua pokok aku toreh.aku berehat di pondok kecil yang arwah atok buatkan ditengah tengah kebun.air teh kuhirup perlahan.
"ahhh leganya"aku baring sambil kaki ku hayun perlahan.tiba aku dengar derapan kaki menghampiri pondok.aku bangun.pisau toreh aku genggam kemas.aku menoleh...tok penghulu,abah dan beberapa orang lagi dengan berpakaian kemas.nasib baik aku tak sua pisau toreh tu.tudung dan baju ku aku betul kan.
"timah ni orang kolumpo yang nak beli tanah ni,ujar tok penghulu.aku hanya membongkok kan sedikit badan tanda hormat.
"ini fatimah anak saya.dia yang uruskan kebun ni menggantikan isteri saya yang tak sihat"ujar abah.aku hanya mendiamkan diri.jauh dibelakang,seorang lelaki sedang berbual ditelefon.berkemeja putih,slack biru gelap dan berkaca mata hitam.kemas dan rapi sedang berjalan sambil meninjau ninjau kawasan.hensem...bisik hatiku.
"timah,"bahu ku ditepuk
"kau mengelamun apa,kau dah habis menoreh?"soal abah
"lagi 5 @ 6 baris lagi nak habis kenapa"soalku
"hah takpelah,abah bawa dorang pergi rumah.kau jangan lambat,habis menoreh cepat balik"ujar abah.aku mengangguk.aku sambung menoreh.abah membawa mereka melihat lihat kebun.sungguh sungguh abah nak jual tanah ni..apa yang tak cukup duit rumah sewa mak.bukan sikit 10 buah kot.kalau dah sebulan 400 sebulan dah berapa.aishhh..gumam ku sendiri.
"adoi"alamak...
"maaf maaf"tundukku.timah oiii...seluar slack biru itu dipalit kotoran.aku cuba mengelap dengan kain tuala yang kusangkut dileher.arghhhh..lagi parah.kotoran makin membesar.warna selut makin banyak
"errmm maaf encik"aku gagah mendongak.airliur aku telan kesat.mati kau timah.tangan ku kutarik tudung yang sedikit kedepan.wajah kami bertentang.hensem oii..gedik hatiku.aku dapat rasakan pandangan amarah lelaki itu dibalik kaca mata hitamnya..
"oh oh..."selut dipipi ku dapat kulihat dengan jelas dari kaca mata hitam itu.pipi aku berselut aku lap dengan kain dan hujung lengan baju.lelaki itu masih berdiri kaku dihadapanku.
"tunduk sikit boleh"ujarku.lalu dia rendahkan sedikit badannya.aku cuci segala kotoran.siap
"ok siap.terima kasih ya"aku teruskan menoreh.kalau lambat nanti abah marah.lelaki tu..lantak la dia..
"encik izwan"sesorang memanggil
"ya saya datang"ujar lelaki itu
"oh izwan"nama dia izwan.ok...motor aku parkir dibawah pokok ciku.2buah kereta besar dilaman,moto abah dan tok penghulu juga ada.aku naik ikut belakang.bekal ku aku letakkan di singki.aku capai t shirt dan kain batik serta tuala.segarnya..air telaga tidak pernah menghampakan.selesai mandi aku masuk kebilik memakai tudung kembali kedapur bancuh seteko teh o.talam berisi air itu aku bawa ke ruang tamu.ibu juga ada.setelah air aku hidang..aku duduk dimeja makan di belakang ibu.
"puan kami beli tanah dengan harga tinggi"ujar seorang lelaki agak berusia.
"maaf saya perlu bincang dengan anak saya sebab itu tanah dia,geran nama dia"ujar ibu.
"tak pa nanti saya cuba pujuk dia"ujar abah.
"kami kalau boleh nak dapatkan keputusan dalam minggu ni sebelum kami pulang ke kolumpo"ujar lelaki itu lagi.aku hanya tunduk diam
"kami bagi puan 3 hari untuk berbincang,lepas 3 hari kami datang balik ya"ujar lelaki itu lagi
"kejap,tak payah susah susah,jah pegi amik geran tu"suruh abah
"itu hak timah biar dia tentukan"ujar ibu
"kejap ya"abah menarik tangan ibu lalu di tarik masuk ke bilik.aku hanya memerhati dari luar.
"kenapa yang kau degil sangat,kau nak simpan buat apa tanah tu,esok lusa kau mati tak merasa juga duit tu"abah agak biadap
"memang esok lusa jah akan mati tapi timah,timah perlukan tanah tu untuk dia hidup."balas ibu dalam tangisan
"dia tu nanti aku bagi dia kawin dengan usop anak toke lori tu ,senang hidup dia nanti"abah semakin tamak
"jah takkan bagi geran tu"ibu bertegas.tangan abah dihayun
"timah takkan jual kebum getah tu"dari mana datang keberanian aku sampai aku boleh berdiri berkata sedemikian.semua mata memandang aku.lelaki tadi turut memandangku.kacamatanya dia tanggal.matanya merenung aku.aku mengibas ngibas hujung tudung ku.panas panas oiiii...
"macam ni lah jah,nan korang bincang dulu lagi tiga hari kami datang balik ya"ujar tok penghulu.mereka bangun dan turun kelaman.aku mengemas meja mengutip cawan.lelaki itu yang memandu mpv berwarna hitam memerhatikan ku yang berdiri ditingkap.aku menoleh.mata kami bertembung.mpv itu mula hilang dari pandangan.aku terduduk.dah tahu nasib aku sebentar nanti.
"kurang ajar"penampar abah melekat dipipi ku.pipi ku yang perit aku pegang.
"kau sengaja tolak tuah,kau nak simpan buat apa tanah tu,kau kata kau nak sambung belajar,kau jual tanah tu kau duit tu kau pergi lah belajar,apa yang bodo sangat kau ni"marah abah aku diam.bertahan demi ibu
"abang jangan marah timah,jah yang tak bagi dia jual tanah tu"tipu ibu.
"kau memang,kalau tak susahkan aku memang tak sah"badan ibu didorong.kepala ibu terantuk pada sofa,berdarah
"abah dah melampau"tempik ku
"pasal tanah tu abah sanggup pukul ibu,abah dah gila ke,timah kata timah tak nak jual timah tak nak jual,tamat"geram ku.mata abah aku tenung tepat
"kau makin biadap ya"ujar abah lagi
"sebab abah yang ajar timah jadi biadap,abah dah dapat duit rumah sewa apa lagi abah nak,kalau jual tanah tu pon bukan abah nak bagi kami"tempik aku
"kau rasa cukup ke duit rumah sewa tu nak bagi makan orang dalam rumah tu"abah tidak mahu mengalah
"itu bukan masalah kami,itu masalah abah,abah yang nak sangat dekat makcik shimah abah terima lah"makin laju biadap ku
"lagipon kenapa tak suruh 3 ekor jantan dalam rumah tu kerja,dorang lagi tua dari timah .timah baru 18 tahun abah,hari hari toreh getah abah tak kisah pon"aku puas
"kau kau tunggu aku tahu macam mana nak ajar kau"abah masuk kebilik ku,wallet ku diselongkar.
"abah nak buat apa dengan ic timah"tempikku.abah menghidupkan enjin moto.
"esok aku nikahkan kau dengan ucop..kau tahu nasib kau"
"Allah..."aku terduduk.bagai bulan rebah ke bumi.jantung aku berhenti berdegup.ibu memelukku meraung.aku sudah kering airmata mendengar kata kata abah.
"timah,pergi rumah tok penghulu,suruh dia datang ke rumah sekarang"pinta ibu.aku salin pakaian,kain batik aku tukar dengan seluar trek,t shirt lengan panjang ku sarung dan selendang aku selempag ke belakang.c70 itu aku tunggang kerumah tok penghulu
"hah ada apa timah datang malam malam ni"soal tok penghulu
"mak suruh tok pergi rumah,ada benda nak bincang"balas ku
"hah baik,jap lagi aku sampai dengan makcik kau"aku pulang ke rumah.
"aishh lampu ni buat hal pulak"lampu motor tiba tiba tidak menyala.tiba tiba...kedebushhh.aku jatuh dalam parit.binawe punya kereta,jalan sikit punya besar dihimpit aku.mpv itu mengundur.pemandunya turun dan menghampiriku.tangan dihulur.aku capai tangan itu untuk naik kedarat.
"motor"keluh ku.
"sorry"lelaki itu meminta maaf.
"eemmm ok ok"tanpa melihat wajah nya aku memaafkan.moto itu lagi penting dia pesalah.esok aku nak pegi menoreh naik apa.akal ku mula berjalan
"saya hantar timah balik"aku tersentap.mana dia tahu nama aku.dia..izwan
"eh tak pa..saya basah..saya jalan kaki je.."aku menarik motor ku naik...izwan membantu
"eh timah,kau kenapa"soal tok penghulu yang lalu disitu.
"jatuh,lampu moto tak nyala"ujar ku.
"habis tu nak balik macam mana ni"soal tok penghulu.isterinya yang turun dari moto membatu aku membuang rumput dibadan
"takpa penghulu saya hantar"eh dia volunteer pula..
"eh takpa timah balik jalan kaki"tolak ku
"biarlah cik izwan hantar jauh nak berjalan"ujar lelaki separuh abad itu
"macam ni lah,timah bawa moto tok,tok dengan makcik naik kereta encik izwan,timah basah,nanti basah kereta cantik cantik ni"aku mencuba.
"ok"lelaki itu dan tok penghulu setuju.aku mengekori mpv itu.sampai dirumah aku mandi dan salin pakaian.baju kelawarku aku sarung dan dsarung pula cardigan berkait diluar.selendang ku aku selempangkan.kopi aku hidangkan.
"kejap timah panggil ibu"ibu baru selesai solat isyak aku hampiri perlahan
"ibu tok penghulu dah datang.encik izwan pon ada"ujar ku
"eh ibu kenapa dia datang"soal ibu
"nanti timah cerita"ibu menyarung tudungnya dan aku pimpin dia ke ruang tamu.aku macam biasalah duduk bertapa dekat meja makan.alas meja aku tatap sampai tembus hahaha
"ada apa jah suruh aku datang"tok penghulu mulakan bicara
"eh kenapa kepala kau jah"makcik asiah isteri tok penghulu perasan akan bengkak di dahi ibu.ibu diam.
"timah ibu kamu ni kenapa"disoalnya aku.
"abah tolak ibu pasal marah kan ibu tak bagi geran"ujar ku.ibu menoleh.
"biarlah semua dah tahu perangai abah kan"bisik ku pada ibu.rupa nya perilaku ku diperhati izwan.
"apo"bisik ku perlahan kepada izwan.aku tahu dia faham akan gerak bibirku.dia tersenyum.jarinya diletakkan dibibir menutup senyumnya
"melampau dah si nan ni"getus makcik asiah.
"jah suruh bang lan datang malam ni nak abang atur perjumpaan jah dengan encik ni esok tapi memandangkan encikkk...."diam ibu lama
"izwan,puan..panggil izwan"ujar nya
"izwan puan panggil izwan..dah la langgar aku"alas meja aku dikutil.
"memandangkan encik izwan dah datang malam ni senang lah kita selesaikan malam ni"ujar ibu.
"abang nan nak kawin kan timah dengan ucop anak toke lori esok"ujar ibu.mengucap panjang tok penghulu
"dah gila ke si nan ni sebab geran tu dia nak kawin kan dengan si ucop hantu kampung tu"marah tok penghulu
"ntah sape nak kawin dengan ucop malaun tu..ishhh"aku menyampuk
"timahh"ibu memberi amaran.badan izwan bergetar.tertawa barangkali
"apo apo"bisikku padanya.dia membaca gerak bibirku terdiam.jarinya diletakkan kembali kebibirnya.
"sebab tu jah nak minta tolong bang lan,bawa encik izwan ni datang esok,jah akan serahkan geran kebun getah tu,"aku terkejut
"ibu.."
"timah diam,"tegur ibu.airmataku mula mengalir
"tapi makcik ada satu permintaan,kalau encik izwan setuju,bukan takat kebun getah,geran tanah rumah ni dan geran kebun buah kat sana tu pon makcik akan serahkan pada encik izwan"semua terkejut
"ibu...apa ibu ni"nada ku sedikit tinggi.airmataku laju.izwan memandang aku kebingungan
"apa maksud kau jah"soal tok penghulu
"makcik nak cik izwan kawin dengan timah esok"semua terperanjat
"ibu...apa ibu ni,ibu nak jual timah ke,ibu sama macam abah"tangisanku makin kuat.makcik asiah datang menenangkan aku.
"dengar dulu penjelasan ibu timah"pujuk makcik asiah.hancur hatiku mendengar permintaan ibu
"kenapa jah,kenapa buat keputusan macam ni"soal tok penghulu.izwan sudah tidak senang duduk
"jah buat macam ni untuk kebaikan timah,kalau kata geran tanah ni jatuh ketangan abang nan,habis timah,"ujar ibu.
"nan nak boleh buat apa dah geran nama timah"tok penghulu juga sepertinya tidak setuju
"ucop,kawan nan,kalau dia kawin kan timah dengan ucop,timah akan jadi mangsa.dia akan paksa timah jual tanah"jelas ibu.
"jah kenal nan,dah masak dengan perangai dia"ujar ibu.
"tapi kenapa saya"soal izwan
"encik izwan je yang makcik nampak boleh tolong,encik izwan kawin dengan fatimah geran kebun tu encik izwan punya tak payah bayar apa apa dekat makcik,tanah kebun buah pon makcik bagi cuma minta tolong jaga amanah pegang geran rumah ini,ini satu satunya hadiah hari jadi timah dari makcik.tolong jaga dia bawa dia kekolumpo dan uruskan pengajian dia.makcik tahu izwan orang yang baik."izwan terdiam
"timah tak setuju"bentak ku
"timah pilih kawin dengan izwan dan ikut dia balik kolumpo atau kawin dengan ucop."ibu memberi pilihan
"dua dua sama juga ibu,timah tetap kena kawin,"aku menangis semahunya
"timah kata timah nak sambung belajarkan"ujar ibu
"ya tapi kan timah dah cakap timah nak jaga ibu"ujar ku
"timah ibu nak timah capai cita cita timah,ibu taknak jadi beban pada timah"aku berlari melutut depan ibu
"ibu ibu kita jual tanah kebun tu,ya ibu ikut timah,"rayu ku separuh gila.makcik asiah turut menangisi
"kesianlah budak tu"pujuk makcik asiah
"timah rasa abah takkan kacau timah ke,nanti dia kacau timah lagi untuk tanah kebun dengan rumah"ujar ibu
"kita jual semua ibu kita jual semua kat encik izwan,ibu ikut timah,timah taknak tanah semua ni timah nak ibu,"aku semakin hilang pertimbangan
"tak boleh kalau dijual sesen pon timah tak dapat"jelas ibu
"ibu timah taknak timah nak ibu,timah nak jaga ibu"aku merayu sehabis tenaga
"siti fatimah binti adnan,dengar cakap ibu"tempik ibu.aku diam.tangisan ku masih berbaki
"timah,kau fikir masak masak dulu,ni anak kau timah"ujar makcik asiah
"kak..jah sehabis fikir,jah kena bertindak dulu sebelum abang nan,demi masa depan timah"airmata ibu menitis.aku bersandar didinding mengelap airmata.tiada apa yang aku dapat pertahankan untuk diri aku sendiri.aku buah caturan.izwan memandangku lama.
"saya setuju,dengan syarart pernikahan kami perlu dirahsiakan"ujarnya.aku tidak semena menyinga.
"aku taknak taknak"kaki izwan aku tendang semahunya.makcik asiah menarik aku jauh.tangisan aku makin laju.
Aku menenangkan diri di pelantar.tangisan ku sudah kering.tak dapat aku bayangkan kehidupan aku selepas ini.mereka berbincang tentang hari esok.sebagaimana gelap suasana malam ini,begitulah agaknya kehidupan aku seterusnya SITI FATIMAH kau hanya caturan.
kedengaran suara tok ketua di anak tangga.sudah selesai agaknya.
"esok pergi menoreh"izwan menghampiriku.aku mengangguk
"esok pergi dengan apa"soalnya lagi
"jalan kaki"balasku
"selalu pergi pukul berapa"soalnya lagi
"5.00pagi"dia diam.
"balik dulu ya"aku diam.kedengaran bunyi enjin keretanya dan moto tok penghulu berlalu pergi.keluhan berat ku lepaskan.ku raut wajah membuang keluhan.aku masuk kerumah dan mengemas cawan cawan.
"ibu minta maaf,ibu tahu ini yang terbaik" ujar ibu yang masih disofa.tangan aku ditarik ibu agar aku duduk disisnya.
"ibu tahu timah sayang ibu,ibu pon sayang timah,tapi kebahagiaan timah lebih penting dari ibu"ujar ibu.
"ibu...timah minta maaf"ibu aku peluk seeratnya.
"timah nak duduk dengan ibu"rayu ku
"ibu dah bincang dengan izwan,timah boleh tinggal dengan ibu sementara dia uruskan pengajian timah"ujar ibu.aku mengangguk.abis tu kalau aku sambung belajar ibu??sapa nak jaga??aku malas memanjangkan cerita.kesihatan ibu lagi penting.
Rutin harianku,tiada semangat nak mengadap pokok hari ini.
"kenapa kereta ni ada kat sini,bukan semalam dah balik ke.."mpv izwan ada dilaman rumah ku.
"dia buat apa pukul 5 pagi"aku perlahan pergi ke mpv itu.cermin gelap.ada orang ke.
CRETTTTTTTTT cermin dibahagian pemandu diturunkan.aku tersentak kebelakang.
"buat apa pagi pagi buta kat sini"kena siasat,manusia sekarang bukan boleh percaya.
"kata pergi menoreh pukul 5"ujarnya
"ha ah,dah tu encik izwan buat apa kat sini"soalan aku dia tak jawab lagi
"nak hantar kau la"aku...bila aku suruh dia hantar aku.
"jom la,"ajaknya
"eh takpe aku pergi sendiri"takut aku.mana tahu tiber dia bawa lari aku,bunuh aku..ee...seram.
"cepatlah...aku tunggu dari tadi"
"ada aku suruh kau datang,dah pegi balik aku dah lambat"aku meneruskan jalan ku.
"woiii"bakul aku pegangnya pinggang aku dirangkul kemas.dicampak aku kedalam keretanya.dia berdiri di pintu memandang aku.
"mana aku tahu nak bawa kereta"moto aku tahu la..nak bagi aku langgar semua pokok ke??
"bukan kau bawak,aku la,sana sana"ujarnya.ooopppss termalu pulok.hanya suara radio kedengaran.nak cakap apa.pasal nikah kami...oh tidak sama sekali
"hari hari kau keluar time macam ni"dia bersuara
"ye.."
"beraninya kau"soalnya
"apa nak takut"jawabku bersahaja
"gelap sunyi,kau tak takut"disoalnya lagi
"nak takut apa,Allah ada,sunyi dalam kubo lagi sunyi"dia terdiam.baru tahu...padan muka.
aku turun dari kereta dan membawa bakul bekalan.
"eh kau ni dah kenapa pula"asal la mamat ni.aku nak menoreh takde hari nak cari gaduh.dah la dah lambat.uishhh...hati aku bercakap dari tadi
"nak tahu juga kenapa kau sayang sangat kebun ni"eh eh mamat ni
"betul nak tahu"dia mengangguk
"hah jom"lampu suluh aku nyalakan.aku letak bekal ku di pondok.pisau toreh aku keluarkan.aku mulakan kerja ku.dia mengikut setiap langkah ku.takut la tu.
"kau ni kenapa,takut ke"tersondol sondol
"nyamuk"ujarnya.lawak pula aku tengok dia ni.
"nah amik ni"aku hulur ubat nyamuk.dia buat muka pelik pula..tak pernah tengok ubatnya nyamuk kot.
"ni namanya ubat nyamuk..."ubat nyamuk itu ber tukar tangan.izwan memeriksa telefonnya.cahaya terpancar ke seluruh wajahnya.terkejut aku.dah la sunyi tiba nampak kepala je..seram.
"aku pasang lagu boleh"pintanya.
"boleh tapi jangan kuat sangat"ujarku.lagu omputih dia pasang mana aku tahu.aishh nak tumpang melalak pon tak boleh.izwan asyik dengan telefonnya.berbatang pokok aku tinggal dia.tidak diperasannya.aku membiarkan sahaja.
"hoh"aku disergah dari belakang.aku hampir terjatuh tapi tangan aku dicapai dan ditarik izwan.bibir kami bertemu
"piuhhhh,puihhh"aku kesat bibir aku.
"kau pehal,nasib baik pisau ni tak kena kau tadi"uishhhh uishhh.gila.aku membuang malu.izwan mengetap bibirnya.dipegang dengan jari.
"kau bertanggungjawab dengan apa yang kau curi dari aku"dia membongkokkan sedikit badan nya ke arahku.
"aku curi apa"apa benda aku curi..kejap...mari kita fikir...
"tadi,kau cium aku"pipi aku hangat..badan izwan aku tolak jauh
"kau yang mula,sapa suruh sergah macam tu,"aku kembali menoreh.
"dah kau tinggal aku"ujarnya
"sebab kau asyik dengan tepon,dah kalau macam tu yang pegang tangan aku kenapa"aku tak mahu kalah
"kalau aku tak pegang kau jatuh"lawannya
"biar lah jatuh,aku yang sakit bukan kau"ish tak boleh aku.izwan diam.silap orang la kau nak cari pasal.
"hah cepat la,kang kata aku tinggal pula"tempik ku.mentari bangun dari kegelapan.6.45pagi.ketika fajar sedang terbit pemandangan yang paling indah.kami duduk di pondok mengadap mentari yang sedang naik
"kau nak tahu kenapa aku sayang kebun getah ni..sebab ni lah.."pemandangan matahari terbit paling cantik dikampung aku adalah di kebun getah atok.ada beberapa jurugambar mengabdikan pemandangan indah ini dengan lensa kamera mereka.
"cantik"ujarnya.aku menuang kopi panas untuknya.dihirupnya.
"tenangnya"ujarnya lagi
"kan,sebab ni aku sayang sangat kebun getah ni,selain punca rezeki aku,kenangan benda yang tak dapat dibeli,kalau kawasan ni dah dibangunkan aku dah tak boleh tengok benda semua ni dah"nada aku sedikit getar.izwan diam.cahaya dicelah pohon getah memancar tepat kemukaku.aku turun kan sedikit topi agar terlindung.rupanya kelakuan aku diperhati dari tadi.
"nah.."aku sua bihun goreng yang aku goreng pagi tadi
"kau goreng ke"piring berisi bihun bertukar tangan
"ye lah..abis tu sape nak goreng."seloroh ku.dia diam.disuap bihun kemulutnya.
"makan cepat aku tunjuk kau sungai."
Kami berjalan lebih kurang 500 meter dari kebun getah atok..ada sebuah anak sungai yang bersih.izwan kelihatan teruja.
"kau rasa berbaloi ke aku jual kebun ni untuk dijadikan perumahan.nanti habis hilang semuanya."aku berpendapat.kami pulang semula ke pondok.izwan meneliti beberapa keping gambar yang diambilnya.
"kau dah habis belum menoreh.."soalnya
"belum lagi beberapa baris"ujarku
"agak agak pukul berapa siap"soalnya lagi
"pukul 8.30@9 macam tu kenapa"pelik mamat ni
"takpon kau siap kau call aku"ujarnya lagi
"aku mana ada tepon"balasku.
"ok jap lagi pukul 9 aku datang amik kau,aku balik bilik dulu"ujarnya
"eh tak yah susah susah aku balik jalan kaki"tolakku
"kau boleh tak jangan bantah cakap aku."dia melangkah setapak demi setapak kehadapan.aku makin mengundur kebelakang akhirnya aku bersandar pada pokok getah.perlahan lahan di membongkokkan badan nya.
"kau kejap lagi kau nak jadi isteri aku,kalau kau berani balik la jalan kaki,kau tahu nasib kau malam ni,"tudung aku dilurut dengan jari..tertelan air liur aku dengar ugutan dia.habis aku.dia berjalan sambil ketawa.selesai menoreh aku menunggu izwan ditepi jalan.
"timaahhh"ucop..bisik hatiku.kehadirannya membuatkan aku kurang selesa.pian anak sulung makcik shamsiah juga.gandingan sahabat baik yang jadi bualan orang kampung.kutu rayau.
"kau nak apa"ujar aku.aku sedikit kebelakang.
"lepas zohor ni kita dah nikah...eii tak sabarnya"ujarnya.tangannya memegang tudungku
"sapa nak kawin dengan kau"jelasku
"abang nan dah setuju,ucop dah lama peratikan timah,akhirnya timah akan jadi milik ucop"dia dan pian tertawa.mpv izwan sampai.
"sape pulak"mengomel.
"timah mari saya hantarkan"ujar izwan dari dalam keretanya
"eh tak pe cik saya hantar bakal isteri saya balik"ujar ucop.izwan turun dari keretanya dan menuju ke arah ku.
"saya ada urusan dengan fatimah berkenaan tanah ni,maaf ya"ujarnya.
"jom fatimah saya hantarkan"aku gugup,ketakutan,andai lewat izwan tadi habis aku.lengan aku ditarik izwan.
"kau dah kenapa"bisiknya.eemmm wangi.bau badannya menusuk hidungku.aku mengikutnya.bakul ku diletakkan di belakang,aku masuk kedalam mpv itu.tali pinggan ku dipasang izwan.ucop dan pian bengang.mpv itu menuju ke rumah.ibu berada ditangga.bakul ku aku ambil dan diletakkan di anak tangga.ibu aku pimpin ke pelantar.izwan juga duduk disitu.aku menyapai pencakar lalu membersihkan laman.
"banyak nya pokok buah"izwan memulakan perbualan
"arwah atok timah suka bertanam,tapi bukan untuk jualan tapi untuk sedekah"ujar ibu
"ini baru sikit kat kebun ada lagi,"ujar ibu.
"seronok lah boleh makan buah"ujar izwan
"nanti selalu la balik,musim buah lagi seronok"seloroh ibu
"insyaAllah"izwan memerhati sekeliling.
"timah tu budak lagi,baru 18tahun,semalam hari jadi dia."ibu tenang menyembunyikan duka
"ibu minta maaf menyusahkan izwan,ibu takde sapa lagi dah ibu nak minta tolong selamatkan timah"nada ibu sedikit getar.izwan mendengar khusyuk
"ibu ni ntah esok lusa ibu mati,sakit ibu takde ubat melainkan mati"ujar ibu lagi.aku tak sanggup mendengar kata kata ibu.aku masih belum bersedia untuk kehilangan ibu.
"ibu harap izwan dapat jaga dia,kalau dia degil atau buat silap tegur dia,jangan sekali kali naik tangan pada dia,dia cukup sakit selama ini diperlaku seperti bola oleh abah."izwan kelihatan sedikit terkejut.dia menoleh kearah ku.aku mengalih pandangan mengesat airmata
"timah jenis kasar tapi manja,lagi satu dia cuai sikit dan terlalu berdikari,tengok la usia dia dah menoreh sorang sorang tanah seluas tu"kedengaran ibu batuk batuk.aku naik ambil air suam untuk ibu.ibu minum perlahan lahan.
"andai satu hari nanti,izwan dah jumpa orang yang sesuai dan setaraf dengan izwan atau izwan memang tak boleh sayang dia,lepaskan dia secara baik.jangan siksa dia ya."aku memeluk ibu.airmata aku mengalir seperti sungai.
"paling penting tolong dia sambung belajar sebab itu impian dia"pinta ibu
"insyaAllah puan"jawab izwan.
"ibu,kejap lagi nak jadi menantu dah"ibu tertawa
Tok penghulu dan tok kadi serta beberapa saksi sudah tiba.aku memakai baju kurung tahun lepas dan tudungku ku selempang kebelakang.bibirku aku sapu sedikit lipbalm dan aku sapu bedak silky girl.siap.kawin koboikan.izwan dan peguam dan setiausahanya juga tiba.kedengaran moto abah memasuki laman.
"maaf lambat,ramainya,eh encik izwan pon ada"ujar abah.ibu tenang.aku duduk diantara ibu dan makcik asiah.gementar.seluruh badanku ketar.jantungku berdegup kencang.apa nak jadi lepas ni aku redha.izwan kelihatan tenang.
"nan bak ic timah"pinta tok penghulu.abah menghulurkan ic aku kepada tok penghulu.
"ic pengantin lelaki"pinta tok kadi.izwan dan ucop mengeluarkan ic serentak.
"sampai dua bagai,mana satu yang nak jadi suami ni"soal tok kadi.
"yang ini"abah menarik ucop.
"kamu yang nama khairul Izwan"soal tok kadi
"saya"jawab izwan
"bak ic kamu"pinta tok kadi.
"apa ni bang nan,bang nan kata timah tu saya punya"abah dan ucop berdiri dibawah
"nan naik nan"panggil tok penghulu.tapi tidak di endahkan abah
"adnan aku kata naik selesaikan dulu pernikahan anak kamu"abah akur.selesai akad nikah tok kadi dan saksi bersurai
"sapa yang plan ni,kau jah?"soal abah
"ya jah yang rancang,jah buat demi timah"ujar ibu lagi.
"kau duduk nan,kau jangan marah marah macam ni,"ujar tok penghulu
"kau setuju atau tak dorang dah nikah pon"abah terus turun dengan amarahnya.abah pergi meninggalkan kawasan rumah
"sementara ni,fatimah tinggal kat sini sampai segala urusan pengajiannya selesai,lepas tu fatimah akan ikut izwan ke kuala lumpur.tentang puan khatijah kami sedang mencari hospital yang terbaik untul merawat penyakit puan.bermula esok akan ada nurse yang akan jaga puan pada belah siang.semua kos akan ditanggung izwan"ujar peguamnya.ibu bersetuju dan semua bersurai.yang tinggal hanya aku,ibu dan izwan.
"terima kasih izwan"ujar ibu
"tak pa ibu dah jadi tanggung jawab wan"dipimpin ibu masuk kebilik.aku membawa masuk segelas air suam untuk ibu makan ubat.izwan duduk dihujung kaki ibu diperhatikan bilik ibu yang agak usang.bantal ibu aku tepuk tepuk.ibu berbaring.
"ibu nak makan tak"soalku
"ibu tak nak ajak izwan makan,"ujar ibu.aku diam.
"izwan tido sini ke malam ni"izwan tersedak.
"dia balik bilik dia,dia ada kerja"jawab ku bagi pihaknya
"ibu tanya izwan bukan timah"
"malam ni izwan tido kat bilik lagi sebab ada banyak kerja nak buat,nak kena guna internet.esok wan tido sini sebab lusa wan nak balik dah"jawabnya.
"takpe lah macam tu,eh timah ajak suami makan"ujar ibu
"timah mana masak apa pon ibu,tak sempat beli lauk"bohong ku
"kita makan kat luar la,ibu ikut sekali ya"ajaknya
"eh tak payah lah,ibu dah makan bubur tadi,masih kenyang"tolak ibu
"kau pegi sorang la akku nak jaga ibu"ujar ku
"adoii"ketam batu hinggal dilengan aku
"cantik bahasa cakap dengan suami"marah ibu
"dah tu nak panggil apa,izwan awak.."belum sempat habiskan ayat
"panggillah abang ke,zaman sekarang ni panggil apa sayang,bie,baby hah macam macam lah kan manis tu,manja je bunyi"seloroh ibu.izwan ketawa kecil.
"abang pegi sorang sorang ye,timah nak teman mak"ujarku.lagi panjang ketawanya
"eh jangan nak mengada,ibu takpe makcik asiah kau datang kejap lagi,pegi ajak izwan makan kesian dia lapar"marah ibu
"ha ah lapar,sayang abang lapar"ditepuk perutnya berkali kali.menyirap darah aku..kau tunggu khairul izwannnnnn....geramnya..nasib hati aku ni tak boleh didengar kalau tak bertong tong aku maki.
"timah solat dulu,sementara tunggu makcik asiah datang."aku bangun dan pergi ke bilik.aku tutup pintu nak salin baju tapi pintu bilik aku ditolak.izwan..
"kau..."
"ibuuuuu..timaahh"diugut untuk beritahu ibu aku berkasar bahasa denganya
"abang sayang nak buat apa masuk bili timah"dilangkah masul bilik aku terus dihempas badannya ke katil ku.
"ahhh...ngantuk plok"ujarnya.aku berdiri dipintu.jantung aku laju.takut dia apa apakan aku.katil aku dihenjut.katil yang hampir uzur itu berbunyi.aku memgang bahunya menyuruhnya berhenti.
"reban jap lagi tido atas lantai aku jap lagi"marahku
"apa,aku..ibu..."tempiknya aku menekup mulutnya.
"timah timah"aku menyerah kalah kali ini.
"jangan kacau ibu tido baru lepas makan ubat kot"ingatku
"ni katil timah?"soalnya
"ha ah,jangan la henjut nanti reban jenuh"risauku
"abang nak test ketahanan mana tahu tengah sedap tiba reban."telinga aku panas..ermmmm..eeiiiiiiii...jariku aku genggam serapatnya..macam nak tumbuk je muka tu..aku ke bawah untuk amik wudhu...tudungku dipakai kembali.izwan masih dibilik terbaring diatas katil.aku menunaikan solat asar.selesai solat kakinya aku kuis perlahan.tidak bergerak
"aishh takkan mati sebab lambat makan"cuak juga aku.nanti tak pasal pasal masuk penjara.tak nak aku.aku membongkokkan sedikit badan ku.matanya terbuka.terkejut aku.aku tersandar ke dinding
"uishhh boleh luruh jantung tau tak"marah ku.izwan seronok ketawakan aku.aku membaiki tudung didepan cermin.lip balm dioles lagi.bedak aku dap dap..
"cantik sayang abang"aku berlaga dengan almari.
"aduh"izwan gelak dan keluar.
"amboi hepinya pengantin"suara makcik asiah.aku kena cepat entah apa nanti dia kelentong
"makcik asiah baru sampai ke"soal izwan
"dari tadi lagi.sakan korang ye,gedegung gedegang"tawa makcik asiah memanjang
"eh mana ada.orang tinggi sangat lebih had ketinggian"ujarku.
"pergilah korang cepat ,kesian izwan tu lapar"
"ibu nak pesan apa apa tak ,"dijengol kepalanya ke pintu bilik ibu
"takde pape,korang pergi lah"ujar ibu
"ibu kami pergi dulu ya"aku minta izin.mpv itu meninggalkan laman.izwan membawa aku ke bandar.apa yang dicari pon entah
"kata lapar"ujarku.
"lapar la"jawabnya
"dah tu nak buat apa kat sini"kedai perabot..nak makan kerusi meja ke dia ni
"abang lapar,nak makan timah"dengan selamba dia keluar dari kereta.izwannnnnnn tempik ku dalam kereta.nasib semua tingkap tertutup kalau tak bergema satu bandar.izwan tertawa.dia ingat aku badut tukang buat dia gelak.aku turun dari kereta.pintu aku hempas kuat
"jahanam la"ujar nya.telinga dia aku tarik kuat.dia mengaduh.kami melihat perabot bilik.di cuba tilam untuk ibu.menggantikan tilam ibu yang terlalu nipis.diganti juga perabot bilik aku.habis duit sungguh la si izwan ni.bising hatiku.barang akan dihantar esok memandangkan hari sudah petang.dibeli beberapa helai baju untukku
"baju timah banyak lagi tau tak"ujar ku
"abang buka almari timah,semua lusuh,timah tak pernah beli baju ke"soalnya
"prinsip timah jimat selagi boleh,pakai selagi boleh,yang penting ibu sihat"ujar ku.baju yang dipegangnya disangkut semula.dia memelukku dengan tiba tiba.
"abang minta maaf ya,abang tak patut cakap macam tu"belakang ku digosok,dahiku di kucup.satu perasaan aneh kurasakan.pipiku menjadi hangat.
"abang beli baju untuk timah,nanti pakai ya"ukar izwan.aku diam.kad kredit di keluarkan
"mahal ni"aku segan.aku menolak.
"abang beli untuk isteri abang,abang nak isteri abang nampak cantik"dia tersenyum.Allah hensemnya.giginya yang putih tersusun elok menampakkan taring manis ditepi,lesung pipit yang dalam.ais kutub utara mencair oiii.kami keluar dari butik tersebut dan pulang memandangkan hari dah malam.risau ibu sorang dirumah.
"assalamualaikum"izwan memberi salam.tok penghulu,makcik asiah dan ibu ada diruang tamu.
"maaf kami balik lambat"pintaku.
"eh takpe tok lan memang nak jumpa ibu kamu."
"kejap timah buatkan kopi"
"eh tak payah,kami pon dah nak balik"pasangan suami isteri itu bangun.aku mohon maaf yang teramat sebab pulang lewat.segan.izwan memimpin tangan ibu masuk kebilik.lampu dan pintu bilik ibu ditutup.izwan masuk kebilik.bajunya dicabut.aku menjerit.ditekup mulutku dari belakang.
"jangan bising,ibu tidur."bisik izwan.
"awak buat apa ni..."bisik ku sedikit getar
"awakkk..."
"abang buat apa ni"betul ku
"cabut baju la nak mandi"ujarnya.tangannya aku tepis.aku buka almari dan menghulurkan tuala kepadanya.tak sanggup aku lihat badannya yang tidak berbaju.tuala di sarungkan kebadannya.aku mengemas didapur.
"sayang nak mandi macam mana"panggilnya
"cebok la"ujarku.dia kelihatan sedikit dungu.aku menurunkan kendi kedalam telaga dan aku tarik..lalu aku siram kebadannya.dia menjerit kesejukkan.aku berlari naik keatas.dia mandi walaupon kesejukkan.
"sejuk"soalku
"sejuk tapi best..nanti kita mandi berdua ya"dia buat dah.izwan bersiap siap untuk pulang.aku mengikuti izwan dari belakang.mpv nya di parkir dibawah pohon ciku.aku duduk dipelantar,dia yang mahu membuka pintu kereta berpatah semula kearah ku.dia berdiri didepan ku.
"apo"soalku
"esok pergi menoreh"soalnya
"pergi la,kenapa"soalku
"pukul 5 kan"soalnya
"ha ah."
"tunggu abang datang amik"ujarnya
"eh tak payah,timah pergi jalan kaki"ujarku
"jangan nak mengada"amarannya
"ish...takpelah...dah biasa lah"bibirku dikucup izwan.aku terkejut.dia terus masuk kekeretanya.
"esok tunggu abang datang amik jangan mengada nak pergi sendiri."muka izwan kelihatan merah.malu barang kali.pipi aku hangat.
"naik"tempik nya.aku berlari naik keatas.hilang saja kereta itu dari pandangan ku pintu ku tutup rapat.
Jam dah 5.30,izwan masih belum sampai.aku jalan perlahan lahan.mungkin kami bertemu di tengah jalan.izwan...mpv itu berhenti mengejut.aku tersentak.
"nak mati ke"marah ku
"apa cakap kat suami macam tu"dia tersenyum.aku masuk kedalam kereta.
"maaf abang lambat,abang habis kerja lewat"jelasnya.aku hanya terdiam.mengantuk.
kali ini dia lebih sedia,disiap lampu suluh dan spray penghalang serangga.dia ikut aku dengan dekat.baju ku di pegang.sesekali aku kuis tangannya.dia tetap pegang bajuku
"ni nak apa sebenarnya"aku mula geram
"kenapa timah tak cakap dengan abang"soalnya
"laaa..itu je ke"dia mengagguk
"timah ngantok,semalam pukul 3 baru tido,kemas bilik,simpan baju yang abang beli.buang yang mana dah teruk. pukul 4pagi ibu selalu bangun makan.timah kena teman ibu sampai pukul 5.lepas subuh datang kebun.mengantok tau tak."aku kembali menoreh
"maaf la"izwan merengek.
"ya ya."sesuatu di letak di telingaku.kedengaran lagu yang dimainkan dari telefonnya
"apa ni"soalku.aku bodoh bab teknologi.mana taknya tv pon tak pernah tengok.punya kuno manusia bernama SITI FATIMAH
"earpod"ujar naufal.aku mengangguk konon faham.aku sambung menoreh.berbaki lagi beberapa baris aku berhenti rehat.hari ini aku buat nasi lemak.ibu minta nasi lemak lama tak makan katanya.aku senduk nasi kedalam pinggan dan kuberikan kepadanya.
"sedap,sayang buat ke"aku mengangguk.kopi ku tuang kedalam cawan.berselera aku lihat izwan makan.minta ditambahnya.hatiku berbunga.izwan duduk dipondok.aku sambung menoreh baki lagi beberapa baris.telefonnya diberi padaku untuk aku mendengar lagu.tiba tiba telefonnya berdering.SAYANG dan gambar seorang perempuan.cantik.
"abang..ada orang call."aku berlari menuju ke pondok.telefon berdering lagi.earpod aku sumbat ditelinganya.izwan terjaga.dia menjawab panggilan itu.belum sempat sebelah lagi earpod aku beri kepadanya dengar suara wanita itu
"sayang bila u nak balik KL,i rindu tau"ujar wanita itu.aku diam.
"i balik esok"ujarnya.setiap butir bicaranya kudengar.sehingga panggilan itu ditamatkan.Dia sudah punya tunang di KL.kenapa harus aku kecewa.perkahwinan ini bukan keinginan ku.aku menghabiskan baki pokok untuk ditoreh.aku bersiap untuk berkemas.
"kita pergi bandar hari ni,abang nak beli baju abang nak tinggal kat rumah"ajaknya
"timah nak jaga ibu,kesian makcik asiah,susahkan dia pula"alasanku
"hari ni ada nurse jaga ibu,abang upah"ujarnya
"timah nak rehat letih"alasan ku lagi.
"ala boleh la,esok abang dah nak balik"pujuknya.
"nanti perabot yang kita beli semalam sampai,takde sapa kat rumah pula"alasan kukuh.izwan diam.seperti tahu tahu je toke kedai tu,perabot sampai.satu persatu diangkatnya naik dan dibawa turun.selesai semua aku mengemas baju bilik ibu.nurse yang diupah naufal didapur menyediakan makan untuk ibu.
"ibu,wan ajak timah beli baju wan nak simpan sini ,timah tak bagi"menipu ye..getus hatiku
"biar lah timah,izwan nak balik sini nanti tak payah bawak baju dah."tegur ibu
"timah letih bu,"ujarku
"tak baik ingkar cakap suami"kata ibu.baju ibu sudah siap aku kemas.
"baik ibu"aku bangun.tangan izwan aku tarik.aku turun ke laman dan masuk ke keretanya.izwan juga masuk
"sayang takkan nak pakai macam ni"tawanya.aku keluarkan earpod yang berada di telinga kananku dan aku beri padanya.dia diam
"abang ingat hilang tadi,nasib baik ada pada sayang"disimpan earpod itu
"berhenti panggil saya sayang,"tegasku
"kenapa pula"
"sayang awak ada di kolumpo sana"izwan diam
"saya dengar semua perbualam awak tadi,saya tak nak ganggu kehidupan awak,dengan siapa awak bercinta,bertunang,itu kehidupan awak,dan saya walaupon isteri awak yang sah ,saya takkan tuntut apa apa pon hak saya dari awak...jangan mainkan perasaan saya.."kata kata ku laju.kenapa cemburukah aku
"maafkan abang,sayang"tangan aku dipegang.aku rentap kasar
"jangan panggil saya sayang"marah ku
"timah abang tak bermaksud nak tipu timah,memang dia tunang abang,dah 3 tahun kami bertunang,tapi timah isteri abang,keutamaan abang"jelasnya
"saya tak nak tahu siapa dia,dan siapa saya,saya cuma tak nak awak mainkan perasaan saya.perkahwinan ni sementara saja,jadi kita tak boleh ada apa apa perasaan"marah ku
"sayang,sayang,tengok abang"bahu aku dipegang mengadapnya
"sayang cemburu ke"dia tersenyum
"sapa kata saya cemburu"geram.dia ni tak faham ke buat buat tak faham.
"ada abang kata perkahwinan kita sementara,ada ke abang kata antara kita tak boleh ada perasaan,ada ke abang kata sayang tak boleh tuntut apa apa dari abang"panjang soalan.mana satu aku nak jawab
"awak minta perkahwinan kita dirahsiakan,awak pon taknak perkahwinan ni,tapi sebab gerankan.bakal isteri yang akan awak iktiraf isteri yang di KL tu"marah ku membuak buak.
"abang minta rahsiakan sebab abang tunggu masa untuk terangkan pada keluarga abang.abang takde pon suruh sayang menidakkan hak sayang,perasaan sayang.perkahwinan kita ni abang bersyukur sangat sebab sayang jadi isteri abang"matanya menatap wajah ku.aku menoleh menatap pokok ciku.biar pon dia hanya pokok sekurang kurangnya dia tak menyakitkan hati aku.
"hari pertama abang nampak sayang dekat kebun tu abang suka dengan gelagat sayang,tambah dengan apa yang menimpa sayang abang lagi nak kenal siapa SITI FATIMAH ni."hidung aku dicuitnya.aku diam
"sampai abang siasat latar belakang sayang,ibu,abah dan keluarga cik shamsiah.tiba timbul perasaan yang abang nak dan kena jaga sayang.tapi sebenarnya abang dah mula suka dan sayang sayang .abang nak hidup dengan sayang."ujarnya.wah panjang lebar ayat manis dia susun
"berapa tan gula minum hari ni"soal ku
"kenapa"soalnya
"ayat bersemut sangat"perli ku.izwan gelak
"awak gelak kenapa?"soal ku
"awak...ibuuuuu"mulut nya aku tekup agar tidak didengari ibu.aku diangkat keribanya.perlahan lahan bibirnya melekap pada bibir aku.jantung aku berdegup kencang.lembut sentuhan bibirnya.
PINNNNNNNN tiba hon berbunyi aku bingkas bangun sebelum orang perasan.aku duduk di seat sebelah.aku baiki tudung.muka aku terasa panas.izwan boleh ketawa.aku dah gelabah bewok malu.mana nak sorok oii
"jom siap pegi pekan"aku ikutkan.suamikan..hihi.berpasang pasang baju dibelinya.macam tak balik KL gayanya.kami pulang sebelum senja.nurse yang menjaga hanya sampai pukul 5 petang.bilikku yang masih berselerak kami kemas bersama.sesekali kepalanya terantuk bendul pintu.ketinggiannya melebihi paras pintu rumahku.aku...paras lengan dia je.ketot hahaha
"ibu nak makan?"aku bertanyakan ibu.ibu menggeleng.asyik melihat izwan memasang televisyen.izwan mengajar ibu bagaimana menggunakan remote.aku melipat baju diruang tamu.izwan menonton drama.
"jadi ke balik esok wan"soal ibu
"ha ah,lusa ada meeting pasal projek perumahan tu"jawabnya.
"bertolak pukul berapa esok"soal ibu lagi
"lepas asar ibu"jawabnya sambil tangannya menarik hujung tudungku
"timah kenapa pakai tudung dalam rumah?ada nak pergi mana mana ke"soal ibu.
"tak..timah lupa buang tadi"padahal aku segan.selama ini hanya aku dan ibu saja didalam rumah lelaki pon abah itupon jarang jarang balik.dah terbiasa agaknya.ibu mahu masuk bilik tidur.selesa katanya katil yang dibeli izwan.
aku mengemas baju yang dilipat.izwan mengikut ku seperti anak kecil.baju kami aku susun kemas.
"esok menoreh?"soalnya.
"ye.."jawabku
"cuti sehari boleh,esok abang nak balik dah,abang nak manja manja dengan sayang"ujarnya.
"kejap timah tanya ibu"setelah mendapat keizinan ibu aku masuk kebilik semula.
"ok"izwan menggelupur diatas tilam keseronokkan.dia menepuk tilam.aku kaku.nak buat apa ni.nak buat macam mana ni.aku gelabah.aku duduk dibucu katil.izwan bangun dan duduk disebelahku.tudung aku ditarik.rambutku yang ikal paras bahu terdedah.dia mencium rambut aku
"cantik rambut sayang."dibelai lembut.kami bercium.aku hanyut dalam ciumannya.tangan dia melirik.aku menolak sedikit dadanya.
"timah uzur,sorry"ujarku
"ye ke,ke alasan sebab takut"kenapalah dungu dia ni
"abang ada nampak timah solat hari ni,ada timah mengaji hari ni"dia terdiam.lampu tidur dipadam.aku tidur dalam dakapan seorang lelaki buat pertama kali.cekodok bilis dan mee goreng menu sarapan hari ini.izwan terjerit jerit mandi pagi.air perigi sejuknya kadang boleh sampai ke tulang.ibu dan izwan menikmati sarapan dengan penuh selera.Intan,nurse yang diupah izwan untuk menjaga ibu sampai.kami ke pasar untuk membeli barang dapur.izwan memegang tangan ku sepanjang jalan.dia tampak bergaya dengan kacamata hitamnya.selesai kami membeli barang dapur,kami pulang.masa untuk berkubang didapur.tempoyak udang petai lauk kegemaran izwan aku hidangkan.izwan berada dilaman membersihkan keretanya.
"abang jom makan,ibu dengan intan dah tunggu"aku panggil ikut tingkap.dia berlari anak naik .makan tengahari yang paling meriah bagi ku.aku bekal kan nasi dan lauk kegemarannya.bajunya aku lipat dan ku masukkan kedalam beg.izwan masuk kedalam bilik dengan beg kertas ditangan.
"sayang"ditepuk katil.aku duduk disebelahnya.
"ini hadiah perkahwinan kita dari abang untuk sayang"dikelurkan set barang kemas,seutas rantai leher,gelang dan cincin emas putih.rantai berloket berlian berbentuh hati berwarna putih,cincin disalut berlian putih halus dan gelang tangan halus.aku mengucap panjang.kali pertama aku punya barang kemas.dipakaikan satu persatu barang kemas tu ke tubuhku.
"terima kasih abang"keterujaan aku hanya Allah yang tahu.
"ini telefon untuk sayang"dikeluarkan telefon pintar dari beg kertas itu.diajar aku cara menggunakannya.warna,jenis dan wallpaper yang sama.dia menyeragamkan sama dengan telefonnya.airmata ku menitis.
"la nangis pula"
"timah dah lama nak ada telefon tak sangka hari ni timah dapat"airmataku dikesat izwan.
"hadiah hari jadi sayang,maaf abang lambat bagi"dahi ku dikucup.masa untuk kami berpisah.semua barang siap disimpan dalam bonet.bekal yang kukirim di letakkan didepan.izwan memelukku erat..dia lelaki pertama yang berjaya membuat aku sentiasa dambakan.berat hati untuk aku lepaskan dia pergi.airmata aku apatah lagi .laju mengalir.disalam dan dicium tangan suamiku.dahiku dicium buat kali terakhir.basah didahiku.airmatanya menitis.mpv itu hilang dari pandangan..aku duduk di pelantar.memikirkan apakah akan jadi selepas ini.
Telefonku berdering
"sayang"suara yang aku rindu.
"dah sampai"soal ku,
"ye..abang makan nasi yang sayang bekalkan"ujarnya
"makan la dulu nanti call lain" talian dimatikan.lega,dia selamat sampai.sebuah lori masuk ke laman rumah ku
"rumah khairul izwan ?"soal pemandu lori itu
"ya"jawabku pendek,di turun kan sebuah moto LC merah.aku sign borang.lalu aku mendail nombor izwan.
"abang beli moto?"soalku
"ha ah"jawabnya pendek
"abang,kenapa beli,bulanan dia timah takut tak dapat bayar"risauku
"abang beli cash,bulanan bayar kat abang"ujarnya
"kenapa beli mahal,Ya Allah abang ni,moto arwah atok tu boleh baiki lagi"ujarku
"biarlah,bawa moto elok sikit,kurang masalah,lagipun kalau nak baiki,sayang nak pergi menoreh guna apa"ha sudah apa aku nak jawab
"jangan kata nak jalan kaki"tekanya.aku tertawa.
"jangan buat leceh..,dalam laci dalam bilik ada kad bank,dalam tu ada duit,sayang gunalah buat belanja ya.no pin tarikh nikah kita"Allah lepas satu satu kejutan dia beri pada aku.
"tahu tak nak guna"usiknya
"tahu sebab selalu buat keluar duit ibu"
"amboi bab duit laju ye..guna untuk keperluan tapi jangan berjoli pula,abang dapat tahu abang rotan"tawanya
"ya..timah ingat pesan abang"
"tarikh nikah ingat tak "usiknya lagi
"ingat,14 februari 2014."ujar ku
"pandai sayang abang"tawanya lagi.dia memamg orang yang mudah tertawa.
"abang dah nak maghrib,nanti timah call balik ya"talian dimatikan
"
.
Share this novel
best lh novel ni pena biru terbaik sampai menangis akak baca akak tunggu bab seterusnya
Terima kasih...sabar lh ni..hihi..
best ceritanya..