Aku ambil keputusan untuk berhenti. aku tidak lagi perlukan segulung ijazah..aku hanya butuh masa untuk diriku, mencari ruang untuk aku pulih semuanya.. kembalikan kekuatan untukku teruskan hidup. sudah dua bulan abah pergi. begitu juga izwan hilang tanpa khabar berita.projek yang dijalankannya semakin rancak. aku mengusahakan semula kebun buah atuk.
"assalamualaikum "joji kamal dan syafiq menemuiku di kebun. mereka yang banyak memberi semangat kepadaku. kamal,pantang ada peluang, dia akan datang menemuiku walau hanya sehari.tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan izwan, digalasnya.ketika aku berada dititik terburuk hidupku, dialah mengiringku ke arah cahaya untukku gapai.. andainya aku masih single mungkin aku akan berpacaran dengannya.. tapi aku sedar, aku isteri orang. dan statusku masih ku rahsiakan dari kamal.
"kami datang nak makan buah free."canda joji.
"korang bukan exam ke."soal ku.
"lagi 3 minggu"ujar syafiq.aku membersihkan kebun atok. ku petik buah yang sudah masak untuk dijamu mereka
"timah taknak sambung belajar lagi kah"soal kamal
"dulu ya, tapi sekarang timah dah tak berminat, lagi pon takde siapa nak uruskan kebun dan tanah kat hujung kampung tu."ujarku
"tapi impian timahkan nak berjaya"pujuknya
"itu dulu tapi sekarang timah ada tanggungjawab yang perlu timah selesaikan, amanah yang abah tinggalkan untuk timah tunaikan"abah mau aku mewakafkan separuh pendapatan dari hartanya.daun pisang dari tanganku di ambilnya.,lalu dibakar longgokkan itu.
"tanah abah yang dekat hujung kampung tu timah ingat nak bela kambing dengan lembu la... dari terbiarkan"hasratku ku utarakan.
"elok juga idea tu. timah dah ada kebun ni so buka ladang ternakan pula lah."ujar kamal. kami berbincang mengenai proses.apa pun aku tetap memerlukan bantuan izwan. sebelum tidur aku cuba menelefon izwan, tapi nombor itu tidak digunakan lagi. apakah dia sudah melupakanku sepenuhnya. aku dan kamal ke pejabat yang berkaitan bagi menguruskan tentang ladang ternakku.Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar. hanya tinggal bawa balik induk sahaja.
"maaf minggu depan kamal tak dapat datang selalu, exam"katanya.wajahnya suram ditunduk ke tanah.
"eh tak apa.. timah faham"ujarku cuba memujuk
"tapi kamal risau timah"dia memndangku sayu
la, insyaAllah takde pape,kalau ada pape kamal orang pertama timah bagitahu"ujarku..ada senyum dibibirnya. tanpa kamal entah apa jai padaku agaknya
"assalamualaikum "daddy... aku bersalaman dengannya. dilabuhkan punggungnya dipelantar
"timah sihat"soalnya.
"alhamdulillah sihat, jemput minum daddy"kamal agak kehairanan.
"maaf daddy tak datang waktu abah timah meninggal"sedihnya
"tak pa daddy,semuanya dah selesai, daddy sihat"soalku
"daddy sihat, tapi soalan tu sebenarnya untuk izwankan"aku terkejut, macam mana dia boleh tahu apa yang ada dalam fikiran ku.
"maaf daddy lama tak jenguk timah, sebab izwan kemalangan. dia koma."cawan yang ditangan ku terlepas. kamal mengambil kain dan mengelap tanganku. dia cuba memahami
"macam mana dia sekarang, dah sedar ke"dato zaini hanya menggelengkan kepala
"dia kemalangan pada malam mummy umum akan pernikahan dia dan nelly"dato zaini cuba bercerita walaupon berat. airmataku menitis sedikit demi sedikit.
"izwan sudah terangkan pada mummy tentang pernikahan timah dan dia"kamal tersentak. ditenung mukaku mahu kepastian tapi aku tidak mampu untuk berterus terang. airmataku mengalir terlalu laju.
"mummy....seperti dialah, apa yang dah diputuskannya tiada siapa boleh bantah,mereka bergaduh, izwan keluar dari rumah bila dapat tahu arwah meninggal.dalam perjalanan kesini dia kemalangan dan koma sampai hari ni"riak bersalah terpancar diwajahnya..
"daddy sepatutnya datang dari awal tapi daddy lemah, tak mampu nak lawan kata kata mummy"ujarnya.
"daddy timah nak tengok abang"ujarku.aku menaiki kereta bersama kamal. dalam perjalanan aku berterus terang dengannya. wajahnya sedikit kesal
"maafkan timah"ujarku
"memang kamal terkejut, tapi itu dah jodoh timah kan, kamal cuma berharap timah kuat"dia cuba memberiku semangat walaupun dari wajahnya aku tahu dia kecewa.pintu bilik izwan ku tolak perlahan. kamal berdiri dibelakangku.
PANGGGGGG...pipi ku terasa perit. nelly melepaskan kemarahannya.aku berdiri dihujung kaki izwan. wayar penuh berselirat. tangisan ku kembali
"berani kau datang sini ye, kau punca dia jadi macam ni, kau yang buat dia terbaring kat sini, semua punca kau.. "baju ku ditarik nelly badan ku digoncang goncang.. aku tidak mampu berkata apa. hanya menangis.
"kau buat apa dekat sini, macam mana kau boleh datang sini"datin nora yang datang dari luar memarahiku
"maaf datin,saya datang nak jaga abang"ujarku
"siapa beri kebenaran"tengkingnya
"tapi saya isteri abang yang sah"ujarku dalam tangisan
"siapa kata kau menantu aku, hanya nelly yang layak mendampingi khairul, kau.. kau.. cermin muka dulu..."aku didorang oleh datin nora hingga terjatuh. kamal menganggkat ku.
"kau boleh berambus dan jangan datang lagi. "marahnya.
"tapi timah isteri abang"tangisan ku mula teresak esak
"kau tak faham ke maksud aku, hanya nelly yang akan jadi isteri izwan"dipeluk nelly yang teresak esak. aku merayu tapi tetap tidak diendahkan rayuanku. aku merendahkan maruahku hanya kerana dia suamiku. aku melutut dikaki datin nora dan nelly. aku merayu untuk terakhir kali sebelum habis tenagaku. tapi
"kau memang tak reti bahasa ke, aku kata berambus"tangan ku dipijak dan badan ku ditolak menggunakan kaki.
"timah.. tempik kamal
"apa pun kesalahan dia, datin tak berhak buat timah macam ni, dia bukan binatang datin."aku bangun lemah.
"kau sapa, boyfriend dia... tolong bawa dia keluar sebelum aku call security"ujarnya
"jom timah nanti kita datang lain ya"bisiknya.kami meninggalkan hospital dengan duka dihatiku. aku pulang kekondo. bilikku kutatap. aku meraung sekuatnya. aku sendiri.. aku berdosa kerana mencurigai suami sendiri
"abang, maafkan timah. "aku meraung sekuatnya. bilik izwan ku buka. segala gambarnya dengan nelly digantikan dengan gambarku. aku melirik kesetiap sudut. buku buku agama disusun rapi. Alquran pemberianku juga terletak elok. banyak sudah perubahan dibilik ini. baju ku didalam almari izwan. aku tidak perasan akan itu dari tadi.kerana sudah lama aku tidak pulang kekondo barang kali. aku berbaring dikatilnya.ku capai bingkai gambar kami dan ku tatap wajah yang aku rindui. aku terlena sambil mendakap gambarnya
Pagi itu aku ke hospital sendirian.aku menngelap badan izwan.. ku sisir rambutnya. tangannya kukucup berkali kali.
"abang maaf timah lambat datang jumpa abang"ujarku.airmataku menitis lagi
"abang rindu timah? timah rindu abang, rindu sangat sangat."ujarku. pintu bilik di tolak. datin nora..
"kau buat apa dekat sini."tempiknya. aku bangun dari kerusi. datin nora menolak badan ku keluar pintu, beg ku juga dicampaknya.. aku pulang ke kondo sendiri. disetiap sujudku aku tak berhenti mendoakan agar izwan cepat sedar. aku rindu semuanya tentang dia. seminggu aku berulang alik kehospital..walaupun aku di halau.. tetap aku pergi tapi hari semalam adalah hari terakhir aku izwan. dia dipindahkan kehospital yang tidak dapat aku ketahui.aku pulang dengan hampa. aku pulang kekondo.. barangku berada diluar.. password pintu juga ditukar. Ya Allah sungguh berat ujianMu untukku.aku pulang kekampung dengan harapan andai dia sedar satu hari nanti dia datang bertemuku.induk sudah sampai.. kambing dan lembuku...hari ku semakin sibuk... pagi aku kembali menoreh kerana penoreh sebelum ini berpindah.pagi aku di kebun getah, tengahari aku diladang ternak.. berkawan bersama mereka.. kalau berkesempatan aku kekebun buah.kehidupan seharianku membuatkan aku tidak sempat memikirkan duka. kamal jarang datang melawatku kerana dia sudah sibuk dengan assigment dan projek. tapi setiap hari dia menghubungiku.walaupun aku tahu dia terluka... tapi kehadirannya sedikit sebanyak memberi semangat kepadaku. aku menoreh seperti biasa.aku nampak akan kelibat 3 orang lelaki..selebar kertas putih ditangan salah seorang dari mereka. seolah membincangkan sesuatu. ku habiskan baki pokok yang tinggal.lalu aku menghampiri mereka.
"ada apa yang boleh saya bantu?"soalku.
"kami sedang melihat tapak untuk projek perumahan ni.. kami akan bina taman permainan dan beberapa baris rumah kedai"ujarnya
"kenapa saya tak tahu"aku mula resah
"cik ni siapa"soal lelaki itu lagi
"saya tuan kebun ni"ujarku.dia menelefon seseorang
"sekejap ya cik boleh bincang dengan pengurus projek ni"..aku menguis nguis kaki ku ketanah. pisau toreh ku semat di poket di lengan baju ku
"ada apa panggil saya"suara itu... abanggg.. aku mahu menangis, mahu memeluk dia semahunya tapi langkah ku mati.kenapa dia tidak menghiraukan aku. sedang pembantunya menerangkan tentang permasalahan kami...aku menatapnya.. sepuasnya....kaca mata hitamnya mejadi tembok antara mata kami.
"Apa sebab yang cik kata ini tanah cik."aku tergamam.permainan apakah ini.
"ini tanah milik suami saya"ujarku.abang..abang tak kenal timah ke.. isteri abang.. menangisku dalam hati
"maaf mungkin suami puan dah jual tanah ni tanpa pengetahuan puan"ujarnya.
"tapi saya tak dapat apa apa notis pun tentang ini"ujarku lagi
"mungkin sebab ada masalah sikit tentang tanah ni jadi kami keluarkan lewat notis.. "aku pasti yang dia sedang menatapku.. tapi...
"bila agaknya tanah ni akan digondol."soalku.
"dalam 3 bulan." ujarnya tanpa memandang wajahku
"dalam tiga bulan ni boleh saya menoreh"gugupku.dia diam dan berlalu bersama tiga lagi pekerjanya.kaki ku seakan tidak berpijak pada tanah.. dia semakin jauh.. aku berlari mendapatkan izwan. lengannya ku pegang dan dia berpaling.
"abang.. ni.. timah.. isteri abang.. "ujarku.. aku berharap ini satu gurauan. tangannya direntap. kacamatanya dicabut lalu disispkan dibutang bajunya
"apa yang awak melalut ni.. "aku tersentak
"abang, ni timah.. isteri abang"tangisku mula mengalir. manik manik jernih itu pecah satu persatu membasahi pipiku.
"saya tak tahu apa masalah rumah tangga awak..tapi' maaf saya takkan termakan dengan rayuan awak"dia berpaling.
"abang kata tanah ni abang nak biarkan macam ni. abang nak biarkan saja.. sebab abang taknak cemarkan sungai tu dan abang taknak timah hilang semua kenangan timah di kampung ni. "tangisku membuatkan aku berani mengeluarkan kata kata. wajahku ditatap..
"saya belum berkahwin, dan akan berkahwin tapi bukan awak tapi nelly.. model terkenal.. awakk.. tengok lah awak.. layakkah dengan saya."dia tertawa..luluh hati ku dengan kenyataannya
"oh maafkan saya.. mungkin saya terlalu merindui suami saya. maafkan saya, saya nak minta izin untuk menoreh sehingga tanah ini digondolkan"izinku.dia terdiam lama.
"boleh tak, memandangkan kenangan saya akan hilang, jadi saya nak habiskan dengan mengingati semuanya. sinilah kali pertama saya jumpa suami saya. "pipiku basah lagi. tiba jarinya mengesat airmata yang mengalir. aku terdiam. tangannya aku pegang. mata kami bertatapan.
"ehem"dia berdehem. aku kalut melepaskan tangannya.
"itu masalah awak.. dan saya takde kena mengena"ujarnya sombong
"saya mohon encik izwan"aku melutut mohon padanya. kakinya sedikit berganjak.
"timah"tempik kamal.dia menoleh. kamal berlari mendapatkan ku. diangkatku dan dipelukku.dia memujuk
"kenapa ni"soalnya lembut. airmataku dihapuskannya.izwan hanya memerhatikan kelakuan kamal
"suami awak ke"soalnya
"bukan dia sahabat saya"jawabku
"owh sahabat berpelukkan macam ni, tadi awak panggil saya suami awak.. tiba ni berpelukan dengan sahabat...hebat lakonan awak. saya baru je nak bersimpati, tapi tak jadi pula"dia menepuk tangan seolah memerli dan dia berlalu pergi. aku menangis lagi.kamal menghirup kopi yang kubancuh.
"itu izwan kan"soalnya.aku mengangguk
"habis takkan dia tak kenal isteri dia"kamal bingung.bukan hanya dia yang bingung termasuk aku turut bigung.permainan apakah ini. kamal membawaku makan diluar. kami bersiar siar sekitar pekan.dan kami ke pantai.
"tahu tak rehan dengan suni dah bunting"ceritaku.rehan dam suni lembu induk ku.. nama itu diberi kamal.
"iya.. wah sakan lah nanti ladang timah, jonet dengan cici tak bunting lagi ke."induk kambingku.
"belum..tapi dok menggatal sedia"kami ketawa. macam macam yang kami bualkan. kami tertawa. dalam perjalanan menuju kekereta kami terserempak dengan izwan dan pembantunya.
"hih kat sini pon ada, jual cerita sedih dekat sini pula"herdiknya
"maaf, apa masalah cik izwan ya"aku juga mahu membalasnya
"tadi kau menangis pasal kebun...kenangan dengan suami la.. rindu suami la.. tiba kat sini dengan sahabat.. kenapa nak cipta kenangan dengan sahabat pula"perlinya lagi.kamal memeluk bahuku
"kami tak perlu cara murahan untuk mencipta kenangan.. sebab kenangan kami dah terlalu banyak dan terlalu mahal."ujar kamal. dia menjawab bagi pihakku
"bagus la.. kalau macam tu.. jadi tak payah la guna cerita suami bagai"perlinya lagi
"dia memang dah bersuami, tapi suami dia dayus.. tinggal perempuan sebaik dia.. dan aku takkan sesekali tinggal kan dia.. aku akan pastikan dia akan jadi milik aku satu hari nanti. "ujar kamal
"apa kau nak buat.. "soalnya
"aku akan buat dengan cara ku.. aku akan terus berusaha mendapatkannya. "tanganku digenggam. jari kami bersilang.
"beraninya kau, pasti nya kau"provoknya
"kenapa kau rasa aku main main"balas kamal. lalu kamal menoleh kearahku
"jangan bergerak, maafkan kamal"habis sahaja ayat itu bibirku dikucup lembut.. aku terkaku. kamal mengoles bibirnya.. terasa hangat. izwan berjalan melepasi kami.
"maaf.. izwan nak buat dia marah... "aku mengesat bibirku. dan kami berjalan menuju ke kereta.dari tingkap aku perasan yang izwan memandang kearah kami. kenapa abang.. kenapa abang buat timah macam ni.
Aku menoreh lagi hari ini. aku berharap akan bertemu dia. aku berehat dipondok.. mengisi perutku yang lapar.difikiranku hanya izwan.. kenapa izwan.. aku dengar derapan kaki seseorang..aku bangun cuba menoleh tapi badan ku dirangkul dan aku di baringkan..baju dan tudungku direntap.ucop..aku menjerit sekuat hati.. Ya Allah.. bantu aku..
DEBUSHHHH
Ucop terjatuh.. kamal menumbuknya berkali kali.. ucop lari.. kamal mendapatkan ku.. aku menangis..kamal menutup baju ku yang koyak dengan jaket yang dipakainya. dia memujukku.
"tempat kenangan kau ya.. tempat kenangan kau buat maksiat.. "izwan... aku berdiri. kamal juga bangun berdiri disebelahku.
"abang bukan macam tu... kamal datang tolong timah"ujarku belum sempat aku habiskan ayat
"tolong puaskan nafsu kau.. kenapa suami kau tak boleh puaskan kau"perlinya...nadanya sedikit tinggi
PANGGG
penamparku melayang ke pipinya.
"abang kalau dah benci timah takpa.. abang cakap je abang benci timah.. tapi jangan hina timah macam ni. timah masih waras lagi even abang dah abaikan timah, timah masih tahu halal haram dosa pahala. lain la abang... tahu ke dosa pahala, halal haram. "bentak ku keras. mataku dijengil seluas mungkin. aku benar benar geram.
"hal engkau hal engkau, hal aku hal aku.. sekurang kurangnya aku tak mainkan pernikahan sebagai pujuk rayu. dan kau kau bukan isteri aku.. jangan berangan dan sesekali terlintas untuk jadi isteri aku.. kalau iya sekalipun dengan perangai kau.. hari ni nikah hari ni juga menjanda. "kamal melepaskan tumbukkan. mereka bergaduh.
"sudaaahhhhhhhh"tempikku.mereka berhenti.
"kau berambus....sebelum aku toreh kau dengan pisau toreh ni"marah ku memuncak. izwan berlalu pergi dengan amarah.aku mengemas peralatan... tidak habis pokok ku toreh hari ini. aku merawat luka tumbukan kamal.aku rasa bersalah.. kerana aku dia yang tersakiti
"maafkan timah"ujarku
"kenapa pula timah yang nak minta maaf"ujar kamal.
"sebab timah kamal dapat sakit"ujarku
"eh tak pa.. dia memang patut diajar"aki terdiam
"timah.. timah memang mahu kan pernikahan ni.. timah tak salah kalau putus asa dari tersiksa. "ujarnya
"timah sayang dia, timah tahu ada sesuatu anatara kami yang buat dia berubah macam tu, dia bukan macam tu,izwan yang timah kenal bukan macam tu"ujarku sehaya memujuk diri
"sebab sayang timah buta? people change timah.. "ujar kamal
"ya timah tahu tapi abang izwan..timah dapat rasakan ada yang tak kena"ujarku
"timah please jangan siksa diri.. buka peluang untuk timah bahagia.. walaupon bukan dia"ujar kamal lagi. aku diam
"woi.. korang buat apa"joji dan syafiq
"korang baru sampai ke, rindu..."ujarku sambil memeluk joji
"ha la baru sampai.. "sela joji.mereka bertanyakan tentang muka kamal.kami bercerita. syafiq dan joji terkejut tidak menyangka akan perkara ini. kami menjengah ladang ternak ku. semakin membiak elok..
"aku kagum dengan kau timah"ujar joji
"kenapa"
"kau muda muda lagi dah berjaya jadi peladang berjaya."ujarnya
"berkat pertolongan awak juga.. saya takkan berjaya kalau takde awak"terima kasihku padanya.. ada sentiasa dengan ku disaat aku susah dan senangku.ketika kami sedang merangka usaha seterusnya.. kereta yang dipandu izwan melalui jalan dihadapan ladang ku.dia berhenti dan keluar dari keretanya
"kau lagi"tempik kamal
"mana aku tahu kau ada dekat sini, aku datang nak tengok tengok kot kot ada projek baru aku boleh sapu"ujarnya bongkak
"kalau ada peluang sekali pon...yang pasti bukan cik izwan dapat"jawabku tegas.
"eh budak kecik ni pon ada,jangan kata ni ladang kau"soalnya.darah ku meluap luap
"kalau iya kenapa"soalku
"so kau tak perlukan lah ladang getah tu. "dia cuba tarik tali denganku.aku melangkah ke hadapan..teruja
"kenapa, cik izwan nak bagi saya usahakan ladang getah tu ke"soalku
"kalau kau nak tahu kau ikut aku"ujarnya.aku memandang kearah kamal, joji dan syafiq. kamal agak berat melepaskan.. tapi aku harus demi kebun getah itu dan ini mungkin peluang untuk aku selesaikan masalah kami. aku masuk kedalam keretanya dan dia membawaku pergi.kami hanya diam..
"kita nak pergi mana ni"soalku.keretanya berhenti di chalet yang disewanya. tangan ku ditarik.aku cuba merentap tapi makin kemas cengkamannya.ditolakku ke katil.
"kau kata aku suami kau kan, aku nak kau layan aku"dicabut bajunya. aku kaget.. dia makin ganas.. baju ku direntap.. menampakkan sebahagian tubuhku. aku menangis..takut ku pagi tadi masih belum hilang.. ini pula dia.. dicium kasar leherku. aku cuba melawan tapi badannya kuat menekanku. bibirku diciumnya kasar.
"abang, tolong jangan buat timah macam ni, timah merayu kat abang.. timah isteri abang bukan pelacur.. "aku menangis.dia berhenti. dia menatapku. air mataku dikesatnya. tubuhku di tutupinya dengan selimut. dinding ditumbuk bertubi tubi.... dia diam.. dia sarungnya baju dan ditinggalkan aku seorang diri didalam bilik. hari hampir malam dia masih belum pulang. aku risau. aku cuba membuka pintu tapi aku dikunci dari luar. aku menunggu diatas katil. akhirnya aku tertidur.aku terjaga.. jam sudah pukul 9 malam. aku bangun izwan tidur di sofa. aku bangun perlahan lahan agar dia tidak terjaga.. aku mahu pulang.
"pergi mandi dulu.. salin baju takkan kau nak pakai baju koyak tu"ujarnya.aku mandi dan memakai baju yang dibelinya.aku duduk dibirai katil.dia memandangku..kau sedikit menggigil.
"saya nak balik"ujarku
"jom aku hantar"balasnya.dihantarnya aku sampai depan rumah. kamal dan syafiq ada dipelantar. menunggu barangkali.
"aku minta maaf pasal tadi"ujarnya.aku hanya terdiam
"esok kau menoreh?"soalnya.
"tak...esok saya janji dengan dorang nak pergi lepak dekat kedai mak limah.. nak makan roti canai"jawabku
"aku bagi kau menoreh selagi tanah tu tak digondolkan. seminggu sebelum jentera nak masuk aku bagitahu kau"ujarnya
"ok"balasku
"bagi nombor kau.. nanti aku contact"pintanya..nomborku diberikan padanya. aku turun dari keretanya dan keretanya meluncur laju.aku mendapatkan sahabatku di pelantar.
"kau ok"soal joji.
"ok"aku longlai
"ni bukan baju kau pakai tadi"soal syafiq..
"dia buat apa dekat timah"marah kamal. aku diam. disoal kamal lagi tapu kali ini amarahnya ketara
"dia cuba rogol timah"aku mula menangis. mereka terkejut.
"tapi belum sempat dia buat apa apa, timah merayu supaya dilepaskan.kamal mengerit melepaskan geram. hari yang memenatkan.. oenuh airmata.. berharap ada sinar ceria esok hari
kami lepak dikenai paling terkenal dalam kampung.. gerai mak limah. port biasa dalam kebun kelapa sawit.
"syafiq awek kau balik"usikku.syafiq mencari kelibat anak mak limah.direnung gadis itu dengan ratapan manja. kami tertawa.
"tu...tu.. "mulut joji muncung ditunjuk kejalan. izwan dan pekerjanya.dia duduk dimeja dihadapan kami dan mengadap ku.aku kurang selesa.kamal perasan itu.dimulakan cerita yang lucu agar hilang ketidak selesaan itu. kami ketawa berdekah dekah. matanya tak berhenti menatapku. kami bangun untuk pulang. aku yang lalu disebelahnya,dicapai tanganku dan dilepaskan.hatiku berdebar. aku meneruskan langkah tanpa menoleh.
"jom mandi sungai"ajak syafiq.
"jom mandi sungai"tempik joji. sungai kebun getah atuk buruan kami.air yang sejuk dan bersih menyegarkan badan. sungai ini masih belum tercemar. tapi tidak lama lagi ia akan hilang kerana pembangunan. aku akan merindui semua ini.
"oi seronok kau.. "izwan...mana pula dia tahu aku kat sini. aku tidak mengendahkan dia. aku mandi lagi
"kau isteri orang kan, tak reti nak jaga air muka suami"ujarnya.aku diam. ah..... lantak la kau yang tak nak aku... belum habis aku beraksi.. tangan ku ditarik. di bawa aku keatas.
"awak dak kenapa, tak nampak ke tengah mandi"marahku
"awak kan isteri orang... "ujarnya
"dah tu kenapa"soalku
"tak manis"jawabnya gagap
"kalau dia isteri orang sekali pun kau sibuk apa hal"tempik kamal
"sebab dia isteri aku,"aku tergamam. tangan ku terus ditarik menaiki keretanya. aku tersenyum. keretanya meluncur laju terus kerumah ku.dia menantiku dipelantar.aku bersiap siap dan turun semula mendapatkannya.
"aku nak minta kau masak sesuatu dekat aku"ujarnya
"masak sambal udang petai tempoyak"teka ku.
"mana kau tahu"soalnya
"sebab timah kan isteri abang"pipinya ku picit.kami ke market membeli bahan. dibawa ku kekedai bihun sup kegemaranku.kami meronda sekeliling pekan membeli barang keperluanku dan dia. kami pulang.
"dah siap nanti timah mesej abang ya"di berlalu pergi. joji diatas mengejul di bendul pintu. kamal dan syafiq juga mereka menanti berita dari ku.
"macam tu la.. main tarik tali.. layan aku macam aku ni wife dia tapi cakap kat aku macam macam. ceritaku. mereka hanya mendengar. ku masak lauk tengahari untuknya.siap masak aku mesej izwan dan menunggu di tempat dijanjikan. aku tunggu dipondok di kebun getah. izwan datang. t shirt merah dan fit slim slack berona khaki menyerlahkan ketampanannya.ku hidangkan nasi dan lauk untuknya. dia makan dengan penuh selera walaupon sedikit sakit kerana bibirnya luka akibat ditumbuk kamal. aku perhatikan saja. dia makan penuh selera.selesai makan aku mengemas.
"sakit?"soal ku
"apa"disoalnya aku balik
"ni bibir ni"bibirnya yang luka ku lihat dengan dekat. tiba bibirnya menyambar bibir ku. kami bercumbuan.. bibir yang kurindui.. ciuman yang hangat ini. aku membalas ciumannya. telefon ku berdering.joji
"hah ok.. aku balik sekarang"talian di matikan.aku mengemas ngemas..
"timah abang balik dulu.. ada orang datang rumah"ujar ku kalut kalut
"boleh tak kau berenti bahasakan dirikau seolah aku ni suami kau"ujarnya.langkah ku terhenti. aku berpaling
"abang dah kenapa"soalku
"kau bukan isteri aku, kau jangan nak main kan perasaan aku, aku akan berkahwin dengan nelly, kau hanya untuk one night stand"kata katanya meremukkan hatiku
"maafkan saya, saya tak akan ganggu cik izwan lagi"aku melangkah dengan airmata. kereta daddy di laman. daddy atau datin nora? apa lagi yang nak kena kalini.aku melangkah naik dengan perlahan. kamal denga syafiq juga ada.
"daddy..."aku bersalaman dengannya.
"ayah mertua aku"terangku pada syafiq dan joji.
"ada apa daddy datang ni, daddy dah makan, kalau belum, daddy nak makan tak, timah ada masak sambal udang petai tempoyak"terang ku agar hilang sedikit gugup.
"tak apa daddy dah kenyang, daddy datang ni nak cakap pasal khairul"aku menelan airliur. apa benda pula. jantungku berdegup kencang.
"timah tahukan izwan dah sedar, dah jumpa kan"ujar dato zaini. aku mengangguk
"ada nampak apa yang tak kena tak pada dia"soal dato zaini lagi
"dia dah lain,suka marah timah, dan tak mengaku timah isteri dia"jawabku
"itu sebab dia hilang ingatan akibat kemalangan.bila dia sedar, hanya nelly saja yang dia tahu.. kisah timah dengan dia dia tak ingat sebab mummy buang semuanya.. kad nikah korang pon mummy buang. dalam rumah tu siapa nak bercerita pasal timah.,iqbal tak tahu...bibik berani buka mulut.. yang tahu daddy mummy dan nelly. "aku terkejut.. ku sangka dia sudah mahu buang aku dalam hidupnya
"patut la dia macam nak makan back hand aku"ujar joji
"uish"tepisku
"daddy harap timah sabar ya. insyaAllah satu hari nanti dia akan ingat siapa timah.daddy ada rancangan itu pun kalau timah setuju"bicara dato zaini
"jadi maid dirumah daddy. izwan dah tak balik kondo mummya tak bagi, lagi pon lately ni dia suka pening. so timah kerja dekat situ. timah boleh ada dengan dia setiap hari.nanti daddy tengok jawatan yang sesuai untuk timah baru transfer pegi office"ujarnya.kami berpandangan.aku mahu ada dekat dengannya..apa cara sekali pon aku harus ada dengan nya.
"sekarang ni abang ada dekat sini.. jadi timah nak ada dekat sini teman dia.. nanti bila abamg dah balik kl timah bagitahu daddy lain ya"balasku.dato zaini mengiyakan saja.dia pulang dan kehadirannya memberi kusinar bahawa bahagia itu akan hadir.joji,kamal dan syafiq juga mahu pulang hari ini. aku keeorangan lagi.
"kenapa sah dua hari tak menoreh"soalnya.aku diam. meneruskan tugasku. dia mengekori ku.
"aku tanya kenapa kau tak menoreh"dia berdiri didepan ku. wajahnya ku tatap.nak buat macam mana ni... aku tak mahu terlalu memaksa dia untuk mengingati,boleh menjejaskan kesihatan dia.
"encik izwan, saya juga manusia, ada masa sihat ada masa sakit.. jadi dua hari ni saya demam.. jadi saya tak menoreh"balasku.lalu aku meneruskan menoreh. dia merasa dahiku.. memgang tanganku. dia memandangku.
"apa encik izwan ni"tempelak ku. tangannya ku tepis.dia mengekoriku.. aku biarkan saja. dia bercakap di telefon.. agak lama. serius.. hal kerja barang kali.tugas ku sudah selesai.. aku mahu pulang. aku mengemas ngemas.izwan datang mendapatkan ku dengan beg plastik berisi ubat.
"badan kau masih panas.. nah ubat"beg plastik itu bertukar tangan. aku melangkah mahu ke motor.. tapi langkah ku ditahan. dia membongkokkan sedikit badannya.. aku menelan airliur. hensemnya. dibuang ulat beluncas diatas kepalaku.dia mahu bangun tapi aku pantas menarik kolar baju nya. bibir dan pipinya ku cium dan aku terus berjalan. izwan terkejut akan tingkah ku tadi menjerit
"siapa kau sebenarnya"tempik nya
"cari sendiri"tempik ku kembali.aku ke ladang ternak.. anak lembu dan kambing ku makin banyak. sudah boleh dikelaskan untuk dijual. melihat anak lembu dan kambing berlari sudah cukup menceriakan hatiku. abah ibu, timah dah hampir berjaya. impian abah dengan ibu insyaAllah akan timah tunaikan.angin sepoi sepoi menghempas muka membuatkan aku mengantuk.. aku terlena. empuknya..kepala ku terasa selesa. bau ini.. ah tenangnya...ku buka mata.. izwan.. aku diribaan izwan.. masih lagi di ladang ternak. dia yang bersandar pada pokok sena sedikit bergerak.aku pejamkan semula mata. dia menunduk memehatikan mukaku. dibuang dain kering yang jatuh ke dahi ku. tangannya memeluk pinggang ku. aku kembali terlena.hari hampir senja.aku terjaga sepenuhnya.
"baru bangun.. aku ingat kau nak tidur kat sini sampai malam"perlinya
"ingat macam tu juga tapi ada langau kacau jadi terjaga"aku tertawa
"langau kau kata"ranting ditangan nya di baling jauh.
"jom balik"kuhulur tangan.. huluran ku disambut. aku menunggang moto dia mengikuti ku dari belakang. dan kam.berpisah.telefon ku berdering. kamal.
"hello tak tidur lagi? "aku bertanya. hari sudah lewat malam.. exam masih berjalan. dia belum tidur lagi
"tak boleh tidur.,ak sedap hati, risau kan timah"ujarnya..
"takde apa lah.. timah ok.. eh tahu tak ada orang nak beli kambing untuk. aqiqah.. firsr customer.. seronok pula"ujarku..aku berkongsi kegembiraan bersama kamal.. sedikit sebantak dia yang membantuku mengusahakan ladang ternak itu.. kami berbual agak lama.. tiba telefon aku menerima call masuk.. izwan.. aku menamatkan panggilan lalu menjawab panggilannya..
"assalamualaikum"suara izwan sedikit garau.
waalaikumussalam... apasal suara"soalku
"oh baru lepas mandi..air masuk hidung.. "aku ketawa
"la ketawa pula"rajuknya
"bukan slalu saya dengar air masuk telinga, kalu mandi pantai ke air terjun ke baru betul air masuk hidung"gelakku lagi...
"bila nak balik kl"soalku
"esok"ujarnya
"nak ikut"usikku
"boleh"jawabnya.aku terkejut. kedengaran bunyi bising di luar.
"cik izwan sekejap ya, saya dengar bisimg dekat luar"ujarku sedikit takut
"kau tinggal dengan siapa"'soalnya
"sorang"balasku.
"kau duduk diam diam dalam bilik, kau tunggu aku sampai, kau jangan mati kan fon"pesannya.telefon ditanganku. ada kelibat 2 manusia di ruang tamu. tercari cari.. aku mengunci pintu bilik.
"abang.. tolong timah.. timah takut"aku hampir menangis.
"kejap aku on the way"kalut kalut suaranya. pintu bilik aku ditendang kuat... akhirnya pecah.. kelibat itu masuk kedalam bilikku.aku ketakutan.aku menjerit...
"abangggggg"telefonku tercampak kebawah. mereka mahu merogolku. aku menjerit sekuat hati tapi tiada yang mendengarkan.pakaian ku direntap. aku hanya mampu menangis.. aku tidak mampu berbuat apa apa mereka berdua terlalu kuat untuk aku lawan.Izwan datang..dan membantuku.. aku sudah kehabisan tenaga kerana meronta untuk dilepaskan. seorang dari mereka terlepas.. seorang lagi terkulai pengsan.izwan mendapatkan ku. aku yang tidak berbaju disarungkan t shirt dan kain batik. badan ku menggigil. Pian anak cik shamsiah...aku terkejut dan pengsan. aku sedar hari sudah meninggi. makcik asiah dan tok penghulu berada dirumah ku. pian dan ucop telah ditangkap kerana cubaan merogol dan merompak. izwan juga ada. dia masuk kebilikku setelah mengetahui aku sudah sedar. di usap rambutku..dipelukku erat.
"timah elok lah kalau kamu Ikut izwan balik ke kolumpo"ujar tok penghulu.
"tapi timah ada kerja dekat sini, lembu kambing, kebun.. sapa nak jaga.. "ujar ku. tapi sebenarnya bukan itu yang aku fikirkan...ada lagi yang lebih mengerikan akan terjadi andai aku ke KL.
"itu izwan dengan tok dah uruskan"ujar tok penghulu.aku akur demi keselamatan ku dan juga kesihatan izwan. berangkatlah aku ke kuala lumpur.kereta izwan memasuki laman rumah agam itu.
"khairul kenapa bawa perempuan ni balik"marah datin nora
"saya yang suruh izwan bawa dia, untuk keselamatan dia,saya hanya mahu melindungi dia."ujar dato zaini
"tapi you dah lupa punca khairul kemalangan..sebab perempuan ni. "tempik datin nora. aku tergama. aku dapat mengagak bahawa akan berlaku perselisihan faham
"apa kena mengena timah dengan kemalangan tu"soal izwan.
"takde apa lah sayang,khairul naik rehat dulu ya.. "izwan naik le atas dan meninggalkan ku bersama datin nora san dato zaini. derita ku sudah hampir.
"
Share this novel
almost welcome
sabar timah.... tqvm update