Mencipta bahagia

Romance Completed 90676

Tetamu makin ramai.aku juga tidak senang duduk. debaran takut majlis berjalan tidak seperti yang dirancang.
"timah.. izwan datang"ujar joji.
"mana"soalku.aku mencari cari kelibat izwan. dia naik ke pentas pelamin untuk menepung tawar. aku hanya memerhati.dato zaini dan datin nora turut hadir.aku bersalaman dengan mereka. izwan tidak mengendahkan ku.
"tahniah.."ujar dato zaini
"terima kasih dato, datin sudi hadir"ujar kamal.
"terima kasih menjemput.. "ujar dato zaini.datin nora menarikku.
"timah senang senang datang rumah mummy"ujar datin nora. aku mengangguk
"yang awak ni dah kenapa"soal dato zaini
"saya mencuba nasib"seloroh datin nora.
"ah mengarut la awak ni... dah jom balik.. nanti marah pula si izwan tu lama lama tunggu"ujar dato zaini.
"timah fikir fikirkan tawaran daddy tentang arca ya"pujuk dato zaini lagi. aku mengangguk.tetamu beransur pulang.
"ok lah kita orang gerak dulu"ujar syafiq
"tahniah.. selamat pengantin baru"ujarku pada kamal.
"terima kasih timah sebab sudi tolong kamal siapkan majlis.. nak harapkan couple ni.. mengarut"seloroh kamal
"hal kecik je... timah seronok bila tengok semuanya lancar.. jaga wife elok elok tau. "pesan ku
"ya"balas kamal
"kalau si kamal ni buat hal bagitahu timah.. biar timah belasah dia"amaranku.sehaya itu kami tertawa.aku pulang dengan gembira. kamal sudah temui cintanya. joji dan syafiq tidak lama lagi akan temeterai cinta mereka. aku... aku mengharap atau mencari tiada ku tahu. Allah mengatur semua aku hanya menurut.aku pulang ke apartment yang ku beli beberapa bulan lalu.letih...tiga bulan kebelakangan ini aku benar benar tidak cukup rehat.majlis resepsi kedua yang aku handle. pertama resepsi izwan dan nelly.. hari ini kamal dan pasangannya.akan datang syafiq dan joji. resepsiku...masih sesat hahaha.. usai solat isya aku membelek telefonku. instagram izwan ku jengah.

FOUND MY LOVE

caption itu membuatku tertanya tanya. dia sudah temui cinta baru?? siapa dia. adakah masih seorang model.aku penasaran.aku terlena dengan seribu pertanyaan.

awal pagi joji menelefonku. tidak kerja kah dia
"apa hal call pepagi ni, rindu awal sangat"usikku
"jap lagi aku hantar gambar kau tengok tau"ujar joji
"gambar... "talian dimatikan. telefonku berdetak berkali kali. beberapa keping gambar dihantar oleh joji. gambar izwan bersama seorang wanita. oh ini teman wanita baru dia agaknya. biarlah.. harap dia bahagia
"hah hello.. apa lagi"soalku..joji menelefonku lagi
"dah tengok gambar tu"soalnya
"dah.. kenapa"soalku kembali
"dia tu bakal ganti tempat kau dalam arca"ujar joji
"so"soalku menguji. padahal aku sedikit tergugat
"kau tak jeles ke.. nant dia duduk dalam bilik izwan.. kan meja kau dalam bilik izwan"ujar joji
"nak jeles buat apa.. biar lah dia... nak couple ke nak apa ke... dia bukan husband aku lagi"ujarku..geram. boleh je alih meja tu keluar.. letak balik dalam ofis asal.. apasal nak letak dalam bilik izwan pula
"tak pelah kalau kau cakap macam tu"talian dimatikan lagi. joji ratu matikan talian.aku tak sedap hati.gambar itu aku amati lagi. ah biar lah... ish tak boleh jadi ni... ah lantak lah.. ah serabut aku. telefonku berdetak lagi. kali ini gambar bilik izwan.terpampang fotoku diatas meja izwan.

KAU RASA... TAK CEMBURU KE

hanat punya kawan.. gumam hatiku.aku mendail nombor dato zaini
"assalamualaikum timah, ada apa call daddy,jangan kata timah nak masuk arca"teka dato zaini
"ermmm.. ha ah...masih ada tempat untuk timah"aku mencuba.
"tempat timah dah ada orang isi.. nanti daddy tanya izwan.. kot kot ada bahagian dia ada yang kosong"walaupun kecewa tapi aku sedikit lega kerana mencuba.. walaupun bukan jawatan ku yang dulu.kami bersembang seketika.
"mummy ajak timah datang rumah.. nanti senang datang rumah.. daddy lapar asam pedas ikan merah timah"pintanya.
"InsyaAllah daddy..nanti timah pergi ya"talian ditamatkan.aku bersiap untuk ke supermarket.. barang keperluanku sudah habis.satu persatu lorong di pasaraya itu aku masuk. ku cari dan aku belek barang keperluanku. troliku di langgar.
"maaf"aku menoleh. izwan.aku diam.
"cik izwan buat apa dekat sini"soalku
"beli barang la, takkan nak tengok fashion show pula"perlinya..amboi lancang mulut.
"sorang je ke"soalku lagi
"kenapa...ada masalah ke kalau saya sorang.. or kalau saya berteman kenapa"perlinya lagi. aku meletakkan barang yang aku pegang tadi kedalam troli lalu aku terus berjalan. tapi dihalang oleh izwan
"awak beli apa"soalnya
"kenapa.. ada masalah ke"aku mengajuk percakapannya sebentar tadi. barang didalam troliku diangkat. krim pencukur.alamak...malunya
"ini untuk boyfriend saya"krim itu aku ragut dan aku campak semula ke dalam troli.cepat cepat aku beredar. malu. cukup semua barang aku menuju ke parkir.ada kertas diatas cermin keretaku.

HARAP BOYFRIEND DATANG TOLONG TUKAR TAYAR

aku memeriksa tayar keretaku. aduh pancit pula. aku mengisi barang ke dalam kereta. tayar spare dan peralatan aku keluarkan.dia ingat aku tak reti tukar tayar.. sedang aku berusaha untuk menukar tayar..
PONNNNNN
"boyfriend tak tolong ke. "perlinya
"dia kerja... saya boleh buat sendiri la"ujarku
"nak saya tolong.. "ujarnya. aku diam..
"saya tolong tengok"dia gelak dan keretanya mula bergerak.hantu betul.. tak pe izwan...ada ubi ada batas.. ada lori ada bas... tunggguuuu... tempik hatiku. aku menghempaskan punggungku ke atas sofa. geramku belum hilang. sakit hati belum habis. membara.

aku mula bekerja di arca sebagai pembantu pegawai pegawai pemasaran.sedikit sebanyak aku mempelajari tentang marketing.joji agak sibuk setelah bertukar department. kami jarang dapat rehat bersama.
"timah tolong hantar dokumen ni ke pejabat cik izwan"pinta noni.. penyeliaku.dokumen itu kuambil.aku menekan butang lif untuk naik ke pejabat izwan.
"cik izwan, petang ni ada temu janji dengan client... "p.a izwan menerangkan aktivitinya pada petang ini.izwan berdiri di sebelahku. pintu lif ku tatap. jantungku berdegup kencang. akhirnya lif terbuka. aku masuk. kalut.izwan membelakangiku.
"tingkat berapa"soalnya.dia menoleh
"saya nak ke pejabat cik izwan"dia berpaling. dahinya sedikit berkerut. aku mengangkat dokumen dan menggoyangkannya.aku maju setapak ke hadapan dan sedikit menjinjat
"saya nak hantar dokumen...nak lepas rindu juga"usikku.izwan tersedak. cepat cepat dia berpaling.tali lehernya dibaiki walaupun tidak senget. pembantunya tersenyum. aku membontotinya. sampai di pintu biliknya dia berpaling. dokumen ditangan ku diambil. belum sempat aku masuk pintu biliknya ditutup. ishhh... getus hatiku.
"timahhhh"satu ofis bising. sudah lama kami tidak berjumpa. suasana hingar sebentar.pintu biliknya di kuak.
"happy.... takde kerja ke"soalnya.semua kelam kabut kembali ke meja
"timah turun dulu ya"beritahuku pada yang lain
"jom timah..ziyad pun nak turun"aku berganding dengan ziyad keluar dari pejabat. aku perasan izwan memerhatikan kami
"hati hati ziyad.. harimau sedang memerhati.. nanti kang kena ngap"usik staff di situ. kami tertawa. pintu bilik izwan ditutup.aku meneruskan tugasku seperti biasa.
"timah jom lunch"ajak teamates ku. ku bersiap menemas meja.
"timah cik izwan suruh kau pergi ofis dia"ujar ziyad termengah mengah.kenapa pula...aku menekan lift untuk naik ke pejabat izwan. pintu lif terbuka.
"eh cik izwan.. "aku terkejut melihat tubuh itu keluar dari lif
"awak dah kenapa"soalnya
"ziyad kata cik izwan nak jumpa saya"soalku
"itu tadi, awak lambat sangat... "ujarnya
"la... abis tu cik izwan nak pegi mana ni"
"lunch la.. kenapa.. saya tak boleh makan"soalnya.aku diam. susuk tubuh itu teruskan langkah. 10 minit je pun..tak boleh tunggu. kekwat. bisik hatiku

"joji...timah nak ikut boleh"joji akan ke tapak pembinaan..aku yang kebosanan ingin sekali menjejakkan kaki ke tapak pembinaan.
"jom"ujar joji. aku teruja.joji memberikan aku topi keselamatan.aku menyarungkannya.
"joji.. tolong.. tak boleh pin"panggilku.topiku tidak boleh dipin ketat. aku terkial kial. joji tidak mendengar panggilan ku.
"mari saya tolong"seorang pemuda cuba membantu. berkemeja segak.berkacamata..siapa dia ni.. takkan buruh binaan.
"terima kasih"ujarku.pemuda itu berlalu pergi bersama seorang lagi lelaki.
"timah"tempik joji. aku berlari anak. mendapatkannya. panas terik.bahangnya terasa. aku dam joji berehat dipondok pekerja. ketika ini pekerja sedang berehat.riuh suasana denga canda gurau. aku terhibur.
"buat apa dekat sini"
"cik izwan.. "aku terdiam. tangan aku ditarik. aku hanya mengikuti.
"masuk dalam kereta"ujar izwan tegas. joji hanya memerhati dari jauh.aku akur. kereta itu keluar dari tapak pembinaan
"cik izwan ada apa cari saya"soalku
"aku bukan cari kau.. aku datang tengok site.. tiba nampak kau"ujarnya
"kau buat apa dekat situ"soalnya tegas
"teman joji"alasanku
"kan kerja kau di ofis"tegasnya
"saya bosan.. sebab tu saya nak pergi.. lagipun saya dah tanya dato zaini. dia bagi"ujarku.izwan memandang tepat pada wajahku. marah. aku dia. air liurku ku telan.
"situ bahaya.. kalau jadi pape macam mana. "marahnya. kereta dipandu perlahan
"kalau jadi pape cik izwan kan ada selamatkan saya"bahunya ku cuit. kali ini dia terdiam
"cik izwan risau saya atau cemburu akan saya"aku mencuba. soalanku dibiar tanpa jawapan. kami tiba di sebuah cafe.
"jom.. aku lapar"ujarnya
"tapi soalan saya.. "aku cepat cepat membuka pintu kereta. takut andai serigala jadian itu mengamuk. menu aku perhatikan. semuanya bahasa Inggeris
"cik izwan.. saya tak faham.. benda apa ni"ujarku
"kau ni... "diterang satu persatu menu kepadaku.akhirnya menu yang dipilih sampai. laparnya Tuhan saja yang tahu.
"izwan"aku menoleh.. mamat tadi. pemuda yang membantuku memakai topi di tapak pembinaan.
"firdaus.. eh duduk duduk... "jemputnya. ooo firdaus.pemuda itu dudu dihadapanku.
"awak yang pakai helmet tadikan"soalnya.perasan juga dia kat aku.
"ya.. saya"aku gugup. izwan tampak berubah riak
"korang jumpa... "soal izwan
"oh dekat site tadi... helmet dia tak boleh pin.. aku tolong je"selorohnya.aku diam menunduk selepas aku perasan akan renungan izwan.
"saya firdaus"ujarnya.tangan dihulur tanda salam. aku menolak secara baik
"saya siti fatimah"izwan berdehem selepas makanan yang dipesan firdaus tiba.makan tengahari kami berakhir dengan gelak tawa.

"eh timah.. "aku menoleh
"cik firdaus"aku menyambut senyuman manis pemuda itu.ganteng sekali.
"panggil daus je... timah kerja dekat sini ke"soalnya
"ha ah.. kerani marketing"ujarku
"eh kita satu floor kenapa tak pernah jumpa"soalnya
"daus kerja sini juga ke"aku mula menyoal
"ha ah.. "ditunjuk pass kerjanya. senior arkitek. aku tertelan air liur.
"jom"ajaknya.lift terbuka kami menuju ke pejabat bersama. sepanjang perjalanan ke pejabat kami berbual. peramah orangnya dan tidak sombong. kenapa sepanjamg aku berkahwin dengan izwan aku tak pernah jumpa firdaus.
"saya masuk dulu ya"pinta ku.pejabat kami satu lantai cuma terpisah kerana bahagian. aku ke mejaku. ada bungkusan diatas meja.

JANGAN SKIP BREAKFAST

siapa yang bagi ni.
"cik izwan hantar tadi"ujar emma teman semeja ku. aku mencapai makanan itu dan naik ke pejabat izwan. pintu bilik izwan ku ketuk. izwan mendongak. aku mengangkat bekal yang diberi
"ada apa"soalnya
"saya tak habis makan sorang sorang. "ujarku
"so.... "soalnya
"saya nak makan dengan cik izwan"izwan kaget. bungkusan sandwich itu ku letak atas meja.
"saya beli untuk timah"ujarnya
"tak pe kita kongsi ya, timah suapkan. "aku menarik kerusi dan duduk disebelahnya. pembalut sandwich aku buka.aku suap sandwich ke mulutnya. sandwich itu di gigit perlahan. matanya tertumpu padaku. bibirnya aku lap.
"hah good boy"ujarku
"abang beli untuk sayang, bukan untuk abang"akhirnya..terpancul kata kata itu. aku senyum. sandwich itu aku gigit.
"buat kerja..xpe timah suapkan.. "suruhku. dia menyambung kerjanya.setiap suapan di gigitnya. ini izwan yang aku rindui.selesai sarapan bersama aku mengemas mejanya. tangan ku di capai
"sayang abang minta maaf sebab dah lukakan hati sayang"ujarnya.wajahnya kutatap. pipinya aku usap lembut
"abang, timah dah lupakan semuanya.. timah nak mulakan hidup baru"ujarku.
"tapi rasa bersalah abang pada timah, buat abang malu nak jumpa timah"ujarnya lagi
"timah dah lama maaf kan abang.. timah pun ada buat salah dengan abang"ujarku
"tak sayang.. sayang isteri abang yang terbaik, abang je manusia yang bodoh.yang tak tahu menilai"jari ku di genggam erat
"semuanya dah berakhir..lupakan..."ujarku. airmata izwan menitis.aku mengelap airmatanya.
"abang sayang timah"izwan mengangguk
"kita kawin"ujarku
"bukan abang tak mahu.. tapi biarlah kisah kita takdir yang tentukan.abang sekarang nak cipta kenangan dan cinta dengan timah.. sebab sebelum ni kita tak sempat kenal siapa kita"ujarnya.aku diam.
"insyaAllah kalau ada jodoh..ada lah.. insyaAllah abang akan halalkan timah"aku akur. izwan tampak matang setelah apa yang terjadi.
"timah turun dulu ya"pintaku.tanganku dilepaskan. izwan memerhati.

aku ke mall membeli barangan dapur. ingin aku masak makanan kesukaan izwan. dua bulan kebelakangan ini hubungan kami baik. hubungan aku dengam datin nora juga baik. datin nora beberapa kali mengirim pencuci kepadaku. aku masih berharap agar ada sinar buat aku dan izwan
"timah"
"daus"kami terserempak di pasaraya.
"banyak beli"soalnya
"stok sebulan"selorohku.kami berjalan bersama.selesai membeli kami menuju ke parkir.
"timah jom lepak..minum minum"ajaknya
"ok.. timah ikut daus ya"ujarku.aku memandu dibelakang kereta firdaus. akhirnya kereta itu berhenti di taman reakrasi. terdapat beberapa gerai disitu. kami makan kerang bakar dan char kwey teow sambil berbual bual
"daus tahu timah masih sayang izwan, dan daus tahu timah masih mengharapkan izwan.. tapi ikhlas daus kata daus ingin mengenali timah dengan lebih jauh.. "
"tapi dengan status timah.. susah bagi timah"ujarku
"timah tak perlu dengan status janda. ramai je janda kat luar sana yang berkahwin semula tapi bukan dengan bekas suami mereka,daus tak paksa..timah fikir dalam dalam.. daus nak berkawan dengan lebih rapat..nak kenal hati budi.. pasal jodoh.. andai ada jodoh kita..adalah..kalau takde daus redha"aku keliru.. antara izwan dan firdaus. izwan aku mengharap.. firdaus dunia baru buatku.

mee goreng yang aku bawa pagi tadi kusuapkan kemulut izwan.rutin pagi ku..menyuapkan sarapan pada yang mulia pengeran izwan. perangai yang aku kenali dulu. seperti anak kecil manjanya.tangannya laju menaip. mejaku yang sebelum ini ada didalam biliknya telah kembali ke tempat asalnya.aku sedikit lega.
"abang timah turun dulu"pintaku.lengan baju ku ditarik. aku menoleh
"tak yah masuk ofis boleh..duduk kat sini hari ni.. teman abang.. rindu"ujarnya
"jangan nak mengada ya"aku mengemas dan melangkah keluar. aku pulang ke ofis. kellihatan firdaus sedang berbual dengan beberapa orang pekerja. raut wajahnya serius.
"hoi"joji menyergahku
"ish terkejut timah.. ada apa"soalku
"joji dengan syafiq nak melawat wife kamal dengan anak dia.. jom"ajaknya
"boleh. lunch kejap lagi kan"soalku
"ye.. "ujar joji
"ok.. "aku masuk ke ruang pejabat.lunch time tiba. aku mengemas meja dan menunggu joji di depan pintu pejabat.
"timah nak lunch ke.. daus baru nak ajak"ujarnya
"timah nak melawat kawan dekat hospital, baru bersalin"ujarku
"nak ikut"balasnya
"jom"joji yang datang dari mana tiba menyampuk
"thanks joji"ujarnya.didepan lif..
"korang nak kemana"soal izwan
"kami nak melawat wife kamal.. bersalin kelmarin"ujar joji.
"wan nak ikut"pintanya
"jom.. cepat lah.. nanti lambat"kau menaiki kereta bersama joji bagi mengelakkan seseuatu yang tidak baik berlaku.
"kau biar betul timah.. sekali petik dua dapat"soal syafiq
"ish kau ni.. "balasku
"siapapun yang kau pilih.. aku sokong kau.. alu hanya nak kau bahagia.. "ujar joji
"tak salah bagi peluang pada izwan dan tal salah juga kalau kau pilih jalan cerita baru"ukar syafiq. aku diam.kedua duanya baik padaku.. walaupun izwan punya kisah duka dengan ku tapi aku tahu kisah duka itu bukan kehendaknya.. firdaus mungkin akan mencipta jalan yang berbeza. haruskah aku berinya peluang.hidupku menjadi taruhan.sampai bila aku mahu sendiri.
"ala baby.... "kami bersorak melihat baby kamal. bayi lelaki itu aku dukung. comel. perasaan aku mula hiba. teringat akan arwah anakku. satu persatu air matku menitis. izwan merapatiku. dikesat airmataku.
"sayang.. maafkan abang"bisiknya.
"timah..timah ok"soal firdaus. aku mengangguk. airmataku aku lap perlahan. wajah bayi itu aku tatap.
"kena berjaga malam dah la kau lepas ni"usik syafiq pada kamal. kami tertawa. kami berbual bual sebelum kami beredar.
"timah, kamal tengok izwan tu dah banyak berubah... korang dah ok ke"soal kamal
"ok tu ok la.. just friend "ujarku
"ye ke"soalnya lagi
"kami belum decide haluan lagi.. timah pernah tanya tapi dia kata biar takdir yamg tentukan.. dia berserah andai ada jodoh adalah"ujarku
"firdaus? "soalnya lagi
"firdaus pun sama. kami nak kenal hati budi dulu.. kalau ada jodoh..adalah"ujarku.mereka menyokong keputusan ku. rata rata mereka mahu aku bahagia. tapi aku masih sukar untuk membuat keputusan.

setahun hubungan aku dan izwan berjalan lancar. begitu juga hubungan aku dan firdaus.akhirnya impian aku untuk memghiasa pelamin ku sendiri termakbul. aku akan berkahwin dengan lelaki pilihan ku. setelah petunjuk dari Allah aku terima..aku tahu kali ini pilihan aku tepat. majlisku yang berlangsung di dewan orang ramai di kampungku dihias cantik. pelamin dan dekorasi dari idea ku sendiri. hantaran ku gubah sendiri. pendek kata segalanya aku buat sendiri.malam sebelum resepsi majlis akad nikah ku berlangsung dengan lancar. aku lega akhirnya aku bergelar isteri. aku harap kali ini rumahtangga aku kekal hingga ke jannah.riuh suasana. joji dan syafiq turut bersama.
"tahniah timah.. mummy doakan semoga timah bahagia dan kekal hingga jannah.. cepat bagi cucu dekat mummy tau"seloroh datin nora. airmata ku mengalir. aku ditepung tawa oleh pasangan itu. tok penghulu juga tidak melepaskan peluang untuk menepung tawar. sepanjang majlis aku gembira. Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang.
"terima kasih sayang.. terima kasih sebab sudi terima abang"
"timah yang patut ucap terima kasih pada abang yang sudi terima timah seadanya.. terima kasih FIRDAUS AZIM sebab sudi terima SITI FATIMAH" aku memeluk suamiku erat. airmata bahagia aku mengalir. izwan...nama yang menjadi kenangan terindah dalam hidupku. aku juga berharap dia bertemu dengan insan yang dapat membahgiakan dia..kerana aku hanya isteri sekadar nama

Share this novel

Esjasz Malek
2022-04-02 16:31:45 

ala..dh tamat ke??

fina
2022-04-02 11:20:26 

☺️sama sama

fina
2022-04-02 11:10:27 

tak payahlah sorry gangu


NovelPlus Premium

The best ads free experience