Pelayaran Hati

Romance Completed 90676

Aku tiba di thailand.. bumi asing bagiku.aku dibawa ke tempat yang aku tidak tahu.aku memegang tangan ruby. pada wajahnya tampak belas padaku. aku hanya mampu berdoa agar ada keajaiban.
"ini pasport kau.. ini kad id ku dekat sini.. kau sekarang dah jadi warga thailand.faham"ujar lelaki itu. pasport dan id ku bertukar tangan.
"kau jangan macam macam.. kalau kau buat hal.. belum sampai malaysia kau dah kiok"ugutnya.ruby menepuk bahu ku agar aku bersabar.
"ruby, timah nak balik"nangisku.
"i tak boleh nak tolong you"ujarnya.aku menangis lagi.aku dibawa ke sebuah rumah dimana ada beberapa orang gadis disitu.sebaya dan mungkin lebih tua sedikit dari ku.
"ni i bawakan kawan baru you all, timah nama dia"aku diperkenalkan.
"mangsa borhan juga ke"soal salah seorang dari mereka menyoal
"laki dia jual"balas ruby. hatiku bagai direntap.berkecai.aku diam.ada seorang lelaki menghampiri kami
"wow anak ikan baru"usik ruby.dada lelaki itu di oles.
"mari aku bawa kau ke bilik"ujarnya.aku membontotinya. aku dibawa ke tingkat atas rumah itu. bilik ku dibuka.
"ini bilik kau,"ujarnya aku diam. pintu ditutup. aku duduk dihujung katil dan menangis semahunya.Ya Allah apa sebenarnya yang tersirat disebalik dugaan Mu ini.aku menangis lagi. tanpa telefon aku tiada hubungan dengan dunia luar.pintu ku di ketuk.seorang gadis menjengol di muka pintu
"hai saya icha"dia masuk.
"boleh tahu macam mana boleh datang sini"soalnya
"saya tak tahu, apa yang saya dengar suami saya yang lacurkan saya"airmataku masih membasahi pipi
"suami? "diterpana.. aku hanya mengangguk
"borhan?"soalnya
"bukan, tapi boleh saya tahu siapa borhan"aku mula menyelidik
"dia bapa ayam kami,kami semua ni exgirlfriend dia.. dia makan kami lepas tu dia jual kami kat sini"sebatang rokok di hidupkan. bilikku di kepuli asap rokok.
"saya tak kenal borhan"ujarku
"abis siapa suami kau"soalnya lagi
"khairul izwan bin dato zaini"ujarku.nama yang agak berat untuk aku sebut sekarang.
"hah... aligator tu... dia best friend borhan.. eh bukan wife dia nelly ke"soalnya lagi
"saya isteri pertama dia"balas ku. dia diam.siapa izwan sebenarnya.. adakah seperti dato zaini ceritakan atau dia hanya pelakon yang sedang berada di wayang layar.malam berganti siang.. hari berganti hari.. aku tinggal dirumah itu. yang bekerja di waktu malam sebagai call girl,gro dan escort girl.hanya aku di sini.aku mula rapat dengan mereka. pelbagai cerita dan latar belakang yang aku dengari. rata rata menjadi mangsa borhan.. aku tertanya tanya siapa borhan.. kenapa sepanjang aku berkahwin dengan izwan tidak pernah sekali pon nama itu disebut.tapu melalui cerita dari gadis gadis ini mereka semua mengenali izwan.
"timah malam ni kau pegi club.. waitress tak cukup"ujar lelaki itu.aku diam. sehelai t shirt dan sehelai skirt pendek diberikan padaku.aku menggigil.tudungku harus aku tanggalkan.
"kalau saya pakai seluar boleh"soalku
"kau nak kerja club bukan supermarket."marah lelaki itu. aku diam.masa untuk aku bekerja sudah tiba. aku di bawa ke sebuah pub yang bingit.. lampu berwarna warni dan berbau arak dan rokok.aku berdiri di satu sudut.aku kaku.. pergerakanku terbatas.seorang lelaki menghampiri ku dan menarik ku ke belakang. aku menjerit. mulut ku di tutup.
"kau timah"soalnya
"ya"jawab ku gugup
"ikut aku kalau kau nak selamat"tangan ku ditarik. aku cuba melepaskan genggaman tangannya tapi gagal.aku di bawa ke sebuah kereta melalui pintu belakang. lelaki yang menjaga ku di bunglo itu turut ada.
"ni pasport kau, ni ic kau.. ikut dorang sampai sempadan... naik bot yang ada dekat situ.. seberang ke sempadan malaysia."ujarnya
"tapi... "belum sempat aku habiskan ayat aku didorong kedalam kereta
"kau balik.. 3bulan kami cari kau... kerja aku dah selesai...nah telefon untuk kau"telefon bimbit itu bertukar tangan.
"terima kasih"ujarku.kereta itu dipandu. perjalanan mengambil masa dua hari untuk kesempadan. tiada bicara tiada cerita. aku hanya diam. layanan mereka padaku juga elok. pakaian ku di ganti.. tudungku kini ku sarung. Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah.aku ingin tahu siapa yang di utus Allah untuk membantu.

"kau naik bot tu"lelaki itu berbicara dengan pemandu bot tersebut dalam bahasa thailand. aku hanya diam.
"dia akan bawa kau sampai ke sempadan.sampai disana akan ada orang tunggu kau dia akan jaga keselamatan kau disana."ujarnya
"siapa"soalku
"nanti kau tahu"ujarnya.lelaki itu berlalu pergi. aku menaiki bot untuk kesempadan. selagi aku belum sampai dibumi malaysia selagi itu aku tak berasa selamat.bot berhenti di jeti. dua lelaki menunggu. dia dia yang mengintip ku di rumah joji. aku cuba lari tapi di tangkap
"kau dalam bahaya"ujarnya.aku diam. aku hanya mengikut mereka.aku tidak berani bersuara. aku di bawa ke sebuah rumah di puncak bukit.kosong.
"kau duduk sini.. apa apa panggil kami"ujarnya.aku diam. ku makin penasaran. apa yang berlaku sebenarnya. aku harus hubungi siapa.izwan,kamal,joji atau syafiq. aku buntu. selamatkah aku di sini. cahaya mentari menjengah tingkap ku. hari sudah siang. tidur yang paling lama pernah aku rasa. aku menyelak tirai jendela. lelaki itu masih di sini. pintu bilikku di ketuk. aku membuka
"joji"tempik ku.kami menangis sambil berpelukan.
"kau ok? "badan ku diperiksa.
"timah ok.. mana joji tahu timah dekat sini"soalku
"ada orang telefon joji suruh joji datang sini.. dia share location"katanya.aku sedikit lega. sekurang kurangnya aku tidak berseorangan.
"kau tak apa apa kan dekat thailand sana kan"soalnya
"tak dorang memang tak bagi timah keluar tiga bulan tu.. timah pelik juga kenapa orang lain kerja tapi timah tak kerja"cerita ku
"ah kau... nak menyundal ke"marah joji.aku tertawa kecil
"kes kamal apa cerita"aku mula bertanya
"kes kamal masih dalam siasatan.. dan memang bukan izwan pelakunya."ujar joji. aku sedikit gembira kerana izwan tidak bersalah.. tapi izwan kejam sanggup melacurkan aku.
"joji, tolong timah boleh... cari siapa borhan.. katanya dia kawan izwan... timah mak tahu siapa yang lacurkan timah"pintaku
"kau tanya la laki kau"katanya
"dari apa yang timah dengar katanya izwan yang nak jual timah"ceritaku lagi
"kau cepat sangat percaya... tak mungkin dia... dalam masa tiga bulan ni dia macam orang gila tau cari kau"kata joji. tak mungkin.... ah itu hanya lakonan untuk menutup angkara. desis hatiku. seminggu kami di rumah itu tiada siapa pun yang mencari hingga jumpa.walaupun hatiku sakit kerana izwan sanggup melacurku.. tapi aku masih mengharapkan dia datang mencari ku.
"eh timah... "panggil joji... aku berjalan laju mendapatkannya
"ni tengok ni"berita tentang ternakan ku diracun terpampang di media sosial.. pelaku juga telah tertangkap.. aku lega.
"jom balik kampung.. timah nak tahu cerita"kataku
"nanti polis call kau pergi la... sekarang dalam siasatan lagi... lagi pun kau tak boleh keluar dari sini.. bahaya"katanya.ada kereta masuk di perkarangan rumah. aku dengan joji terpana. datin nora.aku menelan air liur.
"apa datin buat dekat sini"gugup ku.langkah nya memasuki rumah penuh lagak.di duduk atas sofa tanpa aku suruh
"ini rumah i... suka i la"jawabnya
"kenapa datin ada dekat sini... apa kena mengena datin dalam situasi sekarang"soal joji. datin nora diam. aku dan joji risau. takut diapa apakan kami. datin nora boleh bertindak diluar jangkaan.
"nelly mana, selalu dia dengan datin"soalku.kelibat nelly tidak kelihatan
"dia di L.A..ada fashion show"jawab datin nora. kaca matanya ditanggalkan.
"timah... mummy datang sebab nak minta maaf atas silap mummy pada timah"aku dan joji tercengang.
"mummy tahu timah sengsara dengan perbuatan mummy"ujarnya lagi. aku dan joji diam
"memang pada awalnya mummy tak setuju khairul bernikah dengan timah.. tapi mummy nampak perubahan dalam diri dia.. cuma mummy malu nak bagitahu yang mummy sayangkan timah"katanya.
"kalau datin sayang kan timah kenapa layan timah macam hamba.. kenapa halau timah"soal joji.airmata wanita itu mula menitik
"mummy buat macam tu sebab mimmy nak timah keluar dari rumah... supaya timah dapat hidup bahagia diluar sana.. memang mummy halau timah sebab timah mengandungkan cucu mummy"aku tersentak
"bukan datin tak mengaku itu cucu datin ke"aku mengagahkan diri untuk menyoal
"sebab mummy nak timah keluar dari rumah tu..jaga kandungan baik baik.. sebab mummy tahu nelly takkan senang senang lepaskan timah.. orang yang timah kata perhatikan timah ketika di rumah joji.. mummy hantar untuk awasi keselamatan timah... "aku mula bingung. joji memandang tepat kearah datin nora dengan amarah.
"kalau kau sayang menantu kau jangan layan di macam takde perasaan"marah joji
"mummy tak nak nelly tahu yang mummy sayangkan timah.. mummy taknak nelly apa apakan timah..mummy nak khairul dan timah bahagia"tangisnya
"tapi bukan macam tu caranya datin"balasku
"mummy malu.. menantu yang mummy harapkan sebenarnya bertopeng..mummy ingat dia betul betul sayangkan izwan... tapi bila mummy tahu dia yang batalkan bulan madu timah dan iZwan mummy dah mula rasa lain.. tambahan pula mummy dapat tahu yang ketika honeymoon tu dia dan izwan tidak tidur sekali"Allahurabbi...
"abis tu datin tuduh timah menyundal"sebab mummy nak sakitkan hati timah... agar timah bercerai dengan izwan... timah berhak bahagia.. walaupun bukan dengan izwan.. sebab nelly bukan lawan timah"ujar datin nora
"apa maksud datin"soal ku ingin tahu
"nelly yang upah orang untuk tumbuk kamal sebab dia tahu khairul marah pada kamal.. dia cuba perangkap khairul... agar khairul tidak menceraikan dia"
"tak mungkin nelly sekejam itu"soalku.
"betul... "ujar joji
"nelly juga yang merancang penculikan timah... dia gunakan borhan.. gigolo belaan dia kawan baik izwan. "aku terduduk... aku menuduh suamiku tanpa sebab. aku mula dikerumuni rasa bersalah
"tapi dari apa yang timah dengar izwan yang melacurkan timah"soalku dalam tangis
"tak... ini semua angkara nelly.. dia mahu hapuskan timah dari hidup izwan sebab dia cemburu akan timah... izwan sayang timah.. tak mungkin dia lacurkan timah.. timah hilang dia seperti orang hilang punca"cerita datin nora lagi abang... timah bersalah dengan abang... tangisku mula berderai
"mummy upah orang untuk cari timah... dan mummy dapat tahu borhan yang punya angkara.. dia terlalu sayangkan nelly.. tapi cintanya ditolak nelly.. dianggap borhan hanya simpanannya. "cerita datin nora lagi
"izwan tahu"soalku
"di tahu.. sebab itu sebolehnya dia tidak mahu berkahwin dengan nelly.. tapi mummy paksa kerana perjanjian keluarga kami. ayah nelly share partner di syarikat mummy.. mummy risau akan ditarik sharenya mummy hilang segalanya"airmatanya dikesat.
"kenapa datin tak cerita dari awal.. sekurang kurangnya timah tidak syak yng bukan bukan tentang mummy dan izwan."ujarku
"sebab mummy malu dan mummy taknak libatkan orang sebaik timah dalam keluarga kami"bahunya terhinjut hinjut menangis.
"ladang ternak timah angkara ayah nelly kerana marahkan timah... dia juga yang upah orang untuk potong brek motor timah dengan harapan timah kemalangan dan dicerai khairul.dia marah nelly di madukan"cerita datin nora lagi.
"apa salah timah sampai timah dibenci begini"kecewa dan guris hati ku luahkan
"sebab timah terlalu istimewa"ujar datin nora.
"timah terlalu baik.. hati timah tulus..siapa pun akan sayang timah kalau kena pada gayanya.. tapi keluarga mummy terlalu rumit untuk timah"ujar datin nora.
"timah fikir la sedalam dalamnya.. sanggup kah timah terima beban lagi.. mummy percaya nelly takkan berhenti selagi timah bersama khairul."aku terdiam.aku berfikiran.kuatkah aku.joji menggenggam tangan ku.
"timah nak jumpa abang"pintaku
"buat masa sekarang ni timah jangan jumpa dia lagi.. boleh membahayakan timah dan izwan"ujar datin nora
"tapi.. "
"dengar cakap datin kali ni timah.. aku rasa ada benarnya. nelly mesti tengah cari kau"pujuk joji.
"timah betsalah dengan izwan.. timah tuduh dia macam macam.. "tangisku.joji memujukku.
"tak lama.. timah tunggu ya nanti dah selesai semua mummy temukan timah dengan khairul."pujuk datin nora
"kenapa tak report saja"soal joji
"mummy ada sebab kenapa mummy tak boleh direct dengan polis.ada orang yang perlu mummy jaga.. timah dan khairul.."lain benar datin kali ini. benarkah dia. ikhlaskah dia.rasa bersalahku pada izwan membuatkan aku tidak keruan.dari apa yang aku tahu nelly kerap keluar negara.seolah cuba bersembunyi.izwan...sudah lama akaun instagramnya tidak di update. terakhir gambar aku dan dia yang diambil beberapa bulan lalu. abang... maafkan timah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience