Kirana hulurkan segelas air suam. Hakim mengambil gelas air suam dari isterinya dan mula membaca ruqyah. Dia tuangkan sedikit pada tapak tangan dan di sapukan ke muka. Dengan lafaz bismillah. Dia sapukan ke seluruh wajah. Emilia pada masa itu baring di atas karpet dan beralaskan bantal.
"Emi macam mana Hakim?" soal Puan Ummu. Dia risau anak sulungnya.
Randini yang memerhatikan dari jauh mula keras kepala semula.
"Ini semua sebab keluarga miskin tu!" Randini mula menjerit. Semua yang ada di ruang tamu terkejut. Apatah lagi bibik-bibik lain pun terkejut sama.
"Kakak, kenapa cakap begitu??" soal Siti yang merupakan bibik muda.
"Kau diam Siti!" Randini menyuruh kuli bibik tu diam.
"Randini! Berapa kali saya cakap! Awak takde hak nak hina keluarga ipar saya!" Datin Shida terus melenting. Pantang ada orang luar hina keluarga iparnya.
"Apa masalah kau sebenarnya Randini?? Dari dulu kau bencikan adik aku kenapa?? Razak ni ex kau ke??" soal Dato Sri Kamil. Encik Razak terkejut. Bila masa aku couple dengan Randini?
"Ini semua hantu belaan mereka! Patung yang budak kecik tu bawak sebenarnya berpuaka!" Randini bongkarkan rahsia.
Puan Ummu memandang suaminya.
"Abang, jujur dengan saya. Patung Pinokio tu betul ke abang beli??" soal Puan Ummu serius.
Deana bangun dan menuju ke arah Randini. Mahu tampar sebenarnya tapi dia perlu banyak bersabar.
"Mulut tu jangan biadap. Kamu tu orang gaji mereka. Dan kamu tu takde hak masuk campur hal mereka satu keluarga." Deana nasihatkan walaupun dalaman dia terbakar sebenarnya.
"Tu.." Encik Razak terdiam.
"Patung tu sebenarnya dah dikeluarkan." kata Kirana sempat dia menjeling Encik Razak. Dia tahu siapa yang keluarkan anak patung tersebut.
Puan Ummu terus mengeluh sampai sakit kepala.
"Abang, abang tahu tak tindakan abang lepaskan patung tu dah bahayakan kita semua?? Sekarang ni Emilia. Lepas ni siapa mangsa dia??" soal Puan Ummu hilang sabar. Datin Shida tahan Puan Ummu dan pujuknya untuk bersama.
"Tak guna kita nak bergaduh ke bertengkar. Saya ada berjumpa dengan Che Rahmah rumah jiran sebelah. Dia salah pembantu rumah keluarga arwah Helmi. Tapi dia seorang saja selamat dan tak dibunuh. Dia menjadi saksi Leonard tu telah tarik jiwa Helmi untuk bersatu dengannya dalam patung Pinokio." Kirana memberitahu pada mereka.
"Apa nak buat sekarang??" soal Puan Ummu.
"Buat masa sekarang Puan Ummu duduk disini dengan anak-anak. Biar saya, suami dan kak Deana balik ke rumah puan untuk cari patung tu." kata Kirana mulakan rancangan dia.
"Saya nak ikut. Mungkin boleh bantu apa yang patut." Encik Razak menawarkan diri.
"Boleh. Dato Sri pun boleh ikut kalau nak." kata Kirana pelawa Encik Razak dan Dato Sri Kamil turut serta.
Telefon Hakim berdering menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Shazlan dalam talian. Budak tak betul telefon ni nak apa? Dulu dia pergi tendang kepala Pocong.
"Hello, assalamualaikum.." Hakim menyapa.
"Waalaikumsalam. Akim dekat mana?" soal Shazlan dalam talian.
"Aku ada kerjalah. Kau tengah buat apa??" soal Hakim pula nak tahu.
"Ada ni lepak dengan Amin, Daniel dengan Aiman. Aku ingatkan kau tak busy. Baru nak ajak ngeteh." kata Shazlan. Hakim tergelak kecil.
"Nantilah aku kesana kalau ada masa lapang. Aku dekat sini banyak kerja." Hakim terpaksa tolak tawaran untuk mengeteh di restoran mamak.
Hakim matikan talian selepas dia berbual dengan Shazlan. Ingatkan nak apalah. Rupanya ajak ngeteh je.
Kirana termenung panjang dekat luar rumah banglo mewah milik Dato Sri Kamil. Dia masih ingat lagi dulu terlalu banyak sangat peristiwa sebelum Pinokio yang sebenar wujud. Puan Ummu pun keluar sama nak ambil udara.
"Kalau abang Razak tak buka pintu almari antik tu. Mesti perkara macam ni takkan berlaku." Puan Ummu meluahkan sekali dengan keluhan.
"Benda nak jadi kak." kata Kirana. Puan Ummu senyum.
"Dulu masa saya kecil. Keluarga kawan abah orang pertama bertemu patung Pinokio ni. Zaman dua kawan baik saya waktu kecil. Dilaila dan Daniel. Sebelum auntie Ayunie kahwin dengan Ustaz Hanafi. Dia kahwin dengan arwah uncle Lukman. Benda tu menghantui keluarga arwah uncle Lukman. Berpunca dari kesilapan arwah uncle sendiri sebab terlanjur dan tak mahu bertanggungjawab. Dalam patung tu adalah jiwa seorang perempuan yang mati dibunuh arwah uncle Lukman. Dia berdendam sehingga tarik nyawa uncle Lukman." Kirana buka cerita zaman Daniel dan Dilaila masih kecil. Di mana keluarga mereka pernah lalui sebelum ini. Dendam gadis gaun hitam sehingga membuatkan Ayunie menjanda dan dua anaknya pangkat anak yatim. Puan Ummu mendengarnya.
"Kes kedua. Waktu ni saya berada di luar negeri sambung belajar. Saya dan abang Aiman sambung belajar. Abah dengan ibu ada bantu satu keluarga ni. Waktu ni auntie Ayunie dalam suai kenal dengan Ustaz Hanafi. Salah seorang ustaz sekolah. Keluarga encik Raziman ni ada tiga orang anak. Dua anaknya kembar diberi nama Haras dan Haris. Mereka ada seorang lagi anak lelaki bongsu bernama Sani. Si Sani tu sukakan patung mainan walaupun dia tu lelaki. Encik Raziman dengan isterinya Puan Sarinah pun tak kisah. Asalkan Sani tu tak menyerupai perempuan. Satu hari tu, Sani ada terambil patung Pinokio lusuh di bawah pokok tua lama. Dekat situ bermula keluarga Encik Raziman diganggu. Mereka nak mendamping Sani untuk jadikan Sani sebagai kambing hitam. Sama nasib seperti arwah Helmi. Cuma nasib Sani selamat sebab abah dengan mak bergegas selamatkan. Dekat kes kedua jiran terdekat Encik Raziman jadi mangsa bunuh. Dekat situ mereka bertemu patung Pinokio yang di dalamnya nenek tua penyihir." Kirana buka cerita sewaktu Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia selamatkan sebuah keluarga Encik Raziman dan Puan Sarinah. Di situ mereka kenal Zaiton.
Cerita ketiga. Saya dulu ada kawan bernama Masha. Biasalah jenis tangan tu dah gatal sangat. Dia pergi sentuh benda-benda mistik dalam bilik artifak. Sampai dia terbuka bekas kaca isi patung Pinokio. Yang di dalamnya tu Zaiton tapi dia menyerupai arwah Helmi. Sampailah dia kena kacau teruk. Ada satu hari Ustazah Sanna dengan adik angkatnya Alia datang. Waktu Masha kena rasuk. Dia hampir bunuh Alia. Mujur kejadian ketiga ni tiada siapa mati. Cuma nasib Alia dia terkena tikam menyebabkan banyak darah keluar." Kirana teringat kejadian serangan hantu di rumah keluarganya. Semua tu berpunca tangan gatal Masha pergi buka dan sentuh macam-macam. Mujur tiada kematian dekat kes ketiga.
"Tak sangka rupanya semua tu helah untuk kaburkan mata mak ayah kamu." ujar Puan Ummu. Kirana senyum dan bila fikirkan balik. Rasanya Zaiton diperalatkan oleh Leonard.
"Sebenarnya, kes ini abah pernah tahu sebelum kahwin dengan ibu. Dia ada terbaca satu buku dalam artifak lama dia simpan. Dari zaman muda dia cari patung Pinokio ni. Sebab dalam buku tu katanya ada makhluk ganas." Kirana bagitahu perkara yang sebenar. Dan mereka sendiri sedang berdepan dengan makhluk ganas itu sekarang.
Kirana melepaskan keluhan berat. Puaka ini sudah lama abahnya buru. Dan akhirnya akan jatuh ke tangan Kirana. Puan Ummu memandang wajah gadis muda itu. Dalam hatinya puji dengan cara mak ayah Kirana sambil memuji cara mereka ruqyah.
+++++++++++
Che Rahmah baring di atas katil. Pandangan matanya memandang ke arah kipas yang tergantung di siling. Bilah kipas berpusing perlahan. Walaupun dipasangkan penghawa dingin. Tapi, tetap juga memasang kipas. Dia rindukan arwah Helmi.
Che Rahmah mengimbas kenangan manis dia menjaga dan sayangkan arwah Helmi seperti anaknya. Ketika itu dia di bawah pokok temankan Helmi meniup seruling.
"Sedapnya alunan yang Helmi hasilkan. Mak suka." Che Rahmah memujinya. Ketika ini dia masih muda dan baru berumah tangga.
Helmi tidak melayannya sebaliknya fokuskan pada tiupan seruling. Che Rahmah pejamkan mata dan menikmati bait-bait muzik yang di mainkan Helmi. Rasa tenang sekali. Di tambah lagi berteduh di bawah pokok ara.
Tak lama selepas itu. Helmi pun berhenti meniup seruling. Che Rahmah pun buka matanya semula. Dia tepuk tangan tanda dia suka dengan lagu itu.
"Merdu tak mak?" soal Helmi.
"Merdu sayang. Mak suka sangat." Che Rahmah memujinya. Helmi senyum dan terus peluk tubuh Che Rahmah. Wanita muda itu peluknya. Tanpa sedar, bergenang airmata dengan nasib Helmi. Keluarganya seolah-olah abaikan dia. Malah, mendera sehingga emosi anak usia 12 tahun jadi takut, trauma.
Kembali ke masa sekarang. Che Rahmah menangis. Airmatanya gugur membasahi pipi tuanya. Anak itu baik. Keluarga arwah anak itu sendiri punca arwah terpedaya dengan tipu helah syaitan yang dia katakan hero.
"Mak..."
Puan Bihah terbangun dari pembaringan. Dia melihat ada budak lelaki berpakaian serupa Pinokio duduk di kerusi tempat Che Rahmah biasanya rehatkan badan dan kaki.
"Helmi?" Che Rahmah memanggilnya.
Helmi bangun dari tempat duduknya. Dia toleh memandang emak angkatnya. Wajah anak itu pucat dan murung. Sedikit pun tak membuatkan Che Rahmah takut dengannya.
"Helmi, tolong lah jangan kacau keluarga orang lain. Mereka tak bersalah." Che Rahmah merayu sangat pada arwah anak angkatnya.
"Manusia kejam mak. Hero saya cuma nak bunuh kejahatan mereka." kata Helmi. Che Rahmah menggelengkan kepala dalam keadaan menangis.
"Tolong.." Che Rahmah merayu sangat.
Helmi tundukkan kepala. Matanya memandang Che Rahmah dengan renungan tajam. Dia mendengus ke arah wanita tua itu. Pandangan menjadi gelap.
Puan Bihah menutup tv. Biasanya sebelum dia nak masuk tidur. Dia akan periksa keadaan emaknya terlebih dahulu. Puan Bihah melangkah kaki ke bilik emaknya. Dia ketuk beberapa kali. Tombol pintu di pulas dan perlahan-lahan tolak ke dalam.
Emaknya tiada di atas katil. Puan Bihah masuk ke dalam. Dia mencari suis lampu dan tekan. Lampu menyala. Puan Bihah tengok ke arah dinding katil. Matanya terbeliak dan terkejut.
"Mak...!!!" Puan Bihah menjerit.
Sementara itu. Encik Razak mendapat panggilan kecemasan dari isterinya mengatakan Sarah telah hilang. Encik Razak segera menghubungi Hakim. Kirana menjawab panggilan itu. Hakim dan Deana terkejut dengan berita yang baru mereka terima.
Sampai sahaja di kediaman rumah Encik Razak. Mereka nampak Puan Bihah lari ke arah mereka dalam keadaan menangis dan berteriak. Kirana terus tangkap dan pegangnya.
"Kenapa puan??" soal Kirana.
"Mak saya! Mak saya mati!" kata Puan Bihah cemas. Wajahnya basah dan kemerahan sebab menangis. Mereka bergegas pergi lari ke arah rumah kejiranan sebelah.
Apabila mereka masuk ke dalam bilik tidur Che Rahmah. Kelihatan dua anak Puan Bihah sudah menangis. Kirana terus tekup mulut yang melopong.
"Innalillah hiwainna ilahirajiun." Hakim mengucap panjang.
Che Rahmah mati dalam keadaan tergantung di dinding katil. Tangan dia kedua-duanya terangkat. Hanya tinggal badan. Manakala bahagian kakinya hilang.
Kirana sudah naik marah. Malam ini memang dia akan perangi habis-habisan. Dia keluar dan berjalan dalam keadaan marah.
"Leonard..!!" Kirana menjerit memanggil nama syaitan itu. Deana dan Hakim terus mengikut Kirana ke arah rumah banglo itu.
Kirana terus tendang pintu itu sehingga tertanggal dan jatuh. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah. Kirana berada di tengah. Deana dan Hakim juga melihat benda yang Kirana sedang pandang sekarang.
Kelihatan patung Pinokio berada di atas kerusi malas yang berayun seperti buai. Perlahan-lahan kerusi itu berayun.
"Sedia?" soal Hakim.
"Kakak sedia.." Deana menjawab.
Kirana sempat picit-picit tangan untuk bersedia lawan dengan syaitan Pinokio itu. Bersiap sedia untuk babak perlawanan?
BERSAMBUNG......
Share this novel
ah..dh nak start berlawan ni..