Chapter 11

Thriller Completed 806

Di rumah Dato Sri Kamil. Puan Ummu baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib. Hatinya semestinya tak tenang dari tadi. Apa sebenarnya yang Randini nampak sampai mukanya cuak?

Sarah menanggalkan telekung. Dia solat di bilik Farah. Emilia juga solat bersama adiknya. Sarah tengok patung Pinokio dia berada di atas kerusi. Emilia tanggalkan telekung. Dia melipat kain telekung dan sejadah. Lalu di simpan ke dalam laci. Sarah bangun dan mahu keluar dari bilik. Emilia melipatkan kain telekung dan sejadah adiknya.

Sarah terlupa nak membawa patungnya keluar. Sebab perut Sarah sekarang lapar nak makan. Sekejap lagi ayah dan paklongnya nak balik. Memang paklongnya ada mengajak mereka satu keluarga makan malam di rumah.

Puan Ummu menghubungi Kirana. Dia bertanyakan keadaan di rumah sekarang. Rasa lega rumah tiada apa-apa. Puan Ummu mengajak Kirana dan Deana datang ke rumah Datin Shida. Kirana memberitahu dia akan datang bersama suami. Puan Ummu simpan telekung dan sejadah. Dia terus bangun dan keluar dari bilik.

Emilia masih kemaskan katil. Tadi petang dia gunakan buat baring rehatkan badan. Emilia bersihkan cadar pada tilam buang habuk. Tiba-tiba, ada botol kosong terpelanting lalu terkena Emilia. Si kakak sulung itu terjerit sebab terkejut.

Emilia memandang patung Pinokio yang berada di atas kerusi menghadap meja cermin solek. Emilia terkejut melihat sesuatu di cermin itu. Seorang budak lelaki sedang duduk di kerusi di mana patung Pinokio itu duduk sekarang. Budak itu memandang tajam ke arah Emilia.

"Mak..!!" Emilia menjerit memanggil emaknya. Baru dia nak lari ke arah pintu.

Tiba-tiba, kakinya tersadung menyebabkan dia jatuh tersembam. Bilik tidur Farah menjadi gelap secara tiba-tiba. Emilia pusing kepala kebelakang. Budak lelaki itu kini berdiri memandang ke arahnya. Tubuh budak itu mula bergerak-gerak sehingga kedengaran tulang temulang patah. Perlahan-lahan tubuh budak itu besar dan aura hitam pekat keluar seperti kepulan asap tebal.

"Mak...!!!" Emilia menjerit ketakutan. Dia cuba untuk bangun. Ada tangan hitam pegang kaki Emilia. Gadis itu menjerit ketakutan. Benda itu semakin membesar menjadi seperti lelaki dewasa.

Puan Ummu dan Datin Shida yang sedang siapkan hidangan terdengar bunyi jeritan dari Emilia. Mereka berdua bergegas keluar dari dapur untuk ke bilik Farah di aras atas. Randini kelihatan menggigil. Pasti Emilia menjadi mangsa kali ini.

Emilia cuba nak tarik kakinya lepaskan dari cengkaman syaitan itu. Muncul kepala syaitan keluar dari kepulan asap menebal. Dia menyeringai senyum memandang Emilia.

"Allah..!! Mak..!!" Emilia sudah ketakutan yang sukar nak digambarkan.

Puan Ummu dan Datin Shida ketuk-ketuk dari luar. Puan Ummu pulas-pulas tombol pintu sambil hempaskan badan untuk pecahkan. Datin Shida pergi mencari kunci pendua di biliknya.

"Afiq..! Call ayah Afiq!" Datin Shida menyuruh Afiq hubungi ayahnya.

Afiq segera tanggalkan headphone dan ambil telefon pintar. Dia segera menelefon ayahnya untuk bantuan. Encik Razak menjawab panggilan anaknya. Suara Afiq seperti cemas dan panggil ayahnya lekas datang. Terpaksa Encik Razak lajukan pemanduan untuk sampai ke rumah abangnya dengan cepat.

Datin Shida mencari-cari kunci pendua bilik Farah. Suara Emilia masih kedengaran menjerit dari dalam bilik. Puan Ummu juga berusaha untuk pecahkan pintu menggunakan tubuhnya.

Encik Razak dan Dato Sri Kamil baru tiba serentak. Mereka matikan enjin dan keluar. Kedua-dua lelaki itu bergegas masuk ke dalam rumah dalam keadaan cemas. Mereka segera naik ke atas. Sarah peluk diri sebab takut. Afiq pergi ke arah adiknya dan peluk.

"Emi..!!" suara Encik Razak memanggil.

"Mak...!! Ayah..!" Emilia menjerit dari dalam.

Hakim baru sampai bersama Kirana dan Deana. Mereka turun dari kereta. Wajah yang tersenyum bertukar serius. Mereka mendengar suara Emilia menjerit dari dalam. Kirana dan Hakim segera berlari masuk. Deana toleh ke belakang. Dia terbeliak biji mata ternampak sesuatu.

Di bawah lampu jalan. Ada satu makhluk. Tubuhnya manusia. Tetapi kepalanya berupa kambing gurun dan janggut panjang. Dua batang tanduk seiras kambing. Dia memegang tongkat dan di atasnya lambang setan.

Deana pernah bermimpi makhluk itu semasa dia kecil lagi. Dalam mimpinya ada seorang pakcik tua memberitahu. Ada makhluk dari kalangan ketua bangsa Jin yang paling kuat pernah menetap lama di tanah melayu sebelum kedatangan Islam.

Makhluk itu adalah guru kepada syaitan bernama Mantaha. Dan Mantaha telah bunuh seluruh penduduk Kampung Seri Kuning Kembangan dan tukarkan roh mereka kepada bentuk berupa Pocong.

Deana mencelik semula. Dia terkejut bila di belakang ketua bangsa Jin ada beberapa makhluk berjubah mereka. Setiap jubah mereka ada logo lambang setan di tengah-tengah dada.

Dia membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Perlahan-lahan dia hembuskan ke arah mereka. Deana buka mata semula. Kesemua makhluk tadi telah hilang. Deana terus masuk ke dalam rumah.

Hakim berjaya pecahkan pintu. Semua terkejut dengan apa yang mereka saksikan. Puan Ummu segera pegang tangan Emilia. Anak perempuannya sudah menangis habis. Hakim laungkan kalimah Allahuakbar. Tangan hitam syaitan itu terlepas dari pegang kaki Emilia.

"Lepaskan Helmi!" Kirana arahkan makhluk itu. Dia berdiri mengetuai mereka.

Kepulan aura asap kehitaman perlahan-lahan menghilang dan menukarkan kepada bentuk manusia. Datin Shida terus sembunyikan wajah pada dada suaminya. Puan Ummu terus peluk anak perempuannya. Emilia sudah melalak dalam pelukan. Encik Razak pun tenangkan anaknya.

"Aku perintahkan kau lepaskan Helmi! Bebaskan jiwa keluarga dia!" Kirana sekali lagi bertegas.

Makhluk itu berupa seorang lelaki. Tetapi wajahnya sangat hodoh dan kehitaman. Mempunyai dua tanduk kecil. Matanya bak biji saga. Hidungnya ke atas seperti seekor khinzir. Tubuhnya juga hitam. Kukunya panjang dan juga hitam.

"Aku adalah hero kepada budak ini. Dia yang bersetuju untuk aku bunuh kejahatan dalam diri keluarganya." kata syaitan itu.

"Kau hanya menipu dia! Kau adalah syaitan yang menyesatkan umat manusia! Lepaskan Helmi!" Kirana menengkingnya.

Syaitan itu mula gunakan kuasa sihirnya untuk bertarung dengan Hakim dan Kirana.

"Leonard..!!" Deana muncul tepat pada masa. Syaitan bernama Leonard terus pandang ke arah Deana.

"Kau Leonard kan?? Aku tahu kau akan bagi reaksi terkejut." soal Deana ada bunyi dia bangga kenal nama syaitan itu.

Puncanya mereka sendiri kaji dan baca setiap petikan. Dan juga baca cerita dari Ustaz Osman. Dan Ustaz Osman menyebut nama syaitan itu adalah Leonard.

"Kau adalah anak murid kepada Lucifer. Kau juga pasti kenal dengan Mantaha." kata Deana tahu selok belok rangkaian mereka.

"Bodoh!" rahsia Leonard akhirnya terbongkar.

Dia gunakan kuasanya dengan menjerit sehingga tolak Hakim, Deana dan Kirana keluar dari bilik. Leonard kembali berubah menjadi kepulan asap hitam dan terus menghilang. Patung Pinokio juga hilang secara tiba-tiba.

+++++++++++++

Ustazah Dahlia tutup buku bacaan. Dia juga baru terbaca nama syaitan yang berada dalam patung Pinokio itu. Aiman sekeluarga datang rumah mak ayahnya. Nazura melihat ibu mertuanya mengeluh.

"Kenapa ibu?" soal Nazura. Dia hulurkan minuman sejuk. Asalnya untuk dia minum. Tapi bila tengok ibu mertuanya resah. Dia yang risau.

"Ibu harap Hakim dengan Kirana selamatkan keluarga itu. Ibu baru tahu arwah Helmi terpedaya dengan tipu helah syaitan itu. Syaitan tu tipu mengatakan dia wira boleh bantu arwah Helmi. Allahuakbar, kasihan arwah tu." Ustazah Dahlia berderai airmata. Sudahlah keluarga arwah tu dera dia. Dan sekarang di tipu oleh syaitan tersebut.

"Saya percaya Hakim dan Kirana berjaya selamatkan keluarga yang berpindah disitu dan arwah Helmi. Kita doakan buat mereka." Nazura memujuk dengan memberikan kata-kata semangat buat mereka yang berjuang di sana.

Ustazah Dahlia masuk ke dalam bilik artifak. Dia pergi ke arah bingkai kaca yang di dalamnya isi patung Pinokio milik Zaiton. Dia nampak Zaiton sedang memandang ke arahnya sambil tersengih.

"Aku tahu kau sebenarnya di alatkan oleh Leonard. Kematian Lukman dan perempuan bergaun hitam adalah rancangan Leonard sendiri. Dan kau hampir bunuh satu keluarga lain. Tapi, kau bunuh jiran mereka. Kalian hanya laparkan darah dan nyawa manusia." Ustazah Dahlia marahkannya. Nada dia sangat tegas. Tidak selembut lagi.

"Kau baru tahu ke?" soal Zaiton nada mengejek.

"Kau hanya syaitan betina yang semasa hayat jadi tukang bermain sihir." kata Ustazah Dahlia. Wajah Zaiton mula serius. Dia memandang Ustazah Dahlia dengan penuh renungan tajam.

"Ada satu lagi malapetaka yang lebih berkuasa daripada Leonard. Keluarga kau hampir mati disebabkan Ratu Lilith. Dan seterusnya Mantaha. Tetapi kali ini, ketua sebenarnya Leonard, Mantaha dan Ratu Lilith yang sudah menetap paling lama di tanah melayu akan bangkit. Keluarga kau telah gagalkan rancangan anak muridnya itu. Persiapkan pusara kubur kalian." kata Zaiton. Bunyinya berbaur ugutan.

Amin tiba-tiba masuk ke dalam bilik artifak itu dan pergi ke arah bingkai kaca. Dia terus tumbuk bingkai itu menyebabkan Zaiton terkejut dan mendengus ke arah pemuda itu.

"Aku dah bersedia nak lawan dengan ketua Jin tu." kata Amin. Matanya tiba-tiba bertukar kepada mata seekor Harimau Belang dalam beberapa saat.

Siapakah ketua Jin selain Leonard, Mantaha dan Ratu Lilith?

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience