Chapter 13

Thriller Completed 806

Suasana begitu kecoh di rumah Dato Sri Kamil. Mereka bergegas dan berpecah untuk mencari Sarah. Kesemua bilik yang ada dalam rumah habis di periksanya. Bilik mandi, bawah basement, loteng rumah semua mereka periksanya.

Puan Ummu cuba bertenang. Matanya dipejamkan rapat. Bibirnya kumat kamit menbaca ayat-ayat suci Al-Quran.

"Ya Allah, berikan aku tanda keberadaan Sarah." Puan Ummu berdoa di dalam hati.

"Mama...!!!" suara Sarah kedengaran. Puan Ummu dapat bayangan Sarah terbaring lemah di dalam bilik. Dia memerhatikan lama gambaran bilik itu macam bilik tidur Emilia dan Sarah.

"Sarah diculik! Kakak, Ummu nak balik rumah!" kata Puan Ummu. Dia bangun dan menyarungkan kain tudung. Datin Shida menghalangnya.

"Jangan pergi Ummu! Bahaya!" kata Datin Shida halangnya.

"Dah takde masa kak. Sarah akan dijadikan korban nanti." kata Puan Ummu lalu dia bergegas mengambil kunci kereta Kirana dan segera keluar rumah.

Emilia nak ikut tapi di halang oleh bibik. Emilia melihat emaknya memandu kereta keluar dari perkarangan rumah banglo mewah. Datin Shida berdoa dalam hati semoga urusan mereka dipermudahkan.

+++++++++++

Kirana berjalan dalam keadaan marah selepas dia melawat rumah kejiranan sebelah. Di sebabkan syaitan tu tidak dapat nyawa keluarga Encik Razak. Dia bunuh Che Rahmah. Memang syaitan tu cari nahas dengan dia sekarang. Malam ni mereka akan membuat perhitungan.

Encik Razak dan Dato Sri Kamil mengikut dari belakang. Mereka kini berjalan ke arah rumah banglo itu. Suasana rumah banglo dari luar nampak suram dan seram. Lampu-lampu tidak dinyalakan. Hanya gelap menjadi pilihan. Kirana yang mengetuai pergi ke arah pintu. Dengan sekali tendang. Pintu utama tersebut pecah dan tumbang.

"Leonard..!" Kirana memanggilnya. Matanya memandang ke arah sesuatu. Hakim dan Deana juga memandang perkara yang sama.

Di atas sebuah kerusi malas yang berayun ada sebuah patung Pinokio. Kerusi itu berayun seolah-olah ada orang sedang duduk di atasnya. Wajah Kirana tidak ada gurau senda. Sekarang dia akan serius.

Tiba-tiba kepulan asap hitam keluar dari patung itu. Aura kegelapan itu semakin menebal. Hakim menyuruh Encik Razak dan Dato Sri Kamil keluar sebentar. Kirana menjeling memandang asap-asap yang hitam dan tebal itu mula mengecil dan merubahkan sesuatu yang luar biasa.

Muncul syaitan bernama Leonard sebenar. Deana terus picit-picit jari jemari. Dia akan lawan dengan syaitan itu. Deana boleh terdengar suara-suara arwah keluarga Helmi menangis dan meminta tolong bebaskan mereka. Tubuh Leonard terapung dan senyum memandang mereka. Wajahnya tampak seram dan hodoh.

Sarah muncul tiba-tiba di bahagian atas.

"Mama...!!" Sarah menjerit.

Kirana, Hakim dan Deana memandang ke arah suara Sarah. Encik Razak segera masuk selepas dia terdengar suara anaknya.

"Sarah!" Encik Razak berlari ke arah tangga. Leonard halakan tangan kiri ke arah Encik Razak. Dia hayunkan menyebabkan tubuh Encik Razak tercampak ke belakang.

"Allahuakbar...!!" Hakim melafazkan kalimah lalu dia hempaskan telapak tangan kanan ke lantai. Leonard menjerit ke arah Hakim. Lelaki itu terasa berdesing pada pendengaran.

Kirana membantu suami dengan mengikat syaitan itu. Sebagaimana dia pernah lakukan pada makhluk Pocong dulu. Kirana membaca ayat-ayat suci. Hakim juga alunkan bacaan dua jari dari tangan kiri ditujukan ke arah Leonard.

Syaitan keji itu menjerit untuk lawan kuasa yang datang dari Allah SWT. Deana segera berlari naik ke tingkat atas untuk dapatkan Sarah. Deana dukung Sarah dan bawanya turun. Mata Leonard keputihan dan memandang Deana. Entah bagaimana Deana tersadung tiba-tiba lalu jatuh tangga. Sarah terlepas dari dukungan turut jatuh sama.

"Kak Deana!" Kirana terpaksa berhenti mengikat Leonard. Dia segera bantu Deana. Kepala Deana berdarah. Sarah juga berdarah akibat bunyi hentakan yang kuat.

Leonard menjerit ke arah Hakim. Lelaki itu terapung tubuhnya dan dicampakkan sehingga menghempas dinding.

Puan Ummu baru sampai. Dia turun dari kereta. Dia melihat abang iparnya berada di luar rumah. Puan Ummu pergi ke arah suaminya.

"Abang, Sarah mana??" soal Puan Ummu bertanyakan pada abang iparnya

"Sarah dekat dalam. Razak dekat beranda tu." kata Dato Sri Kamil. Puan Ummu dan Dato Sri Kamil bantu Encil Razak bangun.

Puan Ummu segera masuk ke dalam rumah. Leonard terus gunakan kuasa sihirnya dengan mencengkam leher Puan Ummu. Wanita itu menjerit dan tubuhnya terapung. Dia melayang ke arah Leonard sehingga lehernya di cengkam kuat.

Kirana terus bantu Puan Ummu pula. Dia pegang tubuh Puan Ummu sambil mulakan bacaan ruqyah. Hakim berusaha untuk bangun semula. Dia hempas lantai dengan telapak tangan kanan. Dan dia tujukan ke arah Leonard.

Puan Ummu berjaya terlepas dari cengkaman. Kirana terus tariknya dan bawa ke arah Deana dan Sarah. Deana berusaha untuk bangun walaupun dirinya penuh dengan luka dan berdarah di kepala. Tubuhnya sakit semasa jatuh tangga dari tingkat atas.

"Kakak sabar. Jom keluar." Kirana mengajak Deana untuk keluar.

Tiba-tiba pintu ditutup rapat. Kirana cuba untuk bukakan pintu. Dia berpaling memandang ke arah Leonard. Terus dia pergi berdiri bersebelahan suaminya.

"Helmi..!! Kalau Helmi boleh dengar suara kakak! Kakak nak cakap! Leonard telah tipu Helmi hidup-hidup!" Kirana menjerit. Leonard memandang Kirana. Matanya keputihan.

Tiba-tiba leher Kirana bagaikan di cekik oleh sesuatu. Kirana pegang lehernya. Deana pun mahu bantu. Dia sentuh belakang. Mulutnya berkumat kamit walaupun keadaan fizikal dia sakit-sakit. Darah dari tadi tak berhenti mengalir.

"Helmi..! Ini kak Deana. Leonard telah bunuh mak angkat Helmi! Che Rahmah mati disebabkan oleh Leonard.!" Deana pun mahu bantu.

Sementara di alam lain. Helmi memandang ke arah Leonard. Dia baru dengar Che Rahmah telah mati dibunuh Leonard.

"Kau tipu aku...!! Kau bukan hero aku..!! Kembalikan hidup aku...!!!" Helmi menjerit lalu dia menyerang Leonard.

Cengkaman leher tadi berhenti. Kirana nampak Leonard meracau sendirian. Deana nampak Helmi menyerang dan belasah Leonard.

"Abang. Kak Deana. Sekarang!" Kirana mahu lakukan serangan terakhir.

Mereka segera buat bulatan. Bacaan ruqyah di mulakan. Tangan kanan mereka ditujukan ke arah Leonard. Syaitan itu masih kesakitan disebabkan bacaan ruqyah dan serangan dari Helmi sendiri.

Puan Ummu menyaksikan dengan sendiri. Sarah pun peluk dan sembunyikan muka. Dia takut tengok makhluk itu.

"Kau tipu aku..!! Kau bukan hero aku..!! Kau bunuh mak aku..!!" Helmi betul-betul telah di asak amukan. Leonard tidak dapat membalas disebabkan Kirana, Hakim dan Deana kunci pergerakan mereka. Memang mereka biarkan Helmi melepaskan kemarahan pada syaitan yang telah tipu dan perdaya Helmi.

"Helmi, kak Kirana dan kak Deana nak selamatkan Helmi. Lepas ni Helmi akan bebas di luar." kata Kirana bergenang airmata.

Helmi menangis. Memori dia bersama Che Rahmah bermain. Dia nampak kesemua memori dan kenangan manis itu. Leonard lah yang hapuskan segala-galanya.

"Helmi, kuatkan semangat. Abang akan keluarkan jiwa Helmi dari cengkaman syaitan ini. Helmi good boy. Helmi clever boy. Helmi handsome boy." Hakim tak berhenti-henti memuji walaupun dia tak pernah jumpa secara berdepan.

"Tolong.! Bebaskan saya! Mak!" Helmi menjerit meminta tolong.

Tali pengikat terputus dan akhirnya Helmi mula bebas. Dia sudah nampak cahaya jalan keluar dari kegelapan. Helmi segera berlari keluar. Dia nampak dekat cahaya jalan keluar Che Rahmah yang muda itu sudah hulurkan tangan untuk memimpin dan membawa Helmi keluar.

Kirana, Deana dan Hakim nampak ada sesuatu yang putih kecil keluar dari Leonard. Kirana senyum dan dia tahu itu adalah Helmi. Mereka bertiga habiskan ruqyah lalu letupkan makhluk itu.

Leonard menjerit lalu dia terbakar dengan api yang marah. Puan Ummu dan Sarah terkejut melihat api itu. Pintu utama tiba-tiba terbuka dengan sendiri. Puan Ummu segera tarik tangan Sarah dan bawanya keluar.

Tubuh Leonard perlahan-lahan menghilang. Patung Pinokio tiba-tiba meletup dan rentung. Walaupun apinya tak makan keseluruhan patung itu. Hanya ada sisa yang terbakar.

"Alhamdulillah.." Kirana mengucap syukur. Dia berjalan ke arah suaminya. Mereka berpelukan.

Deana senyum selepas semuanya telah selesai. Kirana pergi ke arah Deana dan bantunya jalan. Hakim jaga dan memerhatikan dari belakang. Mereka keluar dari rumah itu.

Semasa mereka melangkah keluar. Kirana nampak Helmi peluk Sarah. Keluar Puan Bihah baru datang. Puan Bihah menangis bila melihat emaknya. Memang nampak muda sekali.

"Mak.." Puan Bihah memanggil emaknya. Suaranya lemah. Che Rahmah senyum memandang anaknya.

Helmi lepaskan pelukan. Dia cubit pipi Sarah manja. Sarah ketawa mengekek. Helmi pandang Puan Ummu dan Encik Razak.

"Seronok melihat pakcik dan makcik layan Sarah baik." kata Helmi terasa sebak. Puan Ummu mengalirkan airmata.

"Makcik simpati dengan nasib kamu." kata Puan Ummu sebak.

Helmi memandang Kirana, Deana dan Hakim. Dia melontarkan senyuman bahagia sangat. Helmi lambaikan tangan pada mereka bertiga.

"Terima kasih! Saya tidak akan lupakan bantuan kakak dan abang." kata Helmi menangis.

"Kamu bebas sekarang Helmi! Tiada siapa lagi akan sakitkan kamu! Jumpa nanti di syurga.." kata Kirana dan dia terus menangis. Hakim pujuk isterinya dan peluk.

"Mari Helmi. Kita pergi.." Che Rahmah terus memimpin tangan Helmi dan bawanya pergi.

Mereka melambaikan tangan ke arah Che Rahmah dan Helmi. Perlahan-lahan mereka berdua menghilang bersama cahaya tadi. Puan Ummu pusingkan badan dan memandang rumah itu.

"Rumah ni dah kembali tenang. Dah boleh dah jual perabot antik tu." kata Puan Ummu masih teringat pada perabot-perabot antik lama.

BERSAMBUNG.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience