Chapter 2

Thriller Completed 806

Emilia kemaskan beberapa barang dan masukkan ke dalam beg. Dia tengok biliknya agak lama. Suasana bilik yang dulunya meriah dengan suara Emilia dan Sarah kini menjadi sepi. Bilik tidurnya menjadi saksi di mana Emilia keluar masuk. Dan dia tidur di dalam bilik. Buat kerja sekolah di dalam bilik.

Emilia turun ke bawah. Nampak mak ayahnya tengah berbual-bual dengan jiran sebelah. Afiq pun sibuk dengan barang-barang mainan elektronik dia. Sarah bersama anak patung beruang dia.

Puan Aminah salam dan bagi kata-kata kepada Puan Ummu. Nampak airmuka Puan Aminah terasa sebak. Pasti dia akan merindui orang yang sudi hulurkan telinga untuk dia luahkan.

"Jangan lupa kami disini." pesan Puan Aminah. Puan Ummu mengangguk dan terus peluk Puan Aminah. Dia rindu sangat dengan jiran sebelah yang merupakan sahabatnya.

Encik Razak masuk ke dalam kereta. Puan Ummu pun masuk ke dalam. Kereta yang di pandu mula perlahan-lahan keluar dari perkarangan halaman rumah. Puan Ummu melambaikan tangan pada Puan Aminah. Sarah turut melambaikan tangan.

Emilia dan Afiq pandang rumah lama mereka. Rindu sebenarnya nak tinggalkan tapi mereka pindah pun ada sebab. Ada orang yang tak berapa suka dengan Emilia. Mana tak cemburu. Anak dia satu sekolah dengan Emilia tetapi Emilia lebih cemerlang dari anak dia.

Pernah mereka ancam untuk hantar sesuatu perkara ghaib. Walaupun zaman sudah masuk dunia moden. Tapi mainan yang bersekutu dengan syaitan tetap di gunakan zaman sekarang.

Semasa dalam perjalanan untuk ke rumah baru. Puan Ummu pegang tangan suaminya. Encik Razak senyum saja sambil pandang isterinya. Encik Razak jeling anak-anak melalui cermin pandang belakang. Sarah yang duduk di bahagian tengah sedang bermain sesuatu dengan Emilia. Afiq pula tidur.

"Rumah tu kan abang dah tengok kelmarin. Besar rumahnya tapi murah." kata Encik Razak. Puan Ummu senyum.

"Dapat harga murah atau memang murah??" soal Puan Ummu.

"Memang murah. Cuma rumah tu ada sebatang pokok ara. Kata agent jual rumah tu. Pokok tu tak boleh di tebang sebab ada kenangan lama pemilik asal tanah itu." Encik Razak buka cerita. Puan Ummu mengangguk faham.

"Biasalah. Pemilik asal tanah mesti ada sebab kenapa dia tak bagi orang tebang pokok ara tu." kata Puan Ummu berfikiran positif.

Emilia buka alat soleknya. Mereka akan conteng muka kalau jawab dengan salah.

"Okey, soalan pertama. Apakah nama Gajah dalam bahasa inggeris??" soal Emilia. Sarah mula fikir sambil kepala mendongak ke atas.

"Apa ea?? Mama!" Sarah panggil Puan Ummu.

"Ada apa sayang??" Puan Ummu melayankan.

"Sarah tak aci. Mana boleh guna orang lain." Emilia tak puas hati Sarah nak guna mama.

"Emy, adik tu kecil lagi. Cuba bagi soalan yang boleh dia jawab." Puan Ummu tegur si kakak sulung.

"Okeylah okeylah. Soalan paling senang. Susu datang dari mana??" soal Emilia.

"Sarah tahu! Susu dari perut lembu!" jawab Sarah.

"Betul!" Emilia terus kata betul. Sarah terus bersorak kegembiraan sebab berjaya jawab dengan betul.

Puan Ummu dan Encik Razak senyum dari tadi dengar suara Sarah bersorak. Kereta di pandu semakin jauh dan akan tiba ke lokasi rumah itu tak lama lagi.

++++++++++++

Akhirnya mereka telah tiba. Sebuah lori yang membawa muatan perabot-perabot rumah lama pun sudah sampai. Kereta di parkir di bawah beranda tepi rumah. Encik Razak turun dari kereta dan terus bukakan pintu rumah.

Puan Ummu keluarkan beberapa beg dari bonet. Emilia pun bantu emaknya turunkan barang. Afiq juga bawa barang masuk ke dalam rumah. Emilia pun masukkan barang ke dalam rumah.

"Abang, tolong pegangkan sekejap. Nak tarik beg yang satu lagi." Puan Ummu minta suaminya pegangkan. Dia tarik beg yang satu lagi sementara suaminya pegangkan.

Sarah berjalan sambil membawa anak patung beruang. Dia pergi ke arah sebatang pokok ara yang rendang. Ada sungai di sebelah pokok ara. Sarah duduk termenung di situ. Sambil dia peluk anak patung beruang. Sarah toleh memandang ke arah pokok ara itu.

"Sarah!" Puan Ummu memanggil dari jauh.

Sarah nampak sesuatu yang orang lain tak nampak. Dia nampak ada ramai dekat pokok ni. Sarah terus bangun dan berlari ke arah rumah. Tiba-tiba di tersadung ke tanah. Anak patung beruang tercampak. Sarah terus berpaling kebelakang. Matanya terbeliak. Dia nampak benda yang tak sepatutnya dia nampak sekarang.

Puan Ummu berlari ke arah anak perempuannya.

"Kenapa ni??" soal Puan Ummu. Dia bantu Sarah bangun. Tapi Sarah dari tadi memandang ke arah pokok ara itu.

Afiq masuk ke dalam biliknya. Dia kemaskan barang dan keluarkan segala pakaian dari beg. Afiq masukkan baju ke dalam almari. Dan seluar semua di lipat di sumbatkan ke dalam. Afiq bangun nak simpan barang-barang lain. Dia toleh ke satu arah. Melihat ada satu pintu almari lama yang terbiar.

Afiq berjalan ke arah pintu almari lama. Dia tengok mangga berkunci itu sudah berkarat dan berhabuk tebal. Afiq bersihkan dengan kain lap tetapi masih berkarat.

"Apa benda dekat dalam ni??" soal Afiq teringin nak buka dan tengok.

Afiq biarkan dan terus buat kerja mengemas dia. Puan Ummu masuk ke dalam bilik Afiq untuk beri barang.

"Nanti simpan. Tu ada almari lain. Ada dua ea." kata Puan Ummu. Afiq turut jeling almari buruk itu.

"Tapi tu terbiar punya mak. Entah apa dekat dalam sana." kata Afiq.

"Nantilah kita cari kunci. Mungkin adalah tu barang berharga lama." kata Puan Ummu.

Afiq keluar dari bilik tidurnya. Pandangan di alihkan ke arah pintu almari lama itu. Ada terasa aura yang sangat menakutkan dari dalam sana.

+++++++++++++

Kirana masih baring di atas katil. Kata-kata dari Zaiton masih terngiang-ngiang dalam kepala. Apa motif dia menyamar sebagai Helmi dan berada di dalam boneka itu? Kenapalah mereka tak perasan siapa yang sebenarnya di dalam patung tersebut?

Ibunya pasti tak senang tidur selepas dapat tahu anak patung itu isinya bukan puaka yang paling berbahaya. Isinya hanya Zaiton sahaja. Wanita tua pengamal ilmu hitam untuk popular.

Kirana bangunkan badan. Dia pun tak senang duduk juga. Kirana mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail nombor telefon ibunya. Kedengaran suara Ustazah Dahlia menjawab.

"Ibu, ada apa-apa berlaku dekat sana?" soal Kirana risau dengan keadaan ibunya.

"Ibu okey. Tadi pun ibu dah cerita dengan abah. Kata abah nanti dia akan berunding dengan puaka dalam balang kaca tu." Ustazah Dahlia beritahu apa yang hendak dibuat oleh suaminya.

Ustaz Zain turun ke basement bilik artifak lama. Daun pintu dibuka. Dia berasa aura yang luar biasa di dalamnya. Matanya meliar memerhatikan sekeliling. Dia melihat ada patung pakaian busana pengantin orang putih. Dan ada busana pakaian pengantin tradisional berpasangan.

Ustaz Zain pergi ke arah balang kaca yang mengurung anak patung Pinokio itu. Matanya di pejam sambil membaca ayat-ayat. Dia buka kembali matanya. Terkejut bila Zaiton memandang Ustaz Zain dengan mata besarnya.

"Aku nak tanya kau. Apakah selama ini kau perdaya aku??" soal Ustaz Zain.

"Aku tak pernah perdaya sesiapa. Memang dari dulu tugas aku untuk kucar kacirkan bumi ini." kata Zaiton di iringi gelak mengilainya.

"Selama ni. Adakah kau yang lakukan semua ini? Termasuk kematian sahabat aku Luqman??" soal Ustaz Zain. Zaiton senyum menyeringai.

"Kematian Luqman adalah dosa dia pada perempuan yang dia pernah zina sampai bunuh perempuan tu. Aku yang hasut perempuan itu untuk menghantui dan bunuh Luqman satu keluarga." Zaiton berkata perkara sebenar apa yang telah dia lakukan pada Luqman dahulu. Ustaz Zain dah genggam penumbuk.

"Mungkin aku sudah tidak sehebat dulu. Tapi kau kena ingat satu perkara. Anak aku Kirana akan cari kebenaran dan keberadaan Helmi. Aku tahu budak tu bukan berdendam dengan aku atau keluarga besar aku. Kau hanya cipta cerita buatkan aku fikir moyang aku bermasalah." kata Ustaz Zain. Zaiton sudah ketawa kerana telah berjaya membuatkan Ustaz Zain fikirkan sampai ke tahap jauh.

++++++++++++

Sarah duduk termenung di dalam bilik sendirian. Kakaknya Emilia keluar dengan ayah dan Afiq ke bandar membeli barang. Tinggallah Sarah dan Puan Ummu di rumah.

Sarah bangun dan pergi ke arah tingkap. Dia memandang lama pokok ara itu. Di belakang pintu yang tertutup itu ada bayang seperti kabur sosok budak lelaki. Kepalanya di pakaikan topi berbentuk kon merah. Budak lelaki itu berjalan perlahan-lahan ke arah Sarah. Semakin lama semakin dekat sehingga dia hampir dekat dengan Sarah.

Sarah berpaling kebelakang macam biasa. Tiada sesiapa di belakangnya. Pintu dibuka tapi Puan Ummu yang masuk ke dalam.

"Sarah, kenapa berdiri termenung??" soal Puan Ummu. Sarah diam tak jawab apa-apa. Dia berlari keluar dari bilik sambil membawa anak patung beruangnya.

Puan Ummu menghela nafas. Adalah tu yang anaknya sembunyikan sesuatu. Puan Ummu berjalan di keluar dari bilik Sarah. Dia melintasi depan pintu bilik Afiq yang tertutup. Tiba-tiba bunyi pintu macam ada orang buka. Puan Ummu berhenti dan berpaling kebelakang.

Dia berjalan perlahan-lahan ke bilik tidur anak lelakinya. Daun pintu di tolak. Suasana nampak biasa pada pandangan. Tapi hatinya terasa sesuatu yang lain di dalam sana. Dia memandang almari lama itu. Apa benda yang ada di dalam sana? Pandangan ditunjukkan ke arah almari lama. Puan Ummu pun pandangnya lama.

Apakah rahsia di sebalik dalam almari lama itu?

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience