Chapter 7

Thriller Completed 806

50 tahun lalu....

Pemandangan ditunjukkan pada sebuah rumah agam villa yang besar. Di hadapan rumah agam mewah terdiri sebuah pokok ara yang subur dan daunnya kehijauan segar. Di bawah pokok ara kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk bersandar. Dia meniup seruling membunyikan alunan muzik yang sungguh tenang dan merdu.

Di pintu utama. Kelihatan seorang perempuan yang berpakaian skrit hitam dan ada perhiasan seperti bunga putih. Dia merupakan orang gaji dalam rumah agam itu. Dia pergi ke arah budak lelaki yang sedang duduk meniup seruling.

"Helmi!" Zarah memanggil budak lelaki yang bernama Helmi itu.

Helmi berhenti meniup seruling dan toleh memandang ketua pembantu rumah itu.

"Kenapa??" soal Helmi.

"Datin Rozie panggil tu! Nak aku cubit kau ke??" soal Zarah memarahi Helmi.

"Kau tu cuma pembantu rumah!" Helmi membalas balik. Dia bangun dan baling seruling ke arah Zarah.

Wanita berusia 50an itu terkejut dengan tindakan Helmi. Dia segera tarik telinga budak lelaki itu dan bawanya masuk ke dalam rumah. Kelihatan Datin Rozie menunggu sambil bercekak pinggang.

"Kau kemana Helmi??! Merayap satu hari tu!" soal Datin Rozie. Helmi terus berdiri depan ibunya. Kepalanya menunduk memandang lantai.

Kini giliran Datin Rozie juga tarik telinga Helmi dan bawanya masuk ke dalam rumah. Datuk Shamad keluar dari bilik stor selepas mengambil beberapa barang peribadi. Dia nampak Datin Rozie belasah Helmi tanpa belas kasihan.

"Kenapa tu sayang?" soal Datuk Shamad.

"Budak ni melampau! Tak hormat orang tua!" Datin Rozie memberitahu sambil marahkan Helmi.

"Kau kenapa biadap??!" soal Datuk Shamad. Helmi sudah menangis sekuat hati. Tangisan Helmi langsung tidak membuatkan dinding hati kedua ibubapanya pecah.

Teruk dia kena belasah oleh getah paip dari ibunya sendiri. Selepas itu di tinggalkan Helmi dalam keadaan kesakitan. Datin Rozie terus pergi dari situ.

Ada seorang wanita muda melihat Helmi sedang kesakitan. Dia segera mendapatkan Helmi. Dia cuba bantu dengan bangunkan badan anak kecil yang tidak berdosa itu.

"Helmi, sudah mari dengan Che Rahmah." Che Rahmah memujuk dan membantu Helmi untuk bangun.

"Tak payah bantu dia Rahmah!" kata Zarah membuatkan Che Rahmah serba salah. Lagipun kasihan dia melihat anak usia 12 tahun di dera oleh keluarga kandung sendiri.

Che Rahmah abaikan Zarah. Dia segera bantu Helmi menuju ke bilik tidurnya.

Muncul makhluk yang menyerupai Helmi terus menyergah Che Rahmah.

Wanita tua itu terkejut dengan mimpi yang baru dia dapat. Che Rahmah terus mengurut dada. Dia beristighfar. Che Rahmah menangis bila terkenangkan apa yang sudah keluarga arwah Helmi lakukan terhadap arwah sampai ke tahap yang paling bahaya.

Che Rahmah buka laci sebelah katil. Dia keluarkan sekeping gambar lama. Gambar keluarga arwah Helmi.

"Kalau korang tak aniaya arwah. Dia tidak akan ikut telunjuk syaitan. Pasal korang lah orang yang tak berdosa jadi mangsa darah syaitan tu nanti. Aku kena selamatkan keluarga baru tu." kata Che Rahmah risau sebenarnya dengan orang lain.

++++++++++

Pada keesokan hari. Puan Ummu baru menyiapkan sarapan roti susu bergoreng. Dia siapkan untuk Sarah makan nanti. Sekarang anaknya itu masih tidur lagi. Biasanya waktu-waktu begini sudah pun bangun turun dan makan.

Puan Ummu pergi menonton tv. Dia menonton siaran motivasi dari Ustaz Zain. Puan Ummu mendengar ceramah dari Ustaz Zain.

"Apa kata aku mintak tolong Ustaz Zain dengan isterinya datang sini. Tengokkan keadaan rumah." Puan Ummu bercakap sendiri.

Semasa dia fokuskan pada rancangan motivasi di waktu pagi. Kelihatan ada seorang budak lelaki berdiri betul-betul di belakangnya. Puan Ummu berpaling kebelakang tiba-tiba. Tapi reaksi wajahnya tidak menunjukkan rasa curiga. Dia cuma ternampak patung Pinokio duduk di kerusi sebelah rak perhiasan. Puan Ummu tak rasa pelik dan curiga sebab dia sudah tahu Sarah ada patung tu. Hadiah dari suaminya.

Sarah bangun dari tidurnya. Dia terus pergi mandi bersihkan diri. Selepas itu dia bersalin pakaian baru dan keluar dari bilik tidur. Semasa dia berjalan keluar dari bilik. Muncul budak lelaki sebaya abangnya berdiri di tepi biliknya.

"Eh?? Hai abang.." Sarah menegur. Helmi senyum dan hulurkan tangan nak salam.

"Nak salam ke?" soal Sarah. Helmi mengangguk.

Sarah terus salam tangan Helmi tanpa perasaan apa-apa curiga dengan Helmi. Baginya mungkin anak jiran sebelah. Sebab dia pernah nampak Helmi keluar dari almari antik dekat bilik Afiq. Sarah tengok muka Helmi lama. Wajah Helmi kelabu dan pucat seperti mayat.

"Kenapa muka abang pucat?" soal Sarah.

"Sejuk.." jawab Helmi. Tapi suaranya seperti bergema.

"Oh sejuk. Tapi abang hari-hari pakai baju ini. Kenapa?" soal Sarah lagi.

Dia melihat Helmi yang memakai baju belang hitam putih, kepalanya di pakaikan topi bentuk kon warna merah, ada reben pada butang baju paling atas, kasutnya putih dan berkilat. Dan dia memakai glove kain.

"Abang memang suka karakter Pinokio. Comel kan?" soal Helmi. Sarah mengangguk sambil senyum. Menandakan dia pun sukakan anak patung Pinokio itu.

"Kenapa abang duduk dalam almari tu? Abang tak lemas ke?" soal Sarah nak tahu kenapa.

"Itu memang rumah abang. Dan abang nak terima kasih dekat ayah adik. Sebab bebaskan abang." kata Helmi lalu dia senyum manis. Yang membuatkan orang tidak syak buruk terhadapnya. Oleh kerana Sarah kecil jadi dia kurang pengetahuan.

"Ayah memang baik. Cuma ada patung tu. Abang punya kan??" soal Sarah. Helmi mengangguk menandakan Pinokio tu memang miliknya.

"Adik, kalau adik sakit hati dengan seseorang atau sesiapa. Bagitahu abang." kata Helmi cuba mencucuk jarum nya.

"Takde.. Kenapa abang nak tahu?" soal Sarah. Helmi sekali lagi senyum saja.

"Abang cuma nak bagi nasihat. Supaya jangan aniaya orang. Jangan bencikan orang." kata Helmi. Sarah mengangguk faham.

"Rasanya Sarah takde. Kalau abang Afiq atau kakak Emilia entah." kata Sarah.

"Mak Sarah orang baik kan?" soal Helmi, kali ini wajahnya agak lain.

"Mak baik lah. Dia dulu ada jiran yang selalu jumpa mak untuk berborak." Sarah menjawab memuji emaknya.

Airmuka Helmi berubah. Seronoknya keluarga Sarah. Mak dia baik. Ayah dia pun baik. Abang dengan kakak dia pun baik. Kenapa kehidupan dia tidak seindah anak orang? Sudah lama dia mahukan keluarga bahagia.

"Kenapa abang sedih?" soal Sarah pelik dengan Helmi. Nampak matanya berkaca.

"Abang teringin nak keluarga bahagia macam adik. Tapi, keluarga abang semua jahat." kata Helmi. Sarah terus berubah muka.

"Kenapa abang kata keluarga abang jahat?" soal Sarah.

"Sebabkan mereka lah hidup abang derita. Zaman kecil abang musnah kesemuanya. Mereka bunuh zaman budak abang!" kata Helmi lalu dia mengetap gigi menahan marah. Matanya tiba-tiba berkaca dan merah darah mengalir.

Sarah terkejut melihat mata Helmi tiba-tiba menangis airmata darah. Terus Helmi kesat matanya dan cuba berlagak biasa. Sarah terus pergi dari situ. Selain dia lari dari Helmi sebabkan terkejut sebentar tadi. Dia pun nak sarapan sebenarnya. Helmi toleh kebelakang memandang Sarah. Matanya keputihan.

+++++++++++++

Kirana menyikat rambut sambil duduk bersama mak ayahnya. Dia segera ikat rambutnya supaya nampak lebih kemas. Ustaz Zain keluarkan satu buku latihan yang dia sudah simpan lama. Buku latihan tu agak tebal disebabkan banyak menampal kertas-kertas bukti dan gambar tentang artifak.

"Puaka ni pernah di kurung 48 tahun lalu. 2 tahun selepas kematian tragis yang menimpa keluarga besar arwah Helmi. Kata Ustaz Osman, puaka ni dia kurung dekat dalam sebuah almari antik yang berada di dalam rumah itu tersebut." Ustaz Zain terangkan. Dia tunjukkan gambar Ustaz Osman sedang membaca-baca ayat suci pada patung Pinokio itu.

"Kata Ustaz Osman, arwah ni sangat sukakan patung Pinokio tu. Dia sudah anggap patung tu seperti keluarganya." Ustazah Dahlia tambahkan.

"Arwah Helmi ni memang berdendam besar dengan keluarganya sendiri termasuk orang gaji nya." kata Ustaz Zain. Kirana yang sedang touch up wajah berhenti seketika. Terkejut juga bila ayahnya beritahu.

"Jadi sebab tu mak dan abah nak Kirana ajak Deana cuba cari keberadaan tapak asal rumah. Seingat mak, orang kata rumah villa tu sudah dirobohkan." kata Ustazah Dahlia. Kirana ambil buku latihan yang kelihatan tebal itu.

"Habis tu, macam mana nak cari??" soal Kirana, kalau rumah tu dah dirobohkan. Nak cari dimana lagi?

"Klu dia pokok ara ni. Masa orang tu nak robohkan rumah. Ada beberapa penduduk berhampiran rumah tu bagitahu jangan diusik pokok ara tersebut. Itu adalah tempat arwah Helmi selalu duduk dan menikmati masa lapang." Ustaz Zain menjawab.

Kirana melihat pokok ara yang berada di dalam gambar tersebut. Dia buka helaian demi helaian. Semuanya berceritakan pengalaman Ustaz Osman semasa membantu sebuah keluarga yang baru berpindah ke rumah villa selepas kejadian hitam dua tahun lepas.

Kedengaran bunyi loceng rumah dan suara orang memberi salam. Suaranya macam lelaki. Kirana terus bangun dan lari masuk ke bilik. Dia dari tadi free hair dekat ruang tamu. Sekarang, terpaksa cari tudung untuk di sarungkan. Ustaz Zain bangun dan menuju ke pintu utama. Daun pintu dibuka.

Kelihatan Encik Shauqi di luar pagar kediaman Ustaz Zain.

"Assalamualaikum, ustaz.." Encik Shauqi memberi salam.

"Waalaikumsalam.." Ustaz Zain menjawab.

Ustazah Dahlia dan Kirana pun muncul nak tengok gerangan siapa yang datang ke rumah. Ustaz Zain pelawa Encik Shauqi masuk ke dalam rumah.

"Ada apa ya?" soal Ustazah Dahlia.

"Saya nak bagitahu satu perkara pada ustaz. Saya takut kejadian 50 tahun lalu bakal berulang lagi." kata Encik Shauqi.

"Kenapa ni?" soal Ustaz Zain. Wajahnya berubah serius.

"Pasal keluarga yang baru berpindah ke rumah banglo atas tapak asal villa mewah tu. Rumah keluarga arwah Helmi." jawab Encik Shauqi.

Ustaz Zain terus pandang isterinya. Begitu juga Ustazah Dahlia memandang suaminya. Kirana juga terperanjat sama. Kedua suami isteri memandang Kirana. Masanya sudah tiba.

BERSAMBUNG.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience