Selepas peristiwa Sarah dan Puan Ummu tengok ada patung Pinokio di dalamnya. Sarah macam nak ambil semula. Tapi bila sampai dekat bilik abangnya. Pintu tu sudah berkunci semula. Seolah-olah tiada tanda orang pergi buka mangga yang sudah berkunci itu. Emaknya suruh jangan ceritakan apa-apa pada ayah, kakak Emilia atau abang Afiq.
Puan Ummu sebenarnya ada rasa takut juga. Dia teringat suaminya bagitahu yang Encik Shauqi tidak benarkan sesiapa buka pintu almari lama di bilik Afiq. Semalam dia tak buka pintu almari tu. Mustahil sebab Encik Shauqi tidak menyerahkan kunci tersebut kepada suaminya. Puan Ummu bertekad nak buangkan almari lama tu.
Risau kalau terjadi apa-apa. Sudahlah semalam dia dan Sarah nampak dengan mata kepala sendiri ada patung Pinokio di dalamnya. Dia baru siap mengemas rumah. Barulah dapat menyandarkan badan agak lama.
"Sarah!" Puan Ummu memanggil anak bongsunya.
Tidak bersahut dari anaknya. Puan Ummu bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan naik ke tingkat atas. Nak cari kemana anaknya tu pergi. Dia macam terdengar suara Sarah sedang cakap-cakap dengan seseorang. Suara itu datang dari bilik tidur Afiq.
"Mama dengan ayah tak bagi awak duduk rumah ni. Nanti kena marahlah." dengar dengan jelas suara Sarah cakap dengan seseorang.
Puan Ummu tolak pintu ke dalam. Sarah berdiri depan cermin. Pantulan cermin betul-betul depan pintu almari.
"Sarah??" Puan Ummu panggilnya. Sarah terus pandang emaknya.
"Sarah cakap dengan siapa??" soal Puan Ummu.
"Itu. Ada abang yang keluar dari almari tu." Sarah beritahu sambil tunjukkan ke arah almari lama. Puan Ummu terkejut masa bila Sarah bukanya.
"Sarah buka ke??" soal Puan Ummu. Dia segera periksa. Dan memang betul Sarah tidak buka mangga kunci itu.
Puan Ummu pandang anaknya semula. Sarah pergi ke arah emaknya dan tarik tangan untuk di bawa menghadap cermin.
"Ni. Cuba mama diri depan cermin. Pandang saja almari tu. Nanti abang tu keluar." Sarah beritahu nak buat apa supaya kawan Sarah muncul.
Puan Ummu berdiri menunggu. Sarah terus duduk di katil dan melihat emaknya. Puan Ummu memandang tepat ke arah pintu almari lama yang terpantul dekat cermin. Lama dia memerhatikan.
"Tak ada pun Sarah." kata Puan Ummu.
"Mungkin ada Sarah rasanya. Takpelah Sarah keluar sekejap." Sarah terus bangun dan keluar dari bilik. Dia tutup pintu dan menunggu di luar.
Puan Ummu kembali memandang pintu almari pada pantulan cermin. Matanya sedikit besar. Pintu almari tiba-tiba terbuka dengan sendiri. Di tolak dari dalam almari. Perlahan-lahan sehingga nampak gelap di dalamnya. Jantung Puan Ummu bagaikan terhenti tiba-tiba. Tubuhnya menggigil. Ada sepasang mata putih di dalam kegelapan itu.
Terus Puan Ummu berpaling ke belakang. Pintu almari tadi berada dalam keadaan tertutup. Puan Ummu segera periksa dan mangga kunci masih berada di kedudukan asal. Tiada sentuhan dari sesiapa. Puan Ummu terus pergi ke pintu bilik nak keluar. Dia buka pintu dan hampir menjerit sebab Sarah berdiri depan pintu.
"Sarah ni terkejut mama. Dah jom turun." Puan Ummu mengajak Sarah untuk turun ke bawah.
++++++++++++
Selepas waktu makan malam. Puan Ummu masuk ke dalam biliknya. Encik Razak sibuk gantungkan baju kerja yang nak dipakai pada keesokan hari. Puan Ummu duduk di sisi katil.
"Abang, ada perkara yang Um nak bincang." kata Puan Ummu, kalau boleh dia nak luahkan.
"Apa dia?? Ada barang masih tak cukup?" soal Encik Razak, walaupun melayan isterinya tapi matanya fokus pada baju yang digantung.
"Bukan. Ini pasal almari lama dekat bilik Afiq tu. Tak boleh ke kalau kita buang saja." Puan Ummu cadangkan, sebenarnya dia takut kalau jadi apa-apa dekat Afiq. Anak bujangnya tu tahu ke tak pasal almari lama?
"Abang pun nak buang. Tapi, buat masa ni biarkan. Kalau Afiq tak mengadu atau mengeluh apa-apa. Maksudnya takde apalah tu. Sayang nampak apa je dekat dalam sana?" soal Encik Razak. Puan Ummu terkilan. Nak ceritakan ke tak?
"Bukan apa. Sebab Afiq pun tak pakai almari lama tu. Elok kita buang dari terbiar macam tu." kata Puan Ummu sempat cipta ayat supaya suaminya tak mengesyaki apa-apa.
"Tak mengapalah. Awak ni kenapa??" soal Encik Razak, bunyinya seperti memancing.
Puan Ummu terus bangun dan keluar dari bilik. Encik Razak masih termangu seketika. Apa benda yang di sembunyikan oleh isterinya tu?
Encik Razak keluar dari bilik. Lampu biliknya di matikan. Dia memandang ke arah bilik tidur Afiq. Tak tahulah apa benda yang aneh dekat bilik anak lelaki mereka. Encik Razak berjalan pergi ke bilik Afiq. Pintu di ketuk beberapa kali.
Afiq bukakan pintu.
"Ayah rupanya. Afiq tengah kemas-kemas sekejap lagi nak tidur." kata Afiq. Encik Razak mengangguk faham.
Encik Razak tolak pintu ke dalam. Nampak almari lama macam tiada yang usik. Entah apa yang isterinya takutkan sebenarnya.
"Kenapa ayah??" Afiq soal semasa dia sedang duduk dan pusing kepala memandang ayahnya.
"Itu ha mak kamu takutkan almari tu. Dia suruh buang sebab kamu tak pakai." kata Encik Razak sambil menjuih bibir ke arah almari antik yang lama.
"Biarlah. Mana tahu kalau Afiq berkenan. Afiq nak gunakan nanti. Ayah mintak kunci almari tu dekat uncle Shauqi tau." kata Afiq. Dia pun sebenarnya minat dengan almari antik tu. Walaupun buruk tapi kalau di cuci atau lap mesti cantik.
"Nanti ayah mintak.." Encik Razak menjawab. Daripada buang lebih baik dia biarkan anaknya gunakan almari lama tu.
Encik Razak terus menutup pintu. Afiq toleh memandang almari antik itu.
"Bagus jugak kalau buat stok simpan barang sukan aku.." kata Afiq sudah berniat nak gunakan apa dengan almari lama itu.
++++++++++++
Ustazah Dahlia ambil buku artifak sejarah-sejarah lama yang dia menulis dan mengarangkan. Di dalam kandungan buku artifak itu terdapat beberapa cerita mistik dan menyeramkan yang pernah mereka siasat dulu. Juga termasuk kejadian-kejadian menyeramkan di Kampung Seri Kuning Kembangan.
Buku artifak itu di letakkan di atas meja. Helaian dibuka. Mereka pernah siasat tentang patung Pinokio yang mereka buru selepas puaka di dalamnya bunuh Luqman dulu. Ustaz Zain pun turut buka muka surat.
"Selepas Zaiton mengaku bahawa puaka sebenarnya tu dendam bukan sebab dari nenek moyang abang. Dia memang dah berdendam lama sebenarnya." kata Ustazah Dahlia, nampak airmuka suaminya lega bila kebenaran sudah terungkai sikit.
"Abang pun tak tahu kenapa Zaiton menyamar sebagai Helmi? Sebenarnya apa yang Helmi tu mahukan??" soal Ustaz Zain.
Ustazah Dahlia buka helaian mengenai cerita sebenar pasal patung Pinokio itu. Buku lama yang konon ceritakan perihal keluarga Ustaz Zain telah dibuang dan dibakar. Itu semua sejarah palsu. Mujur Ustaz Zain tak tanya saudara maranya.
"Cerita asal katanya Helmi ni ada membuat perjanjian dengan syaitan untuk balas dendam atas kelakuan keluarganya. Dan syaitan yang Helmi puja mahu Helmi jalankan tugasnya dengan membunuh seorang demi seorang. Sebab syaitan tu mahukan nyawa manusia." Ustazah Dahlia terangkan. Dia buka helaian sebelah. Terpapar gambar Helmi dan patung Pinokio di sebelahnya. Gambar itu nampak buruk dan ada kesan kekotoran semasa mereka print.
"Dia buat perjanjian syaitan atas alasan dendam dengan keluarga sendiri? Seram juga bunyinya tu sayang." soal Ustaz Zain, masih berfikir.
"Sebab tu kita kena cari di mana keberadaan patung ni. Senang kita boleh bantu dia kenapa sampai macam tu sekali dia nak nyawa manusia?" soal Ustazah Dahlia, buku artifak ditutupnya.
"Abang rasa macam ada perkara yang tak selesai lagi. Kes Mantaha pun belum selesai lagi. Amin ada bermimpi dua ekor harimau saka keturunan ada beritahu sesuatu. Abang nampak sangat Amin tu diam dan tak banyak bercakap." kata Ustaz Zain, buka topik Pocong yang pernah berlaku masih belum selesai.
Ustazah Dahlia kembali buka helaian muka surat yang lain. Dia tunjukkan ada satu nama Iblis yang paling kuat pernah muncul dekat Tanah Melayu era tahun 1890. Di mana melayu pada masa itu amalkan adat dan fahaman mereka sebelum kedatangan Islam suatu ketika.
"Cuba tengok sini. Iblis ini mengajar Mantaha, Esah dan Zabir untuk tarik nyawa manusia sebagai sumber makanan dia. Dan begitu juga apa yang berlaku pada budak Helmi ni. Dia pergunakan Helmi untuk dapatkan nyawa manusia sebagai sumber makanan. Dan dia tidak menggunakan Zaiton sebab Zaiton hanya pengamal ilmu hitam kelas bawahan. Sebab tu Zaiton menyamar sebagai Helmi." Ustazah Dahlia cuba rungkaikan melalui penulisan dia sendiri.
"Dengan kejadian-kejadian yang menimpa keluarga Ayunie. Keluarga budak kembar yang adiknya gemarkan patung dan kejadian di rumah kita berpunca dari Zaiton??" soal Ustaz Zain, isterinya mengangguk.
"Betul. Dia manipulasikan pandangan kita supaya fokuskan pada Zaiton. Bukan pada Helmi. Dan Helmi yang ada perjanjian dengan Iblis masih bebas di luar. Tapi keberadaan dia masih menjadi misteri." kata Ustazah Dahlia. Ustaz Zain melepaskan keluhan berat. Nampaknya kes Pinokio belum selesai lagi. Puaka sebenar masih bebas di luar.
Ustaz Zain cuba cari gambar-gambar yang lain. Dia nampak ada kepingan gambar yang sudah di print tapi warna nampak buruk.
"Ini rasanya tapak rumah asal. Dan rumah villa ni rumah lama milik keluarga Helmi. Clue dia pokok ni. Biasanya kalau ada rumah terbiar atau rumah dihuni oleh sesuatu ghaib. Akan ada pokok yang memang mereka tak tebang takut terkena gangguan." kata Uataz Zain tunjukkan ke arah gambar pokok ara itu.
"Kirana dan Deana tawarkan diri. Ini pun sebab saya yang menyuruhnya." kata Ustazah Dahlia, nak membiarkan Kirana dan Deana masuk ke dalam dunia seram sebenar tanpa Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia.
++++++++++
Pandangan di tunjukkan ke arah gambar pokok ara. Dan suasana bertukar menjadi gelap di waktu malam. Mengalihkan perhatian ke arah rumah banglo sederhana itu.
Encik Razak masuk ke dalam bilik Afiq. Kata Afiq dia nak minta ayahnya bukakan mangga itu. Encik Razak tidak maklumkan pada Encik Shauqi. Puan Ummu pun tak tahu akan hal ini. Sarah pun nak tengok ayahnya tengah nak ketuk mangga pintu almari itu.
"Pecahkan jelah mangga ni." kata Afiq.
Encik Razak jalankan tugasnya. Dia ketuk mangga berkunci beberapa kali menggunakan tukul besi. Dan akhirnya mangga besi terbuka. Encik Razak terus membuka pintu almari tersebut.
Di tempat lain. Deana terus terjaga dari tidur. Dadanya berombak dan nafasnya tercungap-cungap. Deana boleh rasakan akan perkara buruk yang bakal berlaku. Tapi dia tak pasti keberadaan itu di mana. Dia tadi baru nampak dalam mimpi budak lelaki yang dia turut mimpi melihat dekat Kampung Seri Kuning Kembangan.
"Petanda apa ni?" soal Deana sendirian. Dia beristighfar berulang kali. Jarum jam menunjukkan pukul 11 malam.
Encik Razak tengok ada patung Pinokio di dalamnya. Dia ambil patung itu. Dia beri pada anaknya.
"Nak??" soal Encik Razak.
"Nak!" Sarah terus campak patung beruang. Dan gantikan dengan patung Pinokio baru. Afiq senyum je tengok adiknya dapat mainan baru.
"Ingatkan apalah. Rupanya patung je dalam ni. Uncle Shauqi saja nak takutkan kita." Afiq mengeluh, dia ingatkan kenapa kunci almari antik ni tak diberi pada ayahnya.
Sarah terus membawa keluar patung Pinokio untuk ke bilik tidurnya. Encik Razak terus suruh Afiq letakkan barang-barang lebihan ke dalam almari pakaian antik ni.
Puaka dalam almari antik dah terlepas. Siap sedia dengan chapter seterusnya?
BERSAMBUNG.....
Share this novel