Pada keesokan hari. Kirana berjalan kaki untuk pergi ke rumah jiran sebelah. Dia nampak seorang wanita sedang menyapu halaman rumah. Kirana tertoleh ke arah tingkap bilik depan. Ada seorang nenek tua melihat di sebalik tingkap yang tertutup.
"Assalamualaikum." Kirana memberi salam.
"Waalaikumsalam.." Puan Bihah terkejut melihat kedatangan tetamu. Sambil dia memandang ke arah rumah sebelah. Datang dari kejiranan sebelah ke?
"Apa khabar puan?" Kirana salam dan dibalas Puan Bihah.
"Baik alhamdulillah. Datang dari kejiranan ke?" soal Puan Bihah. Kirana mengangguk.
"Saya Kirana. Anak kepada Ustaz Zain dengan Ustazah Dahlia. Alaa mak ayah yang orang panggil macam pasangan Warren tu." Kirana kenalkan diri dan bagitahu anak kepada siapa.
"Ooo.. Saya kenal mak ayah puan. Memang orang famous sebab sudah banyak dia bantu orang lain." kata Puan Bihah.
Kirana berpaling ke arah tingkap bilik depan. Bilik yang dia nampak nenek tua mengendap ke arahnya.
"Tu bilik mak saya. Che Rahmah orang panggil. Dia sekarang sakit-sakit." kata Puan Bihah.
"Dah lama ke dia sakit?" soal Kirana. Rasa simpati.
"Lebih kurang setahun juga." Puan Bihah memberitahu.
Che Rahmah muncul depan pintu. Dia terus duduk di kerusi dekat beranda. Kirana terus menuju ke arah Che Rahmah dan salamnya. Tapi, Che Rahmah genggam tak mahu lepaskan.
"Tolong selamatkan keluarga tu.." kata Che Rahmah membuatkan Kirana terkejut dengan tindakan Che Rahmah ni.
"Mak, sudahlah tu." Puan Bihah menyuruh emaknya lepaskan tangan Kirana.
Che Rahmah mula tenang dan pelawa Kirana duduk di kerusi sebelahnya. Puan Bihah pun menarik nafas lega. Barulah nampak emaknya bertenang. Kirana pun duduk.
Che Rahmah keluarkan sekeping gambar. Di dalam gambar adalah keluarga besar Helmi. Semua pembantu rumah, butler, pemandu peribadi dan tukang kebun pun turut bergambar bersama. Dia berikan pada Kirana untuk tengok.
"Makcik dulu pernah kerja dengan keluarga Helmi sebagai orang gaji di rumah itu." Che Rahmah buka ceritanya. Kirana pun tengok gambar tersebut. Ada seorang wanita muda sedikit iras Puan Bihah. Mungkin itulah Che Rahmah.
"Macam mana Helmi boleh bertindak ganas sampai membunuh ahli keluarganya sendiri?" soal Kirana nak tahu bahagian itu.
"Arwah Helmi sebenarnya anak yang paling baik berbading dua orang abangnya tu. Memang Helmi paling baik. Makcik sudah anggap dia macam anak makcik sendiri. Datin Rozie kerap mendera dia. Begitu juga ketua orang gaji nama Zarah pun dera. Masalahnya keluarga Helmi tengok je Zarah dera Helmi. Pembantu rumah lain tak berani masuk. Butler, pemandu peribadi dengan tukang kebun pun biarkan. Tak mahu bantu telefon polis atau ambulan." Che Rahmah tidak sedar airmatanya mengalir. Kirana yang mendengar terasa sakit hati.
"Kalau orang lain. Dah lama pembantu rumah macam tu dipecat dan diserahkan pada pihak polis. Berbeza dengan nasib Helmi. Keluarganya biarkan dia kena dera. Adakalanya Datuk Shamad dengan Datin Rozie belasah arwah sampai lembik. Puncanya kecil je. Duit salah seorang abang arwah hilang. Tapi, arwah Helmi kena belasah sampai lembik tanpa mereka soalnya. Bila periksa, makcik bagitahu duit tu tercicir dekat luar. Makcik fikir mereka minta maaf dekat Helmi. Tapi tak pun dan mereka marah manja anak sulung lelaki tu. Makcik kecewa dengan kelakuan keluarga kandung arwah." Che Rahmah sudah tersedu menangis. Puan Bihah pegang tangan emaknya. Kirana sudah kesat air mata.
"Arwah Helmi memang baik. Kalau saya cuci baju. Mesti dia nak tolong jemurkan. Saya yang banyak sapukan ubat dekat luka dia kena belasah. Saya yang selalu bawa makanan untuk dia lepas keluarganya belasah dia. Dia banyak meluahkan perasaan. Dia teringin nak keluarga bahagia macam orang lain. Adakalanya dia meluahkan dekat patung Pinokio dia. Selalu bawah pokok ara depan rumah jadi tempat Helmi duduk ambil ketenangan." Che Rahmah masih bersedih dengan kejadian lama.
"Ada satu malam. Seminggu sebelum kejadian seluruh penghuni rumah mati dibunuh. Waktu tu makcik nak tutup lampu seluruh rumah. Makcik nampak Helmi berdiri dekat bawah pokok. Dan depan dia ada seorang lelaki asing. Lepas Helmi masuk rumah. Makcik ada tanya itu siapa. Dia kata tu hero dia. Katanya hero tu nak bantu Helmi bunuh jiwa kejahatan dalam tubuh ahli keluarganya. Makcik masa tu tak dapat tangkap maksud lain dari ayatnya." apa yang diceritakan Che Rahmah membuatkan Kirana teringat Sarah pernah cakap hero tu nak tolong bunuh jiwa kejahatan dalam tubuh manusia.
"Malam kematian itu. Masa tu makcik sedang tidur. Tiba-tiba, makcik dengar bunyi pintu bilik pembantu rumah sebelah-sebelah macam di hempas. Dan suara mereka menjerit ketakutan..."
Kembali ke 50 tahun lalu....
Che Rahmah terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi suara jeritan dari empat pembantu rumah. Dia pun turun dari katil. Melihat jarum jam sudah pukul 12 tengah malam. Che Rahmah turun dari katil. Dia pergi ke arah pintu bilik. Sebaik sahaja pintu dibuka.
"Tolong...!! Rahmah tolong aku..!!" Zarah menjerit meminta Che Rahmah bantunya.
"Kenapa ni??" soal Che Rahmah. Ketika itu Che Rahmah masih muda dan sudah berkahwin.
Che Rahmah terkejut melihat Helmi berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Dan keluarganya termasuk butler, pemandu peribadi dan tukang kebun turut tergantung. Mereka masih meronta-ronta minta dilepaskan. Ketika ini Helmi berpakaian baju belang hitam putih. Kasutnya putih dan berstoking. Kepalanya di pakaian topi berbentuk kon warna merah. Kedua tangannya memakai glove putih jenis kain. Tak tumpah seperti Pinokio.
"Helmi..! Maafkan mama..!" Datin Rozie pekik merayu agar anaknya maafkan dia. Helmi toleh ke arah Datin Rozie. Dia terus ketawa tapi ketawanya itu ada selari dengan ketawa lelaki dewasa dan parau.
"Helmi..!" Datuk Shamad juga menjerit nak minta Helmi lepaskan.
Che Rahmah terus pergi ke arah Helmi. Dia pegang bahu anak lelaki itu.
"Helmi, tolong lepaskan mereka. Tolong Helmi.." Che Rahmah merayu sangat agar Helmi lepaskan.
"Mak, hero saya sudah datang selamatkan saya. Dia nak bunuh kejahatan dalam tubuh keluarga saya." Helmi memberitahu sambil memanggil Che Rahmah dengan gelaran mak. Dia sudah anggap Che Rahmah mak dia.
"Tolong Helmi.." Che Rahmah merayu sangat.
"12 tahun saya derita mak. Kini, saya nak hero saya bunuh kejahatan mereka. Mak tengok ya." kata Helmi yang kini hatinya sudah keras seperti batu. Segala rayuan, tangisan, kemaafan semua di tepis olehnya. Derita dia selama 12 tahun dia lalui semua sudah dia rasa.
Mata Helmi terus merah menyala. Tubuh Che Rahmah tercampak sehingga melekat ke dinding. Lima ahli keluarga Helmi semua di tarik dan dibawa ke arah pokok ara. Mereka tergantung di ranting pokok ara sehingga mati. Empat lagi pembantu rumah termasuk Zarah dibawa ke belakang rumah. Mereka tergantung di pokok besar itu dan akhirnya meninggal dunia.
Tiga pekerja lelaki semua di bawa ke arah loteng rumah. Helmi tikam pada bahagian jantung mereka dan akhirnya kuburkan mereka di loteng rumah. Che Rahmah masih menggigil ketakutan. Helmi turun tangga selepas dia tamatkan riwayat seluruh keluarganya.
Che Rahmah nampak aura hitam keluar dari tubuh Helmi. Si anak bongsu itu memandang ke arahnya. Kepulan asap hitam mula keluar dari tubuh Helmi dan menyebarnya sehingga suasana di ruang tamu gelap. Cahaya lampu luar tidak dapat tembus kegelapan dari Helmi itu.
"Mak, jumpa lagi." kedengaran suara Helmi. Che Rahmah yang masih melekat di dinding terdengar bunyi suara yang menggeram.
Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri ada wajah syaitan keluar sedikit dari asap hitam tebal itu. Dia juga nampak dua batang tanduk syaitan itu. Makhluk menyeramkan itu senyum menyeringai ke arah Che Rahmah. Ada juga rupa Helmi yang kelihatan murung.
Dan akhirnya perlahan-lahan di serap masuk ke arah patung Pinokio. Che Rahmah di lepaskan. Dia terus melihat Helmi baring di atas lantai. Che Rahmah terus pergi ke arah Helmi dan mahu bantu. Malangnya, Helmi sudah pun meninggal dunia.
"Helmi...!!!!" Che Rahmah menjerit.
Kembali ke masa kini....
"Syaitan tu membawa jiwa Helmi untuk bersatu dengannya." kata Kirana sudah faham keseluruhan cerita itu.
Kirana segera terus bangun dan berlari semula ke rumah keluarga Encik Razak. Puan Bihah dan Che Rahmah terkejut melihat Kirana lari balik ke rumah Encik Razak.
Kirana terus masuk ke dalam rumah. Dia pergi ke arah Sarah yang sedang bermain anak patung Pinokio. Segera di rampas patung itu. Depan Puan Ummu dan Deana lagi.
Terkejut Sarah melihat anak patungnya di rampas.
"Kenapa ni Kirana??" soal Deana.
"Ada syaitan dalam patung ni." kata Kirana membuatkan Puan Ummu dan Deana terkejut.
"Syaitan??" soal Puan Ummu terkejut.
"Tak mungkin. Kan tu hadiah Encik Razak. Mungkin patungnya tu sama." kata Deana cuba berfikir secara rasional. Taknak bagi Sarah takut.
"Nanti Kirana dengan Deana jagakan rumah boleh? Kakak nak ke rumah ipar. Nak bawa Emilia, Afiq dengan Sarah sama." Puan Ummu minta Kirana dan Deana tengokkan rumah.
Kirana terus bagi Pinokio itu ke tangan Sarah. Sarah ambil dan terus lari naik ke tingkat atas. Semasa menaiki tangga, terserempak dengan Emilia yang sedang turun tangga. Kirana serba salah dibuatnya. Dia pun naik ke atas nak pujuk anak bongsu keluarga Encik Razak.
"Boleh Deana?" soal Puan Ummu.
"Boleh puan." kata Deana tak kisah nak jagakan rumah. Puan Ummu mengangguk senyum.
BERSAMBUNG.......
Share this novel