Ustaz Zain dengan Ustazah Dahlia datang ke sebuah podcast di mana mereka di jemput untuk menceritakan pengalaman seram selama menjadi pasangan perubatan Islam. Nafri merupakan seorang Youtuber yang terkenal dengan pelbagai cerita-cerita seram telah dikongsikan dari buah mulut dia dan beberapa tetamu dari kalangan artis dan orang awam biasa.
"Assalamualaikum ustaz, ustazah." Nafri dahulu dengan memberi salam.
"Waalaikumsalam.." Ustaz Zain menjawabnya. Ustazah Dahlia juga jawab tapi suaranya perlahan kerana malu.
"Baiklah para pendengar Cerita Midnight. Yang mana yang sedang menonton live saya amat bertuah kerana kita telah menjemput Warren versi Malaysia. Kalau dekat negara orang putih. Mereka terkenal dengan nama Ed dan Lorraine. Di Malaysia, ada satu pasangan yang juga terkenal dengan pengalaman-pengalaman misteri dan hantu seram. Mereka di kenali dengan nama Ustaz Zain dan juga Ustazah Dahlia." Nafri memperkenalkan mereka kepada penonton-penonton yang sedang melihat siaran langsung podcast pada malam ini.
Pandangan di tunjukkan pada Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia. Nampak malu Ustazah Dahlia nya.
"Tu dia bicep ustaz Zain kita sado betul ya. Ustazah kita kecil molek. Awet muda pasangan suami isteri ni." kata Nafri. Dia turut baca komen-komen dari penonton. Mana yang bagi emoji mata love dia times out supaya podcast dia nampak bersih.
"Boleh ustaz cerita bermulanya ustaz nak buat benda-benda ni semua. Dari mana ustaz mula dapat tahu ustaz memiliki kemampuan dalam ubatkan orang." Nafri soal untuk tahu lebih lanjut dari mana mulanya Ustaz Zain mulakan sehingga nama dia dan isterinya cukup terkenal.
"Arwah tok ustaz seorang guru silat. Ustaz pun di suruh arwah ayah untuk belajar silat. Biasalah bila dah belajar nanti arwah tok dia akan buka hijab kita. Awalnya ustaz tak kuat nak hadap. Tipulah kalau ustaz tak menjerit. Nampak macam-macam hantu sampai ustaz nak bunuh diri sebab dah tak tahan. Arwah tok bawalah ustaz pergi ke satu pondok. Dekat situ ustaz belajar mengaji, belajar solat, belajar tentang agama." Ustaz Zain cerita pengalaman dari awalnya. Nafri mendengar dengan bersungguh-sungguh.
"Bila usia meningkat naik. Awalnya takde apa. Masa umur 16 tahun kebetulan ada kejadian pelajar perempuan kena rasuk dulu. Ustaz di panggil oleh guru. Jadi, ustazlah kena rawat pelajar tu. Bila ada kes dekat sekolah mesti ustaz kena panggil. Penat jugak sebenarnya sebab berdepan dengan benda halus." Ustaz Zain bercerita lagi. Kejadian pertama sebelum namanya mula meningkat.
"Lama kelamaan bila dah habis sekolah. Ustaz ke universiti. Pun sana dekat uni tu ada kes jugak. Dan ustazlah kena bantu pelajar-pelajar perempuan kena rasuk ni. Ada juga bantuan dengan beberapa ustaz lain." Ustaz mula cerita pengalaman semasa di universiti.
"Sepanjang ustaz dan ustazah dalam dunia mistik dan hantu ni. Pengalaman yang paling menakutkan sebenarnya apa??" soal Nafri. Ustaz Zain memandang isterinya. Ustazah Dahlia mengangguk menandakan lampu hijau di nyala untuk bongkarkan.
"Kamu pernah tonton filem The Nun? Hantu valak yang menyerupai biarawati tu?" soal Ustaz Zain.
"Oh The Nun. Saya tahu filem tu. Memang wujud ke Valak ni ustaz??" soal Nafri, ada perasaan ingin tahu sebab sudah petik nama Valak.
"Sebenarnya. Kejadian ni selepas ustaz sudah berumah tangga. Masa tu dalam tiga bulan perkahwinan kami. Nun dan Father. Lebih kurang macam valak tapi kalini hantunya pun ada Father juga. Tapi, dalam banyak-banyak kejadian seram. Waktu ni anak-anak dah besar dan sudah berkahwin. Ada cucu lagi waktu ni. Sebenarnya kejadian pemujaan tali pocong tu lagi menakutkan. Ustaz dan ustazah hampir kehilangan anak, menantu dan cucu. Bila ustaz masuk campur kes ini. Benda tu jadi marah dan mula menyerang kami satu keluarga. Bayangkan kami mengalami tekanan yang cukup tinggi.
Kamu nampak ustaz ni penyabar. Masa benda tu dah culik cucu dan ugut mati. Ustaz sampai tertekan sehingga nak marah. Sifat amarahkan sifat syaitan. Mereka lagi suka tengok ustaz marah. Sahabat ustaz, Hanafi satu keluarga terpaksa masuk campur sebab ustaz dan ustazah tak boleh handle berdua je. Benda ni terlalu kuat sampai nak membunuh kami satu keluarga masa tu. Bayangkan ustazah Dahlia menangis dan murung sebab fikirkan cucu. Ustaz pula naik tension pun ada." kata Ustaz Zain lalu dia ketawa bila teringat balik. Nafri pun faham perasaan pasangan suami isteri ni.
"Ada sekali masa ustaz dan ustazah pergi umrah. Anak-anak yang tinggal di Malaysia cerita. Pemujaan pocong kembali tapi kali ini tempatnya berada di sebuah kampung lama diberi nama Kampung Seri Kuning Kembangan. Waktu kejadian tu ustaz, ustazah, ustaz Hanafi dan isterinya masih di umrah." Ustazah Dahlia bersuara, nak memberitahu.
"Waktu kejadian itulah anak-anak saya. Anak-anak ustaz Hanafi berjuang gantikan kami. Masa kes pertama mangsa tu nak cantikkan muka. Kes kedua ada orang hantar sihir Pocong dekat mangsa. Itu yang sampai kami dapat anak angkat perempuan. Sebab dia sudah banyak membantu kami." terang Ustaz Zain, cerita bermula mereka sekeluarga kenal Deana.
"Baiklah. Selain dari pemujaan pocong. Ada cerita seram yang baru yang pernah di alami?" soal Nafri nak dengar lebih lagi.
"Pinokio." jawab Ustazah Dahlia.
"Boleh ceritakan tak?" soal Nafri. Ustazah Dahlia senyum dan mengangguk.
Ceritanya bermula....
+++++++++++
Puan Ummu masih terkejut dengan apa yang dia lihat. Budak lelaki itu masih berdiri tapi tidak melakukan apa-apa. Pintu bilik Afiq dengan tiba-tiba terbuka sendiri perlahan-lahan. Sarah yang berada di luar cuma berdiri saja tak berbuat apa-apa.
"Mama.." Sarah memanggil.
Puan Ummu terus mulakan langkah nak keluar dari bilik Afiq. Pintu bilik itu tiba-tiba tertutup dengan sendiri secara berhempas. Puan Ummu sampai terjatuh dan terduduk di atas karpet.
Matanya perlahan-lahan menjeling ke sebelah kanan. Dan dia cuba pusingkan kepala untuk melihat dengan mata kepala. Terbeliak biji mata bila ada patung Pinokio duduk di sisi katil Afiq memandang ke arah Puan Ummu.
Puan Ummu nampak budak lelaki itu keluar dari almari antik dalam keadaan merangkak. Matanya putih kelabu. Benda itu terus merangkak dengan laju ke arah Puan Ummu. Terus Puan Ummu pejamkan mata serapat-rapatnya. Tubuhnya menggigil ketakutan yang amat.
Dia cuba buka mata perlahan-lahan untuk melihat sama ada sudah hilang atau tidak. Perlahan-lahan dia nampak samar pintu almari antik ditutup dengan sendiri. Puan Ummu terus bangun dan berlari ke arah pintu bilik Afiq. Dia buka pintu dan terus keluar. Sarah terkejut kelakuan emaknya.
"Kenapa mama?" soalnya, dia pelik kenapa emaknya macam takut sangat.
Puan Ummu toleh kepala memandang anaknya. Nampak Sarah pegang patung Pinokio itu.
"Darimana kamu dapat??" soal Puan Ummu mula serius.
"Ayah belikan." jawab Sarah. Dia terpaksa menipu sebab taknak mamanya marah yang patung itu ayahnya ambil dari dalam almari antik.
Puan Ummu tak curiga apa-apa sebab dia memang nampak patung tu berada di dalam bilik. Tak mungkin Sarah punya kerja sebab dari tadi dekat luar bilik. Puan Ummu terus menyapu rambut anaknya. Dia masih teringat akan ibu puan Bihah. Sebenarnya apa dah terjadi dekat dalam rumah ni?
++++++++++++++
Pada waktu tengah malam. Che Rahmah duduk depan tv. Tv sedang siaran drama korea sebab cucunya tengah menonton. Dia tak berminat walaupunya matanya saja memandang ke arah tv itu. Puan Bihah sudah bersalin pakaian tidur sebab sekejap lagi dia akan berehat. Che Rahmah bangun dan mahu ke biliknya. Berjalan dengan bertongkat untuk ke biliknya.
"Ana, tengoklah nenek tu. Pimpin dia ke bilik." Puan Bihah suruh anak perempuannya bawa neneknya ke bilik.
Ana buat muka monyok sambil pandang emaknya. Dia tak boleh nak bergerak dari situ sebab babak drama tu tengah bahagian paling best. Dia tak mahu ketinggalan. Puan Bihah dah bagi isyarat dengan bulatkan biji mata dekat anaknya.
"Tak payah pimpin aku!" kata Che Rahmah. Ana buat muka bahagia depan emaknya sebab neneknya sendiri tak bagi.
"Mak ni. Jalan pun gigil. Pegang tongkat pun gigil. Sini Bihah tolong.." Puan Bihah nak bantu emaknya. Dia pegang bahu tapi Che Rahmah tepis tak bagi anaknya pegang.
"Aku taknak kau sentuh. Aku nak kau halau keluarga sebelah tu pergi." kata Che Rahmah. Ana terdengar.
"Mak ni.." Puan Bihah dah penat sebenarnya.
"Nenek tu kenapa mak?" soal Ana.
"Takde bendalah. Kau tengok jelah korea kau sampai lebam. Biasalah dah tua ni nyayuk je." kata Puan Bihah.
"Kau halau mereka sebelum puaka tu ambil nyawa mereka." kata Che Rahmah dengan nada perlahan.
"Mak, pergi basuh kaki. Ambil wudhuk. Mak je yang lebih-lebih." Puan Bihah nasihatkan emaknya.
Che Rahmah terus tutup pintu. Puan Bihah melepaskan keluhan berat. Malas nak melayan emaknya. Mungkin keluarga jiran sebelah semua okey.
Che Rahmah duduk di sisi katil. Dia terus baringkan di atas katil. Tubuhnya menggigil keseluruhan. Takutnya masih terasa lagi. Berharap puaka tu tak kacau dia satu keluarga.
Tanpa di sedari. Budak lelaki Pinokio itu berada di luar tingkap bilik tidur Che Rahmah.
BERSAMBUNG........
Share this novel