Chapter 8

Thriller Completed 811

Tiga Hari Kemudian....

Kirana dan Deana memulakan perjalanan untuk tiba ke sebuah alamat rumah di mana tanah asal dulu pernah mendirikan sebuah rumah villa mewah milik keluarga arwah Helmi. Deana terpaksa tinggalkan Ain dan Wafiy ke rumah nenek mereka. Begitu juga Kirana terpaksa bawa anak-anak duduk dengan mak ayahnya. Suaminya kata petang mungkin sampai ke rumah banglo itu.

Sepanjang perjalanan, dia teringat kata-kata Ustazah Dahlia.

"Arwah anak ni mungkin budak baik. Tapi disebabkan sejarah lama membuatkan anak ini jadi ganas sehingga dia bersekutu dengan syaitan. Ibu harap Kirana dan Deana selamatkan arwah anak ni dari cengkaman syaitan itu."

Deana membaca petikan-petikan dari kertas yang dipotong dan di tampalkan di setiap helaian buku latihan. Ada beberapa perkataan yang menarik minat dia untuk membaca.

"Arwah ni mangsa deraan keluarganya." Deana baca ayat itu.

"Tergamak seorang ibu. Seorang ayah sanggup mendera si anak. Patutlah budak tu berdendam sampai ikut telunjuk syaitan. Bayangkan budak seusia 12 tahun baru nak mengenal dunia luar. Dapat pulak penyelamat dia tu dari kalangan bangsa syaitan. Dia fikir itu hero dia." Kirana mula tak berpuas hati. Entah benak apa yang mengawal fikiran mak ayah arwah Helmi tu.

Tak lama selepas itu. Mereka tiba dan memasuki kawasan rumah banglo mewah. Deana melihat sekitar kawasan perumahan ni bukan berhutan. Lebih kepada rumput-rumput menghijau sahaja. Deana memandang pokok ara. Dia terdiam dan memaku pandangan. Terus di alihkan pandangan ke arah lain.

Puan Ummu, Sarah, Afiq dan Emilia sudah berdiri di beranda menyambut dua tetamu yang akan bantu mereka. Kereta di parkir bersepah. Kirana dan Deana turun dari kereta. Encik Razak sekeluarga sudah maklumkan ada dua tetamu wanita yang akan datang untuk melihat keadaan rumah.

"Assalamualaikum.." Deana beri salam.

"Waalaikumsalam." Puan Ummu menjawab salam.

Deana dan Kirana salam keluarga tuan rumah. Semasa Deana menerima salam dari Sarah. Di pegang terus tangan Sarah agak lama. Dia nampak bayangan arwah Helmi dalam Sarah. Deana diam seketika.

"Marilah masuk ke dalam." Puan Ummu mengajak mereka.

Kirana melangkah dengan kaki kanan. Dia memandang keliling melihat suasana dalam ruang tamu dahulu. Deana pun masuk dengan melangkah kaki kanan. Matanya di pejam. Dia terdengar bunyi suara-suara dan jeritan yang banyak. Ada suara syaitan yang sedang ketawa.

Deana mencelik matanya semula. Dia masuk ke dalam untuk melihat bahagian dalam rumah pula. Kirana sudah berada di bahagian luar. Suasana belakang rumah lapang. Dia melihat pokok besar di belakang rumah. Dia macam dapat rasakan ada sesuatu di situ. Tapi, dia tidak berapa nak dapat tilik itu.

"Kak Deana.." Kirana memanggilnya.

"Kenapa?" Deana muncul dan soalnya.

"Cuba akak tengok pokok tu. Saya boleh rasa sesuatu." kata Kirana. Deana memandang ke arah pokok itu.

Apa yang dia perlihatkan empat orang pembantu rumah gentayangan di pokok tersebut. Mereka tidak buat apa-apa. Hanya berdiri dan memandang ke arah Deana. Mereka menangis seperti menyesal.

Kirana toleh ke arah rumah sebelah. Kelihatan seorang wanita sedang menjemur kain pakaian. Kirana biarkan dan masuk ke dalam rumah. Dia nampak Sarah berlari naik ke tingkat atas. Kirana terus ikut Sarah naik ke atas.

Puan Ummu membawa Deana turun ke bahagian basement untuk tunjukkan di mana koleksi barang-barang antik rumah asal ni dibiarkan. Puan Ummu bukakan lampu supaya nampak dengan jelas lagi. Deana tengok setiap barang-barang lama.

"Saya dan suami bercadang nak buangnya. Tapi suami cakap jangan usik. Barang-barang ni ada nilainya." Puan Ummu mengaku dia nak buangnya.

"Kalau boleh jangan buang. Memang ada nilai yang tinggi kalau jual. Cuma setiap barangan antik ni ada isinya." kata Deana. Terkejut Puan Ummu bila diberitahu ada isi di setiap barang.

"Maksud kamu??" soal Puan Ummu. Deana toleh memandangnya.

"Ada banyak jiwa berlegar di kawasan rumah ini. Mereka tak dapat keluar sebabkan ada benda mengurung mereka." kata Deana. Puan Ummu memeluk tubuh. Rasa seram sejuk dibuatnya.

Deana boleh mendengar suara-suara jeritan dan teriakan dari jiwa lama yang sudah terkubur. Deana terus memanggil Puan Ummu sebab nak sampaikan sesuatu.

Sarah membawa Kirana ke bilik Afiq. Masa ni Afiq berada di dalam bilik sedang mengulang kaji pelajaran. Emilia pun ada temankan.

"Afiq, keluar dulu. Kakak ni nak tengok cermin tu." Emilia suruh adik lelakinya keluar sekejap.

"Kenapa??" soal Afiq, dia lagi sibuk nak siapkan kerja sekolah.

"Tak mengapalah. Biarkan Afiq buat kerja rumah. Nanti boleh tengok kemudian." kata Kirana. Emilia mengangguk faham.

Kirana menarik tangan Sarah untuk membawanya ke beranda luar rumah. Daun pintu utama dibuka. Mereka berdua keluar.

"Auntie, tu dekat pokok. Sarah nampak ada seorang makcik, seorang pakcik, ada dua abang dengan seorang kakak. Diorang semua tergantung dekat dahan." kata Sarah membuatkan Kirana memberi reaksi terkejut.

Dia terus tengok dekat pokok ara itu. Dia pun ternampak sipi-sipi ada lima jiwa tergantung disitu. Walaupun tak nampak sepenuh seperti Deana. Tapi, dia masih boleh melihat sikit. Kirana pun duduk di kerusi dekat beranda. Dia tarik tangan Sarah dan dukung untuk duduk di pehanya.

"Kelmarin ada seorang abang ni. Dia besar macam abang Afiq. Abang tu cerita masa dia hidup. Keluarga dia dera dia. Termasuk orang gajinya." Sarah mulakan cerita. Tanpa sedar, dia sebenarnya buka sejarah lama keluarga arwah Afiq.

"Kena dera? Kesiannya.." Kirana melayankan walaupun dia tahu yang bercerita dengan Sarah tu hanyalah jelmaan.

"Lepas tu abang Afiq buat apa?" soal Kirana nak tahu lebih lanjut.

"Abang tu jumpa sorang hero. Dia kata hero tu tolong dia bunuh kejahatan yang ada pada keluarga abang tu." Sarah memberitahu. Kirana mula rasa tak sedap hati. Bunuh kejahatan?

"Auntie, boleh ke bunuh kejahatan?" soal Sarah lagi. Kirana senyum dan cuba bantu kembalikan fahaman Sarah.

"Boleh sayang. Kita sendiri pun boleh bunuh kejahatan yang ada pada diri kita. Contohnya, kita beristighfar kepada Allah. Astaghfirullah al 'azim. Banyak kali kita sebut dan Insya Allah. Kita boleh bunuh kejahatan dalam diri. Kita tak perlu pun hero-hero tu semua sebab kita pun boleh jadi hero." kata Kirana, sambil dia mengajar Sarah. Dia juga nak pulihkan fahaman Sarah dari kata-kata makhluk syaitan tu.

Kirana berpaling ke sebelah kanan. Dia nampak Helmi memandangnya dalam keadaan yang sangat marah. Kirana senyum sumbing tanda dia mengejek Helmi yang sudah gagal manipulasikan fikiran Sarah.

++++++++++++

Pada petang hari. Hakim baru sampai. Begitu juga Encik Razak pun sudah pulang dari tempat kerja. Hakim periksa keseluruhan rumah banglo ini. Encik Razak membawa Hakim ke basement untuk tunjukkan. Hakim genggam penumbuk sebab dia boleh rasa arus energi dari alam lain. Energi kuat itu betul-betul datang dari basement ini.

"Macam mana??" soal Encik Razak. Hakim tidak layankan sebab fokus pada kerjanya.

Kirana turun ke basement. Nak tengok apa yang suaminya melakukan di bawah. Encik Razak tengok juga keliling ruang bawah. Hanya melihat barangan-barangan antik sahaja.

Mereka bertiga segera naik ke atas selepas periksa bahagian basement. Hakim pergi ke bahagian belakang rumah. Dia halakan tangan kanan ke arah pokok besar itu. Masih boleh rasa kuasa yang kuat disitu. Kirana tahu di pokok belakang ada empat jiwa iaitu orang gaji pemilik villa ini.

"Saya nak jumpa abang dengan kakak dekat dapur." kata Hakim. Airmukanya nampak serius.

Puan Ummu menyediakan teh panas. Selesai solat Maghrib berjemaah tadi. Barulah mereka boleh berkumpul di dapur. Emilia, Sarah dan Afiq disuruh masuk ke dalam bilik.

Kirana duduk di tengah-tengah antara suaminya dan Deana. Puan Ummu agihkan gelas untuk tiga tetamunya. Dia pun duduk sebelah suaminya.

"Siapa nak mulakan?" soal Hakim bertanyakan pada Kirana dan Deana.

"Biar akak.." Deana tawarkan diri. Puan Ummu dan Encik Razak terus fokus ke arah Deana.

"Masa saya datang sini. Saya di pertontonkan pada pokok ara di simpang masuk ke kawasan rumah ini. Ada lima jiwa manusia yang bergantung di dahan pokok itu. Masa pergi ke basement. Saya di pertontonkan lagi. Saya sendiri ada 12 jiwa manusia di seksa oleh sesuatu syaitan yang kejam. Syaitan itulah yang seksa dan bunuh mereka bersembilan orang." kata Deana. Encik Razak dan Puan Ummu saling memandang.

"Saya pun sependapat dengan kak Deana. Dekat pokok besar belakang rumah. Ada empat jiwa manusia perempuan tergantung di belakang. Pakaian mereka seperti orang gaji. Mungkin dulu pekerja di rumah ini. Dekat loteng atas rumah ada tiga jiwa lagi. Seorang lelaki berpakaian formal yang biasa sambut tetamu orang kaya datang tu. Seorang lagi pemandu peribadi. Dan lagi seorang tukang kebun." kata Hakim tambahkan lagi keberadaan energi-energi yang kuat itu.

Kirana buka helaian dekat buku latihan yang tebal itu. Dia tunjukkan kepingan gambar keluarga itu.

"Ini gambar keluarga. Budak lelaki yang paling bongsu ni adalah arwah Helmi. Dan dua ni ibubapanya. Dua orang abang dan seorang kakak. Cerita asalnya mereka mempunyai lima pembantu rumah. Empat terkorban dan seorang lagi selamat. Butler, pemandu peribadi dan tukang kebun mati dibunuh. Masa suami saya dan kak Deana periksa. Tiada jiwa anak paling bongsu ni kelihatan." Kirana terangkan.

"Kenapa satu keluarga tu mati dibunuh? Punca mereka mati tu sebab apa?" soal Puan Ummu.

"Itu nak kena cari mangsa yang terselamat. Mungkin dia boleh beri keterangan yang tepat." kata Kirana tunjukkan gambar pembantu rumah yang terselamat.

"Mengaku jelah. Arwah anak ini dendam dengan keluarganya. Dan menjadikan patung Pinokio itu tempat dia meluahkan. Sampai sudah anggap darah daging sendiri." Hakim pecahkan rahsia.

"Kak, nak tanya. Rumah sebelah rumah siapa?" soal Kirana teringat akan wanita yang menjemur kain pakaian di siang hari.

"Tu rumah Puan Bihah. Nak jumpa ke?" soal Puan Ummu.

"Boleh juga. Besok jelah." kata Kirana.

Mereka masih di ruang dapur bersembang dan berbual. Ada juga mereka tukar topik tentang perkara lain pula.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience