Chapter 1

Thriller Completed 806

Geran di keluarkan dari fail. Encik Razak memberikan pada tuan tanah itu. Nama tuan tanah itu Encik Shauqi. Encik Razak tengok telefon pintar. Ada beberapa pesanan ringkas dari group whatsapp. Encik Shauqi telah meluluskan pembelian rumah kos sederhana itu kepada Encik Razak. Terpapar wajah keceriaan Encik Razak bila sudah berjaya membeli rumah baru untuk keluarga.

Mereka berdua di kawasan rumah banglo usang yang telah di renovate. Dan di cat baru untuk nampak lebih kelihatan seperti baru. Encik Razak tengok persekitaran pemandangan luar dari kediaman. Ada sebatang pokok ara usang terbiar berhampiran rumah banglo mewah kos sederhana itu.

"Tuan, pokok tu kenapa dekat sana?" soal Encik Razak tujukan dekat pokok tersebut.

Encik Shauqi melepaskan keluhan ringan.

"Sebenarnya ada sejarah dia." Encik Shauqi menjawab.

"Kenapa tak di tebang??" soal Encik Razak lagi.

"Bukan taknak di tebang. Dulu tapak asal sebelum banglo ni bina. Ada sebuah rumah banglo lama yang di robohkan. Pokok ni mereka taknak robohkan sebab ada rahsia di sebaliknya dan juga kenangan dari pemilik asal tanah ni sebelum dibeli. Nanti tuan akan tahulah sendiri ceritanya." Encik Shauqi menerangkan. Encik Razak mengangguk faham.

Mereka melangkah masuk ke dalam. Encik Shauqi terangkan dan tunjukkan selok belok dalam rumah ini. Memang nampak mewah dengan perhiasan lama. Di tambah lampu siling bukan sembarangan. Bekas penghuni lama memang jiwa klasik. Encik Shauqi membawanya ke ruang untuk turun ke bawah.

"Ini kunci ke basement." Encik Shauqi menyerangkan kunci kepada Encik Razak.

"Marilah naik sebelah atas pula." Encik Shauqi mengajaknya.

Mereka menaiki anak tangga untuk ke tingkat bahagian atas pula. Dia tunjukkan setiap bilik-bilik di bahagian atas. Encik Razak buka pintu bilik. Nampak corak dan warna cat dinding keperempuanan. Mungkin bilik ni khas untuk Emilia dan Sarah.

Encik Shauqi tunjukkan satu lagi bilik. Pintu dibuka. Bilik yang satu lagi nampak agak suram. Walaupun hari masih siang. Entah kenapa perasaan seram tu datang tiba-tiba. Encik Razak nampak ada pintu almari. Dan ada mangga berkunci yang berkarat.

"Tu bilik apa?" soal Encik Razak.

"Itu saya nak pesan. Jangan buka. Hanya bekas tuan tanah lama ini berhak buka. Walaupun rumah ini sudah menjadi milik tuan. Tempat lain boleh buka sesuka hati. Tapi almari tu biarkan dia berkunci." Encik Shauqi pesannya. Tak tahulah kenapa Encik Razak teringin nak buka. Nak tahu rahsia apa benda di dalam sana.

Dia memandang almari itu lama. Tak tahu kenapa macam ada sesuatu atau seseorang berada di dalam sana.

++++++++++++

Di kediaman rumah lama Encik Razak. Puan Ummu sibuk masukkan barang ke dalam kotak-kotak kosong yang Encik Razak ambil dari kedai-kedai runcit. Segala perkakas dan barang perhiasan semua di masukkan ke dalam kotak dan susun dengan elok.

Sarah duduk di kerusi sambil menonton siaran animasi. Puan Ummu bersihkan. Mana yang nak di bawa pindah dia simpan ke dalam kotak. Dan ada juga barang yang Puan Ummu nak buang nanti. Afiq sekarang berada di sekolah. Mujurlah rumah saja yang pindah. Sekolah tetap kekal tempat yang sama.

Puan Aminah datang ke rumah Encik Razak. Dia pun bersedih sebenarnya bila Encik Razak sekeluarga nak berpindah. Siapa lagi nak temankan dia membawang dan mendengar segala masalah?

"Kakak duduk dulu. Nanti Ummu pergi bancuh air." kata Puan Ummu.

"Tak payahlah susah-susah. Kakak cuma datang nak tolong-tolong je." kata Puan Aminah. Puan Ummu senyum. Dia tak tahu nak menggambarkan bagaimana.

"Lusa kan korang akan pindah?? Jadi, esok tu boleh tak datang ke rumah akak? Kalau tak keberatan lah." Puan Aminah minta Puan Ummi datang ke rumahnya.

"Boleh saja kak." kata Puan Ummu. Puan Aminah senyum lalu mengangguk.

+++++++++++

Di kawasan lain. Seorang perempuan dewasa sedang duduk dan menyandarkan badan pada kerusi malasnya. Kerusi yang dibeli seperti buai. Tenang fikiran. Sambil melihat pemandangan di luar rumah. Kelihatan Ain dan Wafiy baru pulang dari sekolah dengan basikal mereka.

"Mama!" Ain menyapa.

Ain dan Wafiy meletakkan basikal dengan menyandarkan ke dinding. Kunci di matikan supaya basikalnya tidak dicuri. Mereka salam tangan mamanya.

"Macam mana sekolah??" soal Deana. Ain salam dan meletakkan di dahi.

"Sekolah okey. Bestlah jugak." kata Ain. Lagaknya seperti tomboi dengan suara agak garau. Mana taknya Deana pun jenis kasar orangnya.

"Wafiy pulak." Deana beralih ke arah Wafiy.

"Okey je mama." kata Wafiy. Dia tanggalkan kasut dan masuk ke dalam rumah.

"Sudah masuk mandi. Lepas tu solat dan makan sama-sama." Deana menyuruh anaknya untuk bersalinkan pakaian dan solat.

Deana ambil telefon pintarnya. Ada kiriman pesanan ringkas dari Kirana. Katanya nak Deana datang ke rumah Ustaz Zain. Ada benda dia nak tunjukkan.

"Sekejap lagi akak sampai. Sekarang nak solat dan makan dengan anak-anak." Deana membalas sambil menaip. Mulutnya juga ikut baca apa yang dia taip di skrin.

Deana segera menyimpan semula telefon. Dia nak pergi bersihkan diri dan menunaikan solat Zohor. Dan lepas tu mahu makan tengah hari dengan anak-anak. Kehidupan dia sekarang lebih bahagia walaupun tiada suami. Siapa cakap wanita berstatus janda macam Deana tak bahagia?

+++++++++++

Puan Ummu datang ke rumah Puan Aminah petang itu. Dia tak sabar sebenarnya nak tahu apa benda. Mereka berbual-bual kosong dan berkongsi segala kenangan selama mereka berjiran.

Puan Aminah ambil seutas rantai emas. Dia berikan pada Puan Ummu.

"Sebenarnya masa birthday Ummu sebulan lepas. Kakak ada beli tanda persahabatan. Kakak ada pakai satu juga. Ni Ummu punya. Kakak lupa nak bagi." Puan Aminah hadiahkan seutas rantai emas untuk Puan Ummu.

Puan Ummu sampai tekup mulut sebab terlalu sebak. Hampir nak berair airmatanya.

"Ya Allah kak, terima kasih ya. Ummu tak tahu nak cakap macam mana." kata Puan Ummu ambil pemberian dari Puan Aminah.

"Boleh pula malam tu kakak datang bawa hadiah kain batik. Rantai persahabatan lupa nak bawa." kata Puan Aminah. Dia terus nak ketawa sebab rasa kelakar.

"Tak mengapa kak. Kain batik pemberian kakak pun cantik." Puan Ummu memujinya. Puan Aminah senyum dan peluk sahabatnya. Lusa nanti Puan Ummu sekeluarga akan berpindah jauh. Tapi takdelah jauh mana. Hanya beberapa kilometer sahaja.

Puan Aminah meleraikan pelukan. Dia mengesat airmata. Puan Ummu juga kesat airmata. Susah nak jumpa persahabatan dari kalangan perempuan. Kalau ada pun berapa peratus saja. Selalu jumpa yang banyak tikam belakang.

Puan Ummu tengok rantai emas hadiah itu. Dia sangat berterima kasih dengan Puan Aminah. Berharap persahabatan mereka kekal ke syurga.

++++++++++

Deana datang ke rumah Ustaz Zain. Pada waktu ini Ustaz Zain belum balik dari tempat kerja. Ustazah Dahlia dan Kirana pelawa Deana masuk ke dalam rumah. Mereka duduk di kerusi untuk memulakan perbualan.

"Kenapa sebenarnya ni?" soal Deana. Kirana memandang ibunya.

"Masa ibu sedang kemas bilik khazanah artifak lama dekat basement. Waktu ibu kemas tu. Ibu terdengar bunyi ketukan cermin dekat tempat simpannya patung Pinokio itu." Ustazah Dahlia mulakan kisahnya.

Deana mendengar dengan teliti untuk kisah selanjutnya.

"Lepas tu. Ibu tengoklah dekat kawasan kotak kaca simpan patung puaka tu. Ibu hanya nampak patung biasa saja." jawab Ustazah Dahlia. Kirana mengerutkan dahi. Tak sabar nak tahu kemuncak jalan cerita.

"Ibu cubalah pejam mata dan lepas tu ibu baca-baca ayat untuk Allah bagi petunjuk supaya ibu boleh melihat. Masa ibu buka mata perlahan-lahan. Ibu nampak dalam kotak kaca itu ada nenek tua yang mati pengamal ilmu hitam sebab popular." Ustazah Dahlia memberitahu. Deana agak terkejut. Kirana memandang kakak angkatnya.

"Sebenarnya, dulu abah dan ibu ada bantu satu keluarga ni. Si adik paling kecil sukakan anak patung. Dan anak patung ini jadi mainan si adik kecil tu. Tapi rupa-rupanya dalam patung tu isinya nenek tua pengamal ilmu hitam yang mahu popular." Kirana menambahkan lagi cerita.

"Mana nenek tua tu?" soal Deana nak tengok nenek tua bernama Zaiton.

Ustazah Dahlia bawa Kirana dan Deana ke basement bawah rumah. Daun pintu dibuka seluasnya. Dari pandangan mereka hanyalah sebuah patung Pinokio sahaja.

"Kirana dengan Deana. Pejamkan mata." Ustazah Dahlia pesan pada mereka. Kedua wanita itu pejamkan matanya. Ustazah Dahlia membaca-baca untuk buka sekejap mata batin mereka.

Perlahan-lahan mereka buka mata. Dan ada Zaiton si nenek tua pengalamal ilmu hitam sedang duduk bercangkung. Memerhatikan mereka bertiga.

"Kirana ni anak aku. Deana ni anak angkat aku. Kau nak cakap apa dengan kami??" soal Ustazah Dahlia. Zaiton ketawa mengekek.

"Sebenarnya. Ada satu lagi anak patung yang kalian semua tidak dapat jumpa. Dan patung itu isinya satu jiwa hitam yang telah lama berkubur. Tidak lama lagi dia akan dibebaskan untuk membuat kekacauan. Dia salah satu makhluk yang paling ganas dari aku. He He He He He..." kata Zaiton telah beri amaran akan ada bahaya baru bakal melanda.

"Jadi, selama ini yang dalam cermin bukan Pinokio usang itu??" soal Kirana. Zaiton ketawa dan menggelengkan kepala.

"Dia berada di satu tempat yang tersembunyi. Kalian tidak dapat menjumpai anak patung itu. Apabila dia dibebaskan. Sedikit demi sedikit petunjuk kalian akan ketahui." ujar Zaiton diiringi dengan gelak tawanya.

"Bukan si Helmi dalam ni. Tapi Zaiton. Selama ni kau hanya menyamar sebagai budak itu. Apa motif sebenar kau??" soal Ustazah Dahlia mula naik angin.

"Kau akan tahu kemudian...." kata Zaiton dengan wajah serius.

Ustazah Dahlia, Kirana dan Deana saling memandang sesama mereka. Nampaknya puaka yang berada di dalam kotak kaca itu bukan budak Helmi. Tetapi Zaiton yang menyamar sebagai Helmi. Apa motif sebenar Zaiton berbuat demikian?

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience