Puan Ummu membawa Emilia, Sarah dan Afiq ke rumah Dato Sri Kamil. Datin Shida nak jumpa untuk mengajak berbual. Mujurlah Kirana berikan keretanya agar Puan Ummu dapat meluangkan masa bersama keluarga pergi keluar dahulu.
Sarah peluk anak patung Pinokio. Dari tadi Puan Ummu memerhatikan anak patung Sarah. Kenapa hatinya mengatakan patung Pinokio itu bukan suaminya belikan. Sebab reka bentuk, pakaian pada patung tu sebiji yang dia pernah nampak.
Emilia yang berada di sebelah emaknya sibuk menaip sesuatu di telefon pintarnya. Dia berbalas chat whatsapp dengan kawan satu universiti.
Afiq yang berada di tempat duduk belakang melentokkan kepala nak lelapkan mata. Sambil dia memakai headphone di kepala dan mendengarkan lagu.
Sarah peluk patung Pinokio. Matanya memandang keluar tingkap. Arwah Helmi betul-betul duduk di tengah antara Sarah dan Afiq. Mukanya pucat dan menakutkan. Mereka semua tidak nampak akan arwah Helmi dalam kereta.
Sementara di rumah Dato Sri Kamil. Datin Shida melihat Randini mengeluh. Dia buat kerja macam tak ikhlas hari ini.
"Kamu ni kenapa monyok je?" soal Datin Shida. Randini tidak membalasnya. Sebaliknya dia buat kerja tanpa melayan majikan.
"Ke kamu tak suka keluarga ipar saya datang? Awak kena ingat ye Randini. Awak takde hak nak benci keluarga saya. Mereka miskin ke kaya ke awak takde hak nak pertikaikan." Datin Shida seakan dapat baca punca Randini diam tiba-tiba.
"Datin, zaman sekarang ni zaman tikam belakang." kata Randini sambil mengimbas bahagian bucu dinding menggunakan bulu ayam.
"Razak tu adik Dato Sri Kamil. Walaupun kehidupan Razak sekeluarga tidak mewah macam abang-abang dia lain. Tapi saya nampak kebahagiaan mereka bukan terletak dari nilai wang ringgit. Mereka bahagia dengan cara mereka. Tiga orang anak-anaknya pun baik. Hormat orang tua." Datin Shida tetap nasihatkan dan ingatkan Randini.
"Dan lagi satu. Awak tu pun makan gaji. Kalau suami saya tak kutip awak yang mengemis dekat bawah jambatan. Makan sampah lah awak hari-hari." Datin Shida menggunakan tamparan dari segi bahasa membuatkan Randini sentap sangat.
Kereta milik Kirana yang di gunakan Puan Ummu telah sampai. Mereka sekeluarga turun dari kereta. Sarah terus lari dan mendapatkan mak longnya. Dia salam dan cium tangan.
"Cantiknya patung ni. Ayah belikan ke?" soal Datin Shida. Dia melihat ukiran patung Pinokio.
"Ayah beli lepas dia balik kerja." Afiq terpaksa menyampuk. Takut Sarah bocorkan rahsia.
"Ooo.. Ummu, marilah masuk." Datin Shida pelawa mereka masuk ke dalam rumah.
Emilia salam dan cium tangan mak longnya. Datin Shida nak sangat jumpa Emilia sebenarnya. Nak tanya tentang persekolahan.
"Macam mana dekat uni??" soal Datin Shida.
Mereka pun duduk di ruang bacaan. Datin Shida meminta bibik lain buatkan air untuk tetamunya. Dia tak mahu suruh Randini. Tahu sangat ketua bibik tu keras kepala. Dah lupa asal usul macam nilah.
"Semalam kak Farah telefon maklong. Dia tanyakan pasal Emilia. Persekolahan macam mana?" soal Datin Shida nak tahu Emilia boleh belajar ke tidak.
"Alhamdulillah. Adakala Emi pun call kak Farah minta tunjuk ajar. Yelah Emi pun nak jadi lawyer macam dia." kata Emilia sudah bercita-cita tinggi.
"Alhamdulillah. Ini yang maklong nak dengar. Bila dah kerja dan berduit. Boleh bantu mak ayah kan?" soal Datin Shida. Emilia mengangguk senyum.
Sarah meletakkan patung Pinokio itu di tepi sebelahnya. Dia nak minum air jus oren yang bibik lain buatkan. Patung Pinokio itu memandang tepat ke arah bilik Randini.
Randini duduk di katil sambil mulutnya menyumpah seranah Datin Shida. Berani perempuan tak guna tu kutuk dia. Kalau negara ni tiada undang-undang. Sudah lama dia cilikan mulut si tak guna tu. Dia memandang keluar tingkap. Hatinya betul-betul bara dengan api kemarahan.
Pintu biliknya tiba-tiba terbuka dengan sendiri. Perlahan-lahan pintunya dibuka. Dalam samar-samar macam ada budak tengah mengintainya. Randini bangun dan pergi ke arah meja cermin solek. Dia tertengok ke arah cermin. Terkejut dia bila nampak ada lembaga syaitan hitam dan bertanduk mengendapnya.
Randini terus berpaling. Makhluk yang dia nampak seperti syaitan dalam cermin tadi adalah seorang budak lelaki. Tapi, budak itu hilang sekelip mata. Randini terus pergi ke arah pintu bilik. Tiba-tiba pintu bilik tertutup sendiri.
Bunyi barang soleknya jatuh. Randini terus berpaling ke belakang. Melihat alat soleknya tiba-tiba jatuh. Perlahan-lahan dia pergi ke arah meja cermin solek. Dia turunkan badan dan melutut untuk kutip barang soleknya.
HE... HE... HE...
Randini toleh ke sebelah kanan. Pandangan matanya terus toleh ke arah katil. Terkejut beruk dia melihat ada patung Pinokio duduk di katil memandang ke arahnya. Randini terus kutip alatan solek dan lari keluar. Dia terus tutup pintu.
Semua yang ada di ruang tamu toleh memandang ke arah Randini.
"Dah kenapa tu??" soal Datin Shida. Randini toleh memandang mereka semua di ruang tamu. Matanya terpaku pada sesuatu. Tubuhnya kejang. Dia nampak dengan jelas patung Pinokio berada di sebelah Sarah seperti tak berusik.
Puan Ummu terus toleh memandang ke arah patung Pinokio milik Sarah. Apakah ada puaka itu sudah datang kesini? Betul ke patung tu suaminya beli dekat luar?
+++++++++++
Deana duduk di ruang tamu. Dia buka buku latihan setiap helaian. Membaca semua isi kandungan dalam petikan kertas yang di tampal itu. Kirana keluar dari dapur membawa segelas minuman. Dia pun duduk di sofa single menghadap Deana.
Hatinya masih berasa serba salah dengan apa yang telah dia lakukan terhadap Sarah tadi. Gelas minuman di letakkan di atas meja. Deana tengok Kirana diam dari tadi. Termenung jauh seperti memikirkan sesuatu.
"Kenapa kamu ni senyap je?" soal Deana. Kirana yang mengelamun terganggu bila Deana tegurnya.
"Baru saya faham kenapa arwah Helmi mengganas." Kirana tiba-tiba bersuara.
"Apa dia??" soal Deana.
"Siang tadi saya berjumpa dengan kejiranan sebelah rumah ni. Namanya Puan Bihah. Dia ada seorang ibu bernama Che Rahmah. Dulu Che Rahmah bekerja sebagai orang gaji di rumah ini. Che Rahmah cerita arwah Helmi seorang anak yang baik. Disebabkan layanan keluarga terhadap arwah Helmi buruk dan kejam. Menyebabkan arwah sendirian. Hanya ada Che Rahmah. Arwah juga meluahkan perasaan dekat patung Pinokio dia. Dan satu hari, seminggu sebelum kejadian pembunuhan itu. Arwah bertemu dengan satu orang lelaki dan arwah cakap itu hero dia yang akan bunuh kejahatan dalam keluarga Helmi." Kirana meluahkan dengan kongsikan ceritanya. Deana masih mendengar lagi.
"Arwah Helmi tekad satukan jiwanya dengan syaitan itu. Dan Che Rahmah memberitahu dia nampak syaitan itu perlahan-lahan meresap masuk ke dalam patung Pinokio. Dia membawa jiwa Helmi untuk bersatu dengannya." kata Kirana. Deana mula rasa ada perkara yang tak kena.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi suara perempuan menangis. Kirana dan Deana bangun. Mereka pergi ke arah pintu menuju ke bahagian basement. Kirana membuka pintu basement. Suara perempuan itu kedengaran menangis di bahagian bawah rumah. Suasana bawah juga gelap. Deana hidupkan lampu tapi tak menyala. Mereka berdua berdecit dan mengeluh.
"Jom lah beranikan diri." Deana mendahului masuk ke dalam. Kirana pun ikut dari belakang. Pintu di tutup. Mereka gunakan lampu suluh memandangkan cahaya dari tingkap kecil tidak banyak membantu. Langit luar pun mula bertukar warna menandakan waktu maghrib bakal tiba tak lama lagi.
Sedang mereka suluh di setiap arah. Kirana suluh di bahagian barang-barang antik. Deana suluh seluruh basement. Mereka terdengar akan suara perempuan menangis. Kedua-dua wanita itu suluh dengan serentak ke arah suara menangis.
Mereka berdua tersentak dan terkejut. Dia melihat ada perempuan lain menangis. Perempuan itu membelakangi mereka. Pakaian dia gaun labuh seperti seorang bangsawan 50 tahun lalu. Kirana beranikan diri menyentuh bahu.
"Maafkan saya.." Kirana sentuh bahunya.
Perempuan itu berpaling sambil menangis sehingga keluar airmata darah bercampur cairan celak hitam mengalir. Deana dan Kirana terus terkejut sampai mereka nak terjatuh duduk.
"Tolong aku..!! Bebaskan aku dan keluarga aku..!!" rayu perempuan itu. Kirana cuba ingatkan mukanya. Macam muka emak kandung arwah Helmi, Datin Rozie.
"Kau Datin Rozie?? Tergamak kau dera anak kau!" Kirana sudah mula bebel bila dia teringat. Datin Rozie menangis tanda dia menyesal dengan perbuatan dia semasa hayat.
"Aku minta maaf. Aku khilaf. Aku berdosa pada anak aku. Tolong bebaskan aku dan keluargaku lain!" Datin Rozie merayu minta dia dan keluarganya di bebaskan dari cengkaman syaitan itu.
"Aku mahu tahu siapa gerangan syaitan tersebut. Kau dari alam mereka. Mesti kau tahu!" kata Kirana. Dia dari tadi mengetap gigi. Mujur Datin Rozie dah mati. Kalau masih hidup memang dah kena makan penampar.
"Dia adalah.....!" Datin Rozie mendongakkan kepala. Terkejut bila nampak kepala syaitan mendengus ke arahnya. Datin Rozie menjerit sehingga tubuhnya menghilang.
Deana dan Kirana berpaling ke belakang. Dia tak nampak sesiapa. Pasti Datin Rozie nampak syaitan itu di alamnya. Mereka saling memandang satu sama lain.
"Arwah Helmi betul-betul dendam sampai satu jiwa dengan syaitan tu. Dan syaitan itu kurung mereka di sekitar kawasan rumah ini." kata Kirana. Deana diam seketika.
"Akak rasa benda ni sebiji dengan Kampung Seri Kuning Kembangan. Ingat tak dulu roh penduduk kampung situ terperangkap? Mereka menjelma kepada bentuk Pocong?" soal Deana. Kirana mengangguk faham.
"Tak silap angkara Mantaha." kata Kirana. Deana menggelengkan kepala.
"Ini bukan kerja Mantaha, Zabir atau Esah. Ini adalah ketua syaitan terkuat yang sudah menetap di tanah melayu sebelum Islam datang. Kakak rasa benda ni seperti sebuah rangkaian. Mesti dalam buku latihan tu ada. Ustaz Osman mungkin ada sebut nama syaitan itu. Jom kaji." ujar Deana. Kirana mengangguk faham.
Kedua-dua wanita itu segera keluar dari basement untuk kembali ke ruang tamu. Segalanya bakal terbongkar.
P/S : THE RITUAL POCONG 3 akan datang
BERSAMBUNG.....
Share this novel