Chapter 5

Thriller Completed 806

Pada jam 3 pagi. Langit mula memberi isyarat dengan beberapa kerlipan cahaya. Menandakan hari nak hujan.

Bunyi petir di luar mengejutkan Puan Ummu sehingga terjaga dari tidurnya. Puan Ummu terus bangunkan badan. Dia mencapai jam loceng. Sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Puan Ummu baring semula. Baru nak lelapkan mata. Dia terdengar bunyi derapan kaki orang berjalan di luar kawasan bilik.

Tapi dia tak dengar bunyi suara batuk dari anak-anaknya. Puan Ummu tengok bawah pintu ada bayangan orang berjalan ke arah biliknya. Dan berdiri lama di depan pintu bilik.

"Sarah!" Puan Ummu panggil.

Suara Sarah tidak kedengaran. Tapi bunyi ketukan sebanyak tiga kali. Puan Ummu turun dari katil. Dia berjalan dengan berhati-hati ke arah pintu bilik. Dan bunyi ketukan itu kedengaran lagi.

"Sarah!" Puan Ummu tetap panggil anaknya. Cahaya kilat berkelip-kelip di langit memberi impak dengan lebih jelas bentuk bayang orang di bawah bahagian pintu bilik tidur.

Puan Ummu terus membukanya. Depan bilik kosong tiada sesiapa. Puan Ummu menjengah kepala keluar untuk melihat. Memang tiada sesiapa. Mustahil kalau nak kata anak-anaknya. Takkan begitu cepat mereka lari masuk ke dalam bilik tidur.

Puan Ummu berjalan keluar dari bilik tidurnya. Dengan bantuan cahaya kilat yang berkelip-kelip di luar. Dan cahaya dari lampu malap yang melekat dekat dinding. Memberikan jalan untuk Puan Ummu berjalan dengan langkah berhati-hati.

Dia pergi ke bilik anak-anak gadisnya. Pintu dibuka. Bilik gelap hanya sedikit cahaya dari luar menerpa masuk. Puan Ummu melihat Emilia sudah nyenyak tidur berselubung dengan selimut. Matanya di alihkan untuk melihat Sarah. Tapi, dia terkejut bila dalam gelap ada sekujur tubuh budak lelaki baring di sebelah anak perempuan bongsunya.

Puan Ummu pergi ke arah katil Sarah nak tengok dengan lebih jelas lagi. Budak lelaki itu berpaling memandang Puan Ummu. Matanya putih dan airmata darah mengalir keluar. Puan Ummu terkejut sampai dia terus pergi ke suis lampu. Dia hidupkan lampu. Dia pusing semula. Hanya anak patung beruang Sarah sahaja.

Emilia terjaga dari tidur. Matanya digosok beberapa kali.

"Mak.." Emilia menegur. Puan Ummu terkejut sikit. Dia menarik nafas lega rupanya anak perempuan sulung tegur.

"Kenapa ni??" Emilia bertanya, Puan Ummu tak mahu anaknya takut. Jadi dia berpura-pura kata nak periksa bilik sahaja.

Emilia kembali sambung tidurnya. Puan Ummu tengok katil Sarah semula. Hanya anak patung beruang baring di sebelahnya. Puan Ummu terus keluar dari bilik tidur anak-anak perempuan. Baru nak berjalan pergi ke bilik tidurnya semula.

Dia terdengar bunyi derapan kaki orang berjalan di bawah pula. Puan Ummu tengok bilik Afiq. Pintunya tutup rapat dan berkunci. Puan Ummu yakin suaminya tak keluar kemana-mana. Puan Ummu mahu periksa. Mungkin ada pencuri. Dia terus pergi ke bilik untuk kejutkan suaminya.

Encik Razak dan Puan Ummu turun ke bawah sambil membawa penyapu. Perlahan-lahan mereka memijak anak tangga untuk turun ke bawah. Bunyi itu datangnya dari dapur. Mereka berjalan dengan berhati-hati untuk ke bahagian ruang dapur masak. Puan Ummu cuba hidupkan lampu. Kedua-duanya terkejut. Takde sesiapa di dapur.

Encik Razak lepaskan keluhan berat. Dia memandang isterinya.

"Sayang ni kalau takut pun jangan sampai kejutkan abang. Tikus je pun." kata Encik Razak, ada rasa kecewa disitu. Puan Ummu mencebik bibir. Ada terbit rasa bersalah sebab ganggu rehat suaminya. Mereka kembali ke bilik tidur masing-masing.

+++++++++++

Pagi keesokan hari. Datuk Sri Kamil baru saja keluar ke tempat kerja selepas berikan duit perbelanjaan Emilia di kelas nanti. Memang cita-cita Emilia nak jadi peguam sama seperti kakak saudaranya, Farah.

Randini yang tengok Datin Shida dan Datuk Sri Kamil berikan duit pada keluarga Encik Razak benar-benar sakitkan hatinya. Baik hati sangat dermakan duit mereka pada orang lain walaupun darah daging sendiri.

"Tak reti nak cari duit sendiri ke sekolahkan Emilia tu?? Beli rumah pun mintak ihsan abangnya. Usaha pemalas. Pagi-pagi macam ni pulak tu." Randini mengeluh perkara yang dia tak berpuas hati. Dia tengok jam pukul 6 pagi.

"Kamu bebel apa ni Randini?? Apa yang kamu sakit hati sangat dengan keluarga adik ipar saya??" soal Datin Shida, menuangkan minuman ke dalam gelasnya sendiri.

"Tak ada puan. Saya tengok puan dan tuan baik hati sangat. Kita ni sebagai sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan siapa kita nak tolong." kata Randini, pandai berkata-kata. Datin Shida melepaskan keluhan berat.

"Encik Razak sekeluarga tu bukan orang luar. Dia adik ipar saya. Itu yang awak lupa sebenarnya Randini. Pergi cuci hati cuci jiwa tu. Banyakkan beristighfar." Datin Shida melontarkan kata-kata membuatkan Randini terdiam. Walaupun tak marahkan ketua pembantu rumah. Tapi Datin Shida lontarkan bahasa lembut tapi ada bisanya.

Datin Shida keluar dari dapur pergi ke ruang tamu. Daripada dia layan ketua pembantu rumahnya. Lebih baik dia siapkan karya untuk manuskrip novel barunya. Tiga pembantu rumah lain diam saja. Tak mahu bercampur tangan.

"Salah ke aku cakap?? Zaman sekarang ni ramai manusia tak kenang budi. Kalau betul nak tolong tu berpada-pada. Ini dalam tempoh seminggu kadang datang sini. Tuan Kamil pun main bagi je tanpa fikir masa yang akan datang." Randini tetap membebel sendiri. Dia jeling ke arah pembantu rumah. Mujurlah mereka jenis tak masuk campur.

+++++++++++

Puan Ummu menyediakan sandwich telur dan sayur salad. Sos mayo dan sos salad di tambahkan sekali. Dia meletakkan sekeping lagi roti ke atasnya dan jadilah sandwich. Puan Ummu masukkan ke dalam bekal makanan untuk Afiq. Sekejap lagi bas sekolah nak sampai.

Encik Razak sudah ambil Emilia untuk di bawa ke kolej. Memang Encik Razak nak keluar awal semasa langit masih gelap. Kalau langit dah cerah mesti jalan sesak. Bas sekolah Afiq biasanya pukul 7 pagi sudah tiba. Puan Ummu terpaksa berhempas pulas siapkan keperluan anak lelaki bujangnya.

Selepas bersiap-siap. Afiq salam ibunya dan terus bergegas ke kawasan depan rumah. Bas sekolah akan berhenti di bahagian depan kawasan rumah banglo ini. Puan Ummu terus siapkan kemas dapur untuk sarapan pagi berdua nanti dengan Sarah.

Dia keluar dari pintu belakang rumah. Nampak jiran sebelah jaraknya 12 meter dari kediaman banglo ini. Sibuk menyidai kain pakaian. Puan Ummu nak jugalah berkenal-kenal dengan jiran tetangga. 

"Assalamualaikum..." Puan Ummu menyapa.

"Waalaikumsalam.." jiran sebelah.

"Nama saya Ummu. Apa khabar.." Puan Ummu salam lagi.

"Saya Bihah. Sihat alhamdulillah.." Puan Bihah balas salam.

"Duduk mana??" soal Puan Bihah.

"Saya duduk di sebelah ni saja." jawab Puan Ummu. Puan Bihah terdiam beberapa saat.

"Kenapa??" soal Puan Ummu.

Puan Bihah cuba berlakon biasa. Dia senyum dan menggelengkan kepala.

"Takde apalah." Puan Bihah terpaksa tipu.

Tiba-tiba, pintu dari dapur dibuka. Muncul satu nenek tua memandang ke arah Puan Ummu.

"Hei! Aku nak kau.." baru nenek tu nak cakap. Puan Bihah terus sambar dan tutupkan mulut emaknya yang sudah uzur.

"Mak, dah lah tu cakap merapu. Takde apalah berlaku." Puan Bihah memujuk emaknya.

"Jangan halang aku! Rumah mereka duduk berpuaka! Benda tu dah terlepas." kata emak Puan Bihah.

"Mak, berhenti! Maaf ya Puan Ummu. Mak saya bangun tidur selalunya merapu." kata Puan Bihah, malu dia bila maknya cakap bukan-bukan.

"Tak mengapa.." Puan Ummu jawab dengan baik.

Pintu dapur ditutup. Puan Ummu pun dapat rasakan sesuatu yang tak kena dengan rumah tu. Mak Puan Bihah baru sebut puaka tu terlepas. Dan semalam dia telah ganggu Puan Ummu.

Afiq duduk di tepi tembok batu kecil. Angin datang secara spontan telah meniup menampar pipinya. Bunyi angin goyangkan daun-daun dekat pokok ara menarik perhatian Afiq untuk melihatnya. Lama Afiq pandang pokok ara itu. Tak tahulah kenapa dia macam boleh rasa pokok ni bernyawa. Macam benda hidup.

Bas telah tiba. Afiq pun masuk dan naik ke dalam bas. Pemandu tersebut tertoleh ke arah rumah itu. Di beranda luar dia nampak sosok seorang budak lelaki lain selain Afiq sedang duduk. Wajah budak lelaki tu tidak menggambarkan sekelumit senyuman langsung. Memandang mata pemandu bas dengan dalam.

Pemandu itu terus tutup pintu bas dan segera pergi. Takut pula kalau lama-lama dia berada disitu. Sepanjang jalan dia tengok Afiq dari cermin pandang belakang. Nampak Afiq berbual dan gelak-gelak dengan kawan barunya.

Puan Ummu naik ke tingkat atas. Dia berpalingkan kepala memandang ke arah bilik Afiq. Sarah dekat dapur tengah makan sarapan pagi. Puan Ummu menolak lembut pintu bilik Afiq ke dalam. Perkara pertama dia memandang ke arah almari antik lama.

Dia toleh memandang ke arah cermin panjang yang memantul dekat almari antik itu. Dia segera masuk ke dalam. Pintu bilik ditutup rapat. Puan Ummu berdiri di depan cermin dan menunggu lama. Matanya memandang tepat pintu almari antik lama itu. Dadanya berdebar sebenarnya. Lututnya terasa sangat lemah. Tapi, dia cuba gagahkan diri.

Tiba-tiba, daun pintu almari antik bunyi mangga yang berkunci dibuka. Ada seseorang dari dalam menolak perlahan-lahan pintu almari antik. Bunyinya sudah meremang. Puan Ummu membulat biji mata. Dia nampak sepasang mata putih dari dalam gelap. Dan mata putih mula perlahan-lahan menghilang bila mula nampak seluruh bentuk figura manusia budak lelaki.

Kepala budak tu memakai topi bentuk kon merah. Wajahnya pucat dan matanya normal. Baju yang di pakai bewarna belang hitam putih. Stoking juga berjalur merah putih. Kasutnya hitam dan berkilat. Kedua-dua tangannya memakai glove kain. Saling tak tumpah seperti budak Pinokio. Budak lelaki itu berjalan keluar dan perlahan-lahan menuju ke arah Puan Ummu.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience