Chapter 3

Thriller Completed 806

Pintu mesin basuh di buka. Kesemua pakaian-pakaian yang tak sempat di basuh dekat rumah lama di cuci dekat rumah baru. Pintu mesin basuh ditutup. Puan Ummu tekan butang-butang dan mulakan cucian. Dia masuk ke dalam rumah. Banyak lagi barang yang hendak di keluarkan dari kotak dan simpankan.

Sarah berada di bawah buaian luar rumah. Matanya memandang ke arah pokok ara. Dia nak tanya emaknya tapi takut emaknya tak percaya. Sedang mengelamun. Tiba-tiba ada sehelai kertas berlipat cantik yang di jatuhkan atas peha Sarah. Anak kecil berusia 5 tahun ambil dan buka lipatan kertas.

"Hai Sarah..." Sarah membaca isi surat bertulisan warna merah.

Ada satu lagi isi surat lain dan di campakkan ke arah Sarah. Dia buka lipatan kertas dan baca semula.

"Jom main cari dan jumpa."

Sarah perhatikan sekelilingnya. Di kawasan rumah ini tiada jiran-jiran yang berhampiran. Masing-masing agak jauh sedikit jaraknya lebih kurang 300 meter. Ada sehelai lagi kertas berlipat jatuh di lantai. Sarah turun dari kerusi dan ambilnya. Dia buka kertas berlipat itu.

"Saya di belakang awak..."

Sarah mula rasa seram sejuk. Ekor matanya menjeling perlahan-lahan. Di belakang Sarah memang ada sosok budak lelaki dalam samar-samar. Pakaian yang dia pakai jelas warna belang hitam putih. Sarah berpaling kebelakang tapi tiada sesiapa.

Sarah terus simpan kertas-kertas tadi dan lari masuk ke dalam rumah. Dia melihat emaknya sibuk keluarkan barang-barang dari dalam kotak. Sarah terus naik ke tingkat atas. Semasa dia nak berjalan ke bilik tidur dia kongsi dengan Emilia.

Terdengar bunyi pintu dari bilik Afiq. Sarah terus toleh memandang bilik abangnya. Nampak pintu itu terbuka sikit dari dalam. Sarah berjalan sendirian ke arah bilik abangnya. Suasana jadi sepi sekali. Sarah tolak perlahan-lahan ke dalam.

Dia nampak ada almari lama terbiar di bilik abangnya. Sarah masuk ke dalam dan ceroboh bilik Afiq. Dia pergi ke arah almari pakaian. Ada mangga berkunci yang sudah berkarat. Sarah cuba dekatkan telinga rapatkan ke pintu untuk dengar.

Dia macam terdengar suara budak lelaki sedang bercakap-cakap tapi percakapan dia tak berapa nak jelas. Sarah terus pergi dari bilik abangnya. Dia keluar dan terus tutup pintu.

+++++++++

Encik Razak buka lampu siling basement bawah rumah. Terlalu banyak sangat perabot-perabot lama terbiar dan bersepah di bawah. Nak je dia buang perabot tapi takut pula nanti tuan asal rumah ni marah. Tapi buat apa nak marah? Sedangkan rumah ni pun dah dijual dengan Encik Razak. Jadi, dia ada hak untuk buat apa saja.

Puan Ummu selongkar barang di bahagian almari lama yang ada di basement. Dia buka pintu almari. Hanya habuk yang menyapa dia.

Emilia pun ambil penyapu dan penyodok. Dia sapu sampah sikit-sikit dulu bagi nampak bersih. Puan Ummu buka laci di dalam almari. Ada sekeping bingkai gambar. Dan ada gambar seorang budak lelaki duduk dan sebelahnya adalah patung bentuk Pinokio. Fesyen yang di pakai budak lelaki tu sama dengan patung di sebelah dia.

"Wow..." perlahan suara Puan Ummu.

Dia bersihkan kaca bingkai itu untuk nampak gambar itu dengan lebih jelas. Selepas itu, baru dia dapat melihat wajah sebenar dengan lebih jelas.

"Mak." Emilia panggil. Puan Ummu toleh memandang anaknya.

"Barang-barang ni nak buang ke?" soal Emilia nak tahu sama ada barang ni semua perlu dibuang atau tak.

"Ayah fikir macam nak buang. Tak tahulah kalau ada yang nak simpan. Tapi memang antik bila tengoknya." kata Encik Razak berat hati sebenarnya nak buang.

"Abang cuba tengok gambar ni. Rasanya ni gambar anak pemilik lama tapak tanah ni." Puan Ummu tunjukkan sesuatu pada suaminya. Encik Razak pun nak tengok sekali.

"Hensem budak ni. Agak-agak dia ni siapa ya?" Encik Razak soalkan.

Emilia terjumpa sebuah buku yang sudah berhabuk dan debu tebal. Dia tiup sambil melibas angin untuk buang debu berterbangan. Emilia bukanya. Rupanya gambar album lama.

"Tu apa?" soal Puan Ummu.

"Ini ha. Buku album lama rumah ni. Cuba tengok pokok dalam gambar ni sebiji dengan pokok ara depan sana." kata Emilia. Puan Ummu pun nak menumpang sekali.

"Kalau tengok rumah pun lain. Rumah lama yang dibina atas tanah ni lagi mewah. Ini semua gambar keluarga besar penghuni tanah asal." kata Puan Ummu. Emilia dengar saja emaknya cakap.

"Encik Shauqi pun ada cerita. Tapak asal rumah ni dulu bukan rumah yang sekarang. Rumah lama dulu memang mewah macam villa. Tak tahulah apa dah jadi punca rumah lama tu terbakar dan penghuni lama telah mati dibunuh secara misteri sebelum kejadian terbakar tu." kata Encik Razak menceritakan apa yang dia ingat pasal rumah lama.

Lampu siling tiba-tiba berkelip-kelip seketika. Mereka teruskan semula kerja-kerja pembersihan.

Afiq berada di dalam bilik sedang duduk sambil memakai headphone. Dia kuatkan suara pelakon animasi sambil melayan channel YouTube cerita kartun. Di atas katil tempat Afiq tidur ada bayang samar-samar bentuk manusia budak lelaki. Kepalanya kelihatan memakai topi berbentuk kon merah. Baju yang di pakai juga warna belang hitam putih. Dia bangun dan perlahan-lahan berjalan ke arah Afiq yang masih leka tonton kartun.

Semakin lama semakin dekat dan semakin dekat dengan Afiq. Bahu Afiq disentuh. Terus Afiq toleh kebelakang.

"Jom tolong kakak kemas barang.." Emilia suruh Afiq bantunya kemas.

"Alaa kak ni. Kacaulah orang nak layan kartun." Afiq mengeluh.

"Jangan nak mengada. Ikut kakak." Emilia cabut headphone dari Afiq. Dia tarik adiknya secara paksa untuk tolong dia sekarang.

Dua beradik itu keluar dari bilik tidur Afiq.

++++++++++++

Deana pejamkan matanya. Dia bermimpikan sesuatu yang pernah di lalui sebelum ini.

Di dalam mimpi Deana. Dia berdiri betul-betul di sebuah lorong masuk ke Kampung Kuning Seri Kembangan. Deana berjalan masuk menggunakan motosikalnya. Deana berjalan sambil mengecilkan mata untuk fokus. Walaupun lampu motosikal dia dah cukup terang. Risau juga takut terlanggar batu jalan.

Dia akhirnya tiba di sebuah kampung. Semua penduduk Kampung Seri Kuning Kembangan memandang ke arahnya. Mereka tak jadi Pocong. Hanya bentuk manusia seperti penduduk kampung sahaja.

"Hei, tak jadi Pocong lagi?" soal Deana. Bukan mencabar tapi pelik. Tak macam sebelum ni.

Deana teruskan tunggang motosikalnya masuk dengan lebih dalam lagi. Tiba-tiba, motosikalnya mati dengan sendiri. Deana mula panik dan risau.

"Eh?? Dah kenapa??" soal Deana sendirian. Dia cuba hidupkan motosikalnya tapi tak berjaya.

Deana terdengar bunyi suara seseorang budak sedang bercakap. Apa yang mengejutkan Deana. Dia nampak petunjuk paling mudah. Dia nampak sosok budak lelaki duduk membelakangi dia. Budak itu memakai topi bentuk kon merah. Baju yang di pakai juga ada belang hitam putih.

Deana nak tengok dengan lebih jelas. Ada patung Pinokio berada di pangku budak lelaki itu.

"Siapa tu??" soal Deana. Dia tertoleh ke sebelah kanan. Terkejut dia ada seorang perempuan penduduk kampung juga pandang benda yang sama.

"Kau ni. Nasib baik jadi orang. Kalau jadi Pocong aku dah pengsan kat sini!" Deana sempat bebel dekat perempuan tu.

Patung Pinokio itu tiba-tiba berpaling ke belakang perlahan-lahan. Deana sampai terkejut dan kakinya berundur sikit. Dan budak lelaki itu juga pusingkan kepala kebelakang memandang Deana. Matanya putih.

Deana terus terjaga dari tidur dan mimpi seram. Dia mengurut dada dan berzikir. Kenapa dia berada di Kampung Kuning Seri Kembangan? Dan kenapa ada patung Pinokio yang di pegang oleh budak lelaki? Adakah itu budak yang Ustazah Dahlia dan Kirana ceritakan sebelum ni?

Malam itu Kirana datang ke rumah Deana. Hanya hidangkan minuman panas saja. Deana menceritakan pada Kirana dia ada bermimpi yang pelik tadi tengah hari.

"Boleh pula kakak termimpikan Kampung Pocong tu. Kan kampung tu kita dah bebaskan roh-roh penduduk sana dari cengkaman Mantaha. Ini kakak mimpi lagi." Deana terangkan. Kirana hirup teh panas.

"Lepas dari tu. Kakak nampak patung Pinokio. Yang di pegang oleh seorang budak lelaki..." Kirana yang nak hirup untuk kali kedua terhenti. Matanya memandang Deana.

"Budak?? Helmi ke??" soal Kirana. Deana menggelengkan kepala. Dia tak tahu siapa sebenarnya.

"Sebab abah dan ibu dulu buru patung Pinokio sejak dari zaman Daniel dan Dilaila semasa kecil. Ayah mereka dibunuh oleh puaka yang berada dalam patung tu. Lepas ayah cerita dalang kematian uncle Luqman tu bukan dari Helmi. Perempuan tu di hasut oleh Zaiton untuk bunuh uncle Luqman sekeluarga." Kirana memberitahu. Terkejut Deana bila dapat tahu cerita sebenar kenapa.

"Pasal budak Helmi tu kenapa?? Kenapa Ustaz Zain dengan Ustazah Dahlia nak??" soal Deana masih mencari-cari clue.

"Sebabnya jiwa Helmi tu terlalu kejam sampai dia sebati dengan Iblis. Patung Pinokio itu isinya satu jiwa seorang budak lelaki yang penuh api kemarahan." kata Kirana.

"Dia marahkan siapa? Dan berdendam dengan siapa??" soal Deana nak tahu lebih lanjut.

"Katanya jiwa Helmi dendam dengan keturunan keluarganya sendiri." Kirana bongkarkan rahsia.

"Keturunan dari keluarga sendiri?? Apa sudah jadi dengan dia tu??" soal Deana terkejut ada juga yang berdendam dengan darah daging sendiri.

"Abah dengan ibu dah bagi lampu hijau dekat kakak dan saya. Kalau ada orang minta tolong pasal patung ni. Kita kena pergi. Kata ibu, kakak ada deria keenam boleh melihat masa silam. Macam ibu." kata Kirana meminta Deana bersiap sedia jika dipanggil oleh mangsa patung Pinokio. Deana dan Kirana saling memandang sesama mereka.

++++++++++

Puan Ummu dan Sarah masuk ke dalam bilik Afiq semasa Afiq keluar dengan Encik Razak ke rumah Datuk Sri Kamil. Kata Encik Razak abangnya tu ada perkara nak bincangkan. Sebenarnya nak bagi sikit duit perbelanjaan buat Emilia semasa belajar nanti.

Puan Ummu dan Sarah periksa almari lama terbiar ini.

"Betul ke Sarah kata dengar suara budak lelaki dalam ni?" soal Puan Ummu sambil bercekak pinggang.

"Betul. Dia macam nyanyi lepas tu cakap sorang-sorang." kata Sarah. Puan Ummu pandang anak perempuan bongsunya. Sambil melepaskan keluhan ringan.

"Dah lah jom." Puan Ummu mengajak Sarah keluar.

Baru nak melangkah pergi. Bunyi kunci mangga terbuka. Puan Ummu dan Sarah batalkan niat. Mereka berdua toleh kebelakang. Masa bila kunci mangga terbuka? Kata hati Puan Ummu. Berjalan dengan perlahan-lahan ke arah almari usang itu. Puan Ummu beranikan diri pegang pintu almari dan tariknya perlahan-lahan.

Mereka melihat dengan mata kepala sendiri ada patung PINOKIO di dalam tanpa ada manusia pun di sana. Puan Ummu dan Sarah memandang sesama mereka. Terus Puan Ummu tutup dan tarik anaknya keluar dari bilik Afiq.

Pintu almari yang ditutup tadi kini terbuka dengan sendiri. Bentuk badan agak kecil seperti budak berusia 10 tahun. Patungnya dibuat daripada plastik dan di cat warna supaya nampak di perbuat daripada kayu. Kepalanya di pakaikan topi bentuk kon warna merah. Hidungnya agak mancung. Kasutnya bewarna hitam dan stoking belang merah putih. Berseluar pendek warna biru gelap. Baju yang di pakai bewarna belang hitam putih dan ada reben pada bahagian kolar depan. Dia memakai sarung tangan putih. Di dalamnya adalah patung Pinokio sahaja.

BERSAMBUNG.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience