Kereta milik Hakim berhenti di hadapan perkarangan rumah mertuanya. Kereta milik Kirana berhenti di belakang kereta suaminya. Deana telah di hantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Begitu juga dengan Sarah.
Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia menanti di depan pintu rumah. Dari raut wajah Ustazah Dahlia nampak dia bahagia anaknya kembali dengan selamat.
Kirana matikan enjin. Dia toleh memandang anak patung Pinokio di sebelahnya. Dia masih terbayangkan arwah Helmi. Kirana turun dari kereta. Dia berjalan masuk ke dalam rumah sambil membawa anak patung Pinokio itu. Hakim mengikut dari belakang. Melihat isterinya diam tak bercakap apa.
"Ibu.." Kirana salam dan peluk ibunya.
Ustaz Zain ambil patung dari tangan anak perempuannya. Aiman dan Nazura muncul dari dalam rumah. Hakim masuk ke dalam rumah. Mukanya betul-betul penat dan letih. Aiman menyapa adik iparnya. Dan bantunya untuk ke bilik.
"Pergi mandi.." Ustazah Dahlia menyuruhnya mandi dahulu.
Ustaz Zain merantaikan Leonard yang berada dalam patung Pinokio itu. Ustazah Dahlia angkat patung itu dan meletakkan di atas meja. Dia pun duduk di sofa. Sengaja dia biarkan patung itu menghadapnya.
"Sayang?" Ustaz Zain panggil isterinya. Ustazah Dahlia memandang suaminya.
"Kita letak dekat dalam satu kotak bingkai kaca lain. Letakkan bersebelahan Zaiton." kata Ustaz Zain.
"Yelah bang. Saya ikut saja." kata Ustazah Dahlia. Suaminya tersenyum.
Pintu bilik artifak yang berada di bawah tanah dibuka oleh Ustazah Dahlia. Aiman bawa kotak bingkai kaca dan meletakkan betul-betul di sebelah Zaiton punya. Kirana masih pegang patung puaka itu. Ustaz Zain bukakan pintu bingkai. Kirana memasukkan ke dalam. Dan dia undur lalu berdiri bersebelahan kakak iparnya, Nazura.
Ustaz Zain kuncikan pintu bingkai itu. Ustazah Dahlia memandang keliling bilik artifak. Tiada apa-apa yang berlaku. Dah takde benda yang di kawal oleh puaka sebenar itu.
Aiman melaungkan azan di depan kotak bingkai kaca. Ustazah Dahlia melihat Zaiton menutup telinga dan tubuhnya berasap penuh. Ustaz Zain tengok barang-barang mistik dalam bilik ni semua tak bergerak. Hakim juga memantau keadaan di bilik artifak.
Selesai Aiman melaungkan azan. Ustaz Zain bacakan doa. Yang lain aminkan bacaan doa. Pandangan Ustazah Dahlia terpaku ke arah patung Pinokio itu. Dia melihat Leonard sudah lemah dan tidak berdaya selepas dirinya terikat mati.
+++++++++++
HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR
Sarah di tempatkan di wad kanak-kanak. Puan Ummu menjaga anaknya sepanjang malam bermula hari ini. Deana baring di katil dengan tenang. Dia sudah maklumkan pada keluarganya bahawa dia di hospital sekarang.
Deana pejamkan mata untuk berehat. Dia sempat toleh arah katil pesakit di sebelah kanan. Seorang wanita sedang tidur lena. Deana biarkan dan dia pun pejamkan mata.
Deana bermimpi. Dia berdiri di sebuah kawasan yang kelilingnya penuh dengan hutan-hutan tebal. Deana melihat suasana di depan dia adalah sebuah perkampungan terbiar. Dia mendongak kepala untuk baca papan tanda.
"Selamat Datang Ke Kampung Gunung Jelutong."
Deana agak terperanjat bila dia berdiri di depan pintu gerbang untuk masuk ke dalam Kampung Gunung Jelutong.
"Kampung ini pernah wujud sekitar tahun 1850. Ada satu petaka besar yang melanda sehingga membunuh, musnahkan dan hancurkan kampung ini. Ramai manusia dari penduduk kampung menjadi korban kepada satu bangsa Jin bernama Khanzab." pakcik tua menegur Deana menyebabkan wanita itu terperanjat.
"Khanzab? Salah satu nama ketua Jin yang pernah wujud semasa zaman Nabi Adam a.s?" soal Deana. Pakcik tua berjanggut panjang itu mengangguk.
"Mereka telah jadikan penduduk ini kepada satu makhluk yang berupa sesuatu paling di takutkan oleh seluruh manusia." kata pakcik tua itu. Kepalanya di tolehkan ke arah kampung itu.
Deana pun berpaling memandang kampung itu semula. Terkejut dia apabila di hadapan dia sekarang adalah sekumpulan Pocong. Deana kini menggigil tubuhnya. Dia sudahlah bersendirian sekarang. Situasi kali ini sama seperti yang di alami oleh penduduk kampung Seri Kuning Kembangan dulu.
"Pakcik..." Deana toleh untuk melihat pakcik tua tadi. Tapi dia menjerit bila pakcik tua tadi menjelma kepada rupa Pocong yang hodoh dan menakutkan.
Deana terus terbangun dari mimpi. Kirana dan Dilaila terkejut dengan tiba-tiba. Kirana terus bangun dan pegang tubuh kakak angkatnya.
"Kenapa ni kak?" soal Kirana. Deana tidak menjawab. Terasa jantung bergoncang sangat laju.
Dilaila hulurkan segelas air minuman dan beri kepada Deana. Kirana membantu Deana untuk minum.
"Kenapa ni?" soal Dilaila. Dia nak tahu mimpi apa yang kak Deana dapat sampai dia terjaga dari tidur dalam keadaan mengejut.
Kirana dan Dilaila sapu dan gosokkan badan belakang Deana. Nak kembalikan semangatnya macam dulu.
++++++++++++
Beberapa hari kemudian. Rumah Ustaz Zain penuh dengan tetamu. Siapa lagi kalau bukan keluarga Ustaz Hanafi. Kirana ada sampaikan berita panas kepada ahli keluarganya. Dan perkara itu juga di sampaikan pada keluarga Ustaz Hanafi.
Anak buah Ustaz Zain juga ada. Siapa tak kenal Amir dan Syasya? Mereka kini dilamun cinta dan sudah bertunang.
Deana datang membawa Ain dan Wafiy sekali. Keadaan Deana pun dah bertambah pulih. Nazura dan Kirana menyediakan air minuman untuk tetamu-tetamu yang datang.
"Syasya, tolong ustazah boleh?" Ustazah Dahlia nak minta bantuan Syasya.
"Apa dia, Ustazah?" soal Syasya.
"Tolong layankan budak-budak ni. Bawa mereka ke taman." suruhnya. Syasya akur dan bangun dari tempat duduknya.
"Ain, tolong kak Syasya bawa adik-adik lain keluar." Deana arahkan anak perempuan sulungnya tu bantu Syasya bawa yang lain ke taman permainan.
"Masih ada lagi rupanya ritual-ritual ni." Amin memulakan perbualan.
"Apa yang saya nampak dalam mimpi. Ada seorang pakcik tua cakap kampung Gunung Jelutong telah di serang oleh kumpulan pemujaan syaitan. Dan mereka di ketuai oleh satu lagi syaitan dinamakan Khanzab." kata Deana. Ustaz Zain melepaskan keluhan berat.
"Saya ingatkan Lucifer. Baru itu hari cabar Zaiton suruh bawa saya jumpa Lucifer tu." kata Amin yang tak sabar nak lenyapkan Lucifer.
"Kamu ingat senang ke Amin?? Ayah sendiri pernah nampak benda tu masa kecil. Dia tubuh macam manusia. Cuma dia pakai jubah hitam. Tapi, kepala dia betul-betul macam kambing gurun. Janggutnya jangan cakap memang panjang. Dia nampak macam lemah pada pandangan luar. Tapi dia tu paling bahaya." kata Ustaz Hanafi nasihatkan menantunya jangan terlampau tunjuk berani.
"Betul tu." Ayunie menyokong suaminya.
"Saya setuju dengan ustaz. Memang Lucifer tu jangan pandang rendah. Kau boleh mati, Amin." Deana nasihatkan si Amin.
Dilaila yang mula nampak risau sekarang. Berharap suaminya jangan terlalu mendabik dada. Karang lain jadinya.
"Sekarang ni giliran Khanzab pula. Dulu Karmila. Dan seterusnya Nawra. Akhirnya sekali Deana sendiri dapat petunjuk awal melalui sebuah mimpi." Ustaz Zain bersuara menyatukan rantaian cerita.
"Tak ubah situasi dia seperti Kampung Seri Kuning Kembangan." kata Deana. Yang lain mengangguk faham.
"Kali ni abah dan mak tak payah masuk campur dulu. Uncle dan auntie pun jangan. Biar kami anak-anak pergi sendiri dan selesaikan masalah." kata Kirana sebulat suara.
Masing-masing bersetuju. Ustazah Dahlia memandang suaminya. Nampak airmuka Ustaz Zain pasrah sekarang. Berharap tiada perkara buruk akan berlaku seperti dulu.
++++++++++++
Sekitar jam 2 pagi. Jalan kampung mula sunyi. Kelihatan sebuah kereta melalui kawasan jalan kampung yang kelilingnya hanya pokok-pokok dan hutan tebal sahaja. Tiada langsung kenderaan lain selain kereta mereka.
Si isteri itu berpeluk tubuh. Dia sebenarnya tak suka dengan jalan ini. Si suaminya malas nak bertekak. Dia memandang cermin pandang belakang. Dua anaknya sedang tidur. Anak-anaknya pun masih kecil lagi.
"Awak tahu tak. Jalan ni paling orang tak suka lalu." si isteri mula buka topik nak cari gaduh.
"Dah lah. Lagipun ni je jalan paling dekat nak ke kampung awak." si suami tetap dengan pendirian.
"Awak tahu tak kenapa orang takut nak lalu sini walaupun kampung saya tu dekat dengan bandar Selangor?" soal si isteri. Dia memandang suaminya.
"Dah kenapa??" soal si suami masih tak tahu.
"Sebab dekat sini kita akan bertembung dengan satu simpang tiga. Bila masuk simpang tu akan terus ke satu kawasan di mana terdapat perkampung terbiar di sebuah kaki bukit." kata si isteri teringat orang cerita pasal kampung tu.
"Kampung terbiar je pun. Lagipun awak kata kampung tu dekat tepi kaki gunung. Jadi, takde apalah kan?" soal si suami main-main dengan apa yang isterinya sampaikan.
Baru si isteri nak bersuara. Dia ternampak ada sekumpulan lelaki berbaju melayu dan berkain pelikat. Mereka mengayuh basikal tua. Mereka membelakangi kereta suami isteri itu.
"Malam-malam macam ni pun ada yang berbasikal.." si suami tiba-tiba laser. Si isteri pukulnya.
Si isteri mula terkedu. Dia tengok pakcik-pakcik yang tunggang basikal main seberang tanpa toleh kebelakang menyebabkan si suami perlahankan kereta secara mendadak.
"Bodoh!" si suami mula baran.
Dia turunkan tingkap kereta.
"Woi bodoh.! Lain kali bawak basikal tua tu hati-hati. Pandang belakang bodoh!" si suami mencarut dan maki hamun. Si isteri tadi terdiam dan dia nampak mereka kini sudah berada di kawasan simpang tiga.
Si suami naikkan tingkap kereta semula. Dia tengok melalui cermin sisi. Pakcik-pakcik tadi berhentikan basikalnya. Si suami menggelengkan kepala. Si isteri masih terdiam.
"Awak ni kenapa??" soal si suami.
"Itu lah simpang tiga. Kalau awak ke kanan. Awak akan berjumpa dengan kampung terbiar yang terkubur itu. Pakcik-pakcik tadi tu semua nak ke kanan dekat simpang tiga tadi." kata si isteri. Si suami mula terdiam. Jadi, dengan siapa dia maki hamun tadi?
Lima orang pakcik tadi memandang kereta itu. Muka mereka pucat seperti mayat. Wajah mereka murung sahaja. Perlahan-lahan mereka berlima menghilang bersama basikal tua.
-TAMAT-
Share this novel