8

Romance Series 13675

"Fa, kau cuti ke apa harini?" soal Eilya sambil dia capai kunci kereta di tepi pintu. Dari lepas subuh tadi aku tersandar aje di sofa ini. Rasa tak larat betul sedangkan semalam bukannya pertama kali aku duduk dalam kereta berjam-jam dan kerja keesokannya. Ke badan aku ni yang mengada-ngada? Ish

"Aku tak larat lah.. nak tidur tapi tak boleh. Tahun ni aku tak pernah ambil cuti lagi so aku nak cuti lah harini" jawabku. Lemah betul aku ni. Cuti setahun 8 hari aje dan aku selalunya hujung tahun baru guna semua cuti yang ada.

"Lahh takpe lah macam tu. Kau rehat lah eh? Aku pergi dulu lah. Bye Arfaa" pamit Eilya. Dia pun terus mengunci pintu dari luar. Aku cuba lah pejam mata lama-lama dengan harapan boleh tidur tapi tak tahu lah susah betul. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Malas nak tengok tapi dah mata ni tak mahu tidur jadi aku tengok lah juga.

"Assalamualaikum Arfa. Kita jumpa kat office awak boleh ke? Saya nak selipar saya balik" - unknown

Aduhai, baca pun aku boleh tahu ni siapa. Aku mana ada pinjam selipar sesiapa pun selain Absyar. Adeh malas oh malas. Nasib baik lah aku tak pergi office hari ni. Takpe lah, save dulu nombor dia. Senang nak tahu siapa yang mesej.

"Wassalam. Alamak, hari lain boleh tak? Harini saya busy" - send.

Banyak lah busy kau Arfa. Busy sangat tengok tv ni dari pagi tadi. Aku yang tengok tv ke tv yang tengok aku tak tahu lah tapi yang pastinya aku malassss nak jumpa Absyar ni. Malu lah sejak dia belanja aku jagung semalam.

"Kalau boleh harini" - Absyar Selipar

Aduh lah dia ni, hari ni juga lah dia nak selipar dia. Tapi itu lah silap aku juga pinjam lama-lama. Patutnya aku kaki ayam aje pun takpe lah haritu.

"Yelah. What time n where?" - send.

"Saya datang office. Lagi sejam?" - Absyar Selipar

Eh laju betul dia reply. Mungkin hari ni tak ada job kot tu yang laju je. Yelah photographer kan bukan hari-hari ada job ya tak?

"Kalau boleh selain office. Saya tak masuk office harini" - send.

"Tak sihat ke?" - Absyar Selipar

Alahai sibuk lahhh ish. Aku tak suka kalau orang terlalu ambil berat dengan aku. Rasa macam.... Malu kot?

"Jumpa next time boleh tak? Rasa macam tak sempat harini" - send.

Aduh aku lupa pula yang aku tak ada transport. Jenuh la nak bayar Grab atau teksi kalau dia nak jumpa kat mana-mana yang jauh. Tapi takkan lah aku nak ajak dia datang rumah pula? Eee tak mahu lah seram.

"Kalau boleh harini. Esok sampai weekend sy tak available" - Absyar Selipar

Kenapa lah dia tak available? Alasan apa pula aku nak kasi kali ni? Semata-mata aje selipar dia ni. Penting sangat ke? Rupa pun macam selipar lama je.

"Awak beli selipar lain dulu tak boleh ke? Saya bayar. Saya rasa mmg tak boleh nak pulangkan harini" - send.

"Haih, saya ok je pasal selipar tu. Saya nak jumpa awak je nak cakap something" - Absyar Selipar

Dup dap dup dap! Terus laju jantung aku berdegup mengalahkan F1! Aish nervous pula tiba-tiba bila baca sesuatu yang macam ni. Ingatkan penting sangat selipar dia tu rupanya dia buat alasan aje nak jumpa aku. Allahu malu sungguh la rasa!

"Cakap dalam ni je tak boleh?" - send.

"Tak boleh. Saya dah bagitau Adwa nak jumpa awak. Dia kata ok" - Absyar Selipar

Aishhh si Adwa ni pun kenapa dia bagi je?????? Haih yelah lupa pula dia memang suka kenankan aku dengan Absyar.

"Haih yelah. Kalau jumpa kat Pak Hailam Kopitiam area rumah saya boleh tak?" - send.

"Ok. Lagi 30min saya sampai" - Absyar Selipar.

Haih aku pun dengan berat hatinya naik ke atas menukar baju. Masa-masa macam ni memang malas lah nak pakai cantik-cantik. Tapi malu pula kalau dia nampak aku selekeh. Aku pun pakai aje t-shirt berjenama Cheetah yang aku beli beberapa bulan lepas. Iron less sangat bajunya. Tak payah iron.

Seluar pun pakai palazzo yang tak kedut dan aku mengenakan shawl cotton yang memang tak perlu iron kalau nak pakai. Semudah ABC gitu.
Bila aku buka pintu rumah aje terus pemandu Grab Car tiba. Bagus betul begini.

Sampai aje di Pak Hailam Kopitiam, aku terus masuk dan duduk di tepi dinding. Tak nampak pula kelibat Absyar, mungkin aku awal sikit jadi aku tunggu aje. Tunggu punya tunggu dah 15 minit. Tak sampai-sampai pula si Absyar ni. Aku ni pantang juga lah kalau kena tunggu orang lama-lama.

"Kat mana? Dah 0.5jam saya tunggu" - send.

"Assalamualaikum"

Tiba-tiba aje ada orang menyapa aku dengan salam dan berdiri di tepi meja. Terus aku toleh kearah pemilik suara. Lah Absyar rupanya. Baru berapa saat aku WhatsApp tahu-tahu aje dah sampai.

"Awak baru sampai ke? Dah setengah jam jugak la saya tunggu" aku mulakan bicara dengan kepalsuan. Ya ya lah kau sampai setengah jam padahal belas-belas minit aje. Terus Absyar duduk di kerusi hadapanku.

"Saya minta maaf ya, tak expect pulak awak dah sampai padahal 10 minit lepas saya WhatsApp awak tu saya sampai sini dah. Yelah saya selalu nampak awak comel-comel pakai tudung ikan tu, harini awak pakai tudung lain. Maybe sebab tu la saya tak cam awak, saya duduk kat situ je" jelas Absyar. Dia tunjuk sekali tempat duduk dia tadi. Terus aku tergelak mendengar responnya.

"Tudung ikan? Tudung bawal ke?" soalku. Absyar tersengih sendiri. Buat lawak pula lah dia ni. Terus dia tarik kerusi di hadapanku dan duduk. Tiba-tiba jantung aku ni mula lah nak buat hal. Dah nak berlumba pam darah agaknya.

"Awak lapar tak? Nak order makan?" soal Absyar. Aku geleng kepala aje. Lapar tu memang lapar. Aku tak makan apa lagi sejak pagi tadi tapi hati rasa tak keruan pula. Rasa berdebar nak dengar apa yang dia nak cakap.

"Awak nak jumpa saya ada apa sebenarnya? Tu je saya nak tahu. Kalau boleh straight to the point terus. Saya tak suka orang cakap corner corner" jelas aku. Senang faham dan dapat pointnya kalau dia berterus-terang. Kang dia bagi perumpamaan ke bila aku tak dapat fikir maksud tersiratnya mula lah aku nak melenting nanti ish

"Hm... Saya sebenarnya... Saya..."

Lah tergagap-gagap pula si Absyar ni. Sepik nanti baru tahu.

"Ya awak kenapa?"

"Saya sebenarnya.. em, saya kalau boleh nak ada hubungan lagi serious dengan awak" balas Absyar. Terdiam seribu bahasa terus aku.

Hi semua, maaf ya lambat updatenya busy sikit lately ni :') harap semua enjoy baca ya :D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience