"Arfa sayang, start kerja hari apa?" soal Absyar. Aku berfikir sejenak. Aku hanya ambil cuti dua hari aje maksudnya lusa dah kena balik rumah sebab Rabu dah kerja. Haih malas pula bila fikir soal kerja ni.
"Hari Rabu, kenapa?" soalku. Absyar terus aje memuncungkan bibirnya. Suka betul dia buat duck face macam tu.
"Kenapa sekejap sangat cuti? Kalau tak boleh pergi honeymoon dulu sebelum awak start kerja" kata Absyar. Terus dia peluk tubuh aku dari tepi. Dagunya mendarat atas bahu kanan aku. Aku memang kaku aje lah setiap kali dipeluk begini.
"Nak pergi mana? Ada dua hari je lagi. Kalau jalan dekat-dekat sini je okay la kot" balasku. Absyar terus diam, mungkin dia sedang berfikir ke mana nak perginya agaknya.
"Ha! Kita pergi Cameron jom? Kita gerak tengahari ni lepas tu Selasa pagi kita balik la rumah. Okay kan?" soal Absyar. Terkejut aku dibuatnya. Laju betul dia dapat idea. Aku kalau bab-bab macam ni memang aku ikutkan aje lah. Malas nak membantah.
"Okay, saya ikut je" jawab aku tenang. Yelah kalau bantah nanti takut jadi isteri derhaka pulak kan?
"Awak, kenapa eh? Kalau saya bagi idea ke ajak pergi mana-mana ke mesti awak on je okay je tak ada nak kata malas nak ikut or penat ke apa ke" soal Absyar musykil. Tangan kanan aku dipegangnya.
"Yelah, saya kan isteri awak sekarang? Saya kena la ikut cakap awak. Awak nak pergi mana-mana pun saya okay la saya ikut je" jawabku selamber. Berkerut wajahnya memandangku.
"Sayang, memang la awak isteri saya sekarang tapi itu tak bermaksud awak kena ikut je semua cakap saya. I mean betul la kan isteri kena ikut cakap suami selagi tak langgar syariat tapi awak pun boleh ada pendapat sendiri okay? Kalau awak tak suka ke penat ke awak bagitau je saya okay sayang? Saya tak marah pun. Saya pelik betul dari haritu lagi kalau saya cakap apa semua awak ikut je tak ada nak bagi pendapat awak or cakap apa yang awak rasa" jelas Absyar. Kelakar pula aku rasa. Aku angguk-angguk aje tanda faham.
Bukan ke lelaki suka dapat isteri yang patuh je tak ada bantah apa-apa dan tak melawan? Aku ni kalau ikutkan ego tinggi juga tapi bila dengan Absyar kadang-kala rasa macam tak ada ego. Mungkin sebab aku reda jadi isterinya jadi hati pun tenang aje tak ada rasa tak puas hati.
"So... pukul berapa kita nak pergi Cameron ni?" soalku. Terus Absyar tegak duduk disisiku. Semangat betul dia bila aku tanya pukul berapa.
"Sekarang kemas-kemas jom? Lepas tu terus gerak" jawab Absyar. Aduh terlebih semangat lah pula. Awal betul dia nak gerak. Nasib baik tak banyak barang yang aku nak bawa ke rumah Absyar.
Aku pun mula mengemas baju-baju yang aku nak bawa. Tak ada lah banyak sangat barang yang nak dibawa ni. Absyar pun kemas barangnya sendiri, tak harapkan aku untuk kemas. Bagus dia ni.
Selesai mengemas, aku angkat barang-barang yang nak dibawa balik ni ke bawah. Mujur mama dengan abah tak kata apa-apa dengan keputusan last minute Absyar ni.
"Ha Afa duduk sana jangan nak degil-degil pulak. Dengar cakap Absyar tu. Absyar, kalau Arfa tak dengar cakap, report je kat mama" pesan mama. Aduh malunya aku. Tergelak Absyar mendengar mama pesan begitu. Nampak sangat aku ni degil orangnya.
Sepanjang perjalanan ke Cameron Highland, aku hanya lihat ke luar tingkap aje. Peningnya kepala aku. Mungkin sebab jalan yang bersimpang-siur ni agaknya.
"Awak, diam je dari tadi okay tak tu?" soal Absyar. Aku mula bersandar ke kerusi dan hanya pandang ke depan aje. Absyar beberapa kali menoleh kearahku. Tiba aje di hotel, aku terus keluar dan cari longkang untuk muntah. Mabuk agaknya aku ni.
Absyar terus datang kearahku. Dia mengusap belakang badan aku perlahan-lahan.
"Ya Allah patut la diam je dalam kereta tadi. Kenapa tak bagitau nak muntah ke pening ke hm sayang ni..." omel Absyar. Aku diam aje dan lihat ke dalam longkang. Rasa nak pengsan pun ada haih.
"Jom saya hantar masuk bilik dulu lepas tu baru saya angkat barang" kata Absyar sambil tanganku dipimpinnya.
Aku duduk dulu di tempat menunggu sambil Absyar check-in ke di kaunter. Masuk aje ke dalam bilik, aku tak fikir apa dan terus baring di atas katil tanpa aku tukar baju dulu.
...
Celik aje mata terus kelihatan Absyar sedang tidur mengiring ke arahku. Kalini aku tak tidur dalam pelukannya. Rasa aneh pula bila bangun aje tak peluk dia. Kalau tak tangan aku jugak yang menggatal nak peluk Absyar.
Aku bangun duduk, kepala masih terasa sakit. Tak lama kemudian Absyar juga bangun, mungkin terjaga disebabkan aku.
"Awak dah rasa okay dah ke?" soal Absyar sebaik sahaja dia bangun tidur. Rambutnya kusut. Tak sampai hati pula aku tengok dia, yelah penat memandu kan.
"Pening lagi" jawabku ringkas. Berkerut-kerut kening aku sambil aku picit dahi. Absyar terus aje menarik tangan aku dengan lembut.
"Sini meh, saya urutkan. Urut sendiri selalunya tak rasa sangat." kata Absyar. Perlahan-lahan dia tarik tubuhku untuk baring dan kepalaku di atas ribanya. Aku pun tak menolak pula. Dah tak boleh nak fikir apa.
"Saya mintak maaf eh? Sebab tak bawak kereta elok-elok tadi. Kalau tak mesti awak tak pening kepala muntah-muntah macam" kata Absyar. Alahai sedih pula dia. Aku tak ada lah nak salahkan Absyar, mungkin salah aku juga sebab asyik pandang luar tingkap masa jalan tengah berliku-liku.
"Takpe la, bukan salah awak. Maybe saya tak cukup makan tadi kot, lepas tu asyik tengok jalan je tu yang pening tu" balasku perlahan. Sedap pula dia urut kepala aku ni rasa nak terlelap lagi.
"Eh jangan tidur lagii, awak kena makan dulu lepas tu makan ubat. Nanti kalau tidur lagi lepas bangun mesti lagi rasa tak okay" kata Absyar. Aku pun terus bangun duduk. Bila dia sebut pasal makan baru la aku terasa lapar. Tanpa sedar terus aku pegang tangannya.
"Jom pergi makan"
"Jomm hehehe" balas Absyar. Tiba-tiba aje aku tersenyum melihat wajah excited Absyar. Seronok betul dia nak pergi makan. Selalunya perempuan yang macam ni.
Sedang aku bangun dari katil, aku baru tersedar, aku sedang pakai jersey Nike yang agak besar. Tak ingat pula aku ada baju macam ni. Tapi... tadi pun aku memang pakai baju lain.
"Baju saya..." monolog aku sendiri. Absyar yang sedang berjalan nak masuk ke tandas juga terhenti langkahnya.
"Ohh tu tadi masa awak dah tidur saya tukarkan la baju awak sebab dah kena muntah. Saya terlupa nak ambil beg awak so saya bagi la baju saya.Takkan saya nak biar awak tidur dengan baju kena muntah kan?" jelas Absyar. Dia pun terus aje masuk ke dalam tandas. Allahu malunya aku!
Aku duduk dan tunggu aje di hujung katil. Nak tak nak kena minta tolong Absyar juga untuk ambilkan beg pakaian aku. Tudung aku pun dah terkena muntah tadi, tak mahu la aku pakai lagi.
Share this novel