"Sebulan?!" soalku terkejut. Ya memang aku terkejut, tak percaya, dan susah nak terima.
"Ya Allah budak ni, dia jerit pulak. Ya Afa sebulan je, kakak Absyar kata nak buat majlis kecil je sebelah diorang. Tapi in case kalau procedure nak nikah tu ada yang tak settle lagi kita tunda lah" jelas umi. Garu kepala aku mendengarnya. Bukan ke lama nak settlekan semua procedure nak nikah?
"Mana sempat sebulan umi. At least 3 bulan lah kot. Nak isi-isi borang tu lagi" balasku nak membantah sebenarnya. Sekejap betul kalau sebulan je. Aku masih belum habis menikmati zaman bujang aku tahu?
"Takpelah.. kot-kot boleh settle awal ke kan.. kalau betul jodoh mesti Allah permudahkan" kata abah pula. Aduhai. Lemah lah jiwa aku macam ni. Tak ada siapa pun nak tanya apa perasaan aku sekarang ni tau hm.
Seminggu.... bertukar menjadi sebulan. Siapa sangka, dalam masa sebulan selesai juga segala borang dan ujian yang perlu aku ambil. Kursus kahwin aku dah ambil masa belajar dulu jadi sekarang tak ada masalah. Absyar juga dah ambil sebelum ni. Yang jadi masalahnya sekarang.... Bersediakah aku?
"Arfa, menung apa lagi tu? Cepat lah turun, tok kadi apa semua dah sampai kat bawah" kata Eilya yang menjadi assistant aku hari ni. Ya Allah berdebarnya jantung aku. Ajak berlumba sungguh! Satu persatu anak tangga aku melangkah. Makin kebawah, makin ramai orang yang aku lihat.
Buat pertama kalinya aku melihat Absyar lengkap berbaju Melayu beserta songkok. Tiba-tiba dia menoleh kearahku, satu senyuman terukir di wajahnya. Ya Allah kenapa hensem pulak dia hari ni?! Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah kain yang hampir aku terpijak ini.
Tak ada satu saat pun jantung aku tak berdebar. Sepanjang masa laju betul dia berdegup nak berlumba. Sekali lafaz aje aku dah bergelar isteri kepada kawan abang aku sendiri. Dia juga lah lelaki pertama yang pinjamkan selipar mahal untuk aku selain abang aku.
Absyar duduk di hadapanku. Sebentuk cincin dalam kotak baldu diambilnya. Secara automatik juga aku menghulurkan tangan tanpa dia minta. Eh kenapa aku ni harini? Absyar senyum memandang aku yang hulurkan tangan ni. Ya Allah malunyaa! Seram sejuk aku bila tangan aku disentuhnya. Bukannya pertama kali lelaki pegang tangan aku, Adwa pun selalu je pegang tangan aku bila nak melintas jalan tapi kali ni lain rasanya!
"Awak demam ke?" soal Absyar, terus dia letak belakang tangannya di pipiku. Terkebil-kebil mata aku memandangnya. Membahang muka aku. Ya Allah kejutan apa lagi niii?! Dah lah tumpuan semua ke arah aku dan dia. Dengan camera man lagi, Adwa, Azfa, adik beradik Absyar juga semua ada!
Aku sarungkan pula cincin di jarinya. Kali ni nak kena salam pula. Ya Allah berdebarnya aku nak kena pegang tangan dia. Aku gigihkan juga diri untuk bersalam, sekejap aje aku salamnya tapi Adwa suruh lama-lama pula sebab nak ambil gambar, ish!
Aku fikir dah selesai lah segalanya lepas aku bersalam. Aku terus nak menoleh badan ke arah lain.
"Eh Arfa, dia kena cium dahi kau lah! Kau nak pergi mana pulak nii" bisik Eilya. Ya Allah aku lupa pula nak kena cium dahi ni. Eeee malunyaa! Dengan terpaksanya aku relakan juga dahi aku diciumnya, lama pulak tu! Eee malu lah.
Selesai ambil gambar lepas nikah, masuk pula ke sesi makan-makan. Nasib baik buat majlis kecil aje. Kawan aku pun tak ramai, ada lah empat ke lima orang aje, itu pun tak rapat sangat seperti aku dan Eilya. Kebanyakan tetamu hari ni kawan-kawan Absyar aje.
"Kejap je dah kahwin dah kawan aku" kata Eilya. Tetamu semakin kurang, tinggal beberapa orang aje kawan Absyar yang nak tolong mengemas. Aku duduk di tepi meja bersama Eilya. Penat lah juga walaupun buat majlis makan kecil-kecil aje.
"Itulah, aku bukan nak pun. Tapi tulah orang kata dah sampai seru, dia datang jugak even tak rela" balasku. Terus laju lengan aku ditampar Eilya. Terkejut aku memandangnya.
"Tak baik lah cakap macam tu. Macam kau tak nak terima qada' dan qadar tahu? Ha lepas ni jangan nak buat perangai tak semenggah kau tu ya dengan laki kau. Dengan aku boleh la kau buat macam tu, ish." omel Eilya pula. Apa pula yang tak semenggahnya aku buat?
"Mana ada.."
"Eya, nak cakap sikit boleh?" soal Adwa kepada Eilya. Wah wah wahh dah siap ada nama manja lagi jadi Eya bukan Eilya. Aku yang dah bertahun kawan dengan dia pun panggil Eilya lagi tahu? Dah lah main mencelah aje aku tengah cakap.
"Ish Awa ni tak baik lah menyampuk orang tua tengah bersembang" omel aku kepada Adwa. Berkerut dahinya memandang aku.
"Ha siapa yang tua sekarang?" soal Adwa. Aku sengih sumbing aje memandangnya. Tiba-tiba juga Absyar datang kearah aku dan Eilya. Terus Adwa dan Eilya pergi ke tempat lain. Aduh jangan lah tinggalkan aku kat sini!
"Awak dah solat belum?" soal Absyar. Lah make up pun belum tanggal lagi dari muka, dan dari tadi juga aku duduk kat luar tak masuk dalam lagi, dia tanya pulak.
"Belum" jawabku ringkas. Tiba-tiba Absyar ukirkan satu senyuman. Malu aku dibuatnya tiba-tiba aje dia senyum. Songkok dan sampin masih dipakai elok. Masih segak lah kiranya dari masa nikah tadi lagi.
"Solat jom? Sekarang saya dah boleh jadi imam awak" kata Absyar lagi. Aduh terus membahang muka aku! Aku angguk aje tanda setuju nak solat. Tak mampu nak kata apa-apa. Tiba-tiba dia hulurkan tangannya kepadaku. Aku pelik lah, aku pandang wajahnya dengan wajah yang musykil.
"Jom solat sekali lah" kata Absyar. Aduh dia nak suruh aku pegang tangan dia ke? Eeee malu lah dah la ada keluarga aku ramai kat sini.
"Arfa, jom? Tiga kali dah ni saya ajak. Saya tak tahu bilik awak yang mana satu" kata Absyar. Aku pun terus bangun dah jalan. Tangannya tak kusambut. Aduh rasa berdosa sebenarnya tapi aku malu!
Absyar mengikut langkahku dari belakang hingga naik ke tangga. Aduh nak biar dia jalan di belakang masa naik tangga pun buat aku rasa risau! Yelah malu lah kalau dia pandang punggung aku!
Masuk aje ke dalam bilikku, aku macam biasa terus aje pergi ke cermin nak buka tudung. Setelah satu jarum peniti aku tarik, aku tersedar sesuatu. Aku pandang ke cermin dan Absyar sedang memerhatikan aje apa yang aku lakukan dari belakang. Terus terbantut nak buka tudung. Tersenyum Absyar melihat aku.
"Apa senyum-senyum?" soalku tak puas hati. Aku memandangnya dari dalam cermin aje.
"Takde lah, saje je. Senyum kan sedekah?" kata Absyar. Eee loyar buruk pulak dia. Aku jeling sekali kepadanya. Dia gelak lagi. Aku teruskan aje keluarkan jarum peniti yang ada. Ya Allah banyak betul si Eilya letak jarum peniti kat tudung aku. Bila aku menarik shawl yang aku pakai ini dari belakang, tersangkut pula boleh tarik. Mungkin ada jarum yang tertinggal.
"Meh saya tolong" pelawa Absyar. Terus dia datang kearahku. Aduh mula lah jantung aku ni nak meletup rasa bila dia berdiri dekat-dekat macam ni. Perlahan-lahan tudungku dibukanya. Muka ketat aje aku pandang ke bawah. Ya Allah debarannya bukan kaleng-kaleng gitu!
"Cantiknya isteri saya" kata Absyar sambil dia senyum memandangku. Ya Allah rasa nak benam aje muka aku di mana-mana yang boleh.
"Saya memang cantik dari lahir lah" balasku nak menutup sedikit rasa malu. Terus mengekek dia ketawakan aku.
"Apa? Betul lah saya memang cantik dari lahir. Sebab tu awak suka saya kan?" soalku pula. Terus dia berhenti ketawa.
"Arfa, ya saya akui lah kecantikan awak pun buat saya terpikat. Tapi asalnya saya terpikat sebab lain. Bila dah lama-lama tu baru saya sedar yang awak ni cantik sebenarnya" jawab Absyar. Aku terdiam lagi. Tak tahu nak balas apa. Terus aku pergi ke bilik air.
"Eh nak pergi mana?" soal Absyar. Aku toleh kebelakang sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Nak buang air. Kenapa? Nak ikut?" soalku dengan nada memerli.
"Nakk" jawab Absyar. Eh eh dia ni. Terus aku tutup pintu bilik air.
Selesai solat jemaah dengan Absyar yang kini dah jadi imam buatku, aku mencium tangannya. Kemudian dia tak mahu lepas pula tangan aku.
"Kenapa? Kan saya dah salam tadi?" soalku. Absyar hanya mengukir senyuman memandangku. Tanganku masih belum dilepasnya.
"Terima kasih sebab terima saya jadi suami awak. Even haritu awak macam terkejut and tak rela nak tunang dengan saya tapi awak proceed jugak. Sekejap je awak dah jadi isteri saya" kata Absyar. Tiba-tiba aku tersenyum mendengar kata-katanya. Aduh nak pura-pura tak senyum pun dah tak boleh!
Share this novel