Selesai aje membeli teh untuk dibawa balik, aku dan Absyar pun terus bergerak ke kereta. Absyar mendahului langkah dan aku hanya ikut aje dari belakang. Kali ni dia tak pimpin tangan aku sebab nak bawa barang dan lagi sebelah tangannya asyik tergaru-garu.
Aku lihat belakang tengkuknya juga kemerahan. Tak tahu kenapa. Kemudian aku tarik tangan Absyar agar dia berhenti dari menuruni tangga. Risau pula tengok dia tergaru-garu ni. Terus dia toleh kebelakang bila aku menarik tangannya.
"Ya Allah, awak kenapa ni muka awak merah sangat ni" aku usap pipinya. Berkerut wajahnya memandangku. Tangannya juga sudah bertukar kemerahan. Kemudian aku selak pula bajunya nak lihat kalau badan dia juga ada merah-merah. Terus Absyar menahan tanganku.
"Awak, malu lah. Nak tengok badan saya pun tunggu la kat bilik okay?" kata Absyar. Ya Allah dia ni menyempat lagi. Aku buat tak endah aje dan terus selak bajunya. Seperti yang aku jangkakan memang badannya juga sudah kemerahan.
"Awak ada allergic apa-apa ke?" soalku. Absyar berfikir sejenak sanbil dia tergaru-garu belakang lehernya. Aku terus mencapai tangannya agar dia tak menggaru.
"Kacang kot. Tapi tak nampak kacang pun dalam kek kita makan tadi" balas Absyar. Aduhai. Kenapa lah aku tak terfikir pun nak tanya kalau dia ada allergic apa-apa makanan. Rasa berdosa pula. Macam aku sendiri yang meracuni dia.
"Ya awak, kek tadi tu hazelnut. Saya tak tahu pun awak ada allergic dengan kacang. Haih saya mintak maaf eh sebab tak tanya dulu. Kita balik terus jom" terus aku pimpin tangannya dan turun dari tangga ini.
Aku suruh Absyar memandu terus ke klinik walaupun dia menidakkan yang keadaan dirinya dah tak baik. Nak tak nak memang dia kena memandu juga lah, kalau aku yang memandu takut tak sampai-sampai pula. Tiba aje di klinik, aku terus daftarkan namanya. Mujur tak ada orang lain ketika ini. Sekejap aje namanya dah dipanggil. Aku sudah tentunya masuk sekali dengan Absyar berjumpa doktor.
Selesai aje jumpa doktor, aku suruh Absyar tunggu aje di tempat menunggu. Terkejut aku mendengar jumlah bilnya. Mahal juga ya ubat orang alahan ni. Tapi yelah dia dapat suntikan lagi tadi, sudah tentu lah harganya mahal.
"Nak balik terus ke? Awak boleh drive lagi tak?" soalku. Absyar kelihatan letih lepas dia terima suntikan untuk alahan. Risau pula aku tengok dia. Aku pimpin tangannya untuk masuk ke dalam kereta. Kemudian aku buka Google Map untuk lihat jarak dari klinik ke hotel. Tak ada lah jauh mana, lima minit aje.
Dengan keadaan Absyar yang macam separuh sedar ni, bahaya kalau nak suruh dia memandu. Makanya aku buat keputusan untuk memandu setelah bertahun-tahun aku tak pegang stereng kereta. Harapnya selamat aje semuanya.
.....
"Sayang....."
Sayup-sayup kedengaran suara Absyar yang sedang tidur. Terus aku pergi kearahnya yang sedang tidur di katil. Alahai... mengigau rupanya. Tak sampai hati pula tengok Absyar macam ni. Entah apa la yang dia mimpikan tu.
Aku baring aje di sebelahnya. Aku usap lengannya dengan lembut. Tenang je tengok dia tidur. Wajahnya dah kurang kemerahan. Begitu juga dengan bahagian leher dan lengannya.
"Awak... rindu la" kata Absyar dalam suara yang serak. Aku senyum aje memandangnya.
"Ya awak saya ada je kat sini okay? Awak lapar tak? Nak makan?" soalku dengan lembut. Senyuman terukir di bibirnya. Matanya masih kuyu.
"Dapat tengok awak bila saya bangun pun dah rasa kenyang" balas Absyar. Menyempat lagi dia ni tau.
"Awak... nak peluk boleh ke...?" soal Absyar lagi. Rasa macam alamak... Tapi itu lah, tak sampai hati pula nak menolak. Dah la aku yang buat dia jadi macam ni. Rasa berdosa sangat tahu?
"Sini meh" aku angkat lenganku, Absyar tersenyum lagi dan terus menyeret badannya kearahku. Kepalanya diletakkan atas lengan kananku, wajahnya ditekup ke dadaku dan tubuhku dipeluknya dengan erat. Ya Allah berdebar sangat rasanya. Mesti dia boleh dengar jantung aku. Rasa disayangi sangat bila Absyar ada denganku.
"Awak.. kalau saya panggil awak sayang je lepas ni boleh ke?" soal Absyar lagi. Haih masa ni lah dia nak meminta itu ini. Sudah tentunya aku akan kata boleh sebab tak sampai hati nak menolak. Lagi pula aku yang menjadi punca dia jadi macam ni.
"Em... boleh" balasku dengan berat. Tapi tak apa lah, bukannya dia tak pernah panggil aku sebegitu sebelum ni cuma jarang-jarang aje.
"Lepas tu awak nak panggil saya apa?" soalnya pula. Haihh laaa macam-macam pula soalannya. Aku ni dah la pemalu.
"Saya panggil awak as awak jela" balasku. Terus Absyar kebelakangkan kepalanya dan mendongak sedikit memandangku. Berkerut wajahnya walaupun mata masih kuyu.
"Mana boleh... kita kan dah kahwin sekarang. Kena la ada panggilan manja kan? Sebelum ni tak kahwin lagi okay la guna saya awak" jelas Absyar. Aku mengeluh kecil. Segan lah nak panggil selain dari perkataan 'awak'.
"Then? Saya panggil habibi lah macam tu" balasku. Absyar diam sejenak. Sedang memikir agaknya apa lah maksud habibi tu.
"Okay boleh la. Kalau panggil abang macam biasa sangat kan? Okay sayang, saya habibi, awak sayang sayaa hehehe" balas Absyar. Terus dia kembali membenam kepalanya di dadaku dan tubuhku dipeluknya makin erat. Alahai tak boleh la aku dengan Absyar ni. Comel sangat! Bila dengan aku perangai dia jadi kebudak-budakan.
"Habibi, kita bangun solat lepas tu makan jom?" ajakku. Absyar merengek seperti budak kecil tak mahu bangun, malah lagi kuat pula dia peluk tubuh aku. Sekali dengan kakinya mengunci kaki aku sekali.
"Ya Allah nanti kalau saya mati sesak nafas macam mana?" soalku sengaja nak suruh dia lepaskan aku sebenarnya. Terus dia mendongak kewajahku.
"Sayanggg kenapa cakap macam tu? Nak gaduh ke?" soal Absyar. Berkerut wajahnya memandangku. Tergelak lah aku memandangnya.
"Jom solat jom lepas tu kita pergi makan eh?" soalku. Akhirnya dia lepaskan pelukannya. Fuh. Lemas juga aku dibuatnya.
Selesai solat maghrib, aku terus menukar baju di dalam tandas. Absyar duduk di sofa yang berada di tepi tingkap menungguku siap. Aku pandang dia dari jauh, wajahnya lesu aje macam tak sihat. Haih makin risau pula aku dibuatnya. Aku terus pergi kearahnya.
"Habibi saya okay ke ni nak keluar makan?" soalku. Aneh pula rasa bila panggil dia dengan gelaran Habibi. Absyar masih mampu mengukir senyuman walaupun berat senyumannya itu.
"Takpee saya okay je ni, jom makan jom" ajak Absyar. Tanganku ditariknya lembut. Pintu bilik dikunci lepas aku dan dia melangkah keluar.
Keluar aje dari hotel, dah nampak cahaya terang pasar malam. Terus seronok aku rasa. Bestnya ada pasar malam! Tapi sejuk yang amat ya kat sini malam-malam. Nak mandi pun memang mandi kerbau aje aku ni.
"Sayang nak pergi pasar malam tu ke?" soal Absyar. Terus tersenyum aku dengan wajah excited. Absyar tergelak kecil memandangku. Aku dan dia hanya berjalan kaki aje memandangkan lokasinya tidaklah begitu jauh.
"Sayang jangan lepas tangan saya tau. Ramai orang ni. Nanti terpisah nanti macam mana? Saya tak nak balik sorang-sorang" pesan Absyar. Tergelak aku memandangnya. Macam pesanan ayah kepada anak pula.
Penuh dengan manusia di pasar ni. Aku beli buah strawberri dan makanan-makanan ringan aje. Absyar pun sibuk juga nak makan makanan ringan. Aku tahu dia takkan kenyang dengan makanan ringan. Kalau dah nama lelaki tu, tak sah la kalau tak makan banyak.
"Sayang, pilih cepat nak sarung tangan yang mana satu" kata Absyar sambil dia belek-belek sarung tangan yang ada di kedai ini. Aku lihat-lihat aje dari jauh. Elok ke sarung tangan ni macam guni aje aku tengok.
"Sayang, jangan la judge kualiti dia. Sini kan pasar malam. At least kalau ada ni takdela sayang sejuk sangat. Even kita pegang tangan pun tak dapat nak panaskan tangan sayang, risau laa. Saya beli satu eh untuk sayang?" kata Absyar lagi. Aku angguk aje mengiyakan kata-katanya. Tapi iya lah memang sejuk betul. Malam lagi sejuk.
Selesai membeli belah, aku dan Absyar pun pulang ke bilik hotel. Asalnya nak makan di balkoni hotel, kononnya manis la makan malam di bawah cahaya bulan gitu tapi sejuk sangat angin kat luar tu. Akhirnya tengok movie aje di komputer riba Absyar sambil makan.
"Sayang, nak strawberri coklat tu boleh ke?" soal Absyar. Aku sedap aje mencicah strawberri dengan coklat dan makan tanpa berkongsi. Sedap sampai lupa benda lain. Aku ambil sebiji dan celupkan ke dalam coklat, kemudian aku suap ke mulut Absyar pula. Terus berubah wajahnya masam mencuka.
"Masamnyaa buah nii. Sayang, tahu tak kenapa buah ni masam and tak manis?" soal Absyar setelah habis sebiji buah strawberri dia telan.
"Tak tahu la. Kenapa?" malasnya nak fikir jawapan dia. Aku ni bukan jenis yang suka berfikir.
"Sebab manis dia semua pergi kat awak. Tu yang bila saya makan dia tak rasa manis" jawab Absyar. Aku pun mengangguk faham. Dah beberapa saat begitu baru lah aku sedar pick-up line dia tapi aku buat-buat tak faham juga.
"Tapi saya tak manis pun?" balasku pula. Terus Absyar merengek macam budak kecil. Sakan aku gelakkan dia.
"Sayangggg eee saje kan, gigit nanti baru tahu" kata Absyar.
"Tak boleh. Mulut awak busuk tak gosok gigi, tak boleh gigit" balasku lagi. Ternganga Absyar memandang aku seolah-olah tak percaya apa yang aku katakan tadi. Terus Absyar peluk aku dengan kuat dari tepi. Leher aku digigitnya betul-betul. Macam vampire! Ya Allah nak tercabut jantung aku ni. Geram sangat dia dengan aku agaknya.
"Bibi sakit laaa" rengek aku. Absyar terus toleh kearahku.
"Bibi?" soal Absyar. Tubuhku masih dipeluknya dengan erat dari tepi. Leher aku pun rasa berbisa aje dari tadi.
"Yela panjang sangat la kalau panggil habibi, saya panggil la bibi nampak comel sikit" jawabku. Terus dia ketatkan pelukan. Satu ciuman juga yang diberikan di pipi kananku.
"Eeee geram la sayang saya ni comel sangat! Tidur jom? Rasa nak peluk je sayang sampai esok tak nak pergi mana-mana" kata Absyar. Jelas juga dia punya geram tak mahu lepaskan aku. Aku rasa kelakar tapi dalam masa yang sama rasa gemuruh juga risau kalau dia dah rasa nak 'bersama' dengan aku. Aku masih belum bersedia ke tahap tu. Aduh malu!
"Bibi, cuba tenang sikit? Jangan gelojoh-gelojoh okay? Kita makan-makan dulu, gosok gigi, pakai skincare, lepas tu baru la boleh tidur" balasku lagi. Akhirnya dia lepaskan aku dari pelukannya. Absyar sambung makan tauhu bergedil yang dia beli di pasar tadi. Sampai Cameron berjalan, tauhu bergedil juga yang dia cari.
Tak sampai berapa minit, dah habis sebekas tauhu bergedil. Cepat-cepat Absyar mengemas bekas makanan dan membuang sampah. Lepas tu dia masuk tandas pula. Aih lain macam pula aku lihat dia ni. Aku sambung makan strawberri semula. Kenyang makan strawberri aje aku malam ni.
Tak lama kemudian Absyar keluar dari tandas.
"Sayanggg lama lagi ke makann? Bila nak tidur nii nak peluk sayang nak tidur dengan sayangg" rengek Absyar lagi. Ya Allah macam budak kecil betul Absyar ni. Tak kusangka aku akan melihat sisi Absyar yang macam ni. Walaupun usianya matang dah lebih tua dari aku, ada sisi dirinya yang tak pernah dia tunjuk kat orang lain. Hanya aku je.
Share this novel