"Awak, saya teringin la nak pergi ladang BOH tu. Boleh ke pergi situ?" soalku. Absyar yang sedang makan tadi berhenti seketika. Barangkali berfikir-fikir dulu nak pergi atau tak.
"Awak larat ke nak jalan? BOH tu kena mendaki sikit, kalau tak larat nanti macam mana? Saya boleh je nak gendong awak tapi awak la nanti mesti tak nak" kata Absyar. Terus aku mencebik sekali. Tak mahu la digendong masa ramai orang. Tak ada orang okay la jugak.
"Tapi saya teringin......." aku buat suara sedih sekali dengan bibir yang muncung. Terus berubah wajah Absyar.
"Alaa jangan la sedihh, kita pergi eh? Jangan sedih-sedih tau. Tapi kena makan dulu nasi ni baru boleh pergi sana. Nanti awak pengsan nanti susah hati saya ni. Tadi awak muntah-muntah pun saya rasa macam nak gugur jantung tahu?" omel Absyar pula. Tergelak aku tengok dia membebel. Absyar hulurkan sesudu nasi dengan sambal sotong ke mulutku. Aku pula automatik kebelakang. Terkejut lah katakan.
"Makan cepat, kalau tak saya tak nak bawak pergi BOH tu" ugut Absyar. Ewah mentang-mentang aku tak berani nak bawa kereta, dia ugut aku pula dengan benda yang aku nak. Aku pun buka aje mulut menadah makanan yang disuap Absyar.
Selesai aje makan, terus Absyar membawa aku ke ladang BOH. Punya lah sempit jalan dia. Seram! Keluar aje dari kereta, terus aku nampak tangga yang perlu aku daki. Ya Allah tinggi betul. Larat ke aku? Dengan suhu yang sejuk ni lagi.
"Arfa sayang, sini pakai baju ni" panggil Absyar. Aku pergi aje kearahnya tanpa menyoal. Absyar pakaikan aku sweater Nike kelabu miliknya. Tahu-tahu aje aku tak tahan sejuk.
"Terima kasih. Sejuk betul la, tangan saya pun rasa macam nak beku" ujarku. Terus aje Absyar menarik tanganku dan berjalan. Hangatnya tangan dia. Kalau sejuk macam ni dapat pelukan hangat Absyar pun best juga hikhik. Amboi gatal betul aku pun.
Baru separuh jalan mendaki tangga, aku dah tak tahan. Bukan tak tahan sebab penat, tapi sejuk! Ada kawasan yang boleh berhenti di sini, aku terus aje menyangkung di tepi pokok teh dan memeluk tubuh aku sendiri. Tak tahan betul dengan suhu di sini.
"Dah penat ke sayang?" soal Absyar. Aku dongak memandang wajahnya. Berkerut dahi aku.
"Bukan penat, sejuk la. Tak tahan sangat" balasku. Absyar terus suruh aku berdiri. Aku tak mahu berjalan sebab sejuk sangat! Angin pun kuat pula menyapu wajahku. Absyar terus aje memeluk aku. Allah, malunya aku!!
Tak dapat aku nafikan betapa hangat dan selesanya aku rasa bila dalam pelukan Absyar tapi perasaan malu pun tak dapat ditepis. Wajahku betul-betul di dadanya. Degupan jantung dia pun aku dapat dengar. Aku cuba nak leraikan pelukannya tapi kuat pula dia menahan.
"Jangan la bergerak, kata sejuk tadi? Sekarang dah kurang kan?" soal Absyar.
"Memang la kurang tapi orang nampak la, malu laa saya" rengek aku macam budak kecil. Absyar gelak aje memandang aku yang lebih rendah dari dia ni. Tiba-tiba satu kucupan mendarat di dahiku. Terus terdiam aku dibuatnya. Diam seribu bahasa gitu. Malu lah!
"Comel la sayang saya ni. Rasa nak balik bilik je sekarang nak cuddle-cuddle atas katil" kata Absyar. Aduh terus laju jantung aku berdegup. Jujur betul dia bagitau apa yang dia mahukan. Aku ni masih segan silu!
"Tak nak balik lagi. Saya nak naik kafe atas tu nak minum air teh" balas aku. Aku buat tak endah aje dengan hasrat dia tu. Akhirnya baru lah Absyar lepaskan aku dari pelukannya.
"Yelah minum air panas rasa hangat sikit. Jom, saya pegang tangan awak" kata Absyar. Tangan aku digenggamnya kuat sambil dia jalan. Aku ikut aje langkahnya hingga lah tiba di kafe BOH.
Absyar menyuruh aku duduk aje di meja dan biar dia yang membeli air dan makanan. Aku turutkan aje lah sebab penat pula mendaki tangga yang tak berapa nak tinggi tu.
Tak lama kemudian dia datang membawa satu tray berisi secawan air teh. Aik? Aku sorang aje ke yang minum?
"Satu je air?" soalku. Berkerut kening Absyar memandangku.
"Takpe lah kita share la air ni. Saya nak minum air yang awak minum. Tak nak air baru." kata Absyar. Automatik tersenyum aku dibuatnya. Comel sungguh la perangai dia ni tau. Dari tak suka pun boleh jadi suka tau.
Aku minum dulu seteguk air teh BOH. Tiba-tiba rasa macam ada yang kurang pula.
"Rasa nak makan lah.. ada jual kek kan kat situ?" soalku.
"Adaa, awak nak ke? Saya pergi beli jap eh" kata Absyar. Terus dia bangun dari kerusi. Eh eh laju pula langkahnya. Aku pun spontan aje terus pegang tangannya.
"Takpe la awak duduk eh. Saya pergi beli pulak. Tadi kan awak dah pergi beli" ujarku. Terus tersenyum Absyar. Ewah gembiranya dia.
"Alalala sweet nya isteri saya ni, nah beli la apa yang awak suka okay?" balas Absyar sambil dia hulurkan sekeping duit RM50. Dengan gembiranya aku ambil aje duit yang dia beri. Orang dah hulur kan kita ambil jela hehe.
Aku beli sepotong kek Coklat Hazelnut dan kembali ke tempat duduk. Baki duit tadi aku hulurkan semula kepada Absyar tapi dia suruh aku simpan aje baki duitnya. Segan juga lah nak simpan baki duit ni, banyak juga.
"Awakkk, nak suap boleh ke??" soal Absyar dengan suara yang manja. Tergelak aku memandangnya. Aku pun potong aje menggunakan garpu dan aku suap ke mulut Absyar. Seronok pula tengok wajah gembira dia makan bila aku suap. Sampai habis lah kek tu aku cuma makan sesuap aje.
"Habis dah. Saya nak makan apa?" soalku. Dia pun seronok sangat kena suap agaknya sampai lupa bahagian aku.
"Eh alaa syok sangat ada orang suap kita makan sampai lupa nak suap dia balik hehehe" balas Absyar sambil dia tersengih. Terserlah gigi taringnya. Comel!
"Takpe la, seronok tengok awak makan. Kita pergi jalan-jalan jela jom?" ajakku pula. Belum bangun dari kerusi lagi dia dah capai tangan aku dulu. Nampak wajah bahagia dia tu.
"Jalan je? Ambil gambar tak nak?" soal Absyar. Aku ni jenis malas nak bergambar tapi itulah, dah dapat pula suami photographer yang memang kerjanya ambil gambar. Aku lah selalu kena jadi model dia.
"Tak nak boleh ke?" soalku. Berkerut pula keningnya memandang aku. Aik? Dia yang tanya tadi.
"Tak boleh. Saya nak simpan gambar sayang saya ni banyak-banyak tak boleh ke? Hm" lah dia buat suara sedih pulak. Rasa berdosa sikit aku. Tapi aku memang tak suka nak ambil gambar masalahnya.
"Hm yelah, boleh" jawabku dalam nada terpaksa. Terus excited pula Absyar jadinya. Dia arah aku untuk duduk di mana, posisi macam mana, muka pandang kanan lah, jangan senyum lah. Memang aku ikutkan aje walaupun terpaksa.
"Bang, tolong ambil gambar boleh?" soal Absyar kepada seorang lelaki yang lalu di sekitar sini. Terus tak keruan aku jadinya. Lah kenapa dia panggil orang lain ambil gambar pula?
"Kenapa awak suruh orang tu ambil gambar saya?" soalku dalam nada berbisik.
"Saya mintak tolong dia ambil ganbar kita la. Kita takde ambil gambar pun lagi. Saya nak simpan jadi wallpaper. Hehehe" balas Absyar sambil dia tersengih. Aku pun automatiknta tersenyum.
Beberapa gaya dan posisi yang Absyar buat. Aku turutkan aje walaupun malu bila orang pandang. Gambar tak mahu kalah dia punya sweet. Malu!
"Terima kasih eh bang?" kata Absyar kepada abang yang tolong ambil gambar tadi. Absyar terus aje membelek gambar-gambar yang ada dalam skrin telefonnya. Kemudian dia datang kearahku.
"Awak cuba tengok ni, cantik kan gambar ni? Awak pandang saya lepas tu saya pandang awak. Hehehe sweet nya kita ni" kata Absyar. Tergelak aku dibuatnya. Comel sungguh la bila dia excited!
Share this novel