"Eh Arfa jarang-jarang kau nak pakai heels" tegur Eilya sambil dia mengambil kunci kereta yang tergantung di dinding.
"Itu lah tiba-tiba je aku rasa nak pakai, tapi... Patut ke eh? Ke tak payah?" soalku pula. Dah lama aku beli kasut tumit tinggi berjenama Vincci ni sebab ada sale masa tu tapi baru sekali dua aje aku pakai. Nak pakai selalu macam tak yakin pula.
"Lah, kau yang nak pakai tapi tanya aku pulak? Pakai je lah Fa, asal kau bahagia" balas Eilya. Terus dia berjalan masuk ke kereta.
Maka aku pun membuat keputusan untuk memakai kasut tumit tinggi hari ini. Takpe lah sekali sekala kan? Aku terus kunci pintu rumah dan masuk ke dalam kereta.
Aku dan Eilya bekerja di tempat yang sama. Senang bila duduk sekali ni, pergi kerja pun boleh sekali jalan, hujung bulan aku hulur juga duit minyak kereta sebab selalu menumpang. Setelah sampai ke tempat parkir, Eilya terus mematikan enjin kereta dan keluar, aku pula keluar yang terakhir.
"Eilya, kau naik lah dulu. Aku nak pergi beli kuih kat seberang jalan tu" ujarku kepada Eilya. Eilya pun angguk aje dan terus berjalan masuk ke lobi bangunan.
Di kawasan ini memang akan nampak aje orang berjalan kaki, mungkin sebab pengangkutan awam berhampiran dengan bangunan kerja. Aku berjalan ke lampu trafik. Seperti biasa ramai juga yang menunggu untuk melintas jalan.
Lampu menyala warna hijau, aku pun terus berjalan dan beratur di gerai. Rezeki betul tak ramai orang. Kalau tak biasanya panjang sungguh barisan nak beratur. Aku pandang kuih-kuih dari jauh, nak tengok dulu lah mana yang tekak ni rasa nak makan. Nanti sampai giliran terus boleh ambil makanan hehe.
"Kak, kalau saya bayar kad ada tak?" soal lelaki yang berdiri di hadapanku. Aku pun pening tengok dia. Takkan lah nak pakai kad untuk gerai macam ni?
"Allahu dik.. akak takde la mesin kad" balas akak yang menjual kuih ini. Lelaki ni pun buntu nak bayar macam mana. Tergaru-garu kepalanya.
"Alamak macam mana ya, saya terlupa pulak saya takde duit cash. Kalau akak simpan dulu kuih ni untuk saya boleh tak? Saya pergi ambil duit kat bank kejap" kata lelaki ini lagi. Haih kesian pula aku tengok dia ni. Setahu aku takde bank pun di sekitar sini.
"Kak takpelah saya bayarkan dia punya dengan saya sekali ya. Saya nak donat empat biji, roti jala dua bekas" terus aku mencelah sebelum dia pergi cari bank yang tak tahu la kat mana tu. Terkejut wajahnya memandangku. Aku senyum aje sambil aku lihat akak ni letak kuih dalam plastik.
"Eh takpe ke??" soalnya. Aku senyum aje dan angguk.
"Takpe saya sedekah je. Lagipun kat sini takde bank yang dekat" balasku. Lama pulak akak ni isi donat aku. Aku bukan apa tapi segan sikit kalau bersembang dengan lelaki yang aku tak kenal.
"Eh jangan lah mana boleh macam tu, banyak ni saya beli" berkerut wajahnya, tak mahu aku bayarkan sebab dia beli banyak. Yelah aku faham perasaan tu, segan la kan orang bayarkan. Dah la tak kenal pulak tu.
Aku pun terus hulurkan duit setelah kuih aku diisi dalam plastik. Lama betul ya. Aku pun terus buat isyarat tangan kepada lelaki ini menandakan "takpe" kepadanya. Aku terus bergerak ke tepi gerai memandakngkan ada orang lagi yang beratur di belakang.
"Hmm macam ni lah, kalau boleh awak bagi nombor awak. Saya contact kemudian so nanti awak send nombor akaun, saya transfer. Please? Saya tak suka rasa berhutang tapi saya mampu bayar" jelas dia lagi. Haih sebersalah pula aku dibuatnya. Budiman betul dia ni. Aku risau juga nak bagi nombor aku tapi takpe lah tawakkal aje lah.
Aku pun terus bacakan nombor telefonku dan dia terus masukkan dalam telefonnya. Banyak kali dia ucap terima kasih. Aku pun terus pergi sebab dah lambat, lama sangat aku duduk kat gerai tu tadi. Punya la laju aku jalan, terlupa aku sedang pakai tumit tinggi.
"Aduh"
Ha sudah terus melutut aku dibuatnya sebab terpele'ot kaki aku jalan laju sangat tadi. Kasut pun dah tertinggal kat belakang. Allah.. malu sungguh! Aku cepat-cepat bangun dan ambil kasut tumitku, lahh dah patah pulak tumitnya. Office pun aku belum masuk lagi, kasut dah patah.
Malangnya belum ada kedai kasut yang bukak lagi masa ni. Haihh kenapa lah begini nasib aku harini?
"Eh awak kenapa ni?" soal satu suara. Aku pun terus beralih pandangan dari kasutku kearah pemilik suara. Lah ini lelaki tadi. Aduh malunya aku kenapa dia ada kat sini lagi ni aduhai.
"Um.. tak ada apa pun" balasku perlahan.
"Eh.. tumit patah ke? Kaki awak macam mana? Ada luka ke apa tak?" soalnya lagi. Aduh malu aku dibuatnya. Bagus la kan dia nak tolong tapi aduhai malu!
Hi semua, jemput baca nukilan baru saya ya. Apa-apa boleh komen okies hehe
Share this novel