"Eh Arfa, bukan kau pakai heels ke pagi tadi? " Soal Eilya. Aku sengih aje. Nak bagitau pun malu.
"Itulah, ada lah kejadian tadi" balasku. Malu sungguh aku bila teringat balik kejadian tadi.
Lelaki tadi meminjamkan aku selipar miliknya. Kebetulan dia memang parkir kereta berhampiran dengan gerai tadi. Tapi itulah, kalau dah nama pun selipar milik seorang lelaki, sudah tentunya besar.
Aku memang tak mahu meminjam seliparnya tapi dia suruh juga aku ambil. Bila fikir balik malu juga lah kalau aku masuk office pakai heels patah sebelah, lama lagi masa nak balik.
....
"Fa, kau tunggu jelah kat sini dengan kotak ni. Ponuh ha tangan den nak pegang semua. Lenguh tangan aku ni. Kejap lagi aku berhenti depan lobby ni ha kau pun takde lah penat kan?" kata Eilya. Aku tak suka hakikat yang aku kena tunggu seorang diri kat sini. Kalau aku kena culik macam mana? Tak pun ada lelaki kacau aku ke?
Tunggu punya tunggu. Tak muncul-muncul lagi kereta si Maya ni. Aku dah menyangkung dah kat tepi pintu masuk lobby ni.
"Eh awak yang pinjam selipar saya tu kan? Awak kerja sini ke?" soal satu suara dari belakangku yang kemudiannya berdiri di sisiku. Aku dongak keatas memandang empunya suara. Aduhai kenapa aku kena jumpa dia lagi hari ni?
"Eh.. ha betul la tu saya.." balasku diselit sekali dengan tawa yang palsu. Aduh.. kenapa dan kenapa..
"Awak tunggu grab ke?" soalnya. Aku mengeluh sekali. Malas betul nak layan soalan dia ni.
"Takde lah, saya tunggu husband saya ambil" palsu aku. Harapnya dia pergi sebelum Eilya sampai kat depan ni. Kalau tidak memang kantoi la penipuan aku.
"Oh ye ke.. " balasnya sambil dia mengangguk-angguk kepala. Ha tunggu apa lagi tu? Pergi la cepat sebelum Eilya datang!
Pon pon!
"Eh tu kereta husband awak ke?" Soal lelaki ini.
Ha aku kata dah, masa ni juga lah si Eilya ni nak datang. Eilya pun terus keluar dari kereta dan datang ke arahku. Aku mengetap bibir aje yang mampu, tapi aku cuba juga buat macam tak ada apa-apa. Aku terus berdiri dan mengangkat kotak yang berisi dokumen lama yang perlu dilupuskan.
"Oh.. ni husband awak rupanya. Cantik betul dia" katanya lagi. Aku lah ey sabar je lah. Tak faham juga lelaki ni yang aku tak mahu dia ada disini.
Baru selangkah aku berjalan, dah terpele'ot lagi kaki aku. Hampir aje aku nak tersungkur lagi sekali tapi ada tangan yang laju menyambut kotak yang aku pegang, lagi sebelah tangannya memegang lenganku. Terus laju aku memandangnya. Ewah dia pegang-pegang pula tangan kita ni.
"Aip, jangan pandang macam tu. Saya nak tolong je okay? Takde maksud lain pun. Kalau saya tak sambut dengan sebelah tangan ni dah terjatuh dah awak kat sini" jelasnya lagi. Aih membahang je aku rasa wajahku sekarang ni.
Dia melepaskan lenganku dan kotak tadi aku pegang semula. Eilya pun terus mengangkat kotak lagi satu. Sempat juga si Eilya menjenguk lelaki ini.
"Terima kasih" balasku ringkas. Baik aku pergi cepat. Sekurang-kurangnya aku dah ucap terima kasih aku.
"Okay no problem. Hati-hati jalan tu, kang terjatuh lagi. Nanti saya contact awak okay?" Pesannya lagi. Terus dia beredar dari situ. Aku pun laju melangkah ke arah kereta Eilya. Pantas aku menutup pintu kereta. Harapnya aku tak jumpa dia lagi lepas ni.
"Siapa mamat tadi tu?" soal Eilya. Aku memang tak mahu cerita. Lagi pula aku tak pernah bercerita tentang lelaki dengan sesiapa pun selain dengan abang aku. Aku memang tak berminat lah.
"Aku pun tak tahu lah, tak kenal. Tapi dia tolong aku lah tadi" balasku ringkas. Aku tak mahu cerita dengan Eilya sebab dia suka betul mengorek cerita dari aku. Aku tahu dia takkan percaya sepenuhnya apa yang aku cakap. Setiap kali pun begitu.
"Yekeee? Oh maksudnya selipar Skecher kau pakai tu dia yang punya lah ya? Faham-faham" balas Eilya dalam nada mengusik. Aih. Malu pula aku bila teringat selipar yang aku pakai ni. Eilya mesti dah ada idea lain tentang aku dan lelaki tadi dalam kepalanya.
"Kau jangan nak fikir macam-macam eh? Aku kenal dia pun tak tau. Takkan aku ada apa-apa pulak dengan dia" balasku lagi. Eilya dah tersengih dah sambil dia memandu kereta.
"Aik, aku tak mention pun kau ada apa-apa dengan dia. Haaa ke kau memang ada apa-apa nii" usiknya lagi. Ish malu lah aku begini. Sendiri yang perangkap diri sendiri. Tapi aku memang takde apa dengan dia.
"Eilyaaaa! Aku sepik kau nanti baru kau tahu. Eyy" balasku lagi. Terus mengekek dia gelakkan aku.
Hai. hope anda semua enjoy baca
Share this novel