12

Romance Series 13675

"Nak pindah rumah dah?" soalku. Baru semalam nikah, hari ni dia ajak pindah rumah lain pula.

"Ya.. saya bukan tak suka duduk sini tapi tak elok lah kita dah kahwin duduk rumah parents lagi" balas Absyar. Aku termenung sejenak. Hm... Risau pula rumah apa lah yang dia ada. Aku ni bab tempat nak tidur memang cerewet sikit.

"Awak ada rumah lain ke? Ke nak duduk kat rumah yang awak sewa dengan Awa tu?" soalku lagi. Yelah mana lah tahu kan dia nak ajak aku tinggal sekali dengan Adwa.

"Eh bukan lah. Rumah tu bukan saya dengan Adwa je. Ada lagi lima orang, semua lelaki. Takkan saya nak bawak isteri saya duduk situ pulak kan? Jealous laa saya nanti" balas Absyar. Aku cebik sekali. Eleh

"Don't worry lah okay? Rumah tu saya dah beli dari tahun lepas lagi tapi saya buat jadi rumah sewa. Now dah ada isteri, baru lah boleh duduk situ" kata Absyar sambil tanganku dicapainya.

"Aik? Then kenapa awak sewa rumah sekali dengan Adwa kalau dah ada rumah sendiri?" Yelah kan tak ke membazir duit gitu?

"Tak seronok lah kalau duduk sorang-sorang.. saya ada offer Adwa duduk sekali tapi dia pun tak nak sebab bosan kalau berdua je so kitorang decide nak sewa je dengan kawan-kawan lama" jelas Absyar. Aku pun mengangguk faham aje.

"Takpe lah macam tu, saya ikut je." balasku. Yelah bila dah jadi isteri ni kena ikut aje la cakap suami. Aih aku masih tak sangka yang aku dah bernikah dengan orang yang pada asalnya aku tolong bayarkan kuih dia aje.

Tak lama kemudian aku pun bangun nak turun ke bawah. Lama juga duduk dalam bilik ni kemas-kemas barang yang Absyar bawa ke sini.

"Eh nak pergi mana?" soal Absyar. Tanganku tak dilepasnya. Aku toleh kebelakang.

"Nak turun bawah, nak tengok umi dengan abah buat apa. Awak lepas la tangan saya ni kalau tak macam mana saya nak turun?"

Berkerut wajahnya memandangku. Makin kuat pula tangan aku digenggamnya. Amboi sejak dah boleh pegang tangan ni tak mahu lepas ya?

"Kenapa awak nak tinggalkan saya kat sini? Tangan awak pun saya tak nak kasi balik. Tangan ni saya punya. Mana boleh nak lepaskan tangan yang peluk saya malam tadi hm" kata Absyar. Terus terbantut langkah aku.

"Yaa tangan ni la yang tarik saya dekat-dekat dengan dia semalam. Selesa je saya tidur sebab ada tangan ni atas saya hehe" jelas Absyar lagi. Eeee malunya aku ke yang buat tuuu?!?! Ni semua sebab habit aku yang bila tidur mesti nak kena peluk beruang aku. Semalam masa nak tidur dia sorok pula beruang tu tak tahu ada kat mana.

"Mana ada saya buat macam tu" nafi aku sekali. Absyar gelak aje memandang aku. Eee malunyaa!

"Jom turun bawah" ajak Absyar. Dia bangun dari katil dan menarik tanganku sekali. Aku cuba nak lepaskan dari genggamannya tapi tak dapat. Malu lah kalau Adwa nampak aku pegang tangan dengan kawan dia haih.

Turun ke bawah sunyi sepi aje. Pelik aku, pergi mana pula semua orang dalam rumah ni? Selalu umi dengan abah kalau nak keluar mesti bagitau dulu.

"Hm dah semua orang takde ni kita nak buat apa sayangku?" soal Absyar. Terus aku buat muka memandangnya. Dah dia panggil aku sayang pula.. suka hati aje dia ni.

"Saya tak tahu la. Selalu umi abah mesti ajak saya keluar sekali kalau saya ada. Agaknya sebab awak ada kot diorang pun malas nak ajak" balasku. Terus muncung Absyar dibuatnya. Tergelak aku tengok dia ni.

"Kita keluar jugak jom? Ke nak tengok movie?" soal Absyar lagi. Dua-dua aku malas sebenarnya. Rasa nak tidur aje penat semalam pun tak habis lagi. Selalunya lepas subuh aku tidur balik tapi sebab Absyar tak tidur lepas subuh tadi malu la kalau aku pula yang tidur. Jatuh maruah sis.

"Kalau awak nak buat apa?" soalku. Absyar diam dan berfikir sejenak. Aku tengok muka dia tengah berfikir pun aku rasa kelakar, terus aku tergelak lagi. Sekali lagi muncung aje mulutnya bila aku gelakkan dia.

"Jangan la gelakkan saya, ish. Saya kiss pipi tu nanti baru tahu. Dah lah gelak comel" kata Absyar. Terus aku berhenti ketawa. Eee malu lah bila dengar dia sebut perkataan tu!

"Saya ingat nak jalan-jalan dengan awak sambil pegang tangan tapi kat rumah lagi best boleh cuddle cuddle tengok wife saya yang cantik ni hehe" kata Absyar. Aduh terus tersipu malu aku dibuatnya. Ish dia ni suka la buat aku rasa malu macam ni!

"Em.. kita tengok movie lah. Awak pilih la nak tengok movie apa. Saya pergi buat air" aku buka tv dan terus ke dapur. Nasib baik dia tak tarik tangan aku lagi macam tadi haih kus semangat. Aku bancuh air Ribena sejuk sebab itu aje yang ada.

Dua gelas air aku bawa ke ruang tamu. Absyar dah buka movie yang dia mahu tengok. Deepwater Horizon.. Allah, tak ada ke movie lain dia nak tengok? Aku tak minat betul cerita tense macam ni.

"Awak suka tengok movie macam ni ke?" soalku sambil aku hulurkan segelas Ribena dan duduk di sebelahnya.

"Terima kasih buatkan air" balas Absyar dengan senyuman. Soalan aku tak dijawab, tapi terus pipi aku dikucupnya. Ya Allahh malunya aku membahang aje muka ni. Rasa nak benam kepala dalam sofa!

"Saya memang suka tengok movie yang based on true story ni. Rasa macam betul-betul ada kat situasi tu" kata Absyar yang akhirnya menjawab soalan aku. Setelah air dihirup, terus dia duduk rapat denganku. Aduh eee malunya! Rasa keras aje badan aku sekarang ni. Nak gerak pun takut.

Setelah setengah jam menonton, mata aku mula rasa mengantuk. Aku tak dapat nak faham point penting cerita ni. Mata pun dah terkebil-kebil aje dari tadi. Tiba-tiba ada tangan yang lalu di belakang leher aku, tangan Absyar rupanya. Dia merehatkan tangannya di bahuku. Ewah dia ni, banyak lagi tempat dia boleh letak tangan dia tu.

"Kalau awak mengantuk awak sandar je kat saya okay?" kata Absyar. Aku diam aje tak berkata apa-apa. Malu sebenarnya tapi aku mengantuk betul masa ni. Tanpa aku sedar dah banyak kali kepala aku terlentok di bahunya.

....

Rasa hangat dan selesa aje. Aku peluk sekuatnya sebab rasa selesa betul. Tiba-tiba ada rasa sesuatu di belakang badan aku. Yang pasti bukan bantal. Terus aku buka mata. Ya Allah aku peluk Absyar rupanya. Boleh pula aku tidur kat celah ketiak dia? Eeee tak dapat aku nafikan betapa selesanya aku tidur tapi rasa macam tak boleh terima aje aku sendiri yang suka relanya nak peluk dia.

Terus aku cuba bangun dari posisi tidur yang sekarang tapi tak dapat. Makin kuat pula Absyar memeluk tubuhku. Aku toleh memandang wajahnya. Ya Allah kali pertama aku tengok wajah dia tidur. Hensem lah pulak?!?! Yelah malam tadi aku tidur dulu, bila bangun dia yang kejut aku jadi tak berpeluang la aku tengok muka dia tidur.

"Sayang nak pergi mana...? Tak payah la bangun lagi.... nak peluk macam ni lama-lama.." kata Absyar walaupun matanya masih tertutup. Aduh aku malu masalahnya nak berada dalam posisi macam ni ketika sedar. Kalau tak sedar takpe lagi aish.

"Awak.. tadi bukan kita tengok movie kat depan tv ke?" soalku. Aku baru teringat lokasi terakhir aku sebelum tidur kat depan tv tengah tengok movie Deep Water Horizon yang aku tak faham intinya. Bangun-bangun aje tiba-tiba ada atas katil.

"Yela tadi awak tidur sampai ternganga-nganga, tak sampai hati pulak nak biar awak tidur duduk macam tu so saya angkat la awak tidur dalam bilik ni" balas Absyar. Kalini dia dah betul-betul bangun.

"Asalnya saya nak tengok muka cantik awak tidur je, tapi lama-lama tu macam terbuai tau, sampai tertidur, so saya tidur la sekali, dapat pakej peluk pulak, tak nak lepas la saya hehe" tambah Absyar lagi. Eeeee terus aku bangun duduk dan aku tolak tangan Absyar yang ada di belakang badanku.

"Ala nak pergi manaa?" soal Absyar yang merengek macan kanak-kanak. Tanganku ditariknya, amboi tak mahu lepas pula dia.

"Assalamualaikum encik suami. Solat asar jangan lupa ya, dah pukul enam dah ni baik solat sekarang" ha siap salam sekali aku bagi. Tergelak Absyar mendengar respon aku begitu. Akhirnya dia lepaskan tanganku dan aku pun masuk ke dalam tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience