10

Romance Series 13675

"Fa, kau kenapa termenung? Baik kau siap cepat kang abang kau sampai time tu la baru nak kelam kabut pakai tudung" omel Eilya. Aku mengeluh aje memandangnya dan terus melilit shawl cotton malas aku.

Dah dua minggu berlalu sejak hari yang Absyar jumpa dan luahkan perasaannya kat aku, dia tak ada hantar apa-apa WhatsApp, atau datang ke rumah lagi. Aku tak ada lah risau. Tapi... Mungkin ada la risau sikit.

Aku risau kalau respon aku masa tu buat dia stress, depress ke. Haih. Aku takkan tanya Adwa walaupun mereka tinggal serumah. Mungkin sebab aku pun tak ada bagi jawapan lagi kepada Absyar, jadi dia pun buat keputusan untuk tak hubungi aku. Ke dia dah move on?

"Ya Allah, Arfa! Abang kau dok hon hon depan rumah tuuu. Ish" omel Eilya. Terus terbangun aku kelam kabut mencapai beg dan keluar dari rumah.

"Kirim salam kat abang kau cakap imishyou!" Jerit Eilya ketika aku membuka pagar. Terus terhenti langkah aku. Aku toleh kebelakang, tersengih Eilya di pintu rumah. Aku toleh pula kearah kereta Adwa. Adwa sedang melambai tangan kepada Eilya. Aneh betul...

Masuk aje ke dalam kereta, Adwa tersenyum sendiri dan terus bergerak dari depan rumah.

"Awa kenapa dengan Eilya?" soalku musykil. Yelah tak ke pelik? Macam dah biasa jumpa pula si Adwa dan Eilya ni. Memang lah Adwa selalu ambil aku di rumah Eilya tapi kebiasaanya mesti Eilya tiada di rumah. Hari ni buat pertaman kalinya aku lihat mereka siap melambai-lambai tangan.

"Lah kenapa?" soal Adwa.

"Yelah, pelik lah macam rapat betul Awa dengan Eilya padahal selalu masa Awa datang amik Afa mesti Eilya tak ada kat rumah" balasku. Kalau mereka ada hubungan pun aku tak ada lah nak membantah ke apa tapi macam pelik sikit lah kalau kawan baik aku bertukar menjadi.... Kakak ipar?

"Ohh tak ada apa lah. Saje je Awa lambai-lambai dia tadi dah dia sengih-sengih tengok Awa" jelas Adwa pula. Aku masih tak percaya itu aje alasannya. Entah-entah memang selama ni senyap-senyap mereka dating.

"Oh tadi Eilya kirim salam lepas tu dia cakap imishyou" tambah aku lagi. Terus naik kedua-dua pipi Adwa.

"Yekeee? Hehehe"

Amboi bukan main happy lagi dia ya. Nampak sangat mereka ni ada contact-contact belakang aku.

"Amboi Awa ni. Happy memang tak boleh sorok ya?" soal aku. Tersenyum-senyum lagi dia tak berhenti.

Sampai aje di rumah umi, ada dua buah kereta lain di hadapan rumah. Aku terus masuk ke dalam rumah. Siapa pula yang datang ni? Langsir pun dah bertukar baru. Lain pula aku tengok rumah hari ni. Eh? Pak lang dan Pak Su juga ada?

"Eh Pak Lang.. Pak Su.. baru sampai ke?" soalku. Yelah nak menyapa orang tua kan. Tak tahu nak sembang apa. Takkan aku nak terus tanya pula kenapa mereka ni datang kan?

"Pak Lang dari semalam dah sampai sini. Pak Su baru sampai tadi.." jawab Pak Lang. Uih, dari semalam dah sampai? Ada apa pulak ni? Adwa masuk ke dalam rumah terus bersalam dengan Pak Su dan Pak Lang. Aku terus ke dapur mencari umi.

"Afa kenapa tak bersiap terus masa nak datang sini? Kalau ya pun pakai lah baju kurung kan manis sikit" sapa Mak Lang sebaik sahaja dia nampak aku. Allah, makin berdebar aku rasa. Kenapa aku nak kena pakai baju kurung pula? Nak pergi mana? Gundah gulana betul hati aku ni. Aku nampak umi berada di belakang rumah di sebalik tingkap dapur. Cepat-cepat aku pergi ke arah umi.

"Umi, ada apa ni masak-masak macam kenduri? Kenapa Mak Lang suruh Afa pakai baju kurung pulak?" soalku. Muka memang tak boleh kawal dah ni selagi aku tak tahu apa yang sedang berlaku.

"Eh Afa baru sampai ke? Eh kan Umi ada hantar mesej haritu bagitau yang hari ni Absyar nak datang dengan family dia nak masuk meminang... dengan bertunang sekali" jelas umi. Allah. Rasa nak pengsan aje aku sekarang ni. Bila masa pula umi bagitahu aku? Bukan ke aku tak ada cakap aku setuju atau apa pun kat Absyar?

"Umi, diorang dah sampai dah tu!" jerit Adwa dari ruang tamu. Allah. Sakitnya rasa dada aku ni. Macam nak pengsan betul. Cepat-cepat umi suruh aku masuk ke bilik dan tukar baju.

Aku pakai aje baju kurung yang tak perlu seterika. Aku tunggu aje dalam bilik sampai lah ada yang datang. Ya Allah tak terdetik langsung dalam fikiran aku yang aku akan terus bertunang macam ni je tanpa aku dapat buat keputusan sendiri, tapi.... bab macam ni aku tak rasa aku boleh putuskan sendiri.

Tak lama kemudian umi menguak pintu bilik dan umi menyuruh aku ikut ke ruang tamu. Ya Allah banyaknya mata yang memandang ke arah aku. Aku tak dapat nak fikir apa pun sekarang. Tahu-tahu ada hantaran sekali entah bila lah mereka ni siapkan hantaran untuk aku.

Selepas kakak Absyar menyarung cincin ke jari aku, aku terus salam aje lah. Wajahnya pun aku tak pandang, aku pandang ke bawah aje. Malu dan keliru. Aku senyum pahit. Apa yang mereka bincang pun aku tak tahu.

Sarung cincin pun sudah, bincang pun sudah. Tinggal nak makan aje lah. Aku ketika ini tolong-tolong juga apa yang patut di dapur tu tapi aku tak keluar langsung ke depan. Ya Allah, selama ni aku tak terfikir pun tentang lelaki, lagi pula nak ada hubungan. Tahu-tahu hari ni aku dah bertunang.

Usai makan-makan, kakak Absyar mengajak aku untuk bergambar bersamanya. Allah. Aku malu, tapi aku pergi aje. Sepatah pun tak keluar dari mulutku.

"Pandai Absyar cari bakal isteri. Cantik, rajin, sopan je akak tengok Arfa" kata kakak Absyar. Namanya pun aku tak tahu. Aku sengih kambing aje memandangnya.

"Untung jugak Arfa dapat Absyar tu, dia pun rajin buat kerja. Nanti kahwin Arfa tak kerja pun takpe tau" kata lelaki ini pula. Tak pasti lah dia abang atau adik Absyar. Seorang pun aku tak kenal yang datang dari rombongan keluarganya.

Sebut tentang Absyar, aku tak perasan pula kalau dia ada. Aku jenguk-jenguk ke belakang dan di meja makan.

"Cari Absyar lah tuuuu. Absyar tak ikut, dia tolong hantar je. Nak balik kejap lagi baru dia datang amik kitorang ni. Katanya nak ikut adat orang dulu kalau tunang lelaki better tak ada" jelas kakak Absyar. Aku pun angguk-angguk aje. Bagus juga lah dia tak datang. Segan betul aku kalau dia nampak aku begini. Haih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience