"Afa tidur kat dalam bilik umi dengan abah tau. Awa dah letak beg kat dalam bilik tu" kata Adwa. Aku angguk aje lah, malas nak fikir sebab dah letih walaupun aku tak bawa kereta.
"Muat ke? Bukan ada satu bilik lagi ke?" soalku. Aku bukan tak mahu tidur sebilik dengan umi abah tapi yelah, macam ganggu privacy pula.
"Takpe, abah tidur atas toto je. Afa dengan umi tidur atas katil. Bilik lagi satu tu Awa dengan kawan dia duduk" balas abah. Aku angguk faham aje lah sebab malas dah nak fikir. Mungkin itu kawan Adwa yang photographer tu.
"Afa, kejap lagi teman Awa pergi amik kawan Awa kat Airport nak tak? Lepas tu kita pergi makan. Awa belanja lah macam biasa" kata Adwa. Dia ni memang tau. Bila aku ada mesti dia angkut aku pergi mana-mana yang dia nak.
"Alaaa tapi Afa penat laa hm" omelku. Adwa mencebik dengan respon aku.
"Penat lah sangat, berjam-jam kita drive dia tidur macam dia yang drive tapi dia pulak yang penat , heh" balas Adwa. Aku sengih kambing memandangnya.
"Yelahhh Afa ikut. Ish kalau tak ikut kang asyik mengungkit jelah part dia drive tu" cebikku sekali.
Aku pun dengan terpaksanya ikut aje lah si Adwa ni. Pukul 9 malam dia ajak aku pergi airport lepas tu nak makan char kuey teow katanya tadi.
"Kawan Awa tu lelaki ke perempuan?" soalku. Yelah kalau kawan dia tu lelaki mesti aku segan lepas tu aku diam seribu bahasa sepanjang dia ada.
"Lelaki lah, kan Awa mention yang dia photographer" jawabnya. Lah, tak wujud ke photographer perempuan kat dunia ni?
"Lahai, memang semua photographer dalam dunia ni lelaki je. Perempuan tak wujud kan?" soalku. Terus tersengih si Adwa ni walaupun matanya masih tertumpu di jalan.
"Afa nanti panggil Awa Adwa tau. Jangan panggil Awa. Malu lah kalau member tahu nama panggilan Awa" pesannya. Aku gelak lah kan apa lagi ya tak? Sebab ni lah sampai ke besar aku rapat betul dengan Adwa ni sebab dia bukan layan aku macam adik dia je, aku lah member dia, girlfriend dia, kakak dia, ha banyak lagi boleh ditambah.
"Yelahh yang penting Awa belanja makan" balasku.
Adwa memberhentikan kereta di kawasan "drop off" penumpang. Ketika ini aku hanya "scroll" screen telefon aku. Adwa pula keluar dari kereta mencari kawannya.
Setelah beberapa minit, Adwa mengetuk-ngetuk tingkap kereta di bahagian pemandu, menyuruh aku buka kunci. Aku pun buka. Kawan Adwa pun duduk di belakangku.
"Afa okay je kan kalau kita makan char kuey teow?" soal Adwa. Kali keberapa dah dia tanya aku pasal char kuey teow ni. Aku rasa aku dah jawab dah tadi.
"Awa...em.. Adwa kan dah tanya tadii. Afa okay je makan mana-mana pun" balasku. Dah terlepas dah perkataan Awa tu. Harapnya kawan dia tak perasan lah.
"Ha Absyar, kau ada hal apa siang tadi?" soal Adwa kepada kawannya. Aku terus beralih pandangan kearah Adwa yang sedang memandu. Terkejut aku. Lain rupanya cara dia cakap dengan kawan dia dengan cara dia bercakap dengan aku. Soalan pun macam nak bergaduh. Dengan aku dia cakap macam budak-budak je.
"Ada lah kerja sikit.. semalam aku attend event kat UOA, hari ni nak kena settlekan kerja part tu dulu baru aku boleh pergi tempat lain. Ni pun hampir je aku nak cancel flight tadi" balas kawannya. Tiba-tiba laju jantung aku berdegup. Suara tu macam aku pernah dengar. UOA tu tempat kerja aku. Entah-entah...
"Eh UOA? Afa kerja kat UOA kan?" soal Adwa. Aku memandangnya lagi. Aku angguk aje tapi membisu. Haish makin laju jantung aku berdegup. Aku rasa nak sangat tengok muka kawan Adwa ni untuk pastikan apa yang terlintas dalam otak aku sekarang betul atau salah.
Tiba aje di Padang Kota, jantung aku mula berdegup laju lagi. Takutnya nak keluar kereta. Takut nak tengok muka kawan Adwa ni.
Adwa mengetuk-ngetuk tingkap kereta dari luar dari tempat aku duduk.
Aku pun akhirnya keluar dari kereta. Lepas aku menutup pintu kereta, aku pun pusing kebelakang, nak berjalan dengan Adwa. Ketika ini lah aku lihat wajah kawan Adwa. Riak wajahnya juga terkejut melihatku. Mungkin bila lihat aku terkejut, dia pun terkejut sama.
Hi semua, macam biasa kalau suka baca cerita ni boleh vote & komen okiesss. Terima kasih membaca :))))
Share this novel