6

Romance Series 13675

"Eh abahhh Afa tak nak kahwin lagi laa Afa kecik lagiiii" rengek aku kat abah sambil aku goncang-goncang lengan abah. Eee tak mahu lah aku kahwin! Tak terdetik lagi dalam hati aku ni nak kahwin tahu? Absyar pun tergelak tengok aku. Ish. Apa entah yang kelakar tak tahu lah aku.

"Ohh yela Afa nasi pun tak reti masak lagi, tak boleh la kahwin..." tambah umi. Adehh nak merajuk betul lah aku macam ni. Tak ada siapa pun nak backup aku. Siap bagitahu kelemahan aku yang tak reti memasak ni lagi. Selalunya Adwa yang akan backup aku, tapi bab macam ni dia memang tak pernah backup. Ish

"Oh yang tu takpe makcik, saya boleh buat" celah Absyar tiba-tiba. Lahh dia ni cari pasal betul lah dengan aku. Takkan lah tak faham aku ni tak mahu kahwin dengan dia?

"Apa bising-bising dari tadi ni? Sampai atas boleh dengar suara Afa" kata Adwa yang wajahnya mamai-mamai lagi macam baru bangun tidur. Aku buat memek sedih aje memandangnya. Terangkat kedua-dua kening Adwa memandangku. Aku ni kalau bab nak minta simpati memang kena minta kat Adwa aje la.

"Kenapa ni Afa? Diorang buli Afa ke?" soal Adwa. Laju aku mengangguk kepala. Absyar ketawa lagi memandangku. Ish si Absyar ni kan, kalau tak ketawakan aku memang tak boleh tau dia ni.

"Abah nak Absyar jadi menantu" kata Azfa sambil dia membawa pinggan-pinggan kertas ke ruang tamu. Eeee diorang ni kan tak ada siapa ke nak jadi baik dengan aku?

"Ohh, kau rela ke jadi adik ipar aku?" soal Adwa pula kepada Absyar. Kalini aku diam. Yelah kan, Absyar lebih tua dari Adwa tapi kalau Absyar plus aku... Dia akan jadi adik ipar walaupun umurnya lebih dari Adwa. Tapi beza dua tahun je pun, tak ada lah jadi masalah sangat pun kan? Eh apa aku mengarut ni?! No no no aku tak mahu lahh

"Aku okay je, kita pun rapat macam adik-beradik kan?" kata Absyar. Tergelak Adwa mendengar responnya. Umi dengan abah pun tak melarang pula. Ehh takkan lah diorang pun tak kisah pasal aku dah?

Terus aku bangun dari meja dan naik ke bilik. Ish pagi-pagi dah buat mood aku hilang. Rasa malas pula nak duduk sini lama-lama. Rasa macam nak terus balik tahu?

Setelah aku mandi dan tukar pakaian yang sopan dan ayu sikit, baru lah aku turun ke bawah. Aku tolong-tolong la apa yang patut. Ramai juga orang yang Azfa dan kak Jannah jemput.

Bila hari semakin petang, tetamu pun semua dah balik. Aku penat, semua orang penat. Adwa dah terlelap kat atas sofa depan tv tu. Umi dengan abah tiada pula, mungkin ada kat atas tengah solat asar walaupun dah hampir nak masuk maghrib. Yalah tak menang tangan layan tetamu tadi, kalah kenduri kahwin ni.

Aku dah kemas apa yang ada atas semua meja tadi. Mujur Azfa cuma sediakan pinggan pakai buang, tak ada lah penat nak membasuh. Aku masuk ke dalam semula, nak duduk kat sofa sebelah Adwa tapi Adwa dah tak ada pula di situ. Mungkin dia masuk ke tandas. Lepas aku melabuhkan punggung, tiba-tiba aje ada yang ikut duduk sekali.

"Eh, awak duduk tempat lain tak boleh ke?" soalku. Aku dah mula rasa masak dengan kehadiran Absyar di sini. Selagi dia ada di sini selagi itu lah keluarga aku takkan berhenti jodoh-jodohkan aku dengan dia.

"Aik, lah saya nak duduk pun tak boleh dah ke?" soalnya. Berkerut kening aku memandangnya. Ish menyampah lah. Sebab aku malas nak bising-bising jadi aku bagi satu jelingan aje, terus aku buka tv. Tak ada lah rasa nak tengok pun tapi baik aku tengok aje dari aku mengadap si Absyar ni. Buat stress kepala aku aje.

Aku dapat lihat dari ekor mataku yang dia sedang membelek-belek gambar di dalam camera DSLR miliknya. Aku rasa berminat nak tengok sebenarnya tapi rasa malas nak bercakap dengan dia sedang membuak-buak dalam diriku.

Lama-lama tengok skrin tv ni makin mengantuk aku dibuatnya. Rasanya ada lah beberapa kali aku tersengguk-sengguk sebab mengantuk sangat. Mungkin letih agaknya.

"Arfa.. oo Arfa, kalau mengantuk tidur la kat dalam bilik"

Sayup-sayup aje kedengaran suara Absyar di gegendang telingaku. Aku rasa mengantuk sungguh. Tak lama kemudian tiba-tiba rasa ada tangan menepuk bahuku. Terus segar mata aku dibuatnya.

"Afaa jangan tidur kat sini. Naik tidur kat atas. Kalau Awa angkat kang kena smack down pulak" kata Adwa. Terkejut aku. Risau betul kalau Absyar yang tepuk bahu aku. Aku toleh ke sebelah kiri, Absyar tiada di situ. Ke aku mimpi aje yang dia duduk sebelah aku tadi?

"Awa ni buat orang terkejut lah. Takpela Afa tak ngantuk dah" balasku. Takpe lah kan asalkan Absyar tak nampak muka aku tidur tadi. Eh beraninya dia masuk mimpi aku, tak minta izin pulak tu.

"Ha elok lah tu. Awa ingat malam ni nak pergi Amenian Street. Nak ikut tak? Ke malas?" soal Adwa lagi. Berkerut kening aku ni memandangnya.

"Awa tak penat ke? Tadi baru je tengok Awa terlelap kat sofa ni sebelum Afa duduk. Esok nak balik KL dah Awa nak kena drive lagi ha"

Dah la jauh perjalanan, kena drive sorang pula tu. Kalau aku tak takut bawak kereta memang aku bawak dah tapi malangnya aku ada sejarah hitam tentang memandu. Sejak kejadian tu aku tak memandu lagi dah.

"Eh takpe sebab esok Absyar naik dengan kita sekali. Nanti kalau Awa penat Awa tukar lah dengan dia" kata Adwa. Terus berkerut kening aku. Lah kenapa dia ikut balik sekali pula? Dah la lama perjalanan nak sampai ke rumah tu. Nanti kalau Adwa hantar aku, Absyar pun tahu la aku duduk kat mana. Haih risau betul lah.

"Aik kenapa dia naik sekali pulak?" soalku dengan nada tak puas hati. Tapi betul lah memang geram aje dalam hati ni.

"Absyar lah housemate yang Awa selalu cerita tuu, dah duduk sekali baik balik pun sekali kan?" Balas Adwa. Lahh pulak kenapa jadi begini ni? Paling aku tak sangka itu lah "housemate" yang selalu Adwa cerita kat aku.

Setiap kali Adwa ceritakan tentang "kawan" yang serumah dengannya, mesti aku seronok nak dengar. Aku puji-puji lagi kawannya. Pernah bergurau suruh kirim salam lagi! Ah kenapa boleh jadi macam ni pula? Memang padan lah Adwa asyik nak jodohkan aku dengan Absyar aje. Aduhai kus semangat!

Hi semua. Maaf lambat sangat updatenya sebab minggu ni hectic betholl •́ ‿ ,•̀ harap semua suka baca cerita ni okiess. kalau suka macam biasa lah boleh vote/komen/bagi tip ke hehe but bukan paksaan & author cuba lah nak update sekerapnya okiess. happy reading semuanyaa (☆▽☆)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience