"Lah, tak bagitau aku pun kau nak balik kampung" kata Eilya sambil melabuhkan punggung di sofa.
"Itu lah, abang aku dah bagitau dah haritu tapi aku terlupa. Tiba-tiba tadi dia Whatsapp aku kata nak ambil aku kat sini pukul 7 pagi esok" balasku. Aku pun terkejut masa aku dapat mesej tadi padahal Adwa dah bagitau aku dua minggu lepas yang Azfa nak buat aqiqah Ahad ni untuk anak dia. Tahu-tahu je harini dah Jumaat.
Adwa, abang aku yang kedua. Azfa pula abang sulungku. Azfa dah berkahwin dan dah ada anak seorang. Adwa pula katanya nak jaga aku sampai aku kahwin. Kalau aku tak kahwin lagi, dia pun tak mahu kahwin. Masalahnya aku ni malas nak ada "attached feeling" kat seseorang.
"Lah engkau ni suka sangat macam ni. Cuba lah bila dah tahu ada event or nak kena pergi somewhere tu, kau tulis kat dalam notes ke, tanda dalam kalender ke, kan senang? Ni bila esok dah hari kejadian tu baru la kau nak kelam kabut" omel Eilya sambil kepalanya digeleng-gelengkan. Aku sengih aje memandangnya. Tahu-tahu aje la si Eilya ni dengan perangai aku. Dia pun dah masak dah.
Keesokannya, aku terus bersiap lepas solat subuh. Adwa pun sampai ke rumah Eilya ni tepat-tepat pukul 7 pagi seperti yang dijanjikan. Aku terus masuk ke dalam Mitsubishi milik Adwa ni, dan meletakkan barang aku di tempat duduk belakang.
"Afaaa dah jumpa pakwe belum?" soal Adwa. Terus terbantut aku nak tarik tali pinggang keselamatan ni. Ada ke patut tu jadi soalan pertama dia lepas berminggu-minggu tak jumpa aku?
"Awa ni takde soalan lain ke? Orang baru masuk kereta dia dah tanya benda macam ni. Ish takde mood betul lah" cebikku sekali. Terus berubah mencuka wajahku. Aku pandang ke depan aje. Takde lah nak marah sangat pun sebenarnya tapi takpe lah, biar dia tahu sikit. Ingat kita ni takde kerja lain ke asyik nak usya pakwe je?
"Alalala Awa gurau jelaaa, kita pergi makan jom? Awa belanja. Afa mesti tak makan breakfast lagi kan?" Soal Adwa. Nak bodek hati aku lah tu. Tapi setiap kali guna cara sama pun mesti berjaya sebab yelah, perempuan dan makanan kan tak boleh berpisah.
Aku dan adik-beradikku memang panggil nama aje walaupun jauh beza umur. Abang sulung aku Azfa, tapi dipanggil Aja, abang aku yang kedua, Adwa tapi aku panggil Awa. Aku pula jadi Afa. Ni semua gara-gara aku punya pelat masa kecil-kecil dulu. Melekat lah nama panggilan mereka ni sampai lah umur dah 24 sekarang.
"Awa belanja k? Jangan nanti dah makan tiba-tiba Afa pulak nak kena bayar. Afa nak makan Oldtown White Coffee je, tak nak lain" demand betul aku. Tapi itu lah. Siapa suruh tanya soalan macam tu? Aku dah banyak kali bagi amaran jangan tanya pasal lelaki kat aku sebab aku tak ada bercadang pun nak berkahwin atau ada hubungan dalam umur-umur begini.
"Yelahh demand betul Afa ni. Nasib baik Awa takde girlfriend lagi, boleh la nak layan Afa punya demand. Nanti dah ada girlfriend Awa tak layan dah" balas Adwa. Terus muncung aku memandangnya. Dia gelakkan aku pula. Akhirnya baru lah dia tekan pedal minyak kereta.
Selesai makan, aku dan Adwa terus menyambung perjalanan ke rumah Azfa. Umi dengan abah pun dah ada di sana. Tinggal aku dan Adwa je yang belum sampai. Jauh juga lah perjalanan dari Kajang hingga ke Penang ni. Sebab itu Adwa nak sangat ambil aku pukul 7 pagi. Risau kalau jalanraya sesak dengan kereta. Makan punya pasal, pukul 8:30 pagi baru dapat keluar dari jalan Duta.
.....
Buka-buka mata je terus aku nampak papan tanda plaza tol Juru. Lama juga lah aku tidur lepas berhenti di Tapah tadi.
"Good morning sleeping beautyy, sedap tidur?" Soal Adwa. Aku mula nak tenyeh mata, terus Adwa tarik tangan aku.
"Eh jangan gosok mata lah, nanti ada dark circle. Dah nampak macam panda pulak" kata Adwa. Aku jeling aje dia sekali. Aku lihat wajahku di cermin, tudung pun dah senget-senget jadi aku betulkan lah mana yang senget tu.
Tiba aje di rumah Azfa, dari jauh dah nampak ada satu kanopi di halaman rumahnya dan rumahnya pula berada di "corner" jalan. Meriah betul dia buat aqiqah. Yelah anak sulung kan, nak sambut meriah sikit agaknya.
Adwa terus mengangkat beg milikku dan miliknya masuk ke rumah Azfa. Aku pun tak pasti lah kalau ada kosong lagi bilik kat rumah dia ni. Biasanya rumah teres dua tingkat macam ni ada 3 bilik.
Pintu pagar rumahnya terbuka jadi aku dan Adwa terus aje masuk ke dalam dan mengetuk pintu. Buka pintu aje wajah abah yang kulihat.
"Eh abah ke? Kenapa nampak macam 10 tahun lagi muda?" soalku, saje nak menyakat abah sebenarnya.
"Abah dah ada cucu, rasa muda balik macam masa Azfa baru lahir dulu" balas abah. Aku senyum aje melihat wajah abah ceria macam ni.
"Abah ni dari dulu muda 10 tahun. Nanti umur dah 80 pun dia kata muda 10 tahun jugak" balas umi dari belakang. Mengekek Adwa gelak di belakangku. Aku pun terus menyalam tangan abah dan umi. Masuk aje dalam rumah dah boleh dapat "vibe" nak ada kenduri esok.
"Eh mana Aja dengan kak Jannah? Anak buah Afa mana? Tak tengok depan-depan lagi dari dia lahir haritu" soalku sambil aku jenguk-jenguk ke dapur.
"Aina tengah tidur tu. Umi tidurkan dia tadi. Azfa dengan Jannah keluar pergi cari apa entah katanya tak cukup lagi" balas umi. Entaj berapa ramai lah si Azfa dengan kak Jannah ni jemput orang datang. Aku rasa haritu dia kata nak ambil catering je.
"Eh Awa, tadi Azfa kata Awa sponsor photographer, dia tanya abah bila photographer nya sampai? Abah mana lah tahu dah Awa yang nak sponsor" kata Abah kepada Awa. Awa baru sahaja duduk di atas sofa, penat memandu agaknya. Yelah aku yang penumpang tidur separuh jalan ni pun rasa letih, lagi pula dia yang memandu kan?
"Ohh tu Awa punya kawan, Absyar. Yang dulu ambil gambar Convo Awa tu. Dia kata malam baru sampai sini. Ni takde lagi cakap apa-apa kat Awa, tak tahu lah dia dah sampai mana" balas Adwa. Aku pun dengar aje lah sebab aku tak ingat pula yang Adwa ada kawan photographer. Masa dia konvo yang tahun bila tu pun aku tak ikut sebab ada ujian.
"Ohh yang dulu bawak kereta Axia hitam ada logo warna merah tu ke?" soal Abah lagi.
"Ha ah bah betul lah yang tu. Setia betul dia dengan Axia tu. Nanti dia sampai lah tu. Risau sangat si Aja tu, Awa dah kata dah Absyar ni bagus. Ni maybe dia ada hal kot tu yang dia lambat sikit baru gerak sini" balas Adwa. Aku diam lagi pasang telinga aje.
Aku pun angguk-angguk aje lah dengar. Axia hitam logo merah... Macam aku pernah tengok kereta tu baru-baru ni. Hm tapi entah lah, mungkin kereta yang aku nampak tepi-tepi jalan kot.
Hi semua, hope awak semua enjoy baca ya! Kalau best boleh la komen/vote cerita ni okies ? :)))
Share this novel