Aku turun di tangga kelihatan kak Jannah sedang tidurkan Aina. Pelik. Aku rasa aku tengok jam baru pukul 8, dah nak kena tidur balik?
"Kak, baru pukul 8 dah kena tidurkan Aina ke?" soalku. Kak Jannah menoleh kearah aku yang berdiri di tangga ni. Tergelak dia seketika. Aku pun turun ke bawah.
"Aina pukul 6 dah bangun. Akak pun kena bangun sekali la. Ni tadi dah bagi minum susu, dah main-main ha kena la tidur pulak" jawab kak Jannah. Aku pun mengangguk faham aje lah.
"Ush awal betul dia bangun. Macam mana lah nanti bila Afa dah ada anak, mesti time nak tidurkan tu Afa tertidur sekali sebab bangun awal sangat" balasku sambil aku selit sekali tawa kecil. Tak dapat aku bayangkan kalau aku ada anak. Bayang suami pun tak nampak lagi, ni dah fikir pasal anak pulak. Berangan sungguh lah kau ni Afa.
"Takpe lah macam tu nanti kalau awak tidur, saya la jaga anak kita" balas satu suara dari belakangku. Terus berdesup laju aku menoleh. Absyar! Ish dia ni kan ada-ada aje lah nak mengusik aku.
Aku tak mahu lah dengan dia, tak faham ke? Satu jelingan maut aku tunjukkan kepada Absyar. Aku terus bangun dan pergi ke dapur. Abah pun baru aje masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur.
"Abah pergi mana tadi?" soalku.
"Abah pergi beli sarapan tadi dengan Absyar. Abah nak keluar tadi tengok Afa tidur lagi, Adwa pun tak keluar bilik. Abah turun bawah nampak Absyar tengah layan Aina main mainan dia. Ha abah ajak la Absyar pergi, buat kawan sembang" jelas abah. Aduh, risau betul lah aku kalau dia berdua je dengan abah. Takut pula kalau dia sembang dengan abah pasal nak kahwin dengan aku ke apa. Ish tak mahu lah!
"Anak dara tak manis tau bangun lambat" kata Absyar sambil dia tersenyum. Terus aku jeling sekali. Eeee geramnya aku dengan mamat ni. Rasa malu sebenarnya tapi geram! Malu lah dia yang lelaki pun boleh tak tidur lepas subuh, aku ni selagi ada peluang nak tidur memang aku tidur.
"Abah dengan umi balik rumah bila?" soalku. Aku tunggu si Adwa ni bangun, makan-makan, lepas tu baru lah boleh gerak balik. Esok dah kerja pula.
"Lusa kot, abah kata nak spend time dengan cucu lama sikit" balas umi. Tergelak aku. Yelah cucu sulung kan, abah pun excited.
Selesai aje makan dan bersiap, aku, Adwa dan Absyar pun bertolak dari rumah Azfa. Aku macam biasa lah jadi penumpang aje. Aku duduk di seat belakang Adwa. Kalau duduk di belakang, biasanya memang aku akan duduk di sebelah kanan. Comfort place lah lebih kurang.
Sejak bertolak tadi aku hanya pandang ke luar tingkap dan membisu. Adwa dan Absyar sahaja yang bersembang, aku malas nak masuk dengan perbualan lelaki. Bosan! Pasal kereta lah, camera lah, motor lagi. Padahal Adwa bukan berminat dengan motor pun.
Tiba-tiba Adwa masuk ke lorong perhentian Sg. Perak. Terus aku pandang Adwa di cermin pandang belakang.
"Awa ngantuk lah. Nak pergi tandas lepas tu nak tidur" kata Adwa. Berkerut lah kening dan dahi aku.
"Kalau berhenti tidur macam tu pukul berapa baru boleh sampai?" soalku. Adwa tergelak kecil. Lah apa yang kelakar ?
"Absyar kan ada. Absyar lah drive, Awa tidur. Takkan nak suruh Afa drive pulak?" soalnya pula. Terus aku mencebik sekali. Ewah Adwa ni, ingat aku sengaja ke tak mahu bawa kereta?
"Ha ni Afa nak turun tak nak beli makanan ke nak pergi tandas ke?" soal Adwa. Aku pun mengangguk. Baik aku beli pergi tandas lepas tu beli jagung susu ke sedap! Aku rasa jagung susu ni senang jumpa di perhentian aje lah.
Lepas aje parkir kereta, aku terus ke tandas, begitu juga dengan Adwa dan Absyar. Tapi mesti lah tandas berbeza. Keluar aje dari tandas, aku terus berjalan mencari jagung susu. Jumpa! Sebelum nak beli aku cek duit dulu lah. Malangnya bila buka aje beg duit aku, ada duit syiling aje. Tak jadi lah aku beli jagung susu ni. Malas nak minta tolong Adwa belikan jadi aku batalkan aje hasrat nak makan jagung susu.
Bila kembali berjalan ke kereta, aku ternampak pula aiskrim Baskin Robbin. Ya Allah, favourite betul! Terus aku masuk dan beli saiz King. Perisa Jamoca Almond Fudge. Fuh sedap betul. Nasib baik juga lah boleh bayar pakai kad. Aku pun makan aiskrim sambil berjalan. Kalau tunggu sampai ke kereta memang caiyaq!
Sampai aje di kereta, Absyar dah duduk di bahagian pemandu. Adwa tak ada lagi lah pula. Aduh. Segan la pula nak masuk kereta dan berduaan aje dengan Absyar. Aku pun berdiri aje di luar kereta. Kononnya nak habiskan aiskrim dulu. Tiba-tiba Absyar keluar dari kereta.
"Awak duduk lah kat dalam kalau awak segan dengan saya. Nanti Adwa datang baru saya masuk." kata Absyar. Wah. Aku terharu lah juga dengan tindakannya. Gentlemen sungguh, sama macam apa yang Adwa selalu cerita tentang roommate-nya dulu.
"Takpe lah, saya nak habiskan aiskrim ni dulu. Nanti tumpah" balasku memberi alasan. Aku segan lah kalau orang buat baik dengan aku ni.
"It's okay, tumpah boleh lap. Kalau pengsan ke sebab panas strok haba nanti siapa yang susah?" soalnya pula. Eh eh dia ni. Ada ke patut tanya macam tu? Aku jeling dia sekali. Terus aku masuk ke dalam kereta. Bila dah masuk kereta dia buka pintu sedikit.
"Saya ada beli jagung susu tu untuk awak. Makan lah" kata Absyar. Terkaku aku untuk beberapa saat. Macam tahu-tahu aje yang aku memang nak beli jagung susu ni tapi tak ada cash.
"Saya tak letak racun lah hahahaha. No worries. Awak makan je okay?" Kata Absyar lagi. Aduhai segan pula aku. Dah la aku jeling dia tadi. Dia boleh senyum lagi tu. Aduh malu la macam ni!
Tak lama kemudian Adwa pun masuk ke dalam kereta dan duduk di kerusi sebelah penumpang. Absyar akhirnya masuk ke dalam kereta bila Adwa dah masuk, seperti apa yang dia katakan kepada aku tadi. Tiba-tiba Adwa memandang jagung susu yang ada di tempat letak air antara tempat duduk pemandu dan penumpang ni.
"Afa beli satu je ke? Kat Awa tak belikan punn, Awa nak makan jugakk" rengek Adwa macam kanak-kanak. Aku terus terpandang cermin pandang belakang. Ketika ini juga lah Absyar memandang kearahku menggunakan cermin pandang belakang. Cepat-cepat aku larikan pandangan. Aduh malunya! Bertentang mata lah pulak!
"Takpe lah Awa ni kita share jelaa, jangan tamakk" balasku. Aku tak boleh bagitahu Adwa yang Absyar yang belikan jagung susu tu untuk aku. Mesti lagi seronok dia nak jodohkan aku dengan Absyar nanti. Ish.
Hi semuaa, maaf banyak2 ya tak dapat nak update chapter baru cepat2 (╥﹏╥) hujung2 sem ni busy lain betul. Harap semua yang baca enjoyy (≧▽≦) kalau suka macam biasa lah boleh vote/komen/bagi tip okiess hehe tapi tiada paksaan ya, author tulis suka2 je, kalau ada komen suka baca pun dah happy dah ( ꈍᴗꈍ)
Share this novel