BAB 2

Family Completed 4532

Sehingga jam 12 tengah malam barulah aku kembali semula ke rumah. Aku sangkakan abah sudah tidur. Perlahan2 aku membuka pintu. Dan serta merta itu juga lampu ruang tamu terang berderang. Aku kaget.

“Abah.." abah sedang duduk di sofa. Tajam sekali matanya. Usai aku menutup pintu aku terus sahaja melangkah ingin meninggalkan abah..

“ Duduk Awen. Abah ingin katakan sesuatu.." lembut sekali tutur kata abah. Namun sayang, aku memang seorang anak yang degil. Aku terus sahaja berlalu meninggalkan abah. Aku dengar abah mengeluh…

Jam 2 pagi aku terjaga. Terasa badanku sudah lencun dengan peluh. Aku berkira-kira untuk menuju ke tingkat bawah untuk meminum air.
Ketika kakiku melangkah ke anak tangga terakhir aku mendengar seperti suara tangisan. Sayup-sayup kedengaran. Aku cuba mencari dari mana arah bunyi tangisan itu. Aku melangkah ke ruang tamu dan aku melihat Abah.

“Abah?" Aku agak terkejut.. apa abah buat pagi2 mcm ni. Abah belum tidur lagi ker?

Aku menghampiri abah. Aku melihat seperti abah memegang sesuatu.
Bingkai Gambar!! Tapi gambar siapa?..

Aku melangkah lagi dan kini aku betul2 berada tepat dibelakang abah. Aku teragak2 untuk menegur abah. Tapi yang pasti tiada lagi suara yang kedengaran. Sayup2 tangisan dari abah juga sudah tiada.
Aku memegang bahu abah.

“Abah.." tiada sahutan. Aku memanggil lagi.

“Abah…Abah…" Buppp.. Abah jatuh.

“Abahhhhhhhhhhhhh!!!!!"

Di hospital…

Aku berdoa agar tiada apa2 yang berlaku kepada abah. Abah masih dirawat oleh Doktor Ravi. Abah kritikal. Itu sahaja yang Doktor katakan padaku tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience