BAB 11

Family Completed 4532

Lain benar abah hari ini.. Gembiranya bukan main. Dah macam rupa aku waktu kecik dulu. Takkan ada sesuatu kot… Abah..janganlah buat Awen risau bah..

“Awen..dah siap,nak? Jom lah kita berangkat sekarang.. nanti taklah kita lambat sampai disana.."

“Baik, bah.. Tunggu jap, Awen ambilkan kunci kereta.."

Perjalanan dari rumahku ke Bandar tidaklah mengambil masa yang lama. Hanya 1 jam setengah. Aku memandu berhati-hati kerana aku takut jika aku bawa laju abah akan mabuk. Aku lihat dari sisi cermin abah tak berhenti-henti senyum. Mungkin abah dah tak sabar untuk bertemu dengan kedua2 anaknya itu. Kalaulah abah tahu, mesti abah akan bersedih dengan kelakuan anaknya.

Aku membelokkan kereta ku kearah parking kereta. Aku dan abah sudah berjanji dengan Kak Ila dan Kak Ima untuk bertemu di Restoran Muara. Itupun mereka masih memberikan alasan yang sama. Sibuk!!

Susah payah aku mengangkat abah untuk duduk di kerusi rodanya. Nasib baik ada seorang pemuda yang sudi mengangkat abah. Aku hanya mengucapkan terima kasih padanya sahaja selepas dia menolongku tadi. Masih ada jugak insan yang baik hati.. Fikirku..

Aku menolak kerusi roda abah. Tidak begitu ramai pengunjung disitu. Aku memilih tempat dihujung bersebelahan dengan tingkap. Agar nanti abah dapat melihat kedatangan Kak Ila dan Kak Ima, itu kata abah.

Aku lihat abah asyik menilik jam dipergelangan tangannya. Sekejap2 abah mengintai dari balik tingkap. Resah benar hati abah. Kak Ila dan Kak Ima pun satu. Dah tahu janji pukul 10, sampai jam 11 pun belum datang. Kasihan abah.. Kalaulah abah tahu yang kedua anaknya itu sudah jauh benar berubah, mesti abah akan merasa sangat kecewa.

“Abah..kita makan dulu nak.." kataku pada abah.
Abah mengangguk.

“Nanti Awen ambilkan makanan untuk abah ye..Abah tunggu sini k.."
Lantas aku mengangkat punggung lalu menuju kearah buffet yang sudah tersedia disitu. Banyaknya lauk..guman hati kecilku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience