BAB 6

Family Completed 4532

“Dorang kata sibuk, bah.. Tak dapat datang." Aku melihat airmuka abah berubah.

“Biarkan mereka bah.. Awen kan ada. Awen akan jaga Abah.." Aku memujuk abah. Aku tahu hati tuanya terguris dengan sikap kakakku. Aku lihat abah senyum.

“Dahla, bah..Abah rehat yer..Abah baru nak sembuh. Awen ada disini kalau abah nak apa2 ekk…" aku mengucup dahi abah. Lama. Segala kasih sayangku tertumpah disitu. Tiada tandingan kasihku pada abah.

Abah beransur pulih. Syukurlah.. Dan yang paling pasti akulah insan yang paling gembira dengan berita ini. Walaupun begitu, abah mengalami lumpuh separuh badan. Namun bagiku tidak mengapa. Aku lebih sanggup menjaga abah dalam keadaan apa sekalipun asalkan abah tidak tinggalkan aku. aku sudah tidak punya sesiapa lagi melainkan abah..

Kakak-kakakku yang lain, hanya sekali melawat abah di hospital sepanjang sebulan abah terlantar sakit. Alasan mereka sibuk. Kakakku yang sulung sibuk dengan bisnes spa yg baru beroperasi berapa bulan. Dan kakakku yang kedua bekerja di salah sebuah syarikat yang termuka. Mereka sangat bangga dengan kedudukan mereka sekarang sehingga sangup mengenepikan keadaan abah yang sakit.

Abah hari-hari bertanyakan bila kedua kakak ku itu datang menjenguknya. Aku hanya mampu memujuk abah untuk tidak terlalu memikirkan hal remeh itu namun aku tidak mampu untuk memujuk kedua kakakku yang degil itu.

Suatu petang….

“ Hello.."

“Hello Sabrilla speaking.."

“Akak..Awen ni.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience