BAB 8

Family Completed 4532

“Lihat budak tu..Nakal.." lantas aku melihat pada kanak2 yang ditunjukkan abah. Aku juga turut ketawa melihat keletah kanak-kanak itu.

“Macam tu lah Awen dulu.. Nakal, degil, suka2 saja nak bermain..Bila abah nak bawa Awen balik, Awen menangis sampai terkeluar semua air liur hingus.."abah mengimbas kembali kenangan lama. Ya aku masih ingat. Akulah anak abah yang paling degil.

“Mana ade bah..Abah ni.."rengekku manja disisi abah. Lengan abah aku paut.

“Tengok..dah besar panjang macam ni pun masih nak bermanja dengan abah."

“Kalau bukan dengan abah, dengan siapa lagi Awen nak bermanja bah.."

“Awen cari boyfriend laa.." Aku terkedu. Pandai betul abah ni nak korek rahsia..

“Awen mana ada boyfriend bah.. Kawan ramailah…"

“ Awen carilah sorang. Sampai bila Awen nak menyendiri begini. Awen nak membujang sampai ke tua kee…"

“Awen lebih rela membujang sampai ke tua, dari Awen terpaksa tinggalkan abah sorang2. Awen tak nak perhatian Awen berubah selepas berkahwin. Awen takut suami Awen tak memahami. Awen tak sangup lukakan hati abah lagi.. Awen sayangkan abah.." ada sendu dihujung kata-kataku. Aku lihat abah mengangguk.

“Abah..kita balik. Hari dah petang sangat ni. Nanti abah demam pulak." Kataku pada abah selepas lama abah mendiamkan diri. Apa yang difikirkan abah pun aku tak tahu.

Agak-agaknya abah terkenangkan kedua-dua kakakku. Mungkin dia teringat zaman kanak-kanak kami dahulu.

“ dulu..Awen, Ila dan Ima, suka main kat taman. Selalu kamu adik beradik, suka keluar ke taman ni tanpa beritahu abah dahulu. Kak Ima kamu tu, dialah yang selalu mendukung kamu kesini.." Ahh..abah mengimbas kembali kenangan lama. Rupa-rupanya abah masih memikirkan Kak Ila dan Kak Ima..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience