BAB 7

Family Completed 4532

“Emm..Awen. Apahal kol akak ni? Tak tahu ke akak tengah layan customer kat sini?" angkuh sungguh bunyinya. Kalau tak kerana duit abah, tak mungkin engkau berjaya seperti sekarang, bentak hati kecilku.

“Awen tahu.." balasku pendek.

“Dah tu??"

“Awen nak akak balik. Jenguk abah. Abah setiap hari tanyakan akak dan Ima."

“Bagitahu kat abah, akak sibuk. Akak tak dapat nak datang dlm masa terdekat nii.."

“Kejap jer kak.. Hujung minggu ni akak balik ekk..bawa kak Ima sekali. Kesian kat abah kak…." Sayu sekali hatiku menuturkan kata2 begitu. Aku kesal dengan sikap kakakku yang langsung tak fikirkan keadaan abah.
Akak tak janjilah..Akak benar-benar sibuk ni.. Tengoklah nanti.."
Tut..tut..tut..

Talian diputuskan. Aku melihat riak muka abah sudah berubah. Ada mendung terlukis diwajah tua itu. Ketika aku berbual dengan kakakku td, aku telah memberikan loudspeaker atas permintaan abah. Abah bilang, kalau kak Ila tak mahu datang sekurang-kurangnya rindu abah terbalas mendengar suara Kak Ila..

Aku mendekati abah. Aku pegang tangan abah. Abah hanya senyum. Aku tahu abah sedih.

“ Abah..kita pergi jalan2 kat taman, nak?"
Abah mengangguk. Segera aku mengalihkan kerusi roda abah kemuka pintu. Perlahan-lahan aku menyusuri jalan2 disitu. Sudah ramai budak2 kecil yang bermain ditaman rekreasi tidak jauh dari rumahku. Abah tergelak kecil.

Aku dan abah duduk disebuah pondok yang berhadapan dengan tempat permainan kanak2. aku melihat abah ketawa kecil.

“Apa yang abah ketawakan tuu.." aku bertanya kepada abah. Terasa pelik sedikit aku kira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience